Completed
15486
" Nia kena pergi dulu Ari. Nia harap Ari boleh biarkan Nia bersendirian buat masa sekarang".
Zahari terkejut namun dia memahami. Mengertilah sangat. Kejap lagi dia akan pergi kacau Nia lagi. Lama kot tak jumpa.
"Baiklah dinda, kanda mengerti".
“Lagi satu boleh tolong satu benda dak Ari?”.
“Apa tu Nia nak mintak tolong.”
“Boleh tak jangan dok kanda dinda, sayang apa semua. Sengaja kan. Lama tak jumpa tapi boleh lagi dok macam tu. Sengaja kan”. Nia bunyi juga, dia malu sebenarnya.
“Eh, mana boleh, kenapa kawan tak boleh cakap sayang kanda dinda semua tu ka? Salah?.”
“Memang la tak salah, tapi… hmmm”.
“Apa nia, bagitau la Ari, bagi faham.”
“Tak dak apa la, Nia pi dulu.”
Masam muka Nia.
“Yalah sayang, hati-hati jalan tu. Tergolek nanti.”
Main-main sungguh la Zahari bila dengan Nia.
Jawab Zahari sambil ketawa. Dia tidak mahu Nia merasa tertekan dengan apa yang mereka bincangkan tadi. Biar Nia berlalu dulu nanti baru dia ikut.
Nia berlalu pergi, hatinya ingin sekali pergi melawat kebun teh. Dia pasti akan tenang disana. Dia cuma perlu turun kebawah sahaja. Dekat dengan tempat dia duduk tadi dengan Zahari. Langkahnya perlahan menuruni tangga kebawah.
Saat Nia berjalan mengikut lereng-lereng kebun teh sekali lagi dia bertemu dengan Zahari, namun Zahari mengabaikan Nia. Dia sengaja buat-buat tidak tahu Nia ada disitu. Nia berhenti melangkah melihat gelagat Zahari yang berpura-pura tidak nampak Nia disitu. Lama Nia pandang Zahari baru dia bersuara. Tadi dia dah setuju nak biar Nia bersendirian.
"Awak ikut saya Zahari"?.
Terkeluar juga soalan dari mulut Nia. Dah dia sebut awak saya pulak. Tadi elok ja ber Ari dan ber Nia bagai. Haih la Nia masih macam dulu. Kena kalau merajuk aku kau pun dia bantai dulu.
"Eh tak la, Ari mana tahu Nia nak datang sini. Ari memang berniat dari awal nak datang sini, tak sangka sehati sejiwa kita ni Nia".
Ari masih dalam mood bergurau dengan Nia.
Zahari merenung lama muka Nia. Raut itu ingin sekali dielus. Tubuh itu ingin sekali dipeluk dan dipujuk supaya sakit dihati itu reda kembali. Namun dia tahu Nia pasti akan benci akan dirinya. Dan mereka juga tiada hubungan yang halal. Jadinya biarlah dia melihat sahaja Nia.
Sedang Zahari ralit merenung Nia, tiba-tiba Zahari terasa tubuhnya dipeluk sebelum dia mendengar Nia menjerit.
"Eh, kenapa ni Nia..kenapa? Kenapa?".
Zahari terkejut bercampur malu.
"Tu, tu, tu bawah kaki Nia tu apa dia tu, geli sangat-sangat Nia rasa".
"Dinda sayang, kanda tak boleh tengok apa dekat kaki dinda tu sebab dinda peluk kanda kuat sangat-sangat.”
Nia mengeraskan dirinya, pelukan dilepaskan namun dia masih rapat sebab dia takut.
Zahari tunduk melihat kaki Nia, lalu dia ketawa lepas.
"Tu cuma ulat gonggok saja Nia, bukan apa-apa pun. Apa lah yang nak ditakutkan".
Masih takut dia dengan ulat gonggok tu.
Demi saja mendengar ulat, Nia sekali lagi peluk Zahari kali ni hilang semua malu dia. Kalau orang tengok mereka begini pasti mereka ingat suami isteri apa la yang terpeluk kat sini.
"Buang!buang!"...
Nia benar-benar takut pada hemat Zahari. Lalu Zahari membuang ulat gonggok tersebut dan leraikan pelukan Nia. Zahari tak mahu lihat Nia takut begitu. Tak mahu terus berada dalam keadaan yang memalukan mereka berdua.
“Sorry awak saya tak sengaja, maaf sangat-sangat”.
Nia berniat mahu berlalu pergi. Malu sangat dah dengan Zahari.
Zahari ingat perkara sama pernah terjadi sewaktu mereka sedang berbual di tepi tasik berdekatan rumah Nia. Cumanya ulat gonggok tu warna hitam kuning. Nia xpeluk Zahari tapi Nia lari tinggal Zahari. Puas Zahari pusing baru jumpa Nia sedang duduk mencangkung diatas sebuah kerusi batu.
"Hei Nia sayang kenapa takut sangat ni. Ari tak sangka Nia masih takut ulat tu".
Zahari meraih lengan Nia mahu Nia bertenang.
“Dah nak dekat maghrib Nia, tempat ni pun dah tak ada orang dah. Kalau Ari tak datang entah nanti Nia sesat kat sini, silap-silap kena halau.”
Usik lagi. Ulahnya tak pernah habis dengan Nia.
“Dah la tu Nia pergi la jalan-jalan, Ari nak pergi dah ni, Ari takut duduk sini lama-lama nanti keluar ulat apa entah lagi.”
Berpura-pura nak pergi. Padahal dia mahu Nia berharap padanya.
"Nia,Nia... memang takut sangat-sangat ulat tu Ari. Nia jadi xboleh berfikir kalau nampak ulat berkaki banyak macam tu. Maafkan Nia terpegang Ari tadi".
Nia xsanggup nak sebut perkataan peluk. Kalaulah Nia tahu Zahari saat dipeluk tu sama seperti apa yang Zahari fikirkan. Tentu Nia lebih gelisah.
“Ha,ha,ha,ha,... serius Nia sebut pegang...Nia bukan pegang saja tadi...tapi Nia peluk Ari tadi, habislah Ari lepas ni tidur malam tak lena asyik teringat Nia peluk".
Sengaja Zahari mengusik Nia. Masih nak bercakap lagi. Dengan terabur cakapnya pun. Kejap awak saya, kejap Nia Ari. Pening kepala Zahari.
"Nia nak balik bilik Nia ni Ari, Nia gerak dulu, maaf sekali lagi".
Nia malu amat sangat demgan situasi tadi. Dengan takutnya. Mana ada mood dah nak teruskan langkah.
"Baiklah Dinda sayang.. Kanda pun nak pulang kebilik".
Tak jadi dia pergi, sambil jalan boleh temankan Nia pulang. Senyum Zahari masih xlepas memikirkan Nia gelisah begitu sekali sedangkan dirinya tahu Nia tak sengaja.
Bilik mereka pun dihotel yang sama. Bilik nombor berapa sahaja Zahari tak tahu. Lebih baik jangan tanya. Nanti singa marah. Ikutkan saja rentak Nia waktu macam ni. Banyak lagi masa. Paling-paling nanti Zahari buat kerja gila cari ja sendiri.
Nia berjalan dahulu didepan Zahari, takut sebenarnya. Lama-lama dengan Zahari lagi mengarut jadinya. Sejuk mula terasa, Nia cuma mengenakan baju lengan panjang biasa sahaja. Nia hampir menggigil dah kesejukan. Langkah dipercepatkan.
Zahari hanya diam saat ni, dia tidak mahu terus mengasak Nia. Bukan boleh harap nanti hilang lagi. Senyum lagi.
Zahari membiarkan Nia membuang langkahnya lebih jauh. Dia belum mahu naik lagi. Zahari duduk ditempat Nia duduk tadi. Merenung pemandangan yang sama dengan apa yang Nia tengok tadi.
Damai melihat kehijauan. Teringat kenangan dia dan Nia. Dimana salah dan dimana silap Zahari masih tidak tahu. Semasa kehadiran Rania, Zahari dapat merasakan sesuatu namun kedua mereka tidak pernah bunyi apa-apa. Kedua mereka seolah dapat menerima kehadiran sesama mereka.
Nia dapat terima Rania sebagai kekasih Zahari dan Rania dapat terima Nia sebagai kawan baik Zahari. Sesuatu itu yang masih Zahari cari.
Merenung jauh begini benar menjemput kadamaian didalam hatinya. Angin sejuk menyapa lembut wajahnya.
Zahari bangun menuju kebilik. Jiwanya gembira bertemu Nia disini, namun saat mereka bertemu kedua mereka sedang walang.
Zahari mahu mereka berdua kembali sebagai sahabat. Itu janjinya.
ORANGE BORAHAE
****Assalammualaikum terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari**** Ini adalah percubaan kali pertama saya.
Share this novel