DAMAI 12

Romance Completed 15486

Okay, soalan pertama. Tolong jelaskan pasai apa Nia lari lepas Ari habaq Ari nak tunang. Ari tau bukan sekadar sapa lari sapa dak. Macam ada yang tak kena.”

Macam yang dijangka la kan. Nia dah bersedia kali ni.

“Macam Nia habaq kat Ari hari tu, Nia bukan lari. Tapi Nia paham hati Rania. Tindak tanduk dia semua Nia paham. Dia memang tak boleh terima kalau Nia ada sekali”.

“Ari tengok Nia okay ja bila kita ada sekali.”

“Itu la Ari, Nia bukan nak buka kisah lama atau apa. Cuma Nia rasa tindakkan Nia masa tu memang itu yang terbaik. Ari nampak Nia saja yamg okay, tapi ari lupa yang Rania tu macam mana.”

“La… selalu kalau Ari habaq nak keluaq dengan Nia, Rania okay ja. Dia pun nak ikut sekali. Itu tandanya dia okay la kan.”

“Nampak sangat kan Ari memang tak kenai hati pompuan. Dia nak ikut sebab dia cemburu la Ari. Dia sayang kat Ari.”

“Tapi kita kawan kan.”

“Ya betoi kita kawan, tapi Nia ni tetap perempuan pada mata Rania.”

Awat la Zahari ni payah sangat nak hadam benda ni. Nia seboleh mungkin tak mahu terus menyebut soal ni. Takut nanti perihal Rania datang bertemu dengannya itu sampai pengetahuan Zahari.

“Ari tau Nia ada benda lain yang tak mau habaq kat Ari. Sengaja kan.”

“Rania ada mai jumpa Nia, dia mintak Nia jauhkan diri demi Ari dan Rania.”

“Haaaaaa kan betoi Ari kata. Memang ada isu. Sebab Ari tau Nia tak kan saja-saja nak p macam tu ja.”

Zahari menambah lagi.

“Awat Nia nak kena jauhkan diri hanya sebab Rania yang suruh. Kalau dak semua ni tak jadi tau.”

“Ishhh.. benda soal bertemu berpisah ni Ari, bukan boleh kita kata kalau ka apa ka. Ada hikmah bagi tiap sesuatu. Okay soalan lain pulak.”

“Okay.. soalan kedua pulak, kenapa Nia block Ari. Sedangkan kita boleh berkawan lagi.”

“Hmmm… soalan tu macam sama ja dengan yang mula.”

“Selagi Ari tak dapat penjelasan penuh dari Nia, selagi tu Ari akan tanya sampai puas hati.”

“Sekali ni ja Nia cerita dan bagitau semua. Lepas ni jangan ungkit lagi soal ni. Dan jangan pertikaikan apa pun.”

“Okay, selagi cerita tu memuaskan hati.”

“Okay, lepas Nia tau yang Ari dengan Rania nak bertunang, dimana Nia tau pun dari mulut Rania, tapi takpa.. Nia okay lagi masa tu. Lepastu Rania ajak jumpa.”

“Rania cakap dengan baik masa tu, dia kata dia tak selesa selalu sangat Nia ada antara Rania dan Ari. Nia tanya dia, nak suruh Nia terus pergi dari hidup hampa dua orang atau macam mana. Sebab bukan sekali tau dia suruh Nia menjauh. Cuma masa tu Nia tak tau kata hubungan Ari dengan dia dah sampai tahap nak bertunang. Jadinya kali terakhir tu Nia akur dengan permintaan dia.”

“Rania diam lama, lepas tu dia jawab dia nak Nia pergi terus. Kalau boleh jangan contact langsung Ari. Lagi pulak Nia paham yang dia tak boleh terima Nia ni ada sebab Nia ni perempuan.”

“Nia balik Nia tak terus buat lagi. Masa kita keluaq last tu, Ari ada habaq kat Nia yang Ari nak tunang kan. Masa tu Nia dah tau sebab Rania dah habaq kat Nia. Jadi Nia bukan lari sebab dengaq Ari tunang.”

“Untuk persoalan kenapa Nia block pun dah terjawab kan. Cuma Nia agak pelik, Ari tau kat mana rumah Nia. Tapi Ari tak mai pun cari Nia. Masa Ari kahwin, Nia ada pi. Nia tinggal surat untuk Ari. Sapa tak mau tengok sahabat sendiri kahwin kan.”

“Ni dah dua kali Nia habaq ni, kali ni detail dah kan. Jangan la persoal lagi tentang apa yang Nia buat dan tak buat, Ari pun apa kurangnya. Lama kita kawan tapi tak mai cari pun Nia.”

“Ari mintak maaf Nia, Ari tak pi cari sebab Ari tak tau kata Nia mai masa kami kahwin tu. Telefon tak dapat, whatapps tak sampai. Lepas tu last Ari dengaq Nia bertunang dengan seseorang.”

“Tak kan la Ari nak pi kacau tunang orang.”

“Maksudnya Nia la yang ganggu tunang orang kan. Sebab Nia tetap pergi masa Ari kahwin.”

“Nia lain la, Nia kan kenal dengan Rania.”

“Sama la tu, apa yang tak sama.”

“Dah la tu jangan pertikai lagi dah.”

“Okay, jelas dah kan. Ada apa-apa nak tanya lagi dak.”

“Ada la, bukan selalu dapat peluang macam ni.”

Zahari akan gunakan peluang ini dengan baik. Dia akan tanya semua yang ada dalam akal fikirannya. Dia mahukan penjelasan yang jelas dari Nia. Tapi dia mahu Nia juga bertanya soalan dahulu.

“Tapi sebelum tu apa kata Nia tanya dulu satu soalan yang Nia pendam.”

“Nia ada jugak soalan nak tanya, tapi nanti Ari kata Nia ni menyibuk pulak.”

“Dak aih tanya ja apa pun, Ari cuba jawab.”

“Boleh Ari jelaskan dak pasai apa Ari dengan Rania bercerai cepat sangat. Bertunang bukannya sat. Lama juga. Tetiba dah kahwin buat main-main pulak. Pelik tau kalau sapa pun dengaq.”

“Aduhaiiiii… soalan dia punya la payah nak jawab. Kalau Ari jawab ni, Nia jangan pikiaq apa-apa na. Just dengaq dan hadam ja.”

“Okay boleh.”

Nia berjanji untuk hadam jawapan Zahari nanti.

“Ari selalu sangat tersalah panggil nama Rania tu sebagai Nia. Yang jelasnya Rania kira. Dan lebih buat dia kecewa, masa Ari nak pujuk sia tu pun Ari sebut lagi nama Nia. Ari pun tak tau macam mana boleh jadi macam tu.”

Nia terdiam sebentar mendengar sebab dari Ari. Logik tak logik tapi tu alasan dari pihak Rania.

“Nia, dengaq dak ni. Awat yang diam pulak.”

“Ya, ya dengaq. Tengah dok hadam. Tadi kan Ari suruh Nia hadam.”

“Lebih daripada dasyat lagi, masa dia habaq tu Ari tak tau nak respon macam mana. Ari macam dok cuba ingat waktu dan ketika Ari tersalah sebut tu.”

“Errr…banyak kali ka Ari tersasul tu.”

“Nia kira jumlah dia 30kali sepanjang kami kahwin sahaja.”

Ari memandang wajah Nia saat dia menyedari dia tersalah sebut lagi. Dalam pada bercerita pun boleh salah. Nia juga memandang wajah Ari.

“Nampak dak Nia, macam ni la kot Ari selalu silap tu. Bukan bberapa kali tau Nia. Banyak kali.”

“Macam mana la Ari boleh silap. Sekurangnya Ari boleh panggil panggilan lain bila tau selalu salah sebut.”

“Entah lah Nia, masalahnya Ari tak sedaq langsung masa salah tu.”

“Okay lah Nia, benda dah jadi. Ari pun redha dengan ketentuan.”

“Yalah Nia paham.”

Jauh dalam sudut hati Nia dia sangat terkejut mendengar puncanya. Bukan dirinya namun namanya yang menjadi punca. Hakikatnya adalah dirinya. Semakin pelik apabila mendengarkannya.

“Ari ada nak tanya lagi dak?”

“Soalan seterusnya, sapa Amr tu, Ari rasa mcam tak pernah dengaq pun pasai dia dulu.”

“Amr tu kawan baik Nia juga. Tapi baru ja kenai. Dia kerja kedai serbaneka. Baik orang dia. Suka senyum. Jarang ketawa macam Nia ni.”

“Satg jom singgah kat dia dulu. Dekat ja dengan rumah Nia tu.”

“Ish tak yah la nak p kenai bagai. Lain kali la.”

“Ha nia pulak tanya soalan.”

“Ari.. Nia lama dah pendam benda ni.”

Lembut Nia menyebut Ari tu membuatkan Zahari seriau.

“Err… apadia tu Nia.”

“Betoi ka dulu Ari memang tak perasan yang Rania tak suka bila Nia ada.”

La…soalan macam tu lagi ka. Zahari menggaru kepala yang tidak gatal. Tadi seolah-olah dah simpul dah semua benda. Memang begitu sikap Nia, lagi tak terjawab selagi itulah dia akan berpusing soalan yang seakan-akan.

***LAMA GILA TAK UPDATE. TAK TAHU LA ADA TAK ORANG YANG BACA. TAK PA SYA AKAN TERUS TULIS JUGA. NO WORRIES.. MAAF KALAU ADA SILAP KAT MANA-MANA. MOHON BERI KOMEN YANG BAIK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience