DAMAI 5

Romance Completed 15486

“Kita nak makan dekat mana Zahari, saya tak kisah mana-mana pun okay”. Hati Nia bercampur antara suka dengan tidak. Dalam rindu dia benar tidak mahu dan belum bersedia menerima apa juga hubungan yang melibatkan hati dan perasaan. Soalan diaju sekali lagi setelah Zahari seolah-olah tidak mendengar pertanyaan Nia tadi.

“Nia ok tak ni, kita pergi sekejap saja. Lepas ja habis makan nanti Ari akan hantar Nia balik okay?.” Zahari berusaha menarik perhatian dari Nia bahawa dia tiada niat lain selain mahu teruskan berkawan dengan Nia.

Eh dia ni lain orang tanya, lain pula yang dia jawab. Tanya kita okay atau tidak.

“Ari ni dengar tak Nia tanya dua kali dah dari tadi”. Mengelamun apalah si Zahari ni.

“La…Nia tanya apa tadi, Ari tak perasan, sorry,sorry.” Zahari baru perasan dirinya masih dalam lamunan tadi.
Mereka menuju kekedai makan dengan berjalan kaki. Mereka langsung tidak nampak kekok. Kalau ada yang melihat mereka pasti mereka mengangap Zahari dan Nia tidak pernah berpisah. Hakaikat hati Nia hanya dirinya yang Allah yang tahu.

“Ari, boleh Nia tanya sikit?”

Nia membuka kata tidak mahu terus diam.

“Boleh dinda tanyalah apa saja, Kanda akan berusaha menjawab”.

Ari sengaja mengusik Nia dengan panggilan lama mereka lagi. Nia penasaran. Sengaja tau dia ni asyik nak kanda dinda.

“Elok-elok la Ari, jangan la suka nak main-main kalau orang nak serius tu”.

Benda serius selalu dia nak buat main.

“Okay…sorry again, tanya la apa dia Nia.”

Bersedia apa sahaja soalan dari mulut gadis itu. Selalunya soalan bijak-bijak yang akan keluar. Kadang nak jawab pun tak dak jawapan nak bagi.

“Ari boleh tahu tak kalau seseorang tu cinta kita atau tak hanya dengan tingkah laku seseorang tu?”.

Nia beranikan diri bertanya soalan tersebut. Soalan yang buat hati dan jiwanya dibawa kesini. Dia masih pelik akan jawapan dari Ilham, anggaplah tu.

“Nia, cinta itu ibarat cermin, apa yang kita pamer itu yang terzahir. Tingkah laku kita semuanya tidak dapat ditipu dengan kenyataan bahawa sebanyak mana cinta kita pada seseorang, akan jelas terpancar dari cara dia pandang kita, dia buat apa dengan kita. Cara dia hormatkan perasaan kita dan faham apa yang kita lakukan dalam situasi apa juga. Yang paling dasyat tu kalau dia sanggup korban rasa hati dia demi orang yang dia sayang”.

Panjang jawapan Ari supaya Nia tidak terus tenggelam dengan rasa keliru dan sakit. Dia kena tahu apa juga yang berlaku bukan salah sesiapa.

“Lebih lagi kalau dia sayangkan kita, dia tak akan semudahnya mengalah dengan kita. Setidaknya dia boleh berusaha sedikit lagi demi pertahankan cinta dia tu. Okay.. jelas tak Nia.”

Zahari memandang Nia yang seolah tenggelam dengan jawapan dari dia. Apa la punya soalan.

“Nia jelas nampak cinta dalam matanya, namun Nia masih ditinggal pergi dengan alasan dia ada yang lain. Nia langsung tak tahu hakikat tersebut selama ini salah”.

Tiba-tiba Nia menjawab setelah diam seketika.

Nia masih dibelenggu jawapan yang keyakinan pada sinar cinta dimata tunangnya.

“Nia, kadang kala bukan kerana dia tidak cintakan Nia, tetapi cintanya terlalu dalam hinggakan dia dapat melihat dengan jelas bahawa cinta Nia tidak ada untuk dirinya.”

Zahari harap sangat Nia akan lebih memahami apa juga yang cuba disampaikan.

Langkah Nia terhenti, seakan terpana dengan bait kata-kata dari Zahari. Jika benar apa yang dikatakan Zahari maka tunangnya masih cintakan dia. Nia terkenangkan wajah tenang milik Ilham. Nia berharap sangat Ilham membuat keputusan yang betul jika itu yang dimaksudkan Zahari.

Zahari pantas hentikan langkahnya, terkejut dengan langkah Nia yang terbejat sebentar tadi.

“Kenapa Nia?”.

Zahari bertanya. Nia dilihat seakan termenung lama tanpa berkelip.

“Jadi maksudnya, bukan dia tidak cintakan Nia?”.

Nia pulangkan soalan buat Zahari.

“Dengar sini Nia, apapun sekali rasa dia pada Nia, dia tetap telah memilih untuk tinggalkan Nia. Hadam baik-baik apa yang Ari cuba sampaikan pada Nia”.

Zahari sedayanya cuba membuat Nia faham keadaan sebenar.

Nia buntu, dia juga begitu. Mereka disini dengan keadaan dan situasi yang sama. Rania juga memilih untuk mengalah dengan dirinya. Lalu nasihat itu hanya sekadar ingatan buat kedua mereka.

“Nia dengan sini baik-baik apa yang Ari katakan, dan Ari tak akan ulang dua kali kata-kata ni, Nia patut tahu jika kita cintakan seseorang, kita tak akan pernah meninggalkan cinta tersebut walau apa juga alasan”.

“Mungkin dia sangat cintakan Nia hinggakan dia rasakan cinta Nia tidak cukup untuk membalas cinta dia. Dia mahu Nia bahagia dengan pilihan Nia sendiri.”

Keluh Zahari panjang sambil memegang kedua bahu Nia. Dia buntu untuk buat Nia faham keadaan sekarang.

“Nia yang salah la maksudnya kan, Nia tak pernah berusaha lebih untuk buat dia cintakan Nia. Macam tu ka maksudnya?”. Nia memandang tepat mata Zahari.

“Bukan macam tu maksud Ari,soal macam ni bukan boleh kita ukur siapa yang salah, Nia kena faham tu, soal dia lebih kepada naluri hati seseorang tu merasakan Nia lebih bahagia tanpa dia.”

“Habis tu pasai apa dia tak pernah nak tanya Nia dulu atau bincang dulu. Terus ja buat keputusan macam tu.”

“Perasaan dia tu Nia, dia tak mau Nia beralasan macam sekarang ni la.”

“Dah la tu Nia, ada sebab la tu dia buat keputusan macam tu. Nanti cuba Nia tanya dia sendiri. Bagi reda dulu hati Nia tu.”

“Yalah.”

Sepatah ja jawapan akhir dari Nia.

“Jom kita pi makan okay.”

Nia angguk sahaja. Memilih untuk diam.

Zahari dan Nia hanya diam membisu saat menunggu makanan sampai. Zahari memesan makanan dan minuman kegemaran Nia setelah Nia kekal diam saat Zahari bertanya padanya tadi.

Makanan yang dipesan sampai dan mereka berdua diam makan tanpa bicara.

“Nia, tengok sini Ari nak cakap dengan Nia ni.”

“Awatnya Nia bukan tak dengaq kalau Ari cakap kalau tak pandang muka Ari pun.”

Keluar bahasa utara dia. Sesekali dia akan cakap juga utara dengan Zahari. Lama tak jumpa ni segan nak cakap macam dulu.

“Dak la, pandang muka kalau cakap tu dia sampai la kat hati.”

Nia memandang Zahari.

“Ya baik, cakapla apa Ari nak cakap. Nia dengar.”

“Balik bilik ni, Nia duduk pikiaq, kat mana tak kena antara Nia dengan tunang Nia. Apa Nia sanggup buat dan apa yang dia sanggup buat untuk Nia.”

“Nia kena bersedia dengan apa pun jawapan yang Nia jumpa nanti.”

Zahari mahu Nia tahu salah itu tak semestinya yang dia rasa. Kena selam dua-dua sekali hati. Baru tahu siapa yang salah dan siapa yang benar.

“Nanti Nia pikiaq, terima kasih Ari.”

“Yalah, jomlah kita jalan balik pelan-pelan.

Usai makan malam mereka Zahari mengajak Nia pulang.

Angguk. Diam lagi.

“Nia, okay tak ni, diam ja dari tadi. Ari bagitahu supaya Nia tak pikiaq yang teruk-teruk tentang tunang Nia. Anggaplah jodoh tiada antara Nia dan dia.”

Zahari cuba memancing kata-kata dari Nia.

“Ya, Nia ok.”

Pendek jawapan dari Nia.

“Okay, Ari paham, nanti jangan lupa apa yang Ari kata tadi tau. Duduk pikiaq dalam-dalam.”

Angguk lagi. Berat sangat nak jawab.

“Lagi satu Ari nak habaq kat Nia, tak pa ka kita cakap utara ni. Dari tadi cakap macam nak formal sangat dengan Ari.”

“Mana ada, Nia memang macam ni suka cakap tukaq-tukaq.”

“Ha..tu boleh pun senyih. Kan elok macam tu. Ni dak muka macam apa dah Ari tengok.”

“Tak payah la tengok kalau lagu tu.”

“Ari nak pesan ni, balik ni jangan lupa buka sekatan no telefon Ari.”

“Ha, Nia janji Nia bukak balik”.

Padahal Nia dah buka tadi.

“Kita dah sampai ni Nia, Ari harap Nia tidoq nyenyak malam ni.”

Zahari masih berkata lembut pada Nia.

“Nia masuk dulu Ari”.

Tadi elok sahaja dia senyum. Ni dah muram balik.

Nia berkata sambil menundukkan wajah, suaranya juga hampir saja tidak dapat didengar oleh Zahari. Belum sempat Zahari membalas Nia sudah masuk kedalam biliknya. Zahari terus berlalu pergi. Dia tidak mahu memaksa Nia membuka lagi apa-apa cerita yang melukakan hati Nia.

Rania menutup pintu lalu terus terduduk disebalik pintu, tanpa menunggu lama Nia mengalirkan air mata tanda luka yang dirasakan sedari tadi.

“Sampai hati dia buat aku lagu ni, hanya sebab dia cintakan aku lebih dari aku jadi dia rasa dia berhak buat keputusan sesuka hati dia.”

Keluh Nia lagi. Kali keberapa dah Nia mengeluh.

Nia bangun dan terus mandi kemudian lama dia merenung wajah didalam cermin lalu bertekad bahawa dia akan terus melupakan tunangnya. Kini dia benar bebas. Hati ini miliknya. Dalam tidak sedar, airmatanya gugur lagi entah untuk kali keberapa pun Nia tidak tahu.

Seperti yang Zahari menyuruh Nia fikir dalam-dalam, Nia fikir. Nia akur bahawa memang Nia tidak cinta sepenuhnya pada Ilham. Ilham yang selalu berikan segalanya demi Nia. Dia lelaki baik yang sebenarnya tak layak Nia miliki.

Tuntas Nia menyeka airmatanya. Nia tersenyum mengenangkan kenangannya bersama tunangnya. Benar jika Nia tidak menyayanginya sepenuh hati, namun apakah dia punya hak melepaskan Nia tanpa bertanya pada Nia terlebih dahulu. Hati Nia tidak pentingkah baginya.

“Sedangkan aku sekali pun tidak pernah terlintas untuk menduakan ataupun meninggalkan dia.” Nia berkata sendirian. Merasa puas andai kata-kata itu dilafazazkan.

Kata-kata Zahari bermain difikiran Nia. “Balik bilik ni, Nia duduk pikiaq, kat mana tak kena antara Nia dengan tunang Nia. Apa Nia sanggup buat dan apa yang dia sanggup buat untuk Nia.”

Lama Nia fikir, Nia mengeluh berat. Jawapan yang Nia jumpa sememangnya buat Nia kecewa dengan diri Nia sendiri.

“Dia baik, memang aku yang tidak layak untuk dia.”

Lamunan Nia terhenti saat mendengar bunyi pesanan whatapp masuk ditelefonnya.

0121*******- “Testing, testing”.
0121*******- “Eh, dah masuk la msg kanda”.

Zahari mencuba banyak kali akhirnya baru Nia melepaskan sekatan nombor telefonnya.

Nia diam melihat pesanan yang masuk. Dia hafal nombor Zahari, masakan dia tak tahu siapa yang menghantar pesanan tersebut. Nia tak ada niat untuk membalas. Namun pesanan ringkas itu buat Nia rasa bersalah. Dia menaip sesuatu setelah fikir sekejap.

NIA - “Ya, Waalaikumsalam.. Nia dah buka sekatan Ari tadi. Kan Nia dah janji”.

ZAHARI - “Okay, Assalamualaikum(lupa).. Nia rehat la ya, Ari tak mau kacau Nia. Esok kita jumpa, okay. Selamat malam. ;).. terima kasih Nia.”

Nia baru sahaja mahu membalas namun dimatikan niat tersebut. Nia tersenyum. Mata dia bengkak namun berbaloi dengan jawapan yang dia jumpa.

—————> ORANGE BORAHAE

****terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience