7 tahun berlalu…
Raqnid berumur 14 tahun dan sudah bersekolah menengah. Pada hari ini, sekolahnya akan menjemput tetamu khas untuk memberikan taklimat buat kanak-kanak remaja yang kian meningkat dewasa. Apakah cabaran yang akan mereka hadapi buat masa yang mendatang.
Tetamu khas tersebut ialah Dato David. Ya, inilah orang paling yang dibenci Raqnid kerana telah menghina dan memburukkan nama ayahnya.
Perasaan Raqnid teruja dan berdebar-debar kerana buat pertama kalinya, dia akan bersemuka dengan orang yang dibencinya itu.
Taklimat itu akan diadakan di ruang perhimpunan utama sekolah tersebut. Saat Dato David berjalan masuk ke ruang tersebut, tangan Raqnid mengempal kuat menahan perasaan benci dan marahnya melihat individu tersebut. Dia seolah-olah mahu berlari dan melompat ke atas pentas lalu menumbuk orang yang dibencinya itu namun dia berpikiran matang bahawa semua itu langsung tidak memberikan apa-apa faedah kepadanya dan keluarganya selain hanya melepaskan geram. Itu bukanlah cara membalas dendam yang dia bayangkan.
Dato David mula memberikan ucapan daripada mula sampai habis. Raqnid hanya memandang sinis individu tersebut tanpa sesaat pun dia leka.
Taklimat berakhir, Dato David ingin bergerak pulang. Perjalanannya menuju ke kereta tiba-tiba dihalang oleh seorang budak. Budak tersebut datang daripada arah depan kerana tidak diawasi oleh pengawal peribadi yang melindungi dato David.
Kedua-dua mereka bertentang mata. Kemudian pengawal peribadi dato David cuba untuk menghalau budak tersebut kerana menghalang jalan mereka namun budak tersebut tetap berkeras tidak mahu berganjak. Raqnid menggunakan kuasanya sebagai seorang budak kecil kerana mereka tidak boleh berkasar dengan budak.
Dato David memberitahu pengawalnya supaya membiarkan budak tersebut sendiri. Dato David membungkukkan badannya sehingga menyamai dan cuba mendengar masalah budak itu.
"Apa khabar anak kecil!" sapaan penuh mesra oleh dato David. Dia sangkakan budak itu hanya seorang budak biasa yang minat kepadanya tetapi dia silap.
Budak itu hanya tersenyum sinis, "Heh, nampaknya kau tak kenal aku ataupun kau dah lupa!"
Perbicaraan mereka hanya didengari oleh mereka berdua kerana suasana sekeliling sangat riuh rendah.
Terkejut dato David sehingga terlihat pada riak wajahnya. Siapa sahaja yang menjangkakan budak sekolah berani berbicara sebegitu kepada orang tua. Sungguh biadab sekali!
"Apa yang kamu cakap ni? Pakcik tak faham? Pakcik tak pernah pun berjumpa dengan kamu!" dato David cuba menjawab dengan baik kerana mungkin sahaja budak itu tersilap.
Raqnid memandang ke wajah dato David dengan sinis, "Kalau kau tak kenal aku, biar aku perkenalkan! Kalau kau lupa, biar aku ingatkan! Aku… adalah anak kepada pemandu yang meninggal disebabkan kemalangan 7 tahun lepas."
Dato David berpaling pandangannya kerana renungan budak itu terlalu tajam. Kalau pandangan dapat membunuh pasti dia sudah terbunuh sekarang ini. Dato David berpura-pura simpati atas kematian ayah budak itu namun dia masih tidak mengingati apa-apa.
Raqnid yang melihat riak wajah dato David sudah dapat meneka apa yang orang tua tu fikirkan. Raqnid ketawa paksa, "Haha, nampaknya clue itu tidak cukup untuk menjentik ingatan kau!" wajah Raqnid mulai serius memberi isyarat bahawa dia ingin mengatakan sesuatu yang penting, "Kau tahu, dia terkorban disebabkan dia cuba untuk menyelamatkan satu nyawa! Dia tak sedar tindakan dia telah meragut nyawa isterinya dan menjadikan anak dia yatim piatu. Tapi selepas apa yang dilakukannya, dia sendiri yang dipersalahkan! Orang tua kepada anak kecil yang dia selamatkan tu, langsung tak berterima kasih malah memburukkan namanya dengan mengelarnya pemandu mabuk!" ujar Raqnid dengan nada marah dan geram kepada dato David.
Wajah dato David berubah, daripada seorang yang mesra kepada wajah sinis. Dia sangat mengingati peristiwa 7 tahun lepas. Dia tahu dosanya tetapi ego dan maruahnya yang tinggi tidak membenarkannya menebus dosa itu sehingga tiada perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya kepada keluarga mangsa.
Dato David tersengih, "Heh! Sekarang aku dah ingat! Kau anak kepada pemandu tu! Sungguh cepat masa berlalu, kau dah besar ya! Jadi, apa yang kau nak daripada aku? Kau nak aku minta maaf? Lepastu beritahu semua orang yang aku menipu tentang kejadian tu?" berbicara kasar, "Heh, jangan mimpi laa!" tersenyum sinis lalu meninggalkan Raqnid.
Tidak sangka ada orang yang sekeji ini, dia langsung tidak berasa bersalah atas perbuatannya. Raqnid mula sedar yang dia takkan dapat dengar perkataan maaf daripada mulut orang tua itu dengan mudah. Dia berjanji akan menundukkan ego orang tua itu dan pastikan dia melutut memohon maaf kepadanya dan ayahnya suatu hari nanti.
Raqnid mengalih pandangan ke arah dato David yang sudah berjalan melepasinya. "AKU PASTI AKAN HANCURKAN KAU SUATU HARI NANTI!" jerit ke arah Dato David.
Dato David hanya berpaling sedikit kepalanya dan melihatkan senyuman sinisnya kepada Raqnid.
Raqnid hanya mengetap gigi, geram kepada orang tua itu namun apa yang boleh dibuatnya kerana dia lemah dan tidak berkuasa.
"DAVIDDDDD!" jerit Raqnid di tengah-tengah suasana yang riuh rendah itu.
-----------------------------------------------
3 tahun kemudian…
Raqnid tiba di syarikat pakcik Albert selepas selesai sesi persekolahannya pada hari tersebut. Ia sudah menjadi rutinnya untuk terus ke syarikat tersebut, memantau aktiviti syarikat berjalan.
"Selamat petang semua!" ucap Raqnid kepada pekerja-pekerja di syarikat tersebut.
"Ahh, kau dah pulang Raqnid!"
"Macam mana sekolah?"
"Macam biasa ahh!" jawab Raqnid.
"Kau takde girlfriend ke, Raqnid? Asyik datang sini selepas sekolah?" gurau senda pekerja-pekerja disitu melihat Raqnid tiba.
"Haha, mana ada!" balas Raqnid lalu terus masuk ke dalam pejabat.
Di dalam pejabat, pakcik Albert sudah menyediakan bilik khas untuknya kerana Raqnid secara tidak langsung telah menjadi pengurus utama syarikat tersebut. Dia telah mengambil alih tanggungjawab pengurusan dari segi kewangan, aktiviti operasi, hingga kepada aspek strategik perniagaan.
Semenjak dia berumur 11 tahun, Raqnid telah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan.
Minatnya yang mendalam dalam bidang ini telah menjadi ciri yang membezakannya dari peringkat yang lebih awal dalam kehidupan. Apa yang lebih menakjubkan, adalah kebijaksanaan dan keupayaannya untuk menghasilkan idea-idea progresif bagi memajukan syarikat. Disebabkan itu, syarikat Albert yang hampir bankrupt, berjaya diselamatkan oleh Raqnid.
Dengan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap keperluan dan potensi syarikat, beliau telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang kompeten. Dalam menguruskan segala aspek syarikat, Raqnid turut memberikan tumpuan kepada aspek kewangan. Beliau secara bijak menguruskan perbelanjaan syarikat, memastikan kecekapan dalam penggunaan sumber. Kecekapan ini telah membantu syarikat mencapai matlamat kewangan dengan lebih berkesan.
Selain daripada itu, Raqnid juga telah memperkenalkan inovasi dan teknologi dalam operasi harian syarikat. Pendekatan ini tidak hanya membantu meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga memastikan syarikat sentiasa relevan dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan yang berubah-ubah.
Keupayaan Raqnid dalam merancang dan melaksanakan strategi perniagaan telah membawa kejayaan kepada syarikat. Beliau tidak hanya melihat keadaan semasa, tetapi juga memiliki penglihatan jangka panjang yang membolehkannya membuat keputusan yang berasaskan visi dan matlamat syarikat.
Pakcik Albert yang tersentak melihat Raqnid langsung berhenti di koridor pejabat. Matanya menerawang ke jauh, terkenang kisah-kisah silam bersama ayah Raqnid. Kedua-dua mereka memang dikenali sebagai pekerja keras yang penuh dedikasi.
"Heh, kau mempunyai anak yang hebat!" ujar pakcik Albert dengan senyuman, mengenang arwah ayah Raqnid.
Pakcik Albert melangkah masuk ke dalam biliknya, namun tidak lama selepas itu, pintu diketuk dengan lembut.
"Masuk!" serunya.
Tombol pintu diputar, dan muncullah Raqnid. Pandangan pakcik Albert bertaut pada wajah serius Raqnid, sesuatu yang tidak biasa.
"Ha, apa yang kamu nak?" tanya pakcik Albert, seperti biasa, namun kali ini dengan rasa ingin tahu yang lebih besar.
Raqnid, dengan ekspresi serius, berkata, "Pakcik, boleh saya pinjam duit?"
"Huh? Pinjam? Haih, berapa kamu nak? Pakcik bagi saja, tak payah bayar balik! Lagipun, kamu dah banyak tolong syarikat ni!" ujar pakcik Albert dengan murah hati.
"200 ribu!" jawab Raqnid tanpa berbelit-belit.
Pakcik Albert, pada mulanya, menganggap Raqnid hanya meminta jumlah kecil. Tapi, beberapa saat kemudian, otaknya mula memproses kata-kata Raqnid.
"Dudududua rararatus rririribu?" Pakcik Albert hampir tidak percaya.
Raqnid mengangguk serius, "Ya, pakcik."
Pakcik Albert bangun dari tempat duduknya dengan pandangan terkejut, "Kamu nak buat apa dengan duit sebanyak tu?" tanyanya dengan nada curiga.
"Saya nak melabur!" jawab Raqnid, sorot matanya memancarkan semangat yang tak boleh dipandang enteng.
Share this novel