Completed
15486
Pagi itu Nia bersiap seperti biasa untuk ke pejabat. Dia mengenakan baju kemeja rona biru dan seluar biru gelap. Sedondon dengan tudung.
“Mak, Nia pi dulu tau. Nia balik macam biasa hari ni. Assalammualaikum mak.”
“Pi elok-elok Nia, jaga diri baik-baik Nia, hidup ni bukan milik kita tapi yang mencipta kita.”
“Baik mak. Nia sayang mak tau.”
Selang 30 minit Mia pula menyapa Puan Zaleha.
“Mak, Mia nak keluaq ni pi cari keja part time. Tapi Mia balik awai sat lagi tolong mak masak.”
Semasa mengayuh basikal untuk ke pejabat Nia rasakan seolah-olah dia diekori. Namun Nia mengabaikan perasaan itu. Nia mengambil telefonnya dan mengaktifkan location supaya yang berkongsi find my dengannya boleh mencari locasi dia. Pada Zahari, Mia dan Ilham. Perasaan takut menyelimut hatinya
(Find my sejenis applikasi yang ada dalam peranti iphone, digunakan untuk mencari lokasi yang kongsi dengan kita.)
Seperti yang disangka Nia seseorang datang dibelakangnya dan menekup mulutnya dengan kain, Nia sedayanya melawan namun cecair yang disapu pada kain menyebabkan Nia pening dan pengsan. Kawasan ditaman perumahan mereka itu tidaklah begitu sunyi namun Nia tidak sempat menjerit.
———————————-
“Eh, ini basikal kakak ni. Mana pulak dia ni tinggal macam ni ja basikal dia.”
Mia membuka find my untuk melihat kedudukan kakaknya sekarang. Wajahnya diselubungi kerisauan. Dia cuba hubungi Nia namun tidak berjawab.
“Awat tak dapat pulak dah ni.”
Mia menghubungi nombor Ilham pula.
“Abang Am, Mia jumpa basikal kak Nia dekat depan lorong ni. Dia tak dak pun. Mia dah cek find my tu memang kak Nia bergerak tapi tak pasti lagi sampai mana. Abang cek tengok mesti dengan abang pun dia share.”
“Ok abang cek sekarang, Mia jangan pi mana lagi tunggu sana sampai abang Am ngan Zahari sampai.”
“Okay abang.”
Mia gelisah dah menunggu. Pasti ada yang tidak kena. Kakaknya bukan sejenis akan melencong kemana-mana tanpa pengetahuan ibu mereka. Mia lebih risau kalau bateri Nia habis.
————————————
Nia mula terjaga setelah dua jam kesan ubat yang menyebabkan dia pengsan. Namun masih mamai. Wajah lelaki bertopeng dipandang.
“Hei, hang sapa ni ambik orang macam tu ja. Apa hang nak dari aku?”
Tangan Nia terasa sakit diikat dari arah depan.
“Aku ikut ja cakap orang yang nak sakitkan hang. Dia suruh aku culik, jadi aku culik la. Kalau ikut hati aku ni siat terus ja.”
Ramli memandang wajah ketakutan Nia. Apalah salah gadis dihadapannya ini hinggakan ada yang sanggup menculik. Atas apa sebab pun masih tidak wajar untuk menculik seseorang. Ramli sengaja menakutgkan dia. Terbayang duit yang bakal dia terima.
“Weiii hang tau kan berdosa apa hang buat ni. Aku mana mana ada duit pun nak bagi dekat hang.”
“Aku kata aku tak tau kan. Baik hang diam kalau dak aku ikat mulut hang. Dosa aku hang jangan kisah. Hang tu patut risaukan diri hang sendiri ja.”
Nia semakin pasti Ramli bukan orang yang jahat. Dia cuma perlu memilih ayat dan soalan yang sesuai. Ramli menanggalkan topeng muka yang dipakai tadi. Comel.
“Nama hang sapa, senang aku nak panggil.”
Ramli memandang wajah Nia. Teragak-agak.
“Aku Ramli. Panggil ja Li.”
Sah dia memang tidak jahat. Mudah ja dia mengalah dengan Nia. Belum pun banyak perkataan yang disembangkan dia dah mula lemah suara.
“Li, awat hang buat aku macam ni. Aku tengok Li tak nampak jahat pun. Li pun nampak macam muda ja lagi ni.”
“Hang diam la, aku kalau boleh memang aku tak mau buat semua ni. Tapi aku terpaksa. Jadi lagi baik hang ikut ja dengan diam. Aku betoi memang tak tau apa tujuan orang yang culik hang ni.”
Nia memandang Ramli. Seseorang menghubungi dia.
“Dah, dia ada dengan aku sekarang. Jangan lupa duit yang hang janji dengan aku.”
Seseorang tersebut membalas namun sukar Nia mahu mendengar kerana agak jauh Ramli pergi untuk menjawab panggilan.
“Aku tak sentuh dia, aku tahu dosa. Bukan macam hang dengan dia.”
Sapa hang dan sapa dia? Nia tertanya. Nia perlu segera bertindak. Dia mula terfikirkan telefon dia. Diharapkan Mia atau Ilham terfikir nak tengok find my tu.
“Dah aku letak dulu. Jangan lambat sangat, mak aku tengah tunggu dekat rumah.”
Nia memerhatikan rumah tempat dia dikurung. Keliling tidak nampak apa-apa. Rumah nampak seperti ada penghuni yang diami. Bilik tempat Nia dikurung sangat kemas.
“Hoi kau dok cari apa. Jangan dok mimpi nak lari ka apa. Aku dah sikit lagi nak dapat duit tu.”
“Ramli kalau aku tanya sikit hang jujur tau. Duit tu hang nak guna untuk mak hang ka?”
“Ikut suka aku la nak guna untuk apa pun. Yang penting aku dapat duit tu hang akan jadi hak depa.”
Hak? Ishhh risaunya. Nia akan cuba berlembut dengan Ramli.
“Umur awak berapa Li. Nampak muda sangat ni akak tengok.”
“Umur aku 19tahun. Akak? Sapa kakak. Aku ada abang ja la.”
“Abang awak umur berapa. Muda lagi adik, jauh lagi perjalanan adik. Kakak boleh tolong adik kalau adik lepaskan akak.”
“Hang tak kenai depa tu. Depa orang kaya. Nanti sekali dengan aku mampuih.”
Hishhh kerja sapa la ni. Kaya? Jahat? Nia sedaya memerah memori. Namun gagal.
“Adik, mak adik tentu tak suka apa adik buat ni, kesian dia sedih kalau dia tahu mana sumber adik dapat duit tu nanti.”
Anak mata Ramli seakan teragak-agak. Dia dah mula termakan kata-kata dari Nia. Dia memang tak kenai sangat dengan orang yang upah dia. Jadi dia memang takut dengan apa pun tindakkan dirinya akan mengundang padah. Terpengaruh dengan drama tv.
“Kalau aku habaq kat hang, janji hang tak akan libatkan aku.”
Ramli seakan berbisik. Bunyi kenderaan berhenti dihadapan rumah menyentap rasa teragak-agak tadi. Dia kembali memakai topeng muka. Mata Nia ditutup dengan kain hitam. Nia tidak mahu melawan. Ramli mahu pastikan Nia dalam keadaan yang diarahkan. Suara wanita matang yang Nia dengar.
“Lebih baik diam dari berkata. Ingat depa ni bukan macam aku tau.”
Ramli memberikan amaran pada Nia. Dia berbisik. Ramli sendiri tidak pasti akan sikap bosnya itu.
“Bagus Ramli, kamu boleh pergi sekarang. Tinggalkan dia dekat sini.”
“Baik aku blah dulu.”
Nia mendengar kata-kata yang dia tidak pasti bait bicaranya. Ramli mengambil wang dan terus beredar dari situ.
“Hai Nia. Kamu mesti tengah mencari sebab serta alasan yang kukuh punca kamu berada disini kan.”
“Sapa puan ya? Awat sampai nak kena culik bagai.”
Nia beranikan diri bertanya kepada wanita tersebut.
“Sebab dia tak besar mana, kamu menyebabkan anak aku jadi janda pada usia awal.”
Shit! Sebab dia tak waras. Anak aku? Ibu seseorang yang dia kenal yang sudah menjadi janda. Dia? Siapa lagi?
“Kamu tahu dia mengandung?”
Tudung dan rambut Nia ditarik dengan kasar.
“Sapa?”
“Sapa kamu tanya. Anak aku tu mengadu jantan tak guna tu tak mahu mengaku tu anak dia.”
“Sapa anak puan?”
“Anak aku Rania. Aku mama dia.”
“Tapi Rania dengan Zahari dah cerai agak lama puan.”
“Aku tak kira, dia habaq kat aku Zahari tak mau mengaku itu anak dia, semua sebab hang.”
“Maaf puan, kalau puan sayang anak puan sekalipun jangan jadi buta puan. Kalau Rania mengandung selepas waktu edah itu bukan anak Zahari puan.”
“Hang dah merosakkan kebahagiaan anak aku. Apa pun jadi aku nak Zahari kahwin dengan anak aku baru aku lepaskan hang. Sekarang hang nak tuduh anak aku ada jantan lain la.”
“Saya tak tau apa pasai tu. Saya dengan Zahari bukan ada hubungan macam yang puan pikiaq. Saya dengan dia baru jumpa semula.”
“Aku tak kira, yang aku tau Rania selalu sebut nama hang. Dia selalu terjerit-jerit nama hang dengan Zahari.”
“Tapi puan tak boleh nak salahkan saya dan Zahari. Kami memang tak dak hubungan apa-apa.”
“Ni Zahari mana, awat dia tak mai tolong hang.”
“Ikut suka puan la nak pikiaq macam mana. Kalau saya bahas pun puan akan terus menerus cakap macam tu.”
Dalam hati dia berharap sangat Mia dapat cari dia dekat sini. Pada hemat Nia pasti ibu Rania tak akan sanggup buat yang bukan-bukan kerana dia juga punya anak. Namun sekali lagi tudung dan rambut Nia ditarik. Geram barangkali.
“Puan tolong jangan buat saya macam ni, saya anak yatim. Ada mak dengan adik ja kat rumah. Puan ada anak tentu puan paham kan.”
Nia cuba play victim. Memang dia victim pun.
“Aku tak kira yang penting anak aku ja.”
Nia pasrah, malas berbalah dengan seorang ibu yang sedang buta dengan kasih sayang kepada anaknya. Dia harap Mia bertindak macam fikirannya. Tolong la ya Allah.
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE DUA MINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
Share this novel