DAMAI 26- Anak Sapa

Romance Completed 15486

Nia semakin gelisah, keyakinan dia tadi semakin menipis. Motof penculikkan dirinya terlalu mudah untuk menjadikan asbab dia dibunuh. Tapi kerisauan masih bermain dijiwanya.

“Wei, mai makan ni. Bos aku dah blah. Tak pasai-pasai dia suruh aku bagi makan hang pulak. Gila apa entah orang tua tu.”

Kain hitam dibuka dan Nia melihat Ramli masih dihadapan dia. Padahal tadi Ramli mahu pergi setelah dia menerima bayaran.

“Aku mintak maaf atas tindakkan aku dengan hang. Aku dengaq tadi hang pun tak dak ayah. Sama macam aku juga. Ayah aku memang tak guna pun.”

“Adik, jangan cakap macam tu tak baik tau Li.”

“Memang betoi dia tak guna. Biaq la kak, dia pun dah tak dak lari lepas aku lahir.”

“Adik dengan abang adik tak cuba cari ayah adik ka?”

“Buat apa cari, dia bukan tak tau mana kami duduk.”

“Sian mak Li. Kalau dia tau apa Li buat ni mesti dia sedih.”

Ramli tunduk tahu kekhilafan diri. Namun dia dah hampir dengan wang yang bakal dia peroleh.

“Li, jom bawak akak lari dari sini, akak janji tak akan hubungi polis. Nanti akak janji akan cuba bagi duit untuk mak Li.”

“Aku tak boleh kak, aku tak tau apa depa ni nak buat. Hebat mana depa pun aku tak tau. Dia ugut macam-macam. Entah-entah apa pun tak dak.”

Kenapa depa. Sapa depa yang Ramli maksudkan. Rania? Terlibat sekali.

———————————————————————————

“Mia, macam mana kak Nia masih bergerak atau dah stop mana-mana.”

“Dah stop dah abang, tapi ni jauh juga dari sini. Harap bateri kak Nia bertahan la.”

“Tak pa ambik alamat dia siap-siap. Kita cari nanti. Kena cepat, tak payah call polis dulu sebab kak Nia baru hilang beberapa jam.”

“Jom gerak Zahari, abang dengan Mia akan tengok alamat ni area mana.”

“Alamat ni area Jitra ni, dalam dua jam dari sini.”

Macam pernah tengok alamat ni. Dekat dengan rumah keluarga mertua dia dulu.

“Abang, boleh bacakan alamat penuh dak. Saya macam familiar dengan kawasan tu. Jitra tu dekat dengan rumah mertua saya. Satu di Bukit Mertajam dua di Jitra.”

Ilham mengerutkan dahi, pelik kena mengena apa hal Nia dengan Nia. Mia juga terkejut.

“Okay Zahari kamu bawak sampai sana, nanti sampai sana baru tengok alamat penuh.”

Zahari semakin hilang ketenangan diri. Macam mana kalau Rania terlibat. Ugutan, penculikkan. Ini memang melampau.

“Zahari, kamu okay dak ni. Macam gelisah ja abang tengok, jangan pikiaq yang bukan-bukan lagi selagi tak jumpa Nia. Mia, ada habaq dekat mak dak pasai ni.”

“Dak lagi abang, Mia tak sanggup nak habaq.”

“Baguihla, kita cuba setel dulu nanti baru cerita dekat mak pasai ni.”

Perjalanan ke Jitra dirasakan sangat jauh pada Zahari. Terasa seolah kakinya tidak menekan minyak. Moga semua ni tak ada kaitan dengan Rania.

———————————————

“Mama, macam mana dapat ka tangkap pompuan tu?”

“Dapat dah tapi mama pelik, pasai apa kamu nak sangat culik dia. Apa salah dia dengan kamu?”

“Dia ambik Zahari dari Rania ma. Apa yang mama susah nak paham, Rania mengandung pun Zahari sampai tak mau mengaku ni anak dia.”

“Kamu mengandung bila dan berapa haribulan? Kamu ingat mama ni tak pernah mengandung ka?”

Sedikit sebanyak Puan Rohana terkesan dengan ayat dari Nia tadi. Dia baru terasa dimana logik anaknya mengandung.

“Errr… Rania mengandung masa lepas Zahari lafaz talak. Sebelum tu Rania tak pernah cek. Dah masuk 5 bulan mengandung.”

Rania menipu, sedangkan perutnya baru masuk tiga bulan.

“Kamu cerai dah 6 bulan lebih, patutnya lebih dari tu la mengandung. Ni mama tengok perut kamu kecil saja.”

“Sapa yang mengandung pulak ni. Awat ayah langsung tak tau.”

Kedua beranak itu terdiam.

“Tak dak sapa aih abang. Kawan Rania ni mengandung.”

“Kamu diam Rohana, Rania hang habaq dekat ayah betoi-betoi berapa bulan hang mengandung. Anak sapa?”

“Anak Zahari ayah, dah 5 bulan.”

Rania semakin gelisah. Ayahnya bukan seperti mamanya hanya terima membuta tuli.

“Kita buat DNA nanti. Hang jangan macam-macam dengan ayah tau Rania. Hang ingat ayah tak tau hang berkawan dengan sapa.”

“Apa ayah merepek ni. Berkawan ja kan. Memang anak Zahari.”

Rania masih cuba tegakkan perkara yang hampir mustahil. Helah apa lagi yang akan dimainkan.

“Mana pompuan yang kamu sorok tu Rohana. Apa kamu pikiaq sampai bertindak macam tu. Aku dah agak kalau kamu dengan Rania mai sini mesti ada sahaja benda yang hampa nanti buat. Tapi awat yang sampai bawak orok anak orang.”

“Anak kita sedih abang, kita kena buat sesuatu. Kalau dak macam mana dengan anak kita.”

“Kamu ni jadi bodoh ka apa Rohana, kalau sedih suruh dia solat bukan suruh buat kerja jahat. Kamu tak dak agama ka. Apa yang aku ajaq selama kamu jadi isteri aku ni Rohana.”

Aku? Suaminya bercakap aku dengan dia.

“Abang, Hana mintak maaf. Hana janji akan lepaskan pompuan tu. Hana bodoh abang.”

Tak jahat mana la Puan Rohana ni sebenarnya. Buta dengan kasih sayang pada anaknya sampai sanggup menculik.

Puan Rohana menghubungi Ramli untuk melepaskan Nia.

“Mana Rania?”

Puan Rohana baru perasan yang Rania hilang dari pandangan. Tuan Malik cuba telefon nombor Rania namun tidak berangkat.

“Siap sekarang Hana kita kena ikut dia. Sian budak perempuan tu nanti apa entah anak kita buat dengan dia. Call Zahari sekali.”

“Err baik abang.”

Puan Rohana bergegas siap dan mengikut suaminya mencari Rania. Apa la yang telah merasuk dirinya hingga sanggup mengikut kehendak Rania.

———————————————

Zahari menerima panggilan dari Puan Rohana, terdengar cemas suaranya. Apa sahaja la yang dibuat dua beranak itu. Mengundang padah sahaja. Dia mengharapkan Rania belum sampai kesini.

Mereka sampai dikediaman yang dimaksudkan. Tiada kenderaan yang berada diluar rumah tersebut. Sah sangkaan Zahari memang rumah kedua mertuanya.

“Bukan saya punca Rania cerai dengan Zahari, saya baru ja jumpa dia balik. Awat tak dak sapa nak percaya cakap saya hari ni.”

“Aku dah kata dulu hang memang cinta dekat Zahari, asyik menipu dengan dasar sahabat konon. Benda sama hang asyik ulang-ulang cakap.”

Terdengar sayup bicara Nia dan Rania dari atas bilik. Nyata Rania tidak mahu mengalah dengan mama dan ayahnya.

“Habis tu kalau hari-hari tersasul panggil nama Nia Nia Nia tu apa?”

“Sebab nama kita sama kot yang salah. Takkan kerana tu Rania nak buat saya mcam ni. Tak kesian ka kat baby Rania tu.”

“Ohhh tau kesian pulak. Habis yang bapak budak ni hang kebas tak pa pulak.”

Hilang sudah Rania yang Nia kenal dulu, lemah lembut. Apa la yang dah jadi.

“Kalau Rania habaq baik-baik dekat Zahari tentu dia faham, kalau buat macam ni buat apa?”

“Aku dah bagitau dia tapi dia langsung tak percaya cakap aku. Sama dengan Johari meniou ja keja.”

Johari? Mereka masih mendengar dari luar. Termasuk Ramli yang masih terpinga.

“Sapa pulak Johari ni Rania. Dia buat apa dekat Rania cuba habaq dekat Nia.”

“Kalau aku habaq pun hang bukan kenai, dia tinggai aku… Zahari pun tinggai aku. Ayah aku pun nak sebelah kat hang. Habis aku ni tinggai anak haram ni ja kat aku.”

“Allahuakbar Rania apa cakap macam tu. Sian anak tu tak bersalah tau. Habaq baik-baik kat bapak budak tu bagi dia faham.”

“Bapak dia Zahari, hang jangan nak tuduh aku macam-macam.”

Zahari dibalik pintu sudah tidak sabar lagi, Ilham pun tidak cuba menghalang lagi. Walaupun wanita kesayangan dia dibalik pintu itu dia tetap memilih laluan yang sama. Menyerahkan Nia kepada yang Nia cinta.

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE DUA MINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience