Completed
15486
Dan sekarang disinilah Nia. Tanpa Nia sedar air mata jatuh dipipi Nia. Cincin dijari Nia masih disitu. Bukan dia tidak cintakan Ilham. Dia cinta tapi cintanya tidak penuh. Dia tak mampu memenuhi hatinya dengan nama Ilham. Bagi Nia cukuplah kasih itu. Selepas berkahwin cinta itu akan datang sendiri dan akan penuh dengan sendirinya. Namun percaturan Nia ternyata salah. Ilham tidak mahu menyeksa hati Nia untuk terus berada disisinya tanpa rasa cinta.
"Urusan Nia tak sejauh yang Ari sangka. Kalau dekat sini Ari pun boleh temankan Nia."
Nia terkejut dengan kehadiran Zahari disisinya. Lamunan tadi terhenti. Zahari tersenyum melihat rajah terkejut Nia. Tidak jadi terus mengusik Nia. Ada duka dalam wajah itu yang tidak terungkap dengan kata-kata. Air mata pantas diseka laju. Tidak mahu Zahari melihat dia menangis.
"Kenapa Nia lari dari Ari tadi,dah la lama kita tak jumpa."
Zahari masih tenang menentang Nia. Kekok Zahari bercakap awak saya dengan Nia.
"Saya bukan lari, tapi memang inilah urusan saya tadi, saya datang kesini untuk menuntut ketenangan Ari, tiada niat ingin lari dari awak."
Disaat hatinya mahu sepenuh ketenangan, dia ditakdirkan bertemu insan yang paling dia tak mahu temui dan sangat mahu temui..Wajah Ilham tadi terbang ditiup angin. Menggantikan wajah Zahari. Wajah yang pernah menjadi raja dalam hatinya dalam diam. Zahari dianggap sahabat duania akhiratnya.
"Tapi Nia...Ari bukan nak buat Nia tak tenang,kalau boleh Ari nak tengok Nia tenang selalu."
Zahari merasa tidak puas hati dengan jawapan Nia. Dia tahu Nia dalam kedukaan. Siapakah yang telah lukakan hati Nia.
"Seriously Ari, kalau awak biar saya sendirian saya lebih tenang rasanya".
Ari tersentap mendengar jawapan dari Nia. Ini bukan gadis yang pernah dia kenal dulu. Dia tahu Nia sedang sedih dan marah. Tapi tidak tahu apa sebabnya.
"2 tahun Nia kita tak jumpa, apa Nia lupa segala apa yang kita pernah lalui dan hadapi. Sekurangnya Nia jangan cuba lari dari Ari lagi. Nia tahukan Ari betul-betul peduli pada Nia".
Majlis kahwin Zahari pun Nia tak pergi.
"Mana isteri awak Ari"?.
Nia sengaja tidak mahu menjawab kata-kata Zahari tadi.
"Saya bercerai hanya selepas sebulan pernikahan kami, katanya saya tak pernah cintakan dia."
Tenang Zahari menjawab tanpa mahu berselindung. Mungkinkah perkara sebegitu terjadi? Ya, memang benar terjadi dalam hidup Zahari.
Nia diam membisu. Nasib mereka serupa, bezanya Zahari sempat hidup bersama selama sebulan. Lalu apa sebabyanya mereka dipertemukan semula disini? Jauh dari semua orang yang mengenali mereka.
"Semudah itu manusia menilai kasih sayang seseorang Nia, saya hairan kenapa dia tak cakap sebelum berkahwin bahawa saya tak cintakan dia".
Zahari tunduk malu membuka pekung didada. Baginya tiada apa yang hendak dirahsiakan.
"Yang peliknya Nia, kenapa dia sanggup berkahwin terlebih dahulu dengan Ari? Entahlah Ari buntu".
Dulu mereka menggunakan panggilan Ari,Nia. Namun mungkin kerana kekok, Nia menggunakan awak saya, kekok dan marah memang dia akan guna panggilan sebegitu. Banyak sangat kenangan yang mereka ada hinggakan dada Zahari seringkali sakit dada mememikirkan Nia. Mereka serupa dalam soal itu.
"Saya juga senasib dengan awak Ari, bezanya saya sesudah enam bulan lebih bertunang, dia seolah-olah nekad memutuskan hubungan kami, juga katanya saya tidak pernah cintakan dia".
Nia hampir saja sekali lagi menitiskan airmata, namun dia menahan. Tidak mahu nampak lemah depan Zahari. Zahari masih mendengar, saat Nia menggunakan panggilan awak saya tu maknanya Nia nak menjauhkan diri lah tu.
Tiba-tiba Zahari baru teringat berita terakhir yang dia dengar mengenai Nia adalah berita pertunangan Nia. Lepas itu dia nekad untuk tidak mencari Nia lagi. Waktu itu Zahari juga baru bernikah.
"Kejap Nia, Ari nak tahu kenapa awak pergi lepas saya bertunang, malah awak tukar nombor telefon".
Nia terdiam mendengar soalan Zahari, sedangkan dia masih setia dengan nombor telefon yang sama, Ari disekat panggilan dan sms serta whatsapp bukan Nia tukar nombor. Nia tak mahu menjawab pertanyaan yang kenapa dia lari semasa tahu Zahari bertunang.
"Eh,Nia xda tukar nombor, nombor tu Ari beli bagi saya, Nia masih pakai. Cuma Nia sekat nombor Ari."
Nia tertunduk malu saat melafazkan kebenaran. Kalaulah Zahari tahu betapa sukarnya disaat dia membuat keputusan begitu, pasti Zahari tidak akan pernah pertikaikan apa yang Nia buat. Nia sangat merasa kehilangan waktu itu dan tidak dapat berfikiran dengan waras.
Nia, kalau Ari tahu semua ni akan jadi Ari tak akan menikahi Rania dan Ari tak akan biar Nia pergi dari hidup Ari".
Nia diam mendengar kata-kata Zahari.
"Tapi hakikat bahawa kita hanya mampu merancang Nia, Ari tetap tak tahu kesudahan hidup Ari selepas kahwin Rania nak buat macam tu pada Ari, sekurang-kurangnya dia boleh biar Ari cuba dulu buktikan Ari boleh cintakan dia sepenuh hati".
Zahari bukan mahu menyalahkan takdir tetapi dirasakan Rania bertindak tidak adil bagi pihaknya. Membuat keputusan seolah-olah mudah sejenis perkahwinan itu.
"Nia tahu tak selepas Ari dengar Nia bertunang, Ari tak jadi mencari Nia semula, waktu tu Ari baru sahaja mendirikan rumah tangga".
Nia masih diam mendengar luahan Zahari.
"Ari masih hairan kenapa Nia lari waktu Ari bertunang dengan Rania, Ari kahwin pun Nia tak hadir".
Kali ni Nia tidak diam mendengar. Dia malah bersedia memberi hujah yang lama disimpan.
"Dengar sini Nia bagitahu Ari, Nia bukan lari dari Ari tapi Nia tak sanggup melihat Ari bertunang dengan orang lain, malah Nia tak mampu menukar nombor telefon Nia, Nia hanya mampu sekat panggilan dari Ari saja. Nia juga tak mahu menerima undangan dari Ari sebab Nia tak sanggup malah selepas beberapa bulan Ari bertunang, Nia menerima lamaran dari Ilham".
Nia diam sebentar mencari kekuatan. Dia tak tahu berapa kali Rania datang meminta dia menjauhkan diri dari mereka. Nia puas jelaskan bahawa mereka hanya sahabat. Tak mungkin Zahari akan memilih dia. Namun Rania seolah-olah tidak dapat menerima hakikat itu.
"Nia hadir semasa Ari kahwin dengan Rania, tapi Ari sibuk waktu tu. Nia ada tinggal surat juga buat Ari. Jadi Nia tak tahu siapa yang lari dan siapa yang menjauhi."
Zahari terkejut mendengar kata-kata dari mulut Nia. Rania tidak pula beritahu akan kehadiran Nia semasa majlis mereka.
"Dinda, Kanda minta maaf dengan Dinda. Kanda tak tahu macam tu sekali penerimaan Dinda".
Jantung Nia seperti mahu tercabut mendengar bait lembut dari pemilik wajah tenang itu. Panggilan yang digunakan mereka dulu hanyalah sekadar gurauan sesekali. Tak sangka Ari juga masih ingat. Panggilan gurauan itulah yang buat kedua mereka tak senang duduk.
"Tolong la jangan sebut lagi kanda dan dinda tu. Tak sesuai dengan waktu sekarang ni."
Zahari tahu Nia marah dengan dia. Namun sengaja dia mahu menduga Nia.
"Buat apa Ari minta maaf dengan salah yang bukan Ari yang buat. Nia yang salah selaku sahabat akrab Nia tak patut lari sewaktu Nia dengar Ari ingin bertunang dengan Rania".
Nia membalas semua persoalan dan kekusutan Ari.
"Nia juga minta sangat tolong jangan ungkit lagi semua tu, Nia tak mahu ingat lagi."
Nia terpaksa meminta Zahari tidak bertanya lanjut. Khuatir membuka kisah bekas isterinya itu. Jadi Nia memilih untuk tidak meneruskan.
"Nia juga tak patut terima lamaran Ilham dalam keadaan tidak bersedia. Nia patut lebih matang, namun Nia terlalu mengikut hati, Nia tak tahu beza rasa dalam hati Nia ni. Sangka Nia, Nia cintakan Ari namun hakikatnya Nia cuma takut kehilangan Ari waktu itu. Nia juga takut Rania tak boleh terima kehadiran Nia sebagai sahabat karib Ari".
Alasan apalah Nia bagi pada Zahari. Dia tidak mahu membuka sebab sebenar bahawa Rania tidak selesa Nia ada antara mereka.
Sebelum kahwin pun Rania dan begitu merasa tidak selamat. Jadi bagaimana akan datang nanti. Mungkin itulah fikiran Rania.
"Jadi Nia minta sangat pada Ari, kita jangan sebut lagi tentang ni. Nia memang menganggap Ari sahabat Nia, ingat lagi tak kita selalu naik atas bukit lepas tu jerit yang kita ni sahabat dunia akhirat".
Nia membuka kisah lama yang bukan kisah berkait dengan Rania. Nia juga tidak mahu Zahari bertanya soal Ilham. Dia tak mahu membuka kisah insan baik itu.
Rania seolah-olah tak boleh menerima hubungan rapat Nia dan Zahari pada waktu tu, Nia tak ada pilihan selain menjauhkan diri. Bayangkan setiap kali Nia ajak Zahari keluar pasti Rania ikut. Nia jadi tak selesa.
Zahari juga berulang kali tersasul memangil Rania tu Nia. Sebelum dia merosakkan hubungan antara sahabat dan hubungan antara cinta. Lebih baik dia mengundurkan diri.
IMBAS SEWAKTU MEREKA BERTIGA KELUAR
Nia kalut-kalut memakai tudung. Zahari akan sampai beberapa minit lagi. Mereka berjanji akan makan bersama dan menonton wayang cerita Marvel terbaru hari ni.
Kereta Zahari dah sampai, Nia pantas turun dan bersalam dengan kedua Ibunya dan memberitahu bahawa dia akan pulang petang sedikit.
"Mak, Nia pergi dulu Mak, Zahari dah sampai."
Sambil mencapai tangan ibunya.
"Yalah, kirim dekat Zahari dan jangan pulang lewat sangat. Balik nanti ajak Zahari makan sini. Mak masak lebih”.
Puan Zaleha sempat berpesan kepada anak perempuanya.
“Ya lah Mak, Nia pergi dulu. Assalamualaikum.”
Nia tersenyum sambil berjalan menuju ke kereta Zahari.
Nia terus menuju untuk masuk kekerusi disebelah pemandu, tetapi tidak jadi kerana ada seseorang disitu. Rania? Zahari dah janji yang kali ni cuma Nia dan Zahari sahaja yang akan keluar. Tiba-tiba ada Rania. Nia terus masuk dan duduk dikerusi belakang. Mood dia dah tinggal separuh. Hilang dah separuh tadi. Bukan dia tidak suka Rania ada sekali, namun jelas Rania akan menjeling Nia berkali-kali nanti.
Kata Zahari hubungannya dan Rania cuma kawan. Tetapi kenapa selalu sangat Rania ada sekarang ni. Nia semakin letih mengelak diri. Jadinya dia menerima sahaja kehadiran Rania.
“Eh, Rania ada sekali. Ari tak bagitahu pun kat Nia.”
Nia berkata dengan nada seloroh.
“Ari lupa bagitahu la, Rania baru cakap tadi nak ikut kita sekali.”
Zahari tersenyum memandang wajah Nia melalui cermin pandang belakang. Nia membalas senyuman, tidak mahu Zahari tahu Nia tak selesa. Dia akan bersabar untuk kami ni.
