Chapter 20 - Penyelewengan 4

Romance Series 7839

Ketika penyiasatan mereka semakin mendalam, Aria dan Raqnid menyedari bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil pendekatan yang lebih khusus. Mereka tahu bahawa jawapan terletak pada individu yang gaya hidupnya tiba-tiba berubah setelah penyelewengan berlaku. Tetapi dengan begitu banyak individu yang mungkin terlibat, mereka tahu ini tidak akan menjadi tugas yang mudah.

Raqnid termenung jauh apabila memikirkan tentang kerja yang semakin banyak. “Arghh, mengarut! Macam mana kita nak siasat setiap sorang daripada mereka? Rutin mereka hanya berada di pejabat sepanjang hari..”

“Hari minggu!” jawab Aria.

Raqnid merenung ke arah Aria dengan pandangan yang tajam, “Tak cukup kau dera aku balik kerja lambat, sekarang hari minggu pun kau nak aku kerja!” kata Raqnid dengan sinis.

“Dah tu, macam mana lagi kita nak buat?”

Raqnid mendapat satu idea bernas, "Kita mungkin boleh libatkan budak intern yang lain.. Disebabkan kerja ini memerlukan lebih banyak sumber dan maklumat.. Lagipun, mustahil untuk aku siasat semua suspek ni seorang diri." Raqnid tersenyum sinis.

“Elehh, macam aku tak tahu niat kau! Kau nak mengelat kan..”

“Huh? Mana ada!” Raqnid berpaling muka.

Aria mula mempertimbangkan cadangan Raqnid dengan serius. Dia akhirnya bersetuju melibatkan pekerja intern lain untuk membantu dalam penyiasatan ini, iaitu Doug, Alice, Lina, dan Kiel.

“Sebelum tu, jangan beritahu mereka yang aku dah terlibat dengan kerja ni.. Aku taknak mereka pikir yang bukan-bukan!” pesan Raqnid.

“Hah? Mereka pikir apa?”

“Kau rasa apa yang mereka akan pikir? Aku taknak perkara ni, jadi bahan gosip dalam pejabat ni pulak nanti..”

'Apa yang mereka akan pikir? Raqnid hanya datang ke bilik aku buat kerja? Huh!' wajah Aria mula kemerahan kerana dia mula sedar pemikiran kebiasaan orang apabila melihat lelaki dan perempuan berduaan di dalam bilik.

"Kau dengar tak ni?"

Aria tersedar daripada bayangannya, “Ahh, bai—baiklah!”

Raqnid pun keluar daripada bilik Aria kemudian menuju ke bilik istirehat sementara Aria sedang memanggil pekerja intern yang lain ke biliknya. Raqnid tidak mahu rakan seinternya mengesyaki sesuatu diantara dia dengan Aria.

Beberapa minit kemudian, Kiel datang ke bilik istirehat memanggil Raqnid untuk ke bilik Aria. Raqnid pun berpura-pura terkejut apabila Kiel datang memberitahu perkara itu. Tanpa merungut panjang Raqnid mengikuti Kiel ke bilik Aria.
Kelima-lima pekerja intern syarikat sudah pun berada di dalam bilik Aria.

"Sebab saya memanggil anda semua di sini adalah kerana saya memerlukan bantuan anda," Aria peringatkannya, "Saya perlu memberitahu kamu semua bahawa kerja yang saya nak kamu semua lakukan ini mungkin akan mengganggu hari cuti anda. Saya tidak akan memaksa sesiapa pun daripada anda untuk menyertai, dan jika ada sesiapa yang ingin keluar, itu sepenuhnya tidak masalah.. Jika anda sudi sertai, saya amat berterima kasih. "

‘Wahh, kenapa masa aku takde pulak dia tanya macam ni, lagi dipaksa ada la!’ ujar Raqnid dalam hati lalu mengangkat tangan kanannya hendak menarik diri.

Kiel berdiri di sebelah Raqnid menyikunya perlahan lalu berbisik, “Raqnid! Kau buat apa tu? Jangan macam-macam lahh! Bukan senang nak dapat kerja terus daripada bos syarikat.” Kiel menegur rakannya yang degil itu.

Raqnid mengendahkan kata-kata Kiel terus menerus mengangkat tangannya ke udara. Aria melihat perkara namun dia langsung tidak memperdulikannya seolah-olah Raqnid tidak berada di situ.

“Baiklah, terima kasih kerana sudi menolong saya.. Mari kita bergerak ke bilik perbincangan 2, saya akan terangkan segalanya disana.” ujar Aria sambil membimbing mereka ke pintu keluar.

Mereka pun bergerak keluar meninggalkan Raqnid dan Aria yang masih belum keluar daripada bilik itu.

"Cehh, taknak paksa konon!" Raqnid menyindir Aria sambil menarik muka.

"Ye laa, ini bukan kerja yang mudah dan aku taknak jadi bos yang teruk, dera pekerja kerja waktu cuti." jawab Aria membalas sindiran Raqnid.

"Hah! Lepas tu aku ni macam mana! Tak didera ke macam ni!" Raqnid menunjuk dirinya.

"Hehe, kau tu special case!" tersengih Aria lalu bergerak menuju ke bilik perbincangan.

"Geez!" bengang Raqnid dibuatnya.

Sebaik sahaja di bilik mesyuarat, Aria mula menjelaskan butiran kerja yang perlu mereka lakukan. Empat ahli baru teruja mendengarnya, sementara Raqnid duduk termenung tambah mengantuk kerana dia sudah mengetahui kandungannya.

"Tak sangka ada orang yang sanggup melakukan perkara yang sedemikian!" - Alice.

"Ya, aku pun tak faham dengan manusia macam ni?" - Doug.

"Kita mestilah jujur dalam jua perkara! Barulah, hidup kita tenteram." tegas Kiel.

Lina hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan rakan-rakannya.

"Betul cakap kau, ini pertama kali aku bersetuju dengan kata-kata kau, Kiel!" - Doug

"Ya, sebab itulah kita kena tangkap mereka supaya perkara ni tak berleluasa!" - Aria

"Kami akan lakukan sedaya upaya kami untuk membantu!" - Kiel

Dengan tenaga kerja yang lebih ramai, Aria mula mengagihkan tugas dan merancang pendekatan penyiasatan. Mereka akan mengawal dan menyiasat setiap individu yang ada dalam senarai, memerhatikan perubahan dalam gaya hidup mereka serta membuat anggaran jumlah barang yang boleh dibeli dengan RM70,000 yang hilang.

Alice dan Lina berkumpulan manakala Raqnid, Doug dan Kiel berseorangan menyiasat individu yang terdapat dalam senarai. Aria pulak tidak sesuai untuk melakukan penyiasatan kerana dia terlalu menonjol disebabkan statusnya sebagai CEO di syarikat itu.

"Baiklah, mari mulakan kerja!" - Kiel

"Yeah!" - Alice, Lina dan Doug

Mereka berempat pun keluar daripada bilik perbincangan itu, menyiasat suspek masing-masing.

Sementara Raqnid masih tercengang di dalam bilik itu.

"Tak boleh ke, kau semangat macam diorang tu?" soal Aria.

"Tak! Cara penglibatan aku dengan mereka pun tak sama! Kau nak suruh aku semangat!" bengang Raqnid.

"Hurghh, kau marah lagi ke pasal tadi!"

Raqnid tarik muka menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

"Kau tu berbeza!" ujar Aria.

"Berbeza?"

"Ya, kalau aku minta tolong kau.. Kau nak tolong ke?"

"Tak!"

"Tengok! Kau sendiri pun tak nak tolong aku kalau aku minta baik-baik. Jadi terpaksalah aku, paksa kau. Lagipun, kau yang ajar aku, setiap orang ada cara dan kaedah yang berbeza untuk kita dekati. Kadang-kadang cara lembut tak menjadi mungkin kena cara kasar!"

"Wahh, sekarang kau dah pandai gunakan orang."

"Mesti la, kau yang ajar! Bukan gunakan tapi memanfaatkan seseorang!"

"Haishh!" bengang Raqnid mendengarnya.

####

Kiel, Doug, Raqnid, Alice dan Lina bergerak ke bahagian kewangan syarikat. Tiba sahaja di sana, mereka memerhatikan kawasan tersebut yang padat dengan pekerja yang terdiri daripada akauntan dan pakar kewangan.

“(gulp), nervous pulak aku!” - Goug

“Itu la tu! Tadi rasa macam ok je.. Sekarang, ada dekat depan-depan lain pulak rasanya!” - Alice

“Raqnid, apa kata kau pergi tunjukkan dekat kami macam mana nak buat? Kau kan pergalaman dalam hal ni!” - Goug

“Uhhh!” - Raqnid

“Jangan risau, biar aku yang mulakan dulu!” - Kiel mendekati salah seorang pekerja di situ.

“Patut ke, kita biarkan dia buat dulu?” - Alice

“Entah, risau aku dengan Kiel ni!” - Goug

Kiel pun mendekati salah seorang pekerja di bahagian kewangan. “Umm, apa khabar puan!”

“Ya, apa boleh saya bantu?” - akauntan

“Saya Kiel, saya pekerja intern dekat syarikat ni.. Saya dan rakan saya datang ke sini untuk membantu, jika ada apa-apa yang kami boleh bantu!”

“Ouh, ye ke! Mana kawan-kawan kamu?” - akauntan

Kiel pun memanggil yang lain datang dengan memberi isyarat tangan.

“Selamat berkenalan puan, saya Alice!”

“Saya Doug!”

“Saya Raqnid!”

“Saya Lina!”

“Jadi kamu semua laa, pekerja intern yang terkenal tu! Yang baru-baru ni, urusknan acara pelancaran produk baru tu kan?” - akauntan

“Haha, mana ada hebat!” - Kiel

Datang pekerja lain, menyambut kedatangan mereka. Pekerja-pekerja disitu tertarik dengan prestasi kerja yang mereka tunjukkan sewaktu acara pelancaran produk. Disebabkan perkara tersebut ramai pekerja di bahagian kewangan percaya dengan kebolehan pekerja intern untuk bekerja. Mereka dengan mudah diterima, pekerja disitu mula mengambil mereka untuk bekerja di bahagian tersebut.

Dengan kaedah ini, mereka lebih mudah untuk mendekati suspek. Mereka mula mengenali suspek melalui perbualan dengan rakan-rakan sekerja suspek. Dari situ, mereka berjaya mengumpulkan sedikit maklumat tentang suspek yang sedikit sebanyak membantu dalam penyiasatan. Melalui maklumat itu mereka dah berjaya menyingkirkan beberapa orang dalam senarai suspek.

Mereka memulakan penyiasatan dengan tekun selama seminggu. Mereka juga melibatkan hari minggu dalam jadual penyiasatan mereka kerana mereka menyedari bahawa hari tersebut adalah waktu yang paling sesuai untuk mengesan gerak geri dan aktiviti individu yang mereka suspek.

“Baiklah, kamu semua dah melakukan yang terbaik selama 3 hari berada di bahagian kewangan! Esok dan lusa merupakan hari yang penting kerana kita dapat memperoleh maklumat tentang suspek dengan lebih mendalam. Saya harap kamu semua berjaya! Mari kita lakukan yang terbaik!” ujar Aria dengan penuh semangat.

Ucapan disambut baik oleh pekerja-pekerja intern. Keempat-empat mereka begitu cerdas dan semangat dengan kerja yang mereka baru terima walaupun esok dan lusa merupakan hari minggu.

Salah satu faktor lain yang membuatkan mereka semangat ialah bonus. Aria menjanjikan wang ringgit kepada mereka selepas kes ini berjaya diselesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience