 
                 Romance
Romance
                         Completed
Completed
                         15486
15486
                    Ilham & Puan Zaleha
“Assalammualaikum mak, hari ni Am singgah rumah mak ya lepas balik kerja. Mama pun ikut, Am ambik mama dulu.”
Ilham menunggu Puan Zaleha menjawab.
“Waalaikumsalam Am, ok mak tunggu Am dengan mama. Makan dekat sini la na, mak masak lebih.”
Puan Zaleha mengajak mereka makan bersama. Lama dia tidak makan sekali.
“Baik mak, kami makan dengan mak. Mak masak jangan banyak jenis.”
Ilham tak mahu Puan Zaleha susah.
“Yalah mak taula tu. Jumpa petang satg. Assalammualaikum.”
Ada senyum diwajah Puan Zaleha. Lama dia tidak jumpa Ilham dan mamanya.
“Waalaikumsalkam.”
Ilham merenung telefon ditangan. Resah hatinya mahu berhadapan dengan mak Nia.
Puan Zaleha tersenyum namun dia tahu Ilham ada benda penting yang akan disampaikan. Hatinya merasa tak sedap sudah beberapa hari. Namun dia tidak tanyakan pada Nia. Kali ni dia kena tanya juga.
Nombor Nia dicari dan segera menelefon Nia.
Usai bicara dengan Nia, Puan Zaleha termenung, harapnya Nia tu tak lama la. Kalau boleh Puan Zaleha mahu bercakap sebelum Ilham datang kerumah. Menungnya tidak lama. Dia perlu bersedia untuk memasak.
Puan Zaleha bergegas ke pasar membeli segala keperluan memasak. Dia akan masak lauk kegemaran Ilham. Hatinya sayu pada kali ini.
Waktu berlalu dan Puan Zaleha menunggu Nia yang masih belum telefon.
Masak pun dah siap dan Nia masih juga belum telefon. Ilham akan sampai bila-bila masa sahaja. Jam menunjukkan pukul 5 petang.
Loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang hadir.
“Assalammualaikum mak, Am dah sampai ni. Mak dah siap masak belum, Am lapar.”
Cakap sambil jeling pada mamanya disebelah.
“Am… hati-hati saat bertutur nanti Am tak boleh nak habaq tujuan Am yang betul.”
Mama dah bagi amaran suruh hati-hati, siap bisik lagi.
“Ya mama, Am tahu mama.”
Ilham senyum lebar pada mamanya.
“Waalaikumsalam Am.”
Sambil salam dengan Puan Ruhil dan cium pipi kiri dan kanan. Lama tak jumpa elok salam macam tu.
“Apa habaq kak, sihat ka?”
Puan Zaleha tersenyum melihat dua beranak datasngh rumahnya. Dia lama tidak menerima tetamu.
“Habaq baik, lagu orang tua la Leha.”
“Leha sihat ka?”.
“Sihat kak, jomla kita duduk dulu. Sat leha p buat ayaq satg kita makan sekali.”
“Ha jom mak, Am tolong mak.”
Ilham tak jadi duduk.
“Mama, Am pergi tolong mak sat.”
Senyum lagi. Tenang lagi wajah itu.
Mama Am angguk sahaja. Bimbang dengan jalan cerita yang dia akan bentangkan kepada Puan Zaleha.
“Mak masak apa mak, wangi sangat ni, macam bau sambai petai ja.”
Ilham buka tudung saji. Dia dah biasa makan kat rumah Puan Zaleha. Kalau Nia tak ada pun dia dah selalu datang.
Selesai membancuh air Ilham membantu mak Nia membawa minuman kledepan.
“Jom kak, kita makan. Lauk biasa-biasa ja kak saya Leha sempat masak hari ni.”
“Ha, jom jom. Lauk biasa tu la selalunya yang sedap leha.”
Senyum lagi mereka. Ilham memandang kedua wanita yang dia sayangi itu.
“Mak, sedap la mak masak. Lama Am tak makan.”
“Itu lah Am, mak pesan berkali-kali dah selalu la datang sini. Boleh makan sekali dengan mak dan Nia.”
Ilham hampir tersedak mendengar nama Nia disebut. Mamanya menghulurkan air.
“Makan la dulu Am, sat lagi baru kita sembang.”
Puan Ruhil menhyurug ASm lebih berhati-hati sebenarnya. Bukan dia tak kenal Am. Kalau gelabah begitulah jadinya.
Selesai makan mereka duduk diluar rumah. Mak Nia sediakan kopi panas dengan kek pisang.
“Makan lagi kak, sat lagi Leha bungkuih sikit kek.”
“Dok makan ni Leha, kenyang sangat dah. Akak pun lama tak makan Leha masak. Sesekali makan orang masak sedap juga.”
“Selalu pun boleh kak. Mai ja bila pun.”
Puan Ruhil diam tidak membalas. Menunggu Ilham membuka bicara.
“Am, ni Nia tau dak Am mai rumah ni. Dia tak dak rumah.”
“Am tak habaq pun kat dia. Am mai ni memang nak jumpa mak.”
“Ada benda ka Am nak habaq. Apa dia tu?”.
“Am dengan Nia dah putus tunang tau mak. Tapi mak jangan risau, Am akan selalu mai sini jumpa mak. Mak pun boleh selalu telefon Am.”
Puan Zaleha tidak nampak terkejut. Benar telahan dirinya.
“Mak paham Am. Mesti ada sebab kan banda ni jadi. Tidak tak kan saja-saja hampa nak putus. Mak tak mau tanya banyak. Am dengan Nia dah besaq, mesti tau nak buat keputusan kan.”
“Terima kasih mak, Am sayang mak. Nanti mak jangan tak telefon Am.”
“Ya.. mak tau la. Jangan risau. Am pun boleh mai sini selalu.”
“Akak pun sama la na, mai la sini selalu. Leha bukan ada sapa sangat. Kita tetap boleh jadi kawan kalaupun anak kita tak dak jodoh”.
“Ya Leha. Lega dah dapat luah apa yang dok simpan.”
“Ya kak, Leha faham kak.”
“Eh, makan la lagi kak, Am. Nanti tak tau bila la pulak kita nak jumpa.”
“Dok makan ni mak.”
Selang sejam Ilham mengajak Puan Ruhil pulang.
“Jom mak kami nak balik dah. Nanti Am mai sini lagi jumpa mak.”
“Jom mama kita balik.”
“Nah ni kek pisang dengan sambai petai tadi. Taruh la makan esok.”
“Okay mak kami balik dulu. Assalamualaikum.”
Puan Zaleha membuang pandang sehingga kereta mereka hilang dari pandangan matanya.
“Aku dah agak benda ni, tak sangka sungguh kata betoi.”
Puan Zaleha tahu kini sebab Nia cuti tergesa-gesa.
****terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari****
Share this novel
