DAMAI 10

Romance Completed 15486

Episode 10 - Siapa Lan?

IMBAS

“Lan, lama tak mai jumpa kami. Sibuk ka dengan qheja hang. Kalau perlu bantuan hang habaq kat aku ngan Nia tau.”

“Aku okay la. Sibuk sikit la sebab aku buat dua kerja la ni. Kalau ada masa aku join la hampa”.

“Lan tak qheja ka hari ni Lan?”

Nia sampai lewat sedikit dari Mazlan dan Zahari. Tugas dia beli makanan untuk mereka hari ni. Kelam kabut Nia apabila Zahari memberitahu bahawa hari ni Mazlan akan sertai mereka. Dia kena juga jumpa Mazlan hari ni.

“Dak, hari ni Lan qheja malam ja. Jumpa hampa sat petang ni jadi la.”

Suara Mazlan kedengaran lemah dipendengaran telinga Nia. Nia memandang tepat mata Zahari. Zahari angguk tanda faham apa yang Nia rasa.

“Lan, kalau Lan perlukan apa-apa, jangan tak habaq kat Nia dengan Ari tau”.

“Ish Nia ni sama dengan Zahari. Awat la yang hampa dok qhisau sangat kat Lan. Lan tau jaga diri. Jangan susah hati”.

“Aku dengaq suara hang lemah sangat Lan. Kalau penat hang berhenti la satu kerja.”

“Aku okay la. Lemah apanya. Biasa la qheja ni penat la sikit.”

Zahari risaukan sahabatnya ini. Dia lagi kerap hubungi Mazlan berbanding Nia. Kerja separuh masa ni gaji tak banyak.

“Dak aih Nia tanya ja. Mana tau nak tiru assignment ka, Nia nak bagi. Kalau Zahari mintak Nia tak bagi. Tapi kalau Lan mintak Nia bagi la”.

“Tak mau la Lan, penat-penat keja siang malam nak bagi habis juga study. Kalau meniru baik la Lan berhenti ja belajaq”.

Mereka ketawa dengan jawapan dari Mazlan. Apa yang lawak pun tak tahu.

Ya, itulah Mazlan yang Nia dan Zahari kenal. Mazlan mula rapat dengan mereka agak lewat. Namun Nia dan zahari menerima baik kehadiran Mazlan. Mereka satu kelas. Namun ada satu insiden yang buat Zahari boleh baik dengan Mazlan.

“Dak la, Nia tanya ja. Jangan la marah”.

“Hampa tau dak, Lan bersyukur ada kawan macam hampa dua orang ni. Nasib baik Allah temukan Lan dengan Zahari.”

“La.. dengan Ari ja ka. Habis tu Nia macam mana.”

“Temukan apanya, kita satu kelas. Memang dok jumpa selalu. Tapi tak dan nak tegoq. Kena jumpa kat luaq juga baru la nak tegoq.

Sengaja Nia berpura-pura merajuk.

“Sekali la, Lan kenai Zahari dulu kan. Baru Ari kenalkan Nia pulak. Apa la Nia ni”.

“Saja la Nia nak usik Lan. Eh, jom la kita makan. Hari ni Nia beli nasik pecel lele ja tau. Untuk Lan dengan Nia pecel ayam. Jom makan. Sat lagi dah Lan nak pi qheja. Sambil makan kita boleh sembang”.

“Haah, untuk kanda pulak dinda belikan apa?”

“Sama la Ari, Ari punya lele la. Adoi la saja kan”.

Sengaja dia menyebut kanda dinda depan Mazlan. Dah pesan berapa kali jangan selalu melawak macam tu terutama depan Mazlan. Nanti salah faham akan terjadi.

Mereka makan dengan gela tawa hinggakan Mazlan tidak sedar masa berlalu.

Usai makan Mazlan memberitahu untuk pergi ke kerja. Namun Nia dan Zahari menahan untuk sekejap lagi. Sedangkan Mazlan dah sangat lewat.

“Lan, duduk la duduk sat. Lama kita tak jumpa. Entah bila nak jumpa lagi nanti”.

Mazlan diam tunduk. Dia bangun dan memeluk Zahari dan mahu segera pergi. Seolah-olah dia sangat lewat. Jam menunjukkan tepat jam 6.15 petang. Saat dia memeluk dia bisikkan sesuatu ditelinga Zahari. Namun Nia tidak mendengar.

“Lan dah lewat sangat ni Nia, Zahari. Lan patut masuk qheja pukui 6 petang tadi”.

“La awat hang tak habaq Lan. Sat lagi hang jangan bawak motor laju-laju sangat. Sampai sat lagi call aku atau Nia”.

“Nia, Zahari. Aku p dulu tau”.

“Zahari, ingat pesan aku”.

“Baik-baik Lan.”

“Untuk Nia Lan tak bagi pesan ka?”

Mazlan berjalan kearah Nia. Dia menyentuh lengan baju Nia dan menyatakan kata-kata yang Nia sayu.

“Lan akan rindukan senyuman Nia. Selalu senyum tau tak kira apa pun jadi. Jangan sedih-sedih.”

“Awat Lan nak cakap macam tu. Nia ada selalu. Nanti kita jumpa lagi kan.”

Nia dan Zahari membuang pandang sehingga Mazlan hampir hilang dari pandangan. Namun ianya mengundang jeritan pada mereka berdua apabila motor yang dipandu Mazlan dilanggar sebuah lori yang melanggar lampu isyarat.

Nia memegang lengan baju Zahari. Zahari dan Nia berlari ketempat Mazlan kemalangan. Namun tiga kali Nia hampir jatuh.

“Nia, kuatkan hati Nia. Jom kita pi sana segera.”

Mereka memberikan pecutan penuh menuju ketempat Mazlan kemalangan. Namun saat sampai Nia tidak berdaya mendekati. Nia melepaskan hujung lengan baju Zahari.

“Nia tunggu sini, Ari pi sat.”

Zahari bergerak perlahan kearah Mazlan. Dia juga terduduk. Lemah kakinya. Dia bangun semula dan memegang nadi Mazlan. Airmatanya gugur.

“Lan, bangun Lan. Aku dengan Nia mai ni.”

Mazlan tersedar namun dia sangat lemah.

“Aaari, a..ku min…tak ha..lal se..mua.. Nia…mana Nia..?”

“Mengucap Lan”.

“Nia!Nia. Mai sini lekaih Nia. Lan panggil.”

Zahari mengajar Mazlan mengucap. Sempat dia mengucap dan meminta maaf pada Nia. Dia minta Nia senyum pada waktu yang sangat tidak sesuai. Namun Nia gagahkan bibirnya menguntumkan senyuman.

“Ni..a…Lan.. su..ka..tengok.. Ni..a.. se…nyum…”

Mazlan menghembuskan nafasnya yang terakhir diatas pangkuan Zahari. Nia memegang lengan Zahari. Jantungnya seakan-akan mahu pecah.

MAZLAN..

Sewaktu dalam kelas, Zahari lewat masuk kelas. Mazlan yang keseorangan waktu itu dan setiap waktu sebenarnya. Zahari masuk dan terus duduk sebelah Mazlan. Kemudian sewaktu nak balik, motor Zahari rosak. Mazlan yang tolong tolak motor Zahari dengan kaki hingga ke kedai motor. Zahari kehabisan bateri untuk memberitahu Nia tentang kelewatan dirinya. Lagi sekali Mazlan pinjamkan telefon. Dalam sehari itu Mazlan bantu tanpa banyak bicara.

Sejak itu Zahari selalu hubungi Mazlan. Ajak lepak bersama mereka. Dalam kelas pun mereka selalu duduk sekali. Entah kenapa kawan-kawan lain tak mahu rapat dengan dia.

Namun pengenalan mereka tidak lama. Beberapa bulan sahaja Allah pinjamkan Mazlan untuk mereka. Nia dan Zahari sama-sama sedih akan kehilangan.

————————————————

“Ari.. dengaq dak Nia tanya ni”.

“Dengaq, cuma teringat kat arwah. Ari ada pi kuboq dia.”

“Nia pun ada pi tapi tak selalu. Lama Nia tak sebut nama dia. Nia betoi-betoi tak boleh tahan kalau sebut. Rasa macam hati ni nak pecah.”

“Tak pa la. Kita ingat dalam ingatan kita ja. Nasib kita tiga orang sama-sama tak dak ayah. Cuma Lan tak dak sapa-sapa”.

“Nanti kita pi sama-sama kuboq dia”.

“Ya, baik nanti kita p. La ni kita nak pi makan kat mana ni.”

“Jom la Ari bawak p la mana pun, Nia okay ja.”

Malas dah nak fikir. Lama sangat dah dia ada kat sini. 3 malam dah. Sepatutnya dia balik ja hari ni.

“Nia ingat nak balik hari ni la Ari. Rasa macm tak dak apa dah kat sini”.

“Kalau nak balik sat lagi kita p check out ok?”

“Okay”.

“Kita pi beli siap-siap la apa-apa nak bawak balik sat lagi. Awat la cepat sangat ubah fikiran. Sat nak balik esok, sat nak balik hari ni”.

“Dak la, kalau kita balik hari ni, cuti lagi sambung kat rumah la”.

Zahari senyum mendengar perkataan kita yang Nia sebut tadi.

“La, awat senyum pulak. Pelik sangat aih.”

“Ari lama tak dengaq Nia selalu sebut kita tu. Rasa sedap sangat dengaq kita tu.”

“Ada ketika memang kena guna la perkataan kita tu Ari. Bukan-saja-saja guna.”

“Haaaa tu la yang Nia tak paham. Memang rasa sebutan tu kita suka dengaq. Nia mana nak paham. Nia bukan kisah.”

Mereka tiba dikedai yang semalam mereka makan bersama. Senang kata Zahari. Malas nak fikir yang betulnya. Dah tiba-tiba Nia buat keputusan nak blik hari ni pula.

Selesai makan dikedai Opah Strawberry, Nia dan Zahari membeli serba sedikit untuk dibawa pulang.

“Nia, Ari lupa nak tanya. Nia kerja kat mana sekarang.”

“Kerja kat mana-mana ja la. Lain kali Nia bagitau Ari na.”

“Amboi masih nak berahsia lagi ka?”

“Lain kali la k.”

“Ari pulak Nia tak au tanya ka keja kat mana.”

“Lain kali jugak k”.

Nia sebenarnya bukan nak berahsia sangat. Cumanya pertemuan dia dengan Zahari ini tidak dirancang. Kini seolah-olah mereka merancang bercuti bersama. Rasa tidak selesa itu terkadang hadir dalam hati Nia.

Telefon Zahari berbunyi semasa mereka hampir sampai dihotel mereka menginap. Wajah Zahari bertukar riak. Nia tidak mahu bertanya lanjut.

Zahari segera keluar dan menjawab panggilan. Nia mengambil semua barang-barang yan dibeli tadi dan naik ke bilik. Tidak terus menunggu Zahari. Zahari memandang Nia pergi dengan ekor matanya.

-ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience