DAMAI 10.1 - Zahari POV

Romance Completed 15486

Telefon Zahari berbunyi. Dia segera keluar dari kereta. Tidak mahu Nia mendengar apa yang akan dibincangkan dengan penelefon.

“Assalammualaikum abang”.

“Macam mana Zahari jumpa dak dengan Nia.”

“Jumpa abang. Jumpa masa kat lobi hotel.”

“Okay bagus la macam tu. Memang Zahari kenal dia sangat-sangat kan.”

“Ish dak la abang. Agak-agak ja. Tak sangka memang jumpa kat sini.”

“Okay bagus la. Nanti kita jumpa na. Bila balik mai?”

“Hari ni kot balik. Cuti dok ada lagi dua hari lagi.”

“Nanti balik mai ofis kita sembang lain la ok. Kat abang jangan lupa beli apa-apa na”.

Zahari tersenyum mendengar pesanan dari penelefon. Macam mana wujud lelaki sebaik ini. Hairan juga Zahari pun.

Namun Zahari bukanlah seorang yang tidak punya akal. Dia tahu suara pemilik akan bergetar saat menyebut nama Nia.

Zahari memeriksa barang dalam kereta. Nia tertinggal satu bungkusan. Segera dia menelefon Nia.

“Nia, lupa satu bungkusan ni. Sat lagi janganbalik terus lagu tu ja tau. Tunggu kita turun sekali”.

“Assalammualaikum tuan….”

“Ya okay baik tuan…”

Zahari ketawa mendengar Nia memanggilnya tuan.

“Sat lagi la tau, ni ada lagi dua jam lagi. Jumpa pukui 12 sat lagi.”

“Ya baik la dinda.”

Suara Nia ketawa dihujung talian sebelum mematikan panggilan. Zahari mengusiknya semula memanggil dinda.

-ORANGEBORAHAE-

———> UNTUK POV MEMANG PENDEK SIKIT YA. TERIMA KASIH SUDI BACA DAN HARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI YA. MAAF JIKA ADA KELEWATAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience