DAMAI 21 - Ilham Zahari dan Mereka

Romance Completed 15486

Zahari bertagak untuk ke rumah Nia. Jam sudah masuk pukul 10 malam. Sudahlah lama dia tak datang sini. Zahari buat keputusan untuk balik sahaja. Dia akan hubungi saja Nia nanti.

Belum sempat Zahari berpaling, seseorang memanggilnya.

“Zahari, awat dok terjengok-jengok rumah orang. Awat tak masuk?”

“Dak abang, saya rasa esok saya telefon Nia.”

“Sebab abang ada ka?”

“Eh dak… sebab lama tak mai. Sat lagi tak tau macam mana penerimaan mak Nia.”

“Jom la abang teman masuk.”

Ilham nampak Zahari dari tadi semasa ditasik lagi. Dia pasti Zahari dengar semua apa yang mereka bualkan. Pasti banyak yang Zahari ingin tanya pada Nia.

“Assalammualaikum mak cik, Nia.”

Kepala ditundukkan kepada Mia. Seingat Zahari, dia tidak pernah bersua muka dengan Mia. Atau dia yang terlupa.

“Eh, Ari. Awat tak habaq pun nak mai. Mai pulak malam macam ni.”

“Errr Ari kebetulan ada kerja area ni. Saja lalu tadi jumpa dengan abang Am tadi.”

“Abang Am?”

“Nanti abang cerita dengan Nia. Bagi Zahari masuk dulu.”

“Entah Nia ni, dia kalut dengan waktu tetamu tu mai rumah pukul berapa pulak dah. Jemput la masuk dulu.”

“Mai la masuk Encik Zahari.”

Nia berkata sambil tersenyum. Namun dia masih tertanya apa yang telah mambawa Zahari kesini.

“Lama mak cik tak jumpa Ari. Awat tak mai rumah mak cik?”

Mak Nia dah mula dah bertanya. Memang dia dah lama tanya kenapa lama sangat Zahari tak datang rumah.

“Kak, ni ka Zahari hang tu. Wah… hensem juga dia kan.”

Mia berbisik pada Nia. Dia lama dah teringin nak bersua muka dengan Zahari. Dulku waktu Zahari datang kerumah, Mia selalu ada disekolah.

“Diam la, sat lagi dia dengaq.”

“Mia,Nia hampa dok buat apa lagi. Pi la bancuh ayaq.”

Sebenarnya Puan Zaleha juga terkejut dengan kehadiran Zahari secara tiba-tiba. Pasti ada hajat yang tak tertunai.

“Okay mak.”

Ilham memandang Nia dan Mia berlalu pergi. Dia tersenyum kecil memandang kedua beradik itu.

“Zahari, maaf mak cik tanya ya. Zahari saja mai atau ada hajat apa-apa.”

“Dak mak cik, mula ingat nak jumpa Nia. Tapi tak jadi sebab dah malam sangat. Lkepas tgu terjumpa dengan abang Ilham kat luaq. Dia ajak masuk.”

Zahari garu kepalanya yang tidak gatal. Terasa seperti alasan itu tidak wajar.

“Lama Zahari tak mai sini. Dulu selalu jugak mai makan nasik sini.”

“Terputuih hubungan terus dengan Nia mak cik. Panjang cerita dia mak cik.”

Zahari terasa punggungnya seakan tidak berada diatas kerusi. Puan Zaleha memandang Zahari tanpa berpaling. Hinggakan Ilham terasa seperti ada panahan dimata Puan Zaleha. Ilham bangun menuju ke dapur. Zahari menarik tangan Nia untuk menunjukkan situasi didepan.

“Nia, sini sat. Cuba Nia tengok tu. Pi la tolong Zahari tu. Abang tengok dah macam kena marah dengan cikgu displin dah tu.”

“Biaq pi kat di abang. Mak ada benda la tu nak tanya dia. Sebelum ni abang selalu tengok mak elok ja kan. Ha ni sisi lain dia. Nada dia memang tak berubah. Lembut ja kan. Tapi siap la kalau mata dia tak lepas-lepas dok tengok mata orang depan dia.”

“Awat kak, hang jangan lupa banyak hutang cerita kat adik.”

“Ha la kak tau la. Nanti kita sembang. Hang jangan bawak keluaq ayaq lagi. Biaq mak soal dia dulu.”

Zahari sedaya upaya cuba bertenang. Dia sepatutnya ada jawapan untuk semua soalan yang akan ditanya.

“Kalau panjang boleh kita pendekkan dak.”

“Errr… boleh mak cik. Saya call dia tak dapat. Mesej pun tak pernah dapat.”

“Alamat rumah ni tak tukaq pun. Awat tak mai rumah.”

Soalan sama dengan Nia tanya. Cuma jawapan kena berbeza la dengan mak Nia ni.

“Bila contact tak dapat tu memang saya pikiaq Nia tak mau saya kacau dia.”

“Ni macam mana boleh mai sini kalau contact Nia tak dapat.”

“Terjumpa dekat cameron mak cik.”

Betul la cerita dari Nia. Mereka terjumpa.

“Kalau Zahari nak berkawan dengan Nia semula. Mak cik memang tak larang. Tapi kalau berulang lagi macam hari tu. Mak cik tak akan bagi dah Zahari dekat dengan dia.”

“Eh dak mak cik. Saya memang tak pernah putuih hubungan sahabat dengan dia. Tapi ada salah paham sikit.”

“Sikit ka banyak.”

“Banyak sikit mak cik.”

Mata Puan Zaleha masih melekat dimata Zahari. Dia mahu tahu sama ada ada pembohongan atau tidak. Bukan niat dia nak bertegas. Namun dia masih nak tahu kerana ini kaitan dengan anaknya.

“Mia, Nia mana ayaq ni. Lamanya. Am mana?”

“Siap dah mak.”

Kedua mereka menyahut.

“Am sini mak.”

“Awat hang pi dapoq tu Am. Mai sini sembang dengan kami.”

“Nak sembang apa mak, dah macam perang tadi Am tengok.”

Ketawa mereka mendengar perkataan perang yang Ilham sebut.

“Mak cik, maaf saya mai malam-malam macam ni tak habaq apa-apa.”

“Zahari jangan salah paham dengan mak cik, mak cik cuma nak tau kejujuran ja. Apa pun alsan yang dibagi mak cik akan terima dengan baik. Sebab setiap sesuatu berlaku mestiada sebab.”

“Saya faham mak cik.”

“Nia, awat hang diam ja.”

“Nia tak dak apa nak cakap mak. Nia memang tak tau dia nak mai.”

“Dia mai nak jumpa hang kan. Mesti ada benda dia nak habaq kat hang.”

“Tak pa mak cik esok pun boleh.”

“Mak, Am nak kena balik dah ni. Lama sangat dah Am kat sini. Nanti Am mai lain.”

“La, awai lagi ni.”

“Awai apa mak dah dekat pukui 11. Mak punya soal orang tu sampai tak perasan pukui 11.”

Puan Zaleha hanya tersenyum kecil. Menyedari khilafnya sebentar tadi.

“Mia esok abang ambik Mia pukui 5 petang. Kalau mak nak ikut Am ambik sekali esok tau mak.”

“Okay boleh. Nanti abang Am confirm lain dengan Mia.”

“La hampa nak pi mana esok. Hang tak habaq apa pun aku Mia.”

“Aku habaq dah kat hang nak pi beli buku.”

“Hmmm bila yang hang habaq.”

“Masa hang lena adik habaq.”

“Bukan nak ajak aku sekali.”

“Lain kali la kita keluaq dua. Aku janji dengan abang Am awai dah.”

“Ya la ok lah.”

“Nia, esok lepas balik kerja boleh dak Ari nak jumpa Nia sat.”

“Boleh. Esok ambik Nia.”

Nia tidak membantah. Dia tahu ada sesuatu dalam mata itu. Pasti dia tak sabar sehingga membawa dia kerumah ini pada malam hari.

“Ha tengok, hang nak keluaq dengan abang hensem tak pa pulak. Tak ajak adik jugak.”

“Aku balas dendam kat hang ja adik. Terimalah seadanya ya.”

“Ha esok mak tinggai sorang la kan.”

“Mak ikut Mia la mak.”

“Jom mak, esok pi sekali. Am, nak balik dah ni.”

“Hampa pi ja la, esok mak nak tengok drama korea kat tv.”

“Amboi mak. Pandai tengok korea pulak.”

Ilham menyalam Puan Zaleha. Begitu tenang wajah itu. Jantungnya tidak serentak dengan wajahnya. Dia baru putus tunang dengan Nia. Kini melihat mata itu memandang Zahari. Dia tahu siapa dirinya,

“Jom sayang, abang balik dulu.”

Semua memandang wajah Ilham. Ilham ketawa menutup khilaf sebutannya.

“Okay abang balik baik-baik. Kirim salam mama ya.”

Nia tahu Ilham belum biasakan diri. Namun melihat wajah tenang itu hatinya sangat kagum.

“Nia, Ari pun nak balik dah ni. Lewat dah. Jom mak cik, Mia. Saya balik dulu ya. Esok saya mintak izin bawak Nia keluaq ya mak cik.”

“Yala balik baik-baik.”

“Ari balik baik-baik. Esok mesej Nia jadi atau tidak.”

“Okay Nia.”

Selang beberapa minit kedua mereka beredar pulang.

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience