DAMAI 20

Romance Completed 15486

Nia pasti dia dah bersedia nak jumpa dengan Ilham. Selama beberapa hari ni memang dia sangat memikirkan soal ini. Diakhir jalan selalu dia nampak dirinya yang salah. Lalu bagaimana dia harus membenci Ilham.

Selesai kerja Nia solat terlebih dahulu. Dia turun kebawah untuk menunggu Ilham, namun seperti biasa Ilham yang menunggu dia.

“Tinggal basikal Nia kat sini atau nak bawak sekali.”

“Bawak sekali. Nanti abang hantaq Nia balik terus.”

“Okay, ikutlah macam mana pun tak pa.”

Ilham senyum.

“Kita pi makan dulu boleh?”

“Boleh, pilih kedai mana pun tak pa. Nia okay ja.”

“Ya la tu, abang pilih kedai sushi baru tau.”

“Kedai tu dak la, kedai yang besa kita pi ja.”

“Okay boleh. Nia okay ka dak ni kita jumpa.”

“Awat yang tak okaynya, kalau Nia setuju tu sebab okay la tu.”

“Dari tadi abang tak dengaq Nia sebut abang pun.”

Sengaja Ilham mengusik Nia. Nia memandang Ilham dengan pandangan membunuh.

“Abang gurau ja. Okay abang diam ya.”

“Abang?”

“Ya, sayang.”

“Ha sebab tu la Nia tak panggil. Sebab abang akan sebut macam tu nanti.”

“La…awatnya yang tak boleh sebut sayang.”

“Kawan pun sayang, adik pun sayang. Tak salahkan.”

“Hmmmm.. ikut abang la.”

Ilham menang.

“Abang dah habaq kat mama abang pasai kita.”

“Abang dah habaq dah.”

“Mama marah Nia dak.”

“Mama tak marah sapa pun. Mama kata mama faham.”

Mama Ilham macam dia lah, memang memahami dan sangat berfikiran positif.

“Nanti Nia nak pi jumpa mama dengan. Nanti Nia habaq kat abang.”

“Okay nanti habaq lain kat abang.”

“Abang, Nia nak habaq kat abang sesuatu.”

“Kita makan dulu. Abang pun ada nak habaq sesuatu kat Nia.”

“Hmmm okaylah kalau macam tu kita makan dulu.”

Selesai Ilham membuat pembayaran Ilham mengajak Nia duduk bersembang ditasik dekat dengan rumah Nia. Dia tahu Nia tak mahu kesini dahulu kerana apa. Namun dia tidak pernah pertikaikan. Kali ini Ilham juga tahu kenapa Nia bersetuju.

“Abang okay dak ni. Kenapa tiba-tiba nak sembang kat sini.”

“Saja dekat dengan rumah Nia sini.”

“Okay lah ikut abang la.”

“Abang mintak maaf siap-siap kat Nia. Apa yang jadi semua ada sebab. Abang tak dak orang lain dan abang tak pernah benci atau tak cintakan Nia. Jangan pernah pikiaq yang abang akan tinggalkan Nia terus.”

Nia tunduk mendengar ayat Ilham. Bukan dia tak tahu.

“Nia tahu, abang buat semua ni sebab Nia kan.”

“Tak kira apa pun punca dia, abang dah buat solat istikarah dan dan puas fikir. Berkali-kali abang buat. Keputusan dia tetap sama.”

“Nia pun nak mintak maaf, sebab Nia tak boleh nak cintakan abang macam yang abang cintakan Nia.”

“Abang tahu hati Nia tak dak pada abang. Nia jangan risau. Abang faham dan boleh terima benda tu.”

“Awat abang tak pernah nak marah Nia. Nia marah pada abang lepas bang tinggalkan Nia. Semua orang nak tinggalkan Nia.”

“Abang buat demi kebaikkan Nia. Jauh sekali demi diri abang sendiri. Nia tahu kan abang cintakkan Nia.”

“Ya tahu.”

Perlahan Nia balas pertanyaan dari Ilham.

“Tahu kan kalau cinta dipaksa jadi macam mana. Abang akan ada selalu untuk Nia. Sampai Nia jumpa orang yang boleh buat Nia jatuh hati sepenuhnya.”

Padahal bukan Ilham tidak tahu, punca dia tak jatuh cinta pada Ilham adalah kerana hatinya sudah dimiliki lama dulu. Namun keras pertahanan hati itu Ilham tidak berdaya tembus. Jadinya Ilham memilih jalan yang menghancurkan hatinya sendiri.

“Awat abang baik sangat dengan Nia.”

“Sebab Nia baik, jadi kita ditemukan namun bukan dengan takdir untuk hidup bersama. Sekurangnya abang boleh jadi tempat Nia bergantung.”

“Terima kasih abang. Nia tak akan pernah lupa semua ni.”

“Lepas Nia kahwin nanti mesti la akan lupakan abang. Mana mungkin la nak ingat kat abang ni.”

“Apa abang cakap macam tu. Nia bukan macam tu la. Takut abang ja macam tu.”

Ilham lega melihat Nia mampu senyum seperti sedia kala. Begitu cepat hatinya pulih. Sedangkan hatinya bagaikan ditusuk melihat cinta hati. Kini hanya dari kejauhan. Ilham faham segalanya.

“Abang, Nia ingat abang tinggal Nia sebab ada orang lain. Sebab abang suruh Nia anggap macam tu.”

“Masa tu abang rasa lebih baik Nia fikir macam tu. Sebab Nia tengah marah dengan abang.”

“Okaylah Nia tau la abang tu semua tahu pasai Nia. Nia ja tak tau pasai abang.”

Dia lupa punca dia tidak memahami Ilham kerana dia tidak cintakan Ilham.

“Cincin tu macam mana. Nia pulangkan nanti kat abang.”

“Tak payah abang kata tu hadiah kan. Ambik ja tak payah pulangkan. Kalau nak pulangkan Nia kena pulangkan hati abang balik.”

“Hmmmm.. okay lah Nia simpan. Nanti jangan ungkit pulak.”

“Pernah ka abang ungkit selama ni. Nia dulu tak pernah nak pujuk abang pun abang tak ungkit.”

“Tak pernah. Eh, abang pernah merajuk ka?”

“Banyak kali tapi dah orang tu tak sayang kita. Mana la nak pujuk.”

“Sayang la, mana boleh tak sayang. Abang baik. Tak pujuk sebab abang layan Nia sama ja walau abang merajuk ka apa.”

“Terima kasih Nia. Janji kita jadi kawan ya lepas ni. Jangan lari atau hilang dari pandangan abang.”

“Ya janji. Kita kawan. Jangan risau Nia tak lari mana-mana.”

“Cuma nanti bila abang dah ada girlfriend, Nia tak mau dah ada selalu dengan abang.”

“Eh, pasai apa pulak.”

“Nanti girlfriend abang tak boleh terima. Nia tak mau jadi benda sama lagi.”

“Jadi benda apa. Abang tak faham.”

“Lain kali Nia cerita. Jom lah balik, lewat dah ni.”

Ilham tahu ada kisah disebalik kata-kata Nia tadi. Dia memandang sekilas dibalik pokok. Ada kelibat yang memerhatikan Nia dan dia bersembang dari tadi.

Nia dan Ilham jalan kaki balik ke rumah. Ilham memimpin basikal Nia. Ilham sangat lega segala yang Nia perlu tahu sudah diberitahu.

“Abang nak singgah dulu dak?”

“Sapa ada kat rumah?”

“Mak dengan Mia ada. Jom la masuk minum teh dulu.”

Ilham masuk untuk minum teh bersama ibu dan adik Nia.

“La….Am awat tak habaq kat mak nak mai sini. Jumpa Nia kat mana?”

“Mak, Nia yang paksa Am mai.”

“Kalau Nia tak paksa Am tak sudi ka mai rumah mak lagi.”

“Sudi la mak, Nia tak bagi pun Am mai.”

Nia memandang mak dan Ilham dengan pelik. Mak dia langsung tak marah Ilham. Seolah-olah tiada apa yang terjadi.

“Abang Am, amboiiii lamanya tak mai sini jumpa Mia.”

“Aik, hari tu bukan abang yang ambik Mia dekat kampus ka.”

“Janganlah kantoikan Mia. Mak dengan kakak tak tau.”

“Awat aku tak tau pulak, aku tau la.”

Mia menjeling kakaknya. Semua dia tahu.

“Dah la tu, Mia pi bancuh ayaq teh yang kakak bawak balik tu. Potong bengkang yang mak buat petang tadi tu sikit.”

“Entah Mia, pi bancuh ayaq.”

Ilham gembira melihat keluarga ini. Walau membesar tanpa ayah mereka masih membesar dengan baik. Hubungan akrab dua beradik itu tiada cacatnya.

“Jemput minum abang.”

“Mak dengan Mia tak minum sekali ka.”

“Kami ni dah minum bukan kata sekali, dua kali dah.”

Ketawa mereka bersama. Ilham berfikir jika dia menjadi suami Nia pasti beginilah yang akan dilalui. Namun semuanya sudah tertulis.

Usai minum Ilham meminta diri untuk pulang. Jam sudah menunjukkan jam 9 malam.

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience