Completed
15486
Usai bercakap dengan seseorang ditelefon, Ilham mendail pula nombor telefon ibu Nia.
“Assalammualaikum mak, sibuk ka tu mak?”
“Eh, mak tak sibuk. Awat tu Am?”
“Saja Am call mak nak tanya habaq. Mak sihat ka?”
“Mak sihat ja Am. Tunggu Nia bila nak balik pun tak habaq pukui berapa. Tabiat dia memang macam ni.”
Ilham memang ingat, Nia memang macam tu.
“Biasa la mak, satgi dia sampai la tu.”
“Mak dah makan ka ni.”
“Makan dah tak sat ni. Am makan dah ka.”
“Makan dah mak.”
Ilham masih boleh bicara dengan Puan Zaleha seolah-olah tiada apa yang berlaku. Puan Zaleha juga kagum dengan Ilham. Namun apakan daya jodoh mereka tiada.
“Am, mak nak tanya ni, Am jawab baik-baik dengan mak na.”
“Boleh mak, apa dia mak.”
“Am betoi ka, Am yang mintak putuih dengan Nia. Memang bukan Nia ka yang mintak.”
“Betoi mak, memang Am yang mintak. Bukan sebab tak sayang dia mak, tapi Am nak bagi dia ruang untuk cari apa yang hilang. Mak tok sah pikiaq la tau, Am buat keputusan ni lepas lama dah pikiaq.”
“Yang hilang? mak tak paham la Am.”
“Tak pa mak. Nanti mak akan paham juga. Mak jangan susah hati tau. Mak tetap ada anak bernama Ilham ni tau.”
“Ya la Am kalau dah Am kata macam tu mak tak tanya lagi.”
“Nanti dekat Nia pun mak jangan la tekan tanya dia. Bagi dia ruang na mak.”
Puan Zaleha akur walau banyak persolan bermain difikiran dia waktu itu. Ilham sangat baik.
“Ya mak tau. Amboi dia punya la takut mak serbu Nia dia tu.”
Semakin kagum Puan Zaleha dengan Ilham. Apakan memang tiada jodoh Ilham dan Nia?.
“Mak, Am letak telefon dulu na. Lain kali Am call mak balik.”
“Baik Am, Assalammualaikum Am. Jaga diri baik-baik Am. Jangan lupa selalu telefon mak”.
“Baik mak. Kan Am call ni. Mak pun jaga diri baik-baik. Waalaikumsalam.”
Ilham melepaskan keluhan yang panjang setelah usai bercakap dengan Puan Zaleha. Wanita itu sangat baik dengannya. Hati itu juga tidak sanggup dilukakan sama seperti hati ibunya.
Kalau lah Nia tahu macam mana ikut hati dia nak ja ikut balik rumah. Senang tahu dekat mana rumah Nia. Tapi dia tahu Nia kurang selesa. Keadaan sekarang bukan sama macam mereka masih berkawan tanpa ada kisah sampingan.
Zahari mendail seseorang. Namun insan itu masih belum mahu menjawab. Keras benar hati Rania. Setelah semuanya selesai hari tu mereka langsung tidak berhubung.
Bukan macam yang disangka Nia, dia memang mencuba. Namun pihak Rania menolak mentah-mentah segala usaha dia.
————————————
IMBAS KEMBALI
Selesai sahaja Rania meminta cerai Zahari lama berfikir. Namun sekali lagi jalan buntu yang ditemui.
Zahari pergi kerumah Rania di Bukit Mertajam namun dia tiada disana.
“Assalammualaikum mama, Rania ada dak mama. Puas dah saya telefon dia tapi tak dapat.”
“Waalaikumsalam, eh tak pulak aku mana dia pi. Gamaknya merajuk sebab laki dia cerai dia kot.
“Mama, boleh tak bagitaiu saya kat mana Rania. Tolong la mama.”
“Pasai apa la aku nak kena habaq kat hang. Hampa kawin baru sebulan. Masa awai awat yang yang tak putuih siap-siap. Patut aku rasa tak sedap hati sangat.”
“Kami belum cerai secara rasmi mama. Rania yang mintak tapi saya belum lafaz apa-apa.”
“Ha la pasai apa kan dia nak mintak cerai. Hari tu dia yang bersungguh nak kawin dengan hang.”
“Rohana, awat tak panggil Zahari tu masuk, sembang kat dalam ni. Panas tu kat luaq.”
Bapa mertua dia seorang yang rasional. Lain benar sikap dengan Ibu mertuanya.
“Dia nak balik dah kot, tak payah la nak masuk-masuk, kan Zahari.”
“Ya ayah, saya nak balik dah. Saya mai nak cari Rania ja ni.”
“Kamu balik dulu la Zahari, nanti selesai baik-baik dengan Rania. Tak kira apa pun keputusan yang akhir nanti.”
“Baik ayah, saya balik dulu.”
Zahari berlalu setelah bersalam dengan kedua orang tua mertuanya. Puan Rohana menyambut dengan dingin huluran tangan Zahari.
Begitulah manusia, saat anaknya benar mahukan dirinya. Dia dilayan dengan sangat baik. Namun saat anak manja mereka buat keputusan sekali lagi tanpa usul ibunya seolah menyalahkan sepenuhnya keatas Zahari.
Bukan sekali dua Zahari mencuba. Kalau benar dia tidak cintakan Rania adakah dia sebagai manusia tidak layak diberikan peluang untuk menjelaskan kedudukkan sebenar.
———————————-
Zahari mengeluah panjang, dia tahu antara dia dan Rania memang sudah tidak ada harapan lagi. Setidaknya dia ingin membetulkan benang yang tersimpul. Mudah bagi seorang yang benama Rania, saat dia mahukan Zahari, dia usahakan sampai dapat.
Zahari juga kehilangan Nia. Dengan mudah selepas berkahwin selama sebulan sahaja dia meminta cerai. Alasan bukan Zahari curang.
Share this novel