Sewaktu mereka makan, Rania seolah-olah tidak mahu membuka ruang untuk Nia bercakap. Setiap topik yang Nia buka, pasti Rania akan tukar. Jadinya Nia memilih untuk diam.
Sejak itu Nia mula mengelak dan menjadikan jurang antara mereka semakin besar. Akhirnya Rania membuka langlah meluahkan perasaan pada Zahari. Dan Zahari menerima niat baik Rania.
Saat Zahari memberitahu Nia tentang Rania dan dirinya, Nia diam dan tidak mampu tersenyum. Tahulah dia kini akan kehilangan terus sahabatnya itu. Mujurlah hanya ditelefon. Zahari ajak berjumpa namun Nia dah tak sanggup lagi berada ditengah-tengah antara mereka. Persahabatan mereka sering kali disalah erti oleh Rania. Jika benar ada rasa lagi singgah dihati Nia saat itu. Nia tak akan ambil kepunyaan orang. Terutamanya itu kebahagiaan sabahat baiknya.
Lalu disaat mendengar Zahari akan bertunang, Nia menyatakan dia mungkin tak dapat hadir. Tapi dia berjanji akan cuba.
“Wah..Ari kahwin dulu sebelum Nia la kan, untunglah kan.”
Nia cuba sedaya upaya mengawal intonasinya. Bukan merajuk jauh sekali marah. Namun dia terasa seperti persahabatan mereka dihina.
“Kenapa untung pula?”
Zahari bertanya lagi bagi meneruskan perbualan mereka.
“Untung la Rania dapat kahwin dengan orang sebaik Ari, pandang wajah Ari pun dah tenang, apatah lagi hidup bersama”.
Nia berkata perlahan. Cemburu dengan Rania kerana dapat kahwin dengan lelaki sebaik Zahari. Nanti dia pun nak cari wajah suami yang mendamaikan. Pandang pun rasa tenang.
“Nia nak kahwin dengan Ari ka?”
Zahari berseloroh dengan Nia.
“Nanti mesti Ari dah tak kawan Nia lagi kan, orang dah nak tunang la maklum.”
Nia tidak menjawab. Namun meberikan kata seolah-olah rajuk dalam nadanya.
SELESAI IMBAS.
Zahari terpana mendengar jawapan balas dari Nia. Begitu pula sangkaan Nia. Apa dia tidak tahu maksud takut kehilangan dan begitu menjaga hati Rania itu maksudnya Nia sayangkan Zahari.
Zahari ketawa setelah berfikir sejenak. Naif Nia masih seperti yang dulu. Patutlah dia tidak tahu kenapa Ilham lepaskan dirinya. Apa yang Zahari pasti cinta Ilham pada Nia adalah sangat besar. Dia sanggup memutuskan ikatan pertunangan mereka demi bahagia Nia. Sedang Nia menyangka yang tidak-tidak dari pihak Ilham. Jika benar telahan Zahari, maka Ilham mengorbankan lebih dari sekadar hatinya. Pasti dirinya juga dalam sejuta kesedihan. Zahari memikirkan sejauh itu.
"Kenapa Ari ketawa pula, Nia betul-betul serius ni cakap dia boleh ketawa".
Terpinga Nia dengan ketawa Zahari.
"Nia ni betul-betul naif la, kalau betul Nia rasa seperti Nia bagitau Ari tadi, maka itulah dinamakan cinta. Apa la yang Ari nak buat dengan Nia ni sampai begitu sekali naif Nia".
Sengaja menguji Nia.
“Jangan nak mula ya Ari, kawan tu kawan saja lah maksudnya. Kita sahabat dunia akhirat. Tolong jangan buat kita jadi tak kawan lagi”.
Nia mahu berkawan baik dengan Zahari semula. Tak mahu terus melarikan diri dari Zahari. Tetapi waktu disini dia mahu sangat-sangat bersendirian. Dia harap sangat Zahari faham.
“Ari, Nia nak sangat kita bersahabat sampai bila-bila. Tapi sekarang Nia betul dalam mencari ketenangan, boleh kita jumpa lain kali. Nia janji Nia akan buka sekatan nombor Ari, boleh macam tu? Ari beri ruang sekarang untuk Nia.”
Nia cuba meluahkan rasa tidak tenang dia itu. Damai itu sering kali sukar untuk digapai.
Share this novel