Completed
15486
Sujudnya lama pada kali ini, dia sangat-sangat berdoa diberikan kekuatan meneruskan harinya tanpa Nia. Akhirnya dia berjaya melepaskan Nia pergi. Dia tahu Nia tidak cintakannya sepenuh hati dia. Nia tidak pernah marah atau berduka dengan apa juga angkaranya.
Itu bukti Nia seakan tidak kisah dengan apa juga. Dia hanya menerima sahaja apa juga Ilham lakukan. Katanya ilham terlalu baik. Dimana logik seorang manusia tiada salah dan silap. Sebaik mana pun manusia itu. Usai berdoa Ilham masih ditikar sejadah.
Sedangkan Nia selalu sahaja bertanya perihal dirinya. Namun Nia jarang cemburu atau marah dalam setengah situasi yang Ilham rasakan tak logik. Entah kalau benar telahannya mengenai rasa hati Nia.
Lama Puan Ruhil diam melihat anaknya. Kesedihan terserlah dalam wajah itu. Walau anaknya tidak lagi menyebut apa-apa. Namun dia tahu wajah itu menyimpan satu luka.
"Ilham, boleh mama tanya satu soalan, dari tadi mama tunggu Ilham habis berdoa. Tapi lama sangat mama tengok anak mama ni berdoa, kenapa anak mama berduka macam ni?". Mama Ilham bertanya seolah mengerti rasa hati anaknya itu.
"Mama, Am dah putus tunang dengan Nia. Mama marah tak?". Ilham terus terang dengan mamanya. Bimbang mamanya terkejut apabila mamanya tahu dari pihak ibu Nia.
"Tak sayang mama tak marah. Siapa yang putuskan, Am atau Nia yang nak putus?". Ibunya masih bertenang.
"Am yang nak putuskan mama. Nia pun terkejut". Ilham masih berkata lembut. Masih tunduk. Tidak sanggup melihat wajah ibunya.
"Am dah habis fikir ka ni? Mama tak nak nanti Am menyesal dengan keputusan Am. Tapi kalau Am yang buat keputusan tu, mama terima tanpa persoalan. Mama tahu anak mama dah pandai buat keputusan yang baik bagi dirinya." Mamanya sangat mengerti.
"Nanti mama temankan Am jumpa mak Nia ya mama. Am kesiankan mak Nia. Majlis lagi sebulan, Am risau mak Nia tidak dapat menerima dengan baik." Ilham meminta lembut kepada mamanya.
"Setiap ibu tidak pernah mahukan kehancuran bagi anak-anak mereka, tapi semua ibu mahukan yang terbaik untuk setiap anaknya. Mama percaya mak Nia akan faham." Puan Ruhil tidak mahu menambah kerisauan anaknya.
Ilham memandang wajah redup Puan Ruhil. Kebenaran itu ibunya telan seolah-olah tiada apa-apa. Dia teringatkan ibu Nia. Bagaimana mak Nia menerima keputusan ni.
Harapan dirinya semoga Nia baik-baik sahaja. Jodoh mereka memang bukan ditakdirkan bersama. Sememangnya dia dapat merasakan itu.
Namun Ilham tidak pernah berhenti mencuba untuk meraih cinta dari Nia sepenuh hati. Disaat sebulan sebelum majlis Ilham seringkali melakukan solat istiqarah namun tiada Nia disitu. Sebab utama dia melepaskan Nia. Cinta bukan boleh dipaksa, bukan juga untuk dibuat ujian.
Langkah yang dicipta disaat dia melepaskan adalah langkah yang paling sukar. Namun dia akur.
Lama Ilham fikir sebenarnya. Bagi dia tak perlu tunggu kahwin untuk Nia jatuh cinta padanya. Tali pertunangan diputuskan demi Nia. Nia berhak mencari yang lebih dia cintai.
Sesekali Ilham tetapkalah dengan rasa hatinya. Dia hampir saja menghubungi Nia. Rutin harian mereka.
Share this novel