 
                 Romance
Romance
                         Completed
Completed
                         15486
15486
                    Pagi itu Nia keluar lepas subuh ke tasik kawasan rumahnya. Lama dia tak kesini. Sengaja dia jauhkan diri dari tasik ni. Nostalgia lama sangat banyak disini. Matahari baru menjenguk keluar. Bangun dari tidur yang panjang.
Langkah Nia terhenti disaat melihat satu susuk yang dikenali diatas kerusi tempat mereka selalu lepak dulu. Begitu dekat jiwa kedua sahabat, disini mereka bertemu lagi.
“Cantik kan Nia cahaya pagi yang baru keluaq tu.”
Tanpa menoleh Zahari berkata. Dia cakap dekat sapa. Kalih pun tidak terus ja cakap. Gila betul.
“Awat diam Nia.”
“Ari cakap dengan Nia ka?”
“Ha la dengan sapa lagi. Mai la sini duduk dengan Ari.”
“Cantik sangat cahaya pagi ni.”
“Cantik sangat Ari, sesekali kita kan dapat ketenangan dari suasana macam ni.”
“Nia bukan kerja ka hari ni.”
“Kerja masuk pukui 9, dan la awai lagi ni.”
“Ari selalu dak mai sini?”
“Lama juga tak mai, tapi kadang tu mai juga berharap dapat bertembung dengan Nia.”
“Ari bukan tak tau rumah Nia kat mana, awat nak kena tunggu jumpa kat sini pulak.”
“Kadang-kadang Nia, kita tahu kalau orang memang tak mau jumpa kita. Jadinya Ari serahkan pada takdir sahaja.”
“Nia heran tau Ari, Ari tau mana rumah Nia tapi awat Ari tak pernah nak mai. Berkali-kali jugak Nia tertanya-tanya.”
“Nombor Ari pun Nia sekat, takkan Ari nak pi macam tu ja jumpa Nia. Lagi pun terjumpa lebih dramatik.”
Zahari melepaskan ketawa. Dia kalau boleh tak mahu cerita ni disebut lagi. Tapi apa yang dia kenal Nur Nia ni, tak akan lepas la dengan pertanyaan ni walau sepuluh tahun lagi. Dia akan selalu rasa pelik, kenapa bagaimana semua nanti ada.
“Itu yang paling pelik tau, kalau Ari kenai Nia Ari mesti tak buat macam tu.
“Nia tak duduk tempat Ari, Ari call tak dapat, Ari mesej tak dapat. Nia rasa Ari ni ada hak lagi ka nak jumpa Nia.”
“Nia tau dak, matahari selalu berikan keizinan bulan menggunakan dirinya disaat malam. Orang selalu sebut bulan terang, padahal tu semua dari matahari.”
“Maksud Ari?”
“Maksud Ari, kalau Nia ni dulu matahari buat Ari. Tanpa Nia hidup Ari terasa suram. Persahabatan kita sangat penting bagi Ari. Bukan salah sesiapa semua perkara yang jadi. Cuma Ari harap sangat persahabatan kita akan kekal walau apa pun jadi lepas ni.”
“Bagi Nia pun la, lepas ni janji la tak mau diam terus. Apa pun Nia selalu percayakan Ari. Kalau ada pap-apa Nia kan tanya Ari dulu. Ni janji kita.”
Teringat lagu Spin, Janji Kita. Selalu dia dan Zahari akan karaoke lagu ni. Disebabkan arwah Lan, mereka tidak lagi menyanyikan lagu ni selepas arwah pergi.
“Nak dengaq cerita lawak dak Ari?”
“Apa tu?”
“Sebenaqnya, Nia mai sini nak joging.”
“La…pi la joging sapa halang.”
Zahari mengusik Nia. Namun dia terlupa Nia dengannya sangat mudah terasa. Nia berlalu pergi sambil berlari perlahan tanpa menoleh kearah Zahari. Berjoging la konon.
“Nia, la merajuk ka tu. Ari melawak ja la.”
Aduhhhh… Zahari hampir sahaja terlupa akan sikap Nia yang satu tu. Zahari mengejar Nia. Zahari berjaya menarik tangan Nia.
“Apa tarik tangan orang macam tu, jangan kacau la orang nak joging.”
“Nur Nia bt Ahmad Fariz, jangan merajuk boleh tak?”
“La…Nia tak merajuk la. Nak sambung joging. Sat lagi dah nak masuk kerja. Ari tak pa la hari ni masih cuti.”
“Yala, pergi la.”
Zahari seakan kecewa. Entah kenapa dia sendiri juga sangat sensitif dengan Nia. Tapi dia tahu dia kena sabar. Nia dalam proses terima semula persahabatn mereka.
“Nia!!”
“Ya…”
“Janji tau, kita akan jadi macam dulu balik selalu lepak sama.”
“Janji. Nia pi dulu.”
Zahari memandang Nia yang sedang jauh. Tanpa sedar kakinya melangkah kearah Nia. Mereka joging bersama.
“La….dia ikut kita pulak dah. Tadi beria ja halau Nia.”
“Bukan halau la. Berteman kan lagi baik. Nia kan tak suka jalan sorang.”
“Dah lama la Nia tak joging. Sorang apa kalau joging tempat lain Nia pergi dengan Mia, kadang dengan mak.”
Dengan termengah-mengah masih nak sembang. Bukan esok lusa tak boleh jumpa. Tapi ni namanya sahabat. Ada sahaja cerita yang keluar walaupun baru berjumpa semua. Seolah-olah tak pernah berpisah.
“Nia, nanti cerita la tentang tunang Nia tu. Boleh tak?”
“Abang Am?”
“Yala, sapa lagi. Kalau Nia dah ready la nak cerita. Ari sedia ja nak dengaq.”
“Nanti la bila kita lepak lain. Ni sambil joging macam ni macam mana nak cerita. Tercungap-cungap.”
“Okaylah, kita pusing seround pastu kita minum jap terus balik.”
“Memang macam tu kan selalunya pun.”
“Kejap lagi pergi kerja dengan apa.”
“Naik basikal ja. Dekat ja tempat kerja Nia.”
Zahari tak akan bertanya dimana. Nanti dia kan cerita juga. Nia ni perangai dia memang kena tunggu dia cerita dulu, baru tanya lanjut.
Jom Nia kita singgah kedai dekat rumah Nia ja, nanti lambat pulak Nia. Nia nak makan apa-apa dak?”
“Makan dulu la pastu nak tapau untuk mak dengan Mia sekali.”
“Baru joging makan pulak mana nak kurusnya.”
“Bila Nia kata nak kurus pulak, joging memang sebab nak makan bukan nak kurus.”
“Menjawab ja kan dia.”
Nia memesan roti telur goyang hampir masak. Pelik la, orang panggil telur goyang sebab telur tu masih bergoyang lembut. Ni dia mintak yang hampir masak.
“Kalau tak lalu teloq yang tak berapa masak, kenapa la gigih nak order roti teloq goyang tu.”
“Sebab sedap la. Ari order roti kawin tau, Nia nak rasa sikit kejap lagi.”
“Hmmm, ya la.”
Yang kita pun dia nak rasa. Rindu menerpa dihati Zahari teringat dahulu selalu beginilah. Tak sangka dia buang selama dua tahun hanya kerana untuk sebulan perkahwinan yang tak kemana.
Usai makan Nia membeli untuk ibu dan adiknya.
“Jom Ari, Nia nak jalan balik dah ni. Lain kali kita jumpa lagi okay.”
“Okay, bye Nia. Nanti wasap tau.”
Nia jalan terus sahaja. Zahari senyum sendirian. Tak sangka hatinya masih kuat merasai kehadiran Nia. Dahulu pun bukan dia tidak tahu Nia tak akan datang tasik ni. Tapi dia masih sesekali pergi juga. Mana tahu akan jumpa. Memang tidak jawapannya.
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
Share this novel
