DAMAI 7

Romance Completed 15486

Makanan dah sampai. Zahari menolak pinggan nasi lemak kepada Nia.

“Eh, bukan ni makanan Ari ka?”.

Nia pelik.

“Tak, Ari pesan untuk Nia. Nia suka kan?”.

“Yalah suka, lepas tu sapa pulak nak makan scon tu?”.

“Ari makan, Nia pun makan. Kita kongsi la makanan tu dapat makan sama-sama.”

“Yalah, jom makan.”

Akhirnya Nia mengalah. Macam selalu la memang kongsi makanan.

Zahari memegang nekad mahukan mereka seperti dahulu.

“Ari kalau makan nasi lemak memang akan teringatkan Nia. Selalu kita akan pesan sambal lebih.”

“Ingat tak sekali tu kita makan yang Mak Bedah punya nasi lemak, pedas nak mati. Salah cili katanya, Ari ingat sampai sekarang tau.”

Memang sedap nasi lemak Mak Bedah tu. Wangi, pedas dan sedap.

“Apanya yang tak ingat, hari tu sekali Nia pergi cari nasi lemak Mak Bedah, anak dia yang jual sebab Mak Bedah dah tak larat, rasa seakan juga macam Mak Bedah buat.”

Nia memang ingat. Sedap sangat.

“Kita beli 3bungkus, satu kongsi, lagi dua sorang sebungkus.”

Zahari pun ingat.

“Haah Nia pun ingat. Rindu la masa tu kita selalu ketawa”.

Tersenyum kedua mereka.

Telefon Nia berbunyi. Nia mengambil dan menjawab. Dia tersenyum sebelum menjawab panggilan si pemanggil. Zahari tak sempat membalas kata dari Nia. Dia pun rindu.

“Assalamualaikum sahabat, awat hang lama tak call aku?”.

Terus dia mebuka hujah. Si pemanggil tidak sabar. Punya payah Nia nak angkat call dia.

Tersedak Nia dengan keloloh sahabatnya itu. Zahari menghulurkan air kepada Nia.

“Amboi.. aku baru tak telefon hang 3 hari kot, sabaq la sat bagi can la aku nak rehat sat.”

Tergelak Nia.

“Huh, 3hari hang kata, ni aku qhasa seminggu kot hang tak call aku. Dua hari lepas aku call hang, mana hang p call pun tak dapat.”

Mati la Nia dia kena jawab juga.

“Salam pun hang tak jawab, hampeh hang kan. Jadi jebon dah ka?”.

“Aku p berjalan sat. Line mana ada. Aku tak habaq ka kat hang aku p mana?”.

Nia bertanya soalan kembali kepada sahabatnya.

“Aku jawab, dalam hati la. Kalau aku jebon hang pun sama jebon la dengan aku sebab hang kawan aku.”

Nia tergelak dengan Amrah. Ceria sahaja suara dia.

“Sat Amr aku telefon hang balik satg. Kita sembang len na. Aku dok makan ni. Malam satgi aku telefon.”

“Ha.. aku tunggu, hang lupa siap hang. Belanja aku sebulan.”

Amrah meletakkan telefon selepas memberikan salam.

Mereka bertemu dikedai serbaneka tempat Amrah berkerja. Nia tertinggal beg duit dan Amrah tolong simpankan. Sejak tu mereka selalu baik. Sembang macam kenal lama. Last-last jadi BFF.
SDA sebenarnya.

Amrah jarang ketawa, dia suka senyum. Senyum dia tenang Nia pandang. Wajah redup tu simpan seribu luka. Dia juga punya kawan baik lelaki sama seperti Nia. Salah satu sebab mereka kawan baik. Cuma Amrah belum berjumpa kawan baiknya itu.

Dengan Amrah sahaja dia cakap utara pekat.

“Siapa Amr tu?”. Lupa pulak Zahari ada sekali.

“Kawan Nia. Ari tak kenal.” Betul memang dia tak kenal.

“Kawan nama apa, patut la lari tinggalkan Ari dulu. Rupanya orang ada kawan baru. Dengar macam BFF(best friends forever) sangat tu.”

Zahari seakan merajuk.

Sahih la dia ingat lelaki. Setahu dia hanya dirinya sahaja sahabat lelaki Nia. Dulu la. Ni dah bertahun juga berlalu.

“Bukan BFF tapi dia adalah SDA tau.”

Sengaja menukar suku kata.

“Apa tu SDA pulak.”

Zahari penasaran.

“SDA tu macam kita jerit atas bukit tu ingat tak?”.

Zahari berfikir.

“Sahabat Dunia Akhirat kan?”.

“Bukan Ari ja ka sahabat dunia akhirat Nia. Kenapa ada lagi seorang.”

Zahari muncung. Pelik sangat cemburu dengan sahabat. Sengaja Zahari buat-buat lupa apa itu SDA.

“Ari lelaki, Amr tu perempuan. Nia perlukan juga seseorang yang kalau ada suami nanti tak tinggal Nia.”

Niat melawak sebenarnya. Tak tahu apa Zahari fikir. Biarkan dia.

“Oh… okay, Ari ingat lelaki tadi. Sebab Nia sebut Amr kan. Nama macam lelaki.”

Zahari lega. Namun sedikit terkilan dengan jawapan akhir dari Nia tadi. Namun Zahari memilih untuk mendiamkan soal itu.

“Nama dia Amrah, memang panggil Amr.”

“Yalah jom la kita makan, kejap lagi kita pergi kebun ros, naik kereta Ari.”

Zahari mengajak Nia pergi kebun ros. Dia tahu semua. Dia tahu Nia tak akan pergi sana seorang diri. Lupa agaknya Nia dah seberani ni datang seorang diri kesini. Bukan ada rancangan nak jumpa Zahari kat sini pun.

“Okay..”

sepatah ja jawapan Nia.

Nia dan Zahari sama-sama menghabiskan makanan mereka.

Belum sempat mereka bangun sekali lagi telefon Nia berbunyi. Kali ni mak Nia yang telefon. Nia bangun dan menjauh sedikit dari Zahari.

“Assalamualaikum mak, mak sihat?”.

Nia membuka bicara.

“Mak sihat, mak nak tanya Nia ni. Nia boleh bercakap tak ni? Kalau dak satg Nia telefon mak balik.”

Suara ibunya kedengaran serius. Mak dah tahu agaknya. Mesti Ilham yang bagitahu.

“Nia ada kat luar ni, satg Nia telefon mak boleh dak mak?”.

“Jangan lupa telefon, mak nak tanya benda penting ni kat Nia.”

“Okay mak Nia janji, In shaa Allah.”

“Baik, mak tunggu. Assalamualaikum.”

Nia merenung telefon dia. Dia tahu mak dah tahu.

“Jom Nia.”

Zahari muncul menguis bahu Nia mengejutkan Nia dari lamunan.

“Okay, jom.”

Nia terasa seakan moodnya diawangan.

“Kenapalah agaknya mak suruh telefon balik kan Ari, risau pulak Nia fikir.”

Nia memandang Zahari.

“Adalah tu mak nak bincang apa-apa dengan Nia. Nanti balik terus Nia telefon mak semula”.

Ari mengingatkan Nia sekali lagi supaya Nia memandang serius apa yang mak Nia minta.

Perjalanan ke kebun rose sangat menakutkan. Laluannya gerun. Nasib baiklah Nia pergi dengan Zahari.

“Nasib baiklah Nia pi dengan Ari. Kalau dak alamatnya Nia patah balik la.”

“Yala sebab tu la Ari ajak Nia pi sekali dengan Ari. Bahaya pergi sorang-sorang.”

“Memang sangat bernasib baik.”

Mereka sama-sama tersenyum dengan jawapan Nia.

“Ari balik bila.”

“Awat? Nak ikut Ari balik ka?”

“Dak la, Nia tanya ja.”

“Rancang tu esok nak balik. Sebab nak duduk sini dua malam ja. Nia balik bila?”

“Nia balik lusa rasanya. Nak duduk sini dua malam lagi.”

“Kalau macam tu Ari balik lusa jugak la. Boleh teman Nia.”

“Teman apanya, duduk bilik bukan sekali pun.”

“Haih takkan nak duduk sekali baru boleh teman.”

“Maksud Ari boleh la Ari teman Nia kot nak p mana-mana lagi ka.”

“Ya la Nia paham. Saja ja.”

“Ari teman Nia ok?”

“Ikut Ari la, Nia tak kisah. Nia memang ambik cuti lama. Cuti hujung tahun banyak lagi.”

“Sama la Ari pun.”

“Jaga-jaga Ari bawak kereta tu tengok la depan. Cakap pakai mulut bukan pakai mata. Tertoleh-toleh.”

Zahari ni pelik, kalau bercakap mesti nak tengok muka yang bercakap tu. Dia pernah kata, kejujuran tu ada dalam mata. Jadinya kena tengok mata semasa bercakap baru tahu jujur atau tidak seseorang tu.

Nia lagi la pelik, kalau dia setuju, dia akan cakap ikutlah, Nia tak kisah. Memang jawapan tak mahu kalah. Tak mahu nampak terhegeh-hegeh.

“Dok tengok depan la ni. Sesekali kalih.”

Setengah jam perjalanan mereka akhirnya mereka sampai. Memang cantik permandangan sini. Bukan setakat bunga rose sahaja yang ada dekat sini. Macam-macam bunga ada.

“Subhanallah Ari, cantiknya kan. Nasib la Nia ikut juga Ari naik sini”.

Nia terpegun dengan kecantikan bunga-bunga.

“Haah kan cantik sangat”.

Mata Zahari memandang wajah Nia. Senyuman yang dia rindukan.

“Nia, snap gambaq Ari sat.”

“Amboi kalah orang perempuan.”

“Kenangan kan. Dengan Nia kita selfie satg na.”

“Tak mau la satg orang kata apa plak.”

“Sapa nak kata?”

“Sapa-sapa ja la. Ari tau kan?”

“Ya la Ari melawak ja.”

Setelah puas meronda, mereka bertolak turun. Nia terlena semasa perjalanan turun. Zahari tiada niat mengejutkannya. Letih agaknya.

****terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience