Completed
15486
I Zahari menelefon Nia sebelum turun dari bilik. Seperti yang dijanjikan mereka berjumpa di lobi hotel sebelum berangkat.
“Nia, janji dengan Ari jangan lari lagi okay. Jangan block atau abaikan sms atau whatapp Ari”.
“Ya… Nia tahu la.”
“Janji la dulu. Ingat tau walau apa pun jadi nanti, Nia tetap kena dengaq dari mulut Ari dulu. Jangan lupa sebagai sahabat Ari sangat sayang pada Nia”.
“Ish Ari ni dah berapa kali nak suruh janji. Tahu kan bahaya la kalau main janji-janji ni. Nia tak janji semua tu tapi satu janji Nia, apa pun jadi kita ada satu hubungan yang tak akan pernah putus.”
“Kalau tak mau janji tak pa la. Ari tak paksa. Ari tau Nia tak percaya kat Ari lagi ka?”
Zahari seakan-akan merajuk dengan sikap Nia yang kejap elok dan sekejap tak elok.
“Percaya, tapi kenapa la Nia dok rasa macam Nia ni yang Ari tak percaya.”
Pulak.. Nia main macam tu pulak. Zahari pulak yang dikatakan tidak percaya. Susah sungguh menjadi sahabat Nur Nia ni.
“Percaya, jadi kira Ari akan pegang tau kepercayaan tu.”
“Yalah… jom la kita bertolak. Ari jalan dulu atau Nia jalan dulu.”
“Kita jalan sama-sama. Kereta Ari nanti Ari upah orang mai ambik. Kita balik sekali.”
Tiba-tiba dia ubah fikiran. Kalau dah niat macam tu dari tadi kenapa la tak sembang dalam kereta sahaja.
“La..pulak. Dari tadi Ari tak habaq pun nak balik sekali ka apa?”
“Ari baru tau kata boleh buat macam tu. Tadi dengaq depa sembang. Tu yang baru tukaq fikiran.”
“Hurmmm…”
“Abang, abang nak upah orang ambik kereta abang ke nanti?”
Seseorang menegur Zahari dari belakang.
“Ya betul. Kenapa adik nama siapa ni ya?”
“Eh, sory abang. Saya Ahmad. Memang saya kerja driver. Kalau abang nak saya boleh tolong abang bawak balik kereta. Jadinya abang tak perlu suruh sesiapa datang ambik nanti”
Ahmad Roslan dari tadi memerhatikan kedua sahabat itu. Dia menunggu masa sesuia untuk menegur mereka.
“Berapa upah Ahmad ya.”
“Area mana abang nak saya bawa balik?”
“Area kedah. Ahmad okay ka?”
“Okay abang kalau macam tu rm300 boleh ke?”
“Okay boleh.”
“Eh nanti sat Ari, awat la gagah sangat nak upah orang bawak turun kereta bagai. Ari ja la drive kereta sendiri tu.”
“Ish tak payah la sibuk. Ari tau la apa Ari buat”.
Dia kata Nia penyibuk pulak. Apa saja la akal si Zahari ni.
“Okay Ahmad. Boleh kita gerak sekarang ka ni.”
Zahari menghulurkan 3 keping wang 50 kepada Ahmad.
“Lagi separuh abang bagi masa sampai nanti ya.
“Okay, jom gerak sekarang.”
Nia terpinga-pinga dengan keputusan terburu-buru Zahari.
Zahari dan Nia masuk kedalam kereta Nia. Zahari memandu.
“Kalau kereta Ari dia bawak lari macam mana.”
“La.. kita sama-sama balik dengan dia. Kita follow belakang dia kan. Nak lari macam mana lagi.”
“Ha la… heran awat yang gagah sangat tak tau la. Padahal Nia boleh drive kereta ni dan Ari boleh drive kereta Ari.”
“Biaq pi la Ari nak buat macam ni untuk sahabat Ari. Salah ka?”
“Dak aih tak salah langsung.”
Nia malas dah berbahas dengan Zahari. Kalah tu selalu. Nak menang tunggu nanti. Tau la macam mana Nia ajar dia.
Semakin lama semakin diam suara Nia. Lena dah dia. Dari tadi tak habis-habis isu kenapa itu kenapa ini. Nama ja tak bantah tapi dia akan pertikai satu persatu. Nama saja dia nak diam tapi mulut yu mana reti diam. Bila diam maknanya dia tidur.
Zahari bukan tak percaya dengan Nia, namun dia memang mahu masa dengan Nia. Persahabatan mereka lama terjalin namun sampai hari ini Zahari tak pernah tahu punca Nia pergi begitu sahaja. Alasan yang dia terima pula tidak kukuh.
Mungkin Zahari tidak tahu, Nia pula berfikir lain.
Sejam berlalu Nia bangun.
“Lama dak Nia lena?”
“Lama sangat Nia oii.”
“Awat tak gerak Nia.”
“Ari tengok Nia lena pulas sangat. Tak kan nak gerak. Dari dulu sampai sekarang kalau naik kereta, tak lena tu bukan Nur Nia la nama dia.”
“Perli-perli kita pulak. Nak buat lagu mana kalau naik kereta memang ngantuk.”
“Ya la, Ari melawak ja”.
“Lapaq pulak dah.. lagu mana ni Ari.”
“Lagu mana apa tu ada roti dengan ayaq kotak. Makan yang tu dulu.”
Zahari dah masak dengan perangai Nia. Dia dah siap beli tadi masa berhenti isi minyak ketera.
“Terima kasih Zahari.”
Zahari terpana, ni sesuatu sangat. Terima kasih kedengaran lunak ditelinga dia.
“Sama-sama kasih. Kasih mu sentiasa diterima.”
Nia diam makan tanpa bicara lanjut. Namun zahari pula yang tak boleh tengok Nia diam. Dia nak tanya soalan bahaya kepada Nia. Harus bijak menyusun ayat.
“Bawak kereta tu elok-elok Ari, dok tertoleh-toleh tu dah pasai apa.”
“Hishhh dak aih bawak tengok depan la ni.”
“Tanya la apa yang Ari nak tanya. Kalau boleh jawab Nia jawab.”
Nia sangat faham saat zahari sanggup mengupah orang demi untuk berdua dengannya. Ada sebab Zahari buat begitu. Dia nak jawapan bagi sejuta persoalan.
“Nia tahu..”
“Sapa ja yang tak tau kalau sanggup tinggai kereta sendiri bagi orang bawak. Bukan Nia tak kenai Ari. Dah tanya cepat. Lima soalan ja.”
“Amboi… kena pikiaq elok-elok ni.”
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN.
Share this novel