Chapter 9 - Kebolehan

Romance Series 7839

Pada ke-esokkan harinya, Raqnid tiba awal di dewan tersebut untuk memastikan semuanya tersedia sebelum pekerja lain tiba. Dia ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan tiada yang bercanggah daripada pelan asal. “Haihh, seminggu je Raqnid oi. Bertabahlah!” memotivasikan dirinya sendiri. “Tengoklah nanti makcik, aku akan tunjukkan dengan siapa kau berurusan.” tersimpan dendam semalam dalam dirinya.

Setelah jam 8 pagi, pekerja lain pun tiba termasuk rakan seinternnya. “Awal kau datang harini Raqnid?” soal Kiel. “Ketua yang bagus mestilah tiba awal daripada pekerja yang lain!” ajuk Doug. “Sudah jangan duk merepek, mulakan kerja sekarang.” ujar Raqnid. “Baik, boss!” kata Kiel.

Gank dan rakan sekerjanya pun tiba. Gank datang bertemu Raqnid. “Apa yang perlu kami lakukan harini?” soal Gank. “Teruskan kerja kemarin.” jawab Raqnid. “Baiklah!” Gank pun mengarahkan rakan sekerjanya untuk meneruskan kerja yang kemarin.

####

Aria termenung memikirkan kata-kata Raqnid semalam. Dia kemudiannya memanggil supervisor John ke biliknya untuk mengetahui perkembangan kerja Raqnid.

Setelah 5 minit, supervisor John mengetuk pintu bilik Aria. “Masuk!” kata Aria. Supervisor John pun masuk ke dalam bilik tersebut. “Selamat pagi, boss!” ucap supervisor John. “Selamat pagi.” jawab Aria. “Ada apa bos—-” tidak sempat supervisor menghabiskan kata-katanya Aria terus soal.

“Apa perkembangan di dewan?” soal Aria. “Ahh, semuanya berjalan lancar.” jawab supervisor John. “Berjalan lancar? Apa maksud kamu?” soal Aria. “Mereka dah mulakan kerja kemarin.” jawab supervisor John.

“Mereka dah mula!” terkejut Aria dibuatnya kerana dia tidak menyangka yang Gank dapat menerima arahan daripada pekerja intern.

“Ya, boss. Saya pun terkejut dengan laporan yang diberikan oleh Raqnid. Selepas dia hantar gambar kepada saya pagi tadi barulah saya percaya.” ujar supervisor John.

“Gambar? Mana?” soal Aria. Supervisor John pun membuka telefonnya lalu memberikan kepada Aria. Aria meneliti setiap gambar yang diberikan Raqnid. ‘Mustahil!’ seperti apa yang supervisor John beritahu, semuanya mengikut pelan.

Aria termakan diri dengan kata-katanya kemarin. ‘Kalau diteruskan begini, dia pasti akan dapat siapkan dewan ni pada minggu hadapan.’ ujar Aria dalam hati.

Resah Aria dibuatnya memikirkan perkara tersebut, dimana dia hendak meletakkan mukanya nanti apabila bertembung dengan Raqnid.

Supervisor John bersuara, "Nampaknya, Raqnid betul-betul bersungguh membuktikan kebolehannya bekerja sehingga sanggup datang awal ke dewan semata-mata untuk memastikan semuanya tersedia sebelum pekerja lain tiba." ujar supervisor John.

Mendengar kata-kata supervisor John itu membuatkan Aria tersentuh kerana dirinya juga begitu. Dia juga bekerja keras untuk membuktikan kebolehannya kepada seseorang.

"Baguslah macam tu!" ujar Aria yang sudah tidak memperdulikan lagi air mukanya di hadapan Raqnid. "Boss macam tahu-tahu je yang budak intern ni dapat uruskan semua ni." puji supervisor John.

"Taklah!" Aria sambil tersenyum palsu di hadapan supervisor John. 'Aku pun tak tahu dia juga pandai mengurus! Aku hanya nak balas dendam disebabkan kejadian di dalam lif haritu.' ujar Aria di dalam hati.

####

"Raqnid, boleh kita berbincang sikit!" Gank datang mendekati Raqnid.

"Ya, boleh! Ada apa yang nak dibincangkan Gank?" soal Raqnid. "Kalau boleh aku nak buat sedikit perubahan dalam pelan ni." ujar Gank. "Perubahan?"

Raqnid pun mendengar apa cadangan yang hendak dikemukakan oleh Gank. Selepas Gank memberikan cadangannya, Raqnid pun tanpa berpikir panjang terus berkata

"Menarik, baiklah saya akan beritahu yang lain mengenai perubahan ni." kata Raqnid kepada Gank.

"Huh?" Gank terkejut dan hairan kerana dengan begitu mudah cadangannya diterima oleh Raqnid tanpa sebarang isu.

"Kenapa?" Gank mempersoal.

Raqnid hairan melihat reaksi Gank. "Takpe ke kau buat keputusan melulu macam ni? Bukan ke sepatutnya kau tanya orang atasan dulu ataupun ambil masa untuk berfikir dulu ke?" soal Gank.

Raqnid mendekati Gank lalu berbisik "Jangan risau, saya akan bertanggungjawab atas kesemuanya, okey! Lagipun, lebih cepat saya buat keputusan, lebih cepat kita siap.".

"Baiklah, kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu!" ujar Raqnid lalu berjalan pergi.

"Kenapa, kau begitu mudah percayakan cadangan saya? Bukankah sepatutnya kau patut lebih ragu-ragu dengan cadangan saya sebab pelan ini semua sudah disiapkan oleh orang yang lebih professional!" soal Gank tidak berpuas hati.

"Hmmm, mereka mungkin hebat dalam mereka-bentuk tapi itu hanya nampak cantik di atas kertas. Realitinya, faktor lain seperti cahaya, ruang, dan tempat yang mempengaruhi pandangan seseorang terhadap dewan ini langsung mereka tidak mempunyai pengalaman tentangnya. Jadi, saya lebih percayakan orang yang lebih banyak menghias dengan tangan mereka sendiri berbanding orang yang hanya pandai menghias menggunakan komputer." ujar Raqnid lalu berjalan pergi.

Gank terkesima mendengar jawapan daripada Raqnid itu. "Kalaulah semua pelanggan aku selama ini berpikiran seperti dia. Bukankah bagus." Gank bercakap seorang diri.

Sewaktu Raqnid dan Gank berbincang. Rakan-rakannya sedang berbual mengenainya.

“Apala yang mereka bualkan tu?” kata Doug sambil menghirup secawan teh.

"Aku pun tak pernah tengok Boss berbual dengan orang macam tu." ujar Monica merupakan pekerja kepada Gank.

"Apa maksud kau?" soal Doug. Alice dan Lina pun baru tiba. "Boss kami tu, muka dia selalu serius bila berbual tentang hal kerja." ujar Monica manakala rakannya yang lain hanya mengangguk kepada mereka.

"Mungkin mereka sedang bualkan perkara lain." tambah Kiel. "Mustahil, boss kami tak pernah berbual perkara lain semasa waktu bekerja." kata Monica. "Bunyinya macam orang yang tegas dan menyusahkan!" Doug mengata Gank dengan suara yang perlahan.

"Walaupun begitu, dia merupakan boss yang baik. Dia tak pernah menghalang kami daripada berbual. Ada waktu kami serius, ada waktu kami bergurau. Kami seronok bekerja dengannya." jawab Monica.

"Uhmm, maaf!" Doug kesal dengan kata-katanya tadi.

"Takpa, kami semua faham sebab pertama kali kami berjumpa dengan boss kami pun, kami berfikiran sama macam korang.. Tapi, kawan korang tu berjaya memperlihatkan sisi baru boss kami yang kami tak pernah lihat. Mesti dia hebat dekat tempat kerjanya kan!" soal Monica yang ingin tahu.

"Uhmm, haha ya dia hebat bekerja!" Doug menjawab dengan teragak-agak. "Hmmm, dia hebat membancuh air." tambah Alice.

Mendengar kata-kata Alice itu membuatkan Monica keliru dan inginkan penjelasan.

"Tugas Raqnid hanya membancuh air di pejabat." jawab Kiel. "Ehh, maksud kamu dia hanya membancuh air di tempat kerja kamu?" soal Monica dengan kekeliruan.

"Ya, dia hanya membancuh air. Itu saja kerja dia." jawab Alice. "Ahhh, oookey! Dia pasti baik dengan boss kamu semua sampai dapat kerja bancuh air je?" Monica sekali lagi mencari kelebihan yang ada pada Raqnid.

"Korang jawab!" jawab Doug sambil berkerut wajahnya. Alice menghembuskan nafasnya, "Macam mana ya nak cakap." Alice memegang belakang lehernya mencari ayat untuk menjawab. "Biar aku yang jawab!" Kiel bersemangat mahu menjawab. "Kau diam!" kata Alice tanpa belas kasihan. Terdiam Kiel dibuatnya lalu Doug menepuk belakangnya "Bagus-bagus! Lebih baik kau diam.".

"Pada mulanya kami pun berpikir macam tu.. Dia ni ada apa-apa pertalian ke dengan boss? Mudah nye kerja dia! Bancuh air je! Tup! Tup! Tup! Sangkaan kami terus berubah selepas mendapat tahu yang Raqnid juga terpaksa pulang lewat satu jam dengan alasan kerjanya terlalu mudah. Sangkaan kami dikuatkan lagi setelah kami buat pertama kalinya berjumpa dengan boss syarikat Aria Beauty.. Kami semua begitu teruja hendak bertemu dengan boss Aria kecuali Raqnid.. Dia sorang je yang langsung tidak mempedulikannya.. Boss Aria saat bertemu dengan dengan kami semua, dia menunjukkan wajah yang gembira namun apabila tiba giliran Raqnid.. Kami dapat merasakan bahang diantara mereka berdua.. Kami tak tahu apa yang Raqnid buat sampai boss Aria berdendam dengan dia sampai macam tu sekali!" ujar Alice dengan panjang lebar namun jelas.

Mendengar sketsa daripada Alice membuatkan Monica tertanya-tanya tentang lagi satu perkara. "Jadi, mungkin masalah kemarin juga datang daripada boss kamu?" soal Monica.

Alice dan yang lain pun mula berpikir. Punca kenapa tugasan mereka yang mulanya hanya perlu membantu kakitangan pekerja Aria Beauty, kini mereka terpaksa terlibat secara langsung dalam menyiapkan semua ini. “Ada betul apa yang kau katakan tu!” ujar Kiel. “Hehh, sekarang kami mula yakin yang boss Aria betul-betul tak sukakan Raqnid.” kata Alice.

“Dah tu kenapa korang biarkan Raqnid yang jadi ketua?” soal Monica. Doug pandang ke arah Alice, “Silakan jawab!” lalu dia menyuruh Alice menerangkan kesemuanya. Alice mula menyesal dengan keputusannya setelah memikirkannya semula.

“Hmmm, sebab dah tiada pilihan lain. Raqnid sorang je pilihan yang ada.” kata Alice kemudian Kiel menyampuk. “Aku kan ada!” kata Kiel sambil menunjukkan dirinya.

“Sepatutnya, aku!” Doug bercakap dengan dirinya sendiri. Monica melihat situasi tersebut mula memahami keadaan terpaksa dilalui oleh Alice saat hendak memilih ketua. “Raqnid sorang je kelihatan ‘normal’. Tapi siapa sangka yang dia beri masalah lebih besar daripada apa yang aku jangkakan.” berkerut dahi Alice bila memikirkan hal itu.

“Faham,kau dah cuba sedaya upaya untuk mengelak masalah. Tapi, apakan daya.” Monica melegakan perasaan Alice.

“Keputusan kau tu, taklah seteruk mana. Tengok sekarang, siapa sangka pembancuh air dapat menguruskan semua ni.” kata Monica sambil menunjuk ke arah perkembangan dewan itu. “Betul tu!” Alice tersenyum selepas mendengar kata-kata Monica itu. “Nampak gayanya, pelan boss kau nak kenakan Raqnid tu gagal!” ujar Monica. Kiel, Doug, dan Lina pun tersenyum gembira.

“HASYUMMM! Ada orang kata kat aku ke?” Kedua-dua Raqnid dan Aria bersin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience