DAMAI 31

Romance Completed 15486

Assalammualaikum mak, jadi ka orang yang nak mai untuk Mia tu.”

“Amboiii balik-balik tanya hat tu dulu no.”

“Mesti la mak, semalam mak call tu memang la nak balik hari ni dah. Tapi punya la tak sabaq. Ni mana budak tu mak tak nampak pun dari tadi.”

“Ada kat atas. Dok buat apa tak tau la.”

Nia sudah nak bergerak naik ke atas namun sempat ditahan ibunya.

“Ehhh nanti sat nak pi mana tu. Salin baju mai la tolong mak masak. Sat lagi petang orang nak mai rumah. Mak nak jemput sekali Ilham dengan mama dia. Nia ok dak?”

“Ok ja la mak apa pulak tak okaynya. Nia dengan dia memang ok ja tak dak masalah. Nia pun lama tak jumpa dengan mama.”

Ilham itu kebaikkannya sukar dicari, malah Zahari pun tidak sebaik Ilham. Namun hatinya dapat dibaca oleh Ilham dari awal lagi.

“Ni balik mak tengok ceria ja macam hilang semua masalah mak tengok. Suruh dia masuk meminang cepat, kalau dak mak bagi ja kat sapa-sapa yang masuk meminang dulu.”

Puan Zaleha sememangnya tahu sebab Nia ceria begini. Pasti lelaki yang dihatinya selama ini puncanya.

“Ish mak ni, kesitu pulak. Nanti la bagi Mia setel dulu.”

“Setel apa tu kak.”

“Ha… baru nak nampak muka. Mak tunggu dari tadi lagi ni.”

“Mia dok pilih baju la mak. Pakai baju kurung warna putih tu ja la kan mak.”

“Alaa… depa mai bukan ada majlis apa pun, pakai asalkan sopan ja tak pa dah.”

“Amboiii hang tak habaq kat aku pun kan tau-tau nak mai rumah ja.”

“Dia baru habaq, adik malas dah nak bercinta ka apa. Terus suruh dia mai rumah. Kalau dia mai tu tanda dia mau sungguh la kot no.”

Mudahnya berfikiran seperti Mia, bukan macam dirinya yang asyik lari sahaja. Mia lebih matang dari dirinya.

“Untungla ada orang nak kawin terus dengan hang. Ni sungguh ka ni tak boleh habaq dengan sapa lelaki tu. Takkan nama pun tak boleh Mia.”

“Hang lagi untung la kak, aku ni tak tau betoi ka dak ni jodoh aku. Tunggu mak kata apa ja la sat lagi. Tak boleh la kak, aku habaq pun hang bukan kenai pun.”

“Hurmmm ya la. Sampai hati hang.”

Mia diam sahaja. Dia tahu Nia memang nak tahu sangat-sangat siapa lelaki tersebut. Hang memang sangat kenal lelaki tu kak.

Nia menyalin baju dan membantu ibunya apa yang patut. Mia membersihkan pinggan dan apa yang patut. Dia masih resah menanti. Ibu dan kakaknya tidak tahu siapa lelaki yang akan datang sebentar lagi.

“Nia, ajak Zahari mai sekali petang ni.”

“Baik mak. Eh.. macam mana mak tau yang Nia dah baik dengan Zahari.”

“Bila hampa gaduh?”

“Mak…..”

Ketawa Puan Zaleha mengusik anaknya sendiri. Manakan tidak tahu Nia itu anaknya. Nia juga turut ketawa.

——————————————

“Assalammualaikum mak, hari ni Am nak bawak mama pergi rumah mak boleh dak?”

Ilham menelefon Puan Zaleha untuk memberitahu tentang kedatangannya. Namun dirahsiakan juga mengenai mahu masuk merisik Mia.

“Waalaikumsalam Am, mak pun baru nak telefon Am jugak nak jemput mai rumah la petang ni. Tengok Am dah call senang la keja mak.”

“Amboi mak ada apa-apa ka ni?”

“Tak dak apa la saja ja mak nak jemput Am mai. Mai la na petang ni.”

Puan Zaleha tersenyum mengenangkan Ilham akan turut hadir saat bakal menantunya akan datang nanti. Ilham sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Jadinya dia agak terkilan tidak dapat menantukan Ilham. Namun dia pendamkan sahaja rasa itu.

“Okay mak sat lagi petang Am dengan mama mai. Mak jangan masak banyak sangat nanti Am beli la apa-apa.”

“Ishhh jangan la nak kalut beli apa-apa. Am mai ja dengan mama ok. Mak tak masak banyak pun.”

“La…pulak. Okay la kalau macam tu kata mak. In shaa Allah sat lagi kita jumpa.”

Usai memberi salam Ilham menghubungi mamanya untuk memberitahu mengenai hal petang ni. Ilham menilik sekali lagi cincin yang dibelikan untuk Mia. Cincin belah rotan untuk merisik.

——————-

Zahari masuk ke dalam rumah setelah salamnya tidak bersahut. Umminya ada namun sengaja mengabaikan panggilannya.

“Ummi, Ari nak kawin boleh?”

Ummi diam memandang muka Zahari. Sudah sebulan lebih dia tak balik. Hari ni balik terus minta kawin. Macam mana dia nak balik. Semasa dia balik sebulan lepas umminya marah seolah Rania itu anaknya. Entah apa yang dia ceritakan Zahari pun tak tahu.

“Ummi, Ari tau ummi marah dekat Ari. Tapi bukan salah Ari Rania mintak cerai.”

“Ari tau dak apa ummi rasa masa dengaq Ari dah cerai.”

“Ari mintak maaf ummi. Ari janji Ari takkan bagi malu muka ummi lagi.”

“Malu? Ari.. ummi bukan malu dengan penceraian, tapi ummi rasa macam Ari main-main dengan ikatan perkahwinan. Ummi dah pernah rasa dulu Ari. Bukan Ari tak tau. Ari dah besaq masa tu.”

“Ari tak main-main ummi. Ari nanti bawak dia mai jumpa ummi dulu. Kalau ummi tak bagi Ari tak kawin dengan dia.”

Zahari sudah tidak punya pilihan selain berkata begitu. Umminya masih marah dengan penceraian dia. Tu belum umminya dengar Rania mengandung.

“Esok bawak dia mai rumah. Ummi nak tengok kali ni perempuan macam mana pulak kamu nak kawin, Rania hari tu ummi dah tak bagi tapi dia merayu sampai serabut ummi.”

“Betoi ka ummi nak Ari bawak dia mai.”

“Bawak la mai dulu, ummi nak tengok jugak sebab cepat sangat dapat pengganti.“

Rania datang kerumah mereka hampir setiap hari semasa mahu memujuk untuk berkahwin, tup tup dengar cerai selepas sebulan.

“Ummi nak cari Ari cari ayah ka?”

“Tak payah la Ari, kalau dia nak lama dah dia mai cari kita. Bukan dia tak tau mana kita duduk. Rumah arwah mak tok pun dia tau dekat mana.”

Umminya jarang sekali sebut mengenai ayahnya. Dia bukan setakat nekad, namun dia lebih kepada benci mengingatkan lelaki itu. Zahari juga tidak pernah menyebut mengenai ayahnya kepada sesiapa.

“Ya la ummi. Ummi nak ikut Ari dak petang ni?”

“Pi mana.”

“Pi rumah kawan ja ummi.”

“Dak kot.”

Tujuan dia sebenarnya mahu berterus terang sahaja dengan umminya mengenai Nia. Namun dia diam dahulu. Nia satu-satunya kawan perempuan Zahari yang disukai oleh umminya. Namun dia tetap risau kerana umminya agak dingin setelah dia bercerai. Nama Rania pun kalau boleh jangan disebut langsung. Bukan dia bencikan Rania namun dia benci ingat mengenai cerai ni.

———————————-

Seperti yang dijanjikan dengan Puan Zaleha petang itu dia sampai bersama dengan mamanya. Puan Ruhil juga sama seperti yang lain tidak tahu mengenai risikkan yang dibawa oleh Ilham pada petang ni.

“Assalammualaikum..”

“Waalaikumsalam, eh Abang Am dengan mama dah sampai. Mai masuk meh. Tunggu sat Nia panggilkan mak tau. Mama dengan Abang Am duduk dulu.”

Puan Ruhil memeluk Nia erat. Dia tidak pernah membenci anak itu, malah hatinya sangat terkilan kerana mereka tidak berjodoh. Namun siapalah dia mahu membalikkan takdir.

“Tak payah sayang, mama pun nak pi dapoq jugak ni, jom kita pi dapoq.”

“Mama nak tinggai Am sorang-sorang kat sini ka?”

“Amboi Am selalu bukan Am dok mai sorang jugak ka.”

“Abang Am duduk sat, sat lagi kalau ada orang mai jemput masuk na.”

“Sapa lagi nak mai tu. Segan la abang.”

“Segan apanya, panggil masuk ja. Nia pun tak tau sapa yang nak mai tu.”

Sempat lagi mengusik kan. Padahal Ilham punyala berpeluh. Kali ni kedatangannya adalah untuk mnyunting bunga ditaman. Mana boleh tak rasa gementar. Yang nak mai tu pun tetaplah dia.

“Assalammualaikum..”

Kedengaran orang memberi salam pun tidak mampu hilangkan gelisah dihati kala ni.

“Waalaikumsalam, mai masuk Zahari.”

“Nia tak habaq pun kata abang pun mai jugak.”

“Abang pun baru tadi pagi mak Nia telefon.”

Menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia benar gelisah. Sedikit lega dengan kehadiran Zahari.

“Laaa kak awat yang mai dapoq ni. Sampai lama dah ka.”

“Baru ja Leha, saja la mai lama tak jumpa Leha. Saja panggil ka ada hajat apa ka hari ni kak.”

“Dengaq kata Mia tu ada orang nak mai risik dia. Tu panggil kak dengan Ilham mai tu. Segan la kan mai rumah cuma Leha dengan Nia ja.”

“Ohhh tek dengan Am habaq apa pun kata Mia ada orang nak mai risik. Kalau tau tadi boleh la bawak apa-apa ka.”

“Mai risik selalunya tak buat apa pun kak. Kita sembang saja tak pa dah Leha rasa.”

Nia teringat saat dia dirisik dahulu. Begini juga suasananya. Jangan-jangan Ilham nak risik Mia tak? Nia baru teringat yang beberapa kali Mia keluar dengan Ilham. Kalau cerita tentang Ilham pasti dia lebih bersemangat.

“Mak,mama Nia bawak ayaq pi depan sat tau.”

“Ari dah sampai ka, tak bawak ummi mai sekali ka.”

“Ummi sibuk sikit la Nia. Lain kali Ari ajak mai na.”

Memahami akan sikap itu Nia berkali kepada Ilham. Dia merenung wajah itu dan dia nampak kegelisahan yang dirasakan Ilham. Nia labuhkan punggung berdekatan dengan Ilham dan Zahari.

“Abang Am, jangan la nampak sangat gelisah tu Nia tengok. Jangan risau la mak memang suka dengan abang. Mesti mak setuju.”

Ilham memandang wajah Nia. Dia tahu aku nak meminang Mia. Zahari yang tidak memahami hanya menunggu jawapan dari Ilham.

“Macam mana Nia tau.”

“Nia dah lama kenai abang, jangan risau ok. Mia pun memang dah lama sukakan abang. Abang tunggu la satgi tak caya.”

Zahari lega mendengar nama Mia yang dipetik. Dia hampir sahaja menyangka akan menyaksikan drama tamil pada hari ini.

“Dia tak cakap dia cintakan abang pun.”

“Cinta dengan suka ni dari rasa yang sama tau abang, yang pasti Nia tahu Mia memang sukakan dan cintakan abang. Jangan pikiaq banyak. Mak memang sukakan abang.”

Ilham sedikit lega mendengar kata-kata dari Nia.

“Macam perisik awak kan Nia. Tahu dulu dari orang lain.”

“Ish awak ni Ari, saya baru teringat masa dok terbayang masa saya dirisik dulu ni. Tu yang teringat Mia kalau sebut nama Abang Am ja memang dia paling semangat dengar dan bercerita, pantang sebut. Lambat sungguh Nia nak sedaq benda ni. Sian la adik saya kalau saya yang kawin dengan abang kan Ari.”

Separa berbisik dia berkata risau puka didengari mak dan mama Ilham.

“Itula nama dia jodoh sayang. Awak ni kan. Sempat lagi jadi penyiasat. Abang Am pun dah mai sini dah pun.”

Belum sempat Nia membalas dia disergah oleh ibunya.

“Nia, ohhhh, patutlah pun sampai dah rupanya buah hati dia. Amboiiii patut la lama mai hantaq ayaq kedepan. Dok menyembang dengan depa. Kak tengok kak, hari tu sampai lari dia. Ni boleh sembang macam tak dak apa jadi ja hari tu.”

“Mak ni kan sempat lagi tau. Saja la Nia tanya depa nak makan ka pa, ha la Nia tak duduk sembang dah.”

Zahari senyum mengejek. Seronok dengar Nia dimarahi ibunya.

“Nia, pi tanya tengok dekat Mia pukul berapa orang hat nak mai rumah tu. Lama sangat dah ni kita tunggu.”

“Satgi sampai la tu mak. Jangan dok kalut la. Mia mesti dah call tu tanya. Mak dengan mama mai duduk dulu la.”

“Am tau dak hari ni ada orang nak mai merisik Mia?”

“Tak pasti pulak mama, Mia tak habaq apa pun la.”

“Yang Am macam nak tertelan batu dah mak tengok ni pasai apa?”

“Mak, mama. Am nak habaq satu benda ni Am harap sangat mak dengan mama boleh terima dengan baik.”

“Ishhh gelabah pulak mama dengaq ayat Am ni. Awat tiba-tiba ja ni.”

“Tujuan Am dengan mama mai hari ni nak merisik Mia untuk dijadikan suri hidup Am.”

Hampir mengalir airmata mama Ilham mendengar ayat itu. Syukur yang tidak terhingga. Allah makbulkan doa dia untuk bukakan hati anaknya itu.

“Allahuakbar Am… mak tak terpikiaq langsung Am lelaki yang nak mai merisik dia. Syukurnya mak dengaq Am.”

“Kali ni Am tak mau ada majlis tunang ka apa, terus nak akad nikah ja. Majlis kemudian pun tak pa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience