DAMAI 27

Romance Completed 15486

Rania, apa jenis kebodohan hang ni. Aku dah acap kali kata yang tu bukan anak aku. Anak tu anak Johari kan?”

Rania terkejut dengan kenyataan benar dari Zahari. Macam mana dia tahu? Rania tahu Zahari tidak akan membuka hakikat mereka tidak pernah bersama. Secara ringkas edah Rania habis awal. Namun tiada siapa yang tahu. Semasa dipejabat agama puas Zahari kena hentam dengan pegawai yang menguruskan mereka.

“Awat? Terkejut aku tau macam mana. Aku dah tau lama Rania. Lepas aku tau yang aku langsung tak guna dah pujuk hang. Jangan hanya tau menunding salah pada orang kalau sendiri pun memang tamak hati dan perasaan. Hang tau kan hakikat kita macam mana. Aku tau salah aku jugak jadi ni semua. Tapi tu bukan alasan hang nak bertindak macam ni.”

“Zahari, U jangan tuduh I tau, ni memang anak U.”

Selepas Johari tahu dia mengandung, langsung dia tidak dapat dihubungi. Rania buntu mahu berbuat apa.

——————————————

“Awak, saya pregnant ni. Awak janji kan nak kahwin dengan saya.”

“Pasti ka tu anak saya?”

Johari memulangkan kata-kata yang menusuk jantung Rania.

“Anak awak la anak sapa lagi. Jangan menafikan tau. Awak janji dengan saya nak kahwin dengan saya kan Johari.”

Johari meleraikan pegangan tangan Rania dari menggengam lengannya. Putus sudah nafsu yang membuak tadi.

“Saya dah ada isteri awak tahu tu kan. Macam mana kita nak kahwin. Saya tak pernah janji apa-apa pun dengan awak.”

Wahhhh jantan ni main tak pernah janji. Berani kan.

“Hari tu awak cakap nak cerai dengan dia. Macam mana awak cakap macam ni pulak. Awak janji nak kahwin dengan saya. Hari tu siap merayu supaya terima awak. Awak nak sangat tinggalkan isteri awak.”

Hilang semua sayang. Tinggal awak saya sahaja.

“Heiiii saya takkan pernah nak tinggalkan bini saya ni tau. Saya dengan dia ada anak yang sah. Anak awak tu saya tak tau betoi atau dak tu anak saya.”

“Kita buat DNA ok. Saya janji takkan pernah kacau awak dah lepas ni kalau betoi ni bukan anak awak.”

Johari bukan tidak tahu memang tu anak dia. Sebabnya semasa dia tidur dengan Rania, Rania masih dara. Berapa ramai perempuan yang dia pernah tidur, walau belum kahwin pun kebanyakkan dah ditebuk tupai. Rania ni macam bonus untuk dia.

Lepas puas sampai mengandung Rania dibuatnya, dia dibuat seperti sampah. Lepas dia tahu Rania mengandung langsung dia tidak dapat dihubungi.

———————————

“Rania, kalau hang buat macam ni kesian kat anak tu. Pikiaq la baik-baik.”

“Johari tak mengaku ni anak dia, I tak dapat call dia atau cari dia langsung.”

“Kita cari dia pelan-pelan. Jangan putus asa macam ni. Sampai culik orang ni bukan Rania yang aku kenai.”

Macam mana seorang Rania boleh bertindak sebegini. Tak pasal Nia jadi mangsa keadaan. Ugutan, penculikan kerja seorang amatur sangat.

“I memang buntu dah. U kahwin semula la dengan I. U memang tak dak apa hubungan pun kan dengan Nia. Jadi apa salahnya U jadi bapak anak I.”

“Rania, kalau aku ada ka tak dak ka hubungan dengan Nia ni memang aku tetap tak akan pernah kahwin balik dengan hang. Bukan macam ni cara dia.”

“Sampai hati U kan.”

“Rania, dengaq sini. Ini bukan soal sampai atau tidak hati tu. Tapi hang kena tau. Aku tak boleh terima.”

Empat pasang mata hanya jadi pemerhati dari tadi. Ramli juga sudah tidak tahu hala tuju duit yang bakal diterima. Nia dari tadi sejuta kali kekesalan muncul dibenaknya. Dia benci dengan rasa yang sekarang ni.

Selama ini hatinya hanya mahukan damai yang tenang. Namun selepas berjumpa dengan Zahari semula ketenangan seolah tidak mahu bersamanya.

“Ari, Nia nak cakap sikit boleh?”

“Apa dia Nia, cakaplah.”

Semua mata memandang Nia.

“Pertama, saya mintak maaf dengan awak Rania. Saya bukan orang yang merampas bahagia awak dah Zahari. Saya tak pernah sekali pun terpikiaq nak ambik dia dari awak. Macam beberapa tahun lepas pun awak mintak saya prgi dari hidup awak dengan Zahari, saya turutkan walau saya sayang hubungan persahabatan kami tu.”

Nia memandang tepat wajah Rania.

“Nia, persahabatan? Apa yang saya nampak bukan persahabatan yang ada antara awak dan Zahari. Awak cintakan dia.”

“Saya tak pernah cakap saya cintakan dia. Saya cuma bersahabat dengan dia. Benda tu tidak pernah berubah hingga hari ni. Saya tak pernah buat macam tu. Tak adil awak buat saya macam ni hanya kerana sangkaan bodoh awak tu.”

Zahari terkejut. Bodoh?

“Nia, saya kahwin dengan dia cuma sebulan. Tapi nama awak meniti dibibir dia setiap hari.”

“Jadi salah saya?”

Ilham dari tadi memerhati sahaja. Namun dia agak terkejut dengan peristiwa ni.

“Nia, boleh abang mancelah kejap”

“Abang rasa semua ni salah abang. Abang yang mintak Zahari cari Nia semula. Abang tahu Nia tak cintakan abang.”

“Nia bukan tak cinta, tapi tak penuh cinta tu. Abang lepaskan Nia macam tu ja tak pikiaq pun hati Nia.”

“Abang nak Nia bahagia. Nia cintakan Zahari kan?”

“Abang!… Mia, jom bawak aku balik. Aku tak boleh dah nak duduk sini. Aku kecewa Mia.”

Nia tidak menjawab persoalan yang keluar dari Ilham. 6 bulan yang dia sangkakan mampu jadi bahagia buat dirinya, ternyata sekadar luka buat insan lain. Dan dia sekali terpalit.

Nia semakin sakit hati. Ilham pun terlibat sama. Sampai jadi kucar kacir macam ni

“Mia mai dengan Abang Am tadi kak. Mai kunci abang. Sat lagi Mia mai ambik abang balik.”

“Tak payah, jom abang bawak Mia dengan Nia balik. Zahari, hag setelkan hal Ramli dengan Rania. Selesaikan baik-baik supaya tak jadi macam hari ni lagi. Walaupun kejadian hari ni tidak melukakan badan Nia tapi hati dia pasti tak lupa.”

Nia memandang wajah Ilham. Lelaki baik yang sangat memahami.

———————————

Nia segera memeluk ibunya. Sedih masih terasa. Kecewa marah benci semua ada.

“Pasai apa ni Mia. Awat kakak menangis.”

“Nanti mak tanya dia na. Mia bawak akak naik dulu.”

“Am, habaq kat mak, pasai apa dengan Nia.”

“Esok pagi Am mai awai rumah mak. Kita sembang esok. Ni dah malam dah ni mak.”

“Okay Am. Assalammualaikum.”

“Wasalam. Esok Am beli nasik tau mak. Tak payah masak.”

“Okay Am. Balik elok-elok. Kirim sama dengan mama tau.”

Puan Zaleha harus bersabar hingga esok. Hatinya sangat ingon tahu.

“Mia, kakak buat apa tu.”

Puan Zaleha terus bertanya setelah nampak kelibat Mia.

“Kakak baru tidoq mak, lepas mandi solat tadi terus tidoq. Mak ada nasik dak, Mia lapaq.”

Dari tadi pagi dia tak makan. Kejadian seharian yang memenatkan.

—————————————

“Rania, aku mintak maaf semua ni terjadi. Aku tak sangka hang jadi sampai macam ni.”

“Rania, awat sampai macam ni sayang.”

Papanya gunakan cara lembut. Dia tahu anaknya sedang tekanan. Puan Rohana tercengang tidak tahu mahu berbuat apa. Salah dia juga terlalu ikutkan kata hati.

“Kamu, balik dulu, esok mai jumpa saya dirumah.”

“Errr baik encik.”

Ramli dari tadi menunggu. Dia memerlukan wang. Namun dia tetap balik.

“Zahari, papa mintak maaf atas tindakkan dari Rania. Papa tahu kamu tak salah dalam hal ni. Kamu balik dulu. Biar papa selesaikan hal Rania ni.”

“Baik papa. Apa-apa nanti papa call saya ya.”

Zahari salam dengan kedua bekas ibu dan bapa mertuanya. Ada hal yang lebih besar yang harus dia selesaikan esok.

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE DUA MINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI. MAAF ATAS KELEWATAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience