DAMAI 18.1- Rania POV

Romance Completed 15486

Awak janji dengan saya kan yang kita akan kahwin lepas saya cerai. Jangan nanti tak jadi pulak.”

“Habis tu anak-anak awak macam mana.”

“Anak-anak nanti dengan isteri saya la, saya bagi duit bulanan macam biasa la.”

“Ish sanggup awak kan buat macam tu dengan anak-anak awak.”

“Bukan saya tinggal terus. Awak nak jaga dua-dua anak saya ka?”

“Bukan la macam tu, saya tanya ja perlu ka sampai cerai. Macam saya memang la kena cerai sebab saya perempuan. Awak rasanya tak payah kot sebab awak laki.”

“Awak tak takut ka sayang nak hidup bermadu. Perit tau bukan senang. Banyak yang awak kena sedia nak terima.”

“Saya ikhlas nak kahwin dengan awak.”.

Walaupun Johari suami orang, namun Rania sangat sayang pada dia. Namun akal fikiran dia yang waras tidak membenarkan dia mengambil suami orang.

“Awak ikhlas tapi macam mana saya nak terima awak nak ceraikan isteri awak.”

“Sayang, dengar sini, saya memang tak bahagia dengan Suraya. Dia tak buat saya bahagia sama macam awak buat.”

Rania hampir saja menerima cadangan Johari namun dia mahu kekal waras. Walau sudah jauh bahtera dia dah Johari hanyut namun dia tak sanggup.

“Awak bagi saya fikir dulu.”

“La…masih nak fikir lagi, tak kira awak setuju atau tak saya tetap akan ceraikan dia.”

“Jangan macam tu. Tolong bagi saya masa.”

Rania semakin was-was namun cintanya pada Johari sudah terlalu jauh. Hubungan mereka pun sudah jauh tersasar. Sedangkan dirinya masih dalam idah.

“Awak masa buat dosa dengan saya awak tak fikir pulak perasaan isteri saya.”

Sengaja Johari memprovok Rania.

“Itu lain, dia tak tahu. Bila kena cerai nanti terus dia tahu.”

Rania sebenarnya lebih takutkan pandangan ibu dan ayahnya. Wajah Zahari terlayar diminda. Kalau tak sebab dia semua ni tak jadi. Nia lagi sorang. Benci pada mereka berdua.

“Lama-lama dia akan tahu juga hal kita ni sayang.”

Johari memeluk Rania dari belakang. Rania bukanlah wanita yang mudah sebegini, namun kerana rindukan kasih sayang dia terjerat kembali dengan bekas kekasihnya dulu. Terlanjur jatuh suka baru dia tahu Johari sudah berkahwin.

“Janji dengan saya awak, apa-apa jadi jangan pernah tinggal saya.”

Rania menagih janji, dia terlupa lelaki adalah makhluk yang pelupa. Satu saat dirinya juga boleh berada ditempat Suraya.

“Iya, saya janji la. Jangan la risau.”

Saat sedang penuh dengan cinta begitulah jadinya. Johari berjanji dengan sepenuh hati. Terlupa pada anak-anak dan isteri.

Rania memeluk Johari.

“Tak puas lagi ke tadi sayang. Masih nak peluk-peluk lagi.”

“Ini pelukkan gembira sebab awak sudi nak sayang saya.”

Rania melepaskan pelukkan. Risau Johari mahu mengulangi dosa tadi.

“Tapi mudah pulak suami awak lepaskan awak ya.”

“Saya mintak bersungguh la. Malas nak dengar alasn bodoh dia lagi. Sebulan kahwin masih teringat lagi kan kawan baik dia tu. Gila apanya kawan baik kalau asyik teringat sampai salah nama isteri.”

“Awak tak pandai layan dia kot sayang.”

“Sentuh saya pun belum lagi tau sepanjang kahwin. Sebulan dia memang tak sentuh saya. Macam mana la saya nak layan dia lagi.”

“Bukan lelaki la dia macam tu maknanya. Sebab mana ada kucing tolak ikan.”

“Ada sayang, bekas suami saya tu la.”

“Mujur dia tak sentuh, dapat saya dara percuma.”

Johari geleng kepala sambil ketawa mendengar kisah begini. Macam mana dia boleh kahwin tapi tidak disentuh. Bodoh sungguh suami Rania.

ORANGEBORAHAE-

———> UNTUK POV MEMANG PENDEK SIKIT YA. TERIMA KASIH SUDI BACA DAN HARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI YA. MAAF JIKA ADA KELEWATAN.

Terima kasih sudi baca. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience