DAMAI 29 - BENAR

Romance Completed 15486

“Razlan, buatkan kat aku laksa dengan cendol satu.”

“Eh Zahari. Tadi masa Nia mai sini awat hang tak mai sekali. Tidak boleh sembang sekali tadi.”

“Dia tak tau aku kat sini. Kalau hang tak sibuk mai la sembang dengan aku sat.”

“Sat aku pi habaq pesanan hang dulu.”

Lewat petang pelanggan sudah beransur kurang. Razlan juga mahu berbual dengan kedua sahabat abangnya itu. Abang 10minit.

“Aku ni kan Raz, tak pernah lagi aku gagal jejak Nia tau kalau dia lari mana pun. Dari dulu masa zaman belajaq sampai aku pisah dengan dia lama jugak la. Pastu tetap aku tak pernah gagal jumpa dia.”

“Okay…hang nak habaq kata jodoh hang dengan dia kuat ka macam mana tu.”

Sempat Razlan mengusik Zahari. Dia tahu Zahari nampak mereka bersembang tadi. Nia ceria semula selepas berbual dengan Razlan mana kawan tu tak rasa dalam hati.

“Bukan tu maksud aku. Nak bagitau kata betapa aku sangat memahami dia. Kali ni aku ingat salah tempat yang aku teka. Hang bayangkan berapa banyak pantai kat malaysia ni.”

“Dasyat tau hubungan hang dengan dia, ni aku nak tanya yang hang pisah dengan dia tu pasai apa?”

“Ermmm..aku tunang. Lepas tu kawin.”

“Woiii senangnya hang sebut, ni laki orang ka apa ni. Aku tak mau sokong tau kalau hang nak buat naya dia.”

“Dengaq la dulu. Aku kawin sebulan ja Raz. Isteri aku mintak cerai. Lepas lama jugak baru aku jumpa Nia balik. Tu pun dekat cameron. Dia baru kena tinggai dengan tunang dia.”

“Kesiannya dekat Nia. Lepas tu ni dia lari pasai apa?”

“Bekas isteri aku culik dia.”

Malu dengan hakikat sebenar namun Zahari memilih untuk memperkatakan hal yang betul.

“Patutla dia lari… awat hang buat macam tu kat dia.”

“Bukan aku yang buat… ex wife aku yang buat. Dengaq bagi jelas Raz apa aku cakap ni.”

“Zahari, aku nak tanya hanga. Selama ni hubungan hang dengan Nia sebagai apa. Ikatan apa hampa ada?”

“Aku dengan dia kawan baik. Aku kenai hampir segalanya tentang dia.”

“Mesti hang nak Nia pulak paham kan. Sebab hang tak habaq isi hati hang lepas tu hang selalu nak rasa dia tu hang punya. Walau berkali-kali hang sebut hampa kawan baik. Yang sangat baik.”

“Aku memang…”

Belum sempat Zahari membalas, Razlan memberikan hujah lagi.

“Jarang tau aku jumpa kawan baik tak kawin tp xputus sahabat. Untuk kawan baik perempuan dengan lelaki la ni tau. Tengok aku ngan bini aku dah la. Kami kawin. Macam ada member aku sebab dia kawin memang dia putus dengan kawan baik dia. Jadi takkan hang harap Nia faham hang lagi lepas ni kalau hang kawin. Tu pun aku percaya mesti masa hang kawin Nia tak pi pun kan kenduri hang.”

Wahhh punya la selama ni dia kata faham sangat Nia. Tapi satu-satunya yang dia tak buat ialah luahkan perasaan dia. Ambik la hujah pendapat dari seorang Razlan.

“Awat hang diam. Betoi la tu apa aku kata.”

“Betoi sangat-sangat sampai aku rasa macam ehhh ha la…”

Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ilham padanya.

“Abang lepaskan Nia bukan nak suruh dia lari lagi. Kalau macam ni baik abang ja yang ambik dia. Ingatkan Zahari boleh bahagiakan.”

Masih pedih lagi ayat tu walau berkali melalui hatinya.

“Hang hadam la kata-kata aku ni Zahari. Kalau suka habaq suka. Jangan main-main dengan kata-kata sahabat ka apa ka.”

“Aku bukan main-main. Macam mana lepas aku luah dekat dia nanti dia tak boleh terima tinggai aku lagi.”

“Kalau aku serkup mangkuk laksa ni kat hang satgi baru hang tau. Dengaq sini sahabat… Nia tu perempuan tau. Jangan nak mimpi nak tunggu dia luah dekat hang. Dia sanggup menjauh macam ni pun takkan tak paham lagi.”

Tergeleng-geleng kepala Razlan dengan sikap sahabat baik arwah abangnya itu. Namun dia bersyukur setelah dihalau dari rumah dulu abangnya bertemu dua sahabat yang sangat baik. Menitiskan air mata demi dia.

———————————-

Nia memejamkan matanya. Tenangkan hatinya mendengar bunyi ombak menghempas pantai seakan memanggil namanya. Bayu damai menampar wajahnya. Baju dan tudung yang dipakai Nia beralun mengikut angin yang datang silih berganti tanpa henti.

‘Salahkah apa yang aku rasa ni. Kalau kami kawan awat aku rasa marah sangat. Membayangkan saja buat Nia sakit hati. Bukan pada Rania bukan pada Ilham namun nama Zahari buat hatinya seakan disiat.’

“Assalammualaikum sahabat, hang okay ka ni Nia.”

SDA Amrah menelefon dikala hatinya diselubung tanda tanya.

“Wasalam sahabat. Aku okay. Hang okay ka?”

Amrah mahu bercerita sesuatu namun dia batalkan niat kerana dia kenal nada itu.

“Sama aku pun okay saja nak tanya habaq hang. Hang ada mana ni aku dengaq macam bunyi angin ja.”

“Aku ada tepi laut ni.”

“Sorang ka ada dengan sapa-sapa. Satg aku kacau hang pulak.”

“Dak aih. Hang betoi ka okay Amr. Habaq kat aku kalau ada apa-apa. Aku sorang la.”

“Tak memasai hang pi sorang pasai apa?”

“Takdak apalah. Hang tu pasai apa, bagi tau aku cepat.”

Sahabat dia seorang ni memang penguat semangatnya. Kalau bandingkan masalah dirinya takkan setanding dengan apa yang Amrah lalui. Namun bak kata Amrah. ‘ Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan.’ Dipertemukan dengan seorang yang sangat kuat sepertinya membuatkan Nia merasa diri manja.

“Hari ni ibu kepada Kak Aisyah mai sini nak jumpa Aisy.”

“Mai jumpa dirumah ka?”

“Dak… dia mai dikedai minta izin nak jumpa Aisy.”

“Hang kata apa. Marah dak kat depa, hari tu depa tinggai macam tu ja kan lepas arwah meninggal”

“Aku kata boleh nanti nak bawak depa jumpa.”

Nia dah agak dah. Mesti dia rsa dirinya tiada hak keatas Aisy.

“Aku dah agak dah. Hang kena tegas sikit Amr. Mana boleh macam tu.”

“Saja aku nak habaq yang tu ja kat hang. Ni hang bawak diri pi mana ni. Jangan kata tak dak apa na.”

“Nanti la aku pi jumpa hang. Tak syok cerita dalam telefon.”

“Pulakkkk yang aku cerita dah dalam fon.”

“Tak pa la nanti cerita lain. Aisy okay ka Amr.”

“Dia okay ja. Aku tak habaq apa lagi kat dia.”

“Okay tak pa la nanti kita cerita lain.”

“Okay wei aku nak sambung keja sat lagi nak balik dah. Assalammualaikum.”

“Wasalam….”

Banyak yang dia nak cerita sebenaqnya. Tapi nanti ja la. Pasti Amrah susah hati sekarang ni.

Kembali kedunia yang sedang diahadapi sekarang, Nia masih merenung jauh kearah laut.

————————————-

“Mia, abang nak tanya sikit boleh?”

“Tanya la apa pun Abang Am. Serius semacam ja ni buat orang risau ja.”

“Mia nak kawin dengan abang dak?”

Perbezaan umur mereka sebenarnya agak banyak. Mungkin 7 tahun atau lebih. Mia kelihatan terkejut.

“Abang Am ni biaq betoi. Takkan nak kawin dengan adik bekas tunang abang.”

Mia tidak menafikan hakikat hatinya memang tertaut dengan kebaikkan Ilham terhadap dia. Namun tidak pernah terfikir mahu berkahwin dengan Ilham.

“Mia fikir dulu, kalau Mia ada sesiapa dihati Mia bagitahu ja kat abang. Kalau belum ada kita boleh pupuk rasa tu.”

“Abang Am putus dengan Kak Nia sebab ni ka? Sebab abang tau dalam hati dia ada orang lain? Macam tu ka.”

“Lebih kurang macam tu la, tapi janji dengan abang jangan habaq dekat sapa. Abang dah lama pikiaq benda tu. Masa kakak tuduh abang ada orang lain pun abang sengaja tak mau nafi. Sebab dia memang tak cintakan abang.”

“Tadi Abang Am kata cinta boleh dipupuk.”

“Boleh kalau dalam hati kita tak dak sesiapa. Mia pikiaq la dulu. Tanya mak dulu macam mana.”

Mia merenung wajah bersih milik Ilham. Lelaki begini sukar dicari. Rugi sangat kakaknya tidak jatuh hati dengan dia.

ORANGE BORAHAE- Terima kasih atas kesudian memberikan komen yang positif. Hasil tulisan saya yang pertama ni mungkin jauh dari mana-mana hasil insan yang berbakat besar yang lain. Namun keterujaan yang diletakkan sangat bermakna buat diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience