Completed
15486
Macam mana Leha, setuju dak? Ka nak tanay tuan badan dulu.”
“Leha setuju la kak, Mia pun kena setuju jugak benda ni.”
Nia dan Zahari hanya jadi pemerhati sahaja dari tadi. Bahagia hati melihat lelaki sebaik Ilham bakal menjadi Imam buat adiknya.
“Nia, panggil Mia turun bawah.”
“Okay mak.”
Nia naik ke atas dan terus kebilik Mia. Adiknya tunduk.
“Kakak, hang rasa betoi dak keputusan adik?”
“Pasai apa ni Mia. Apa yang tak betoi?”
“Aku tak pernah bercinta tau kak. Ni terus nak kawin ja. Dari bakal abang ipaq kepada suami.”
Bukan dia tidak faham kegusaran hati adiknya itu. Dia bimbangkan perasaan Ilham padanya dan penerimaan kakaknya ini pula bagaimana. Nia faham tu.
“Itulah nama dia jodoh. Mak pesan banyak kali dah dekat kita, jodoh mati bukan kerja kita Mia, semua tu kerja Allah. Kalau aku ni yang hang risaukan, jangan susah hati Mia aku sangat bahagia dengaq Abang Ilham yang akan jaga hang nanti.”
“Semoga semua baik-baik ja.”
“Dah jom turun, semua dok tunggu hang ja dari tadi.”
Mia langsung tidak memanggung kepala saat dia menuruni tangga. Malu semalu malunya dia. Padahal semua dia kenal dekat bawah tu.
“Ha turun pun, lama sangat kamu panggil dia Nia.”
Nia hanya senyum sahaja tidak membalas kata maknya.
“Macam mana Mia, Ilham datang bawak cincin untuk kamu. Kamu setuju tak?”
Mia masih tunduk, Ilham pun tidak kurang hebat seram sejuk tangannya.
“Mia, mak tanya ni kamu setuju dak?”
“Ikut mak la.”
“Ishhh pasai apa pulak ikut mak, yang nak kawin tu kamu kan.”
“Mia setuju kalau mak setuju.”
“Kalau mak tak setuju?”
Baru dia panggung kepala. Sedar usikkan dari ibunya membuatkan Mia tidak senang duduk.
“Kak, kiranya nanti kita tetap tarikh nikah ja la na. Kalau boleh nak bagi Nia nikah dulu. Tapi takpa la nanti kita tengok dulu macam mana.”
Zahari yang hanya menjadi pemerhati sahaja dari tadi memandang Nia. Nia tahu ada yang tidak kena namun ini bukan masa yang sesuai untuk fikirkan soal itu.
“Akak setuju ja Leha apa pun kata dia. Kalau nak akad nikah terus nanti kita buat terus saja. Kalau ikutkan sekarang ni pun depa dah jadi tunang sebab Mia dah setuju jadi isteri dia. Majlis tu cuma adat saja.”
“Betoi la tu kak. Bila mana seorang perempuan tu setuju untuk menikahi lelaki tu jadi secara tidak langsung depa jadi tunang.”
Ilham mengangguk, memang itu la maksud dia tadi. Tak mahu ada majlis untuk pertunangan. Semua sependapat yang sama. Zahari segan memikirkan mahu adakan majlis lagi sekali.
“Zahari diam ja dari tadi. Mak tak mai ka Zahari?”
“Dak mak cik, ummi tak berapa sihat. Lain kali saya bawak dia mai jumpa mak cik.”
“Yalah, nanti nak mai habaq ja na. Jom kita makan mai kak, Am Zahari.”
Nia dari tadi dah sibuk menghidang makanan. Dia tahu belum waktunya saat dia melihat Zahari hanya diam dari awal tadi.
“Nia, okay dak ni. Ayaq siap dak lagi?”
Puan Zaleha melihat anaknya itu tenggelam jauh dalam dunianya tadi. Dia tahu kegelisahan anaknya itu.
“Siap dah mak. Nia okay mak.”
Senyuman masih tak lekang dibibir.
“Jom mak kedepan. Mak pasai apa tengok Nia macam tu. Nia okaylah mak.”
“Tak dak apa aih. Bawak ayaq tu mak nak bawak cawan.”
Zahari hanya diam semasa makan. Dia terasa agak terasing semasa bersama dengan keluarga Nia. Banyak tahun yang dia hilang saat Ilham mengambil hati keluarga itu. Lalu banyak perihal yang dia sukar untuk mencelah.
“Zahari, tambah lagi makanan tu. Mak cik tengok sikit sangat makan tu. Diam ja dari tadi ni.”
“Tak dak apa mak cik, sat lagi saya tambah.”
“Jangan rasa tak selesa pulak tau. Mak cik dengan mama Ilham ni memang lama dah kenai. Nanti Zahari pun boleh biasakan diri. Kami sama-sama tak dak suami jadi selalu jumpa dan sembang.”
“Saya okay ja mak cik tak dak apa pun.”
Zahari mohon diri untuk pulang setelah selesai makan. Nia menghantarnya keluar. Dia tahu Zahari ada benda yang nak bagitahunya.
“Nia, esok ummi nak jumpa awak. Awak ok dak? Esok tak kerja lagi kan?”
Walau Zahari tahu umminya sukar untuk terima, dia harus mencuba juga untuk bawa Nia berjumpa ummi.
“Dak lagi, tapi segan la Ari.”
“Nak segan apa Nia, lambat laun kena jumpa jugak.”
“Ada sapa lagi kat rumah esok?”
“Tak dak sapa dah, ummi ja ada.”
“Esok nak Nia pi dengan mak ka sorang.”
“Mai sorang dulu okay. Lain kali baru kita ajak mak cik sekali.”
“Mesra Abang Ilham dengan keluarga Nia kan, banyak masa yang Ari hilang dengan Nia.”
“Masa yang berlalu tak guna disebut lagi Ari. Kita bina jalan baru untuk kita ok. Apa pun yang akan berlaku Nia akan pertahankan.”
Nia memberi janji, kali ini dia akan pertahankan hubungan dia dengan Zahari.
“Kanda akan cuba betulkan apa yang kita terlepas.”
Nia diam mendengar Zahari menyebut kanda. Lama dia tak dengar. Apa yang terlepas pun Nia tidak tahu. Umur la kot.
“Awat diam?”
“Tak tau nak balas apa. Nia nak masuk dah ni sat lagi mak tanya awat la anak dia tak masuk lagi.”
Zahari tahu Nia malu.
“Ok Ari pi dulu. Kita simpan kanda tu bila dah kawin ok. Ari balik dulu okay sayang. Esok Ari ambik.”
“Er.. ok. Nia masuk dulu.”
Luar biasa, lamanya dia tak rasa debaran macam ni saat Zahari sebut sayang. Getaran lebih hebat dari dulu.
“Renyih sampai tak nampak orang dah ka Nia.”
“Ish terkejut orang la. Abang Am buat apa dekat luaq ni?”
“Nak bertenang sat. Tak sangka masih gelisah walau dah kenai mak lama.”
“Biasa la tu. Nanti hilang la tu. Jom masuk dalam sat lagi depa cari.”
“Nia okay kan?”
“Mestilah, Mia nak kawin dengan lelaki sebaik ni.”
Ilham perasan Nia tidak mahu menyebut abang. Dia mengelak. Nia tidak mahu adiknya berfikir yang tidak-tidak.
“Nia masuk dulu, sat lagi Am masuk.”
Ilham pun memilih langkah yang sama, dia mulakan dahulu menyebut dirinya Am sahaja. Nia faham. Dia harus menjaga hati Mia. Harus elak perkara mengundang fitnah.
“Mak, esok Nia pi rumah Zaahri tau mak. Boleh dak?”
Pulangnya Ilham dan mamanya baru Nia sebut tentang esok.
“Nak mak ikut dak?”
“Dak kot mak. Awat Nia rasa macam tak sedap hati ja mak?”
“Tak dak benda yang mudah kat dunia ni Nia. Kalau kata lambat Zahari kawin dengan Nia, Nia okay dak kalau Mia kawin dulu?”
“Ish mak ni, Mia boleh tunggu kakak kawin dulu. Buat sekali pun takpa.”
“Nia okay la. Aku okay la adik, hang jagan risau. Kita tengok dulu esok macam mana.”
—————————————-
Semakin dekat dengan rumah Zahari semakin sesak dadanya. Last dulu dia ke rumah Zahari ada Lan sekali. Ummi dia masa tu ceria sahaja menerima baik kami.
“Assalammualaikum ummi. Ummi ingat dak Nia kawan Ari dulu?”
“Allahuakbar… akhirnya dapat jugak ummi jumpa kamu semula Nia. Seronoknya ummi dapat jumpa kamu. Sihat ka Nia?”
“Alhamdulillah sihat ummi. Ummi sihat ka?”
Zahari pelik umminya macam orang lain. Ceria yang amat sangat.
“Sihat cara orang tua la Nia. Ummi dah lama nak tanya Ari pasai Nia tapi takut dia tak selesa.”
“Tak pa la ummi ni kita dapat jumpa dah. Zahra tak balik ka ummi?”
“Ishhh tak tau nak habaq la ummi ni selalu teringat dekat Nia. Selalu doa dapat jumpa dengan Nia lagi. Zahra balik minggu depan nanti ummi cerita dengan dia jumpa dengan Nia.”
“Awat ummi tak habaq ja dekat Ari ummi nak jumpa Nia?”
“Masa tu Ari sibuk dengan Rania, sat lagi kalau ummi kata dia terasa. Ummi ni lama sangat nak Nia yang jadi menantu ummi. Tapi anak ummi pilih Rania. Masa tu ummi yakin Nia la jodoh Ari.”
Allahuakbar… itu rupanya yang umminya pendam. Kot ya suka memendam pun. Zahari emmandang Nia. Zahari tunduk mengenang khilaf diri.
“Ummi merajuk lama dengan Ari sebab Nia ka?”
“Bukan la ummi kecewa ja. Benda dah jadi kan. Lepas sebulan kawin cerai pulak mana la ummi tak sedih. Anak laki sulung ummi kot. Kenduri pun buat rmai yang mai, penat takdan habis lagi dah dengaq cerai. Bukannya perkahwinan lain tak dak dugaan tapi hampa pillih jalan mudah.”
“Dia berkeras ummi apa la Ari nak buat.”
“Hurmmm biaq pi la ummi tak mau sebut dah. Jom kita makan.”
Soal Rania culik Nia semua tu Zahari tidak pernah cerita dengan umminya. Kalau cerita entah la apa ummi dia buat.
“Amboi ummi terus berubah kan lepas jumpa Nia.”
“Ari tak tau hati orang tua ni, kalau boleh dia nak hat baik-baik ja untuk anak dia. Dari awai ummi jumpa dia ummi emmang nak sangat dia jadi anak menantu ummi.”
Nia hanya senyum sahaja, Allah permudahkan buat dirinya. Buat penat ja dia susah hati dari semalam.
“Minggu depan kita pi rumah Nia ya ummi.”
“Kalau boleh ummi nak pi esok ja. Malas nak tunggu lama-lama dah.”
“Kalut ummi ni, semalam Ari ajak pi ummi tak mau ikut.”
“Kalau habaq kata pi rumah Nia ummi awai dari Ari lagi bersiap.”
Buat penat Zahari saja bermasam muka dengan umminya berbulan-bulan.
———————————-
“Ari serius tak sangka ummi terima macam tu ja Nia. Lama mana ummi masam ja dengan Ari.”
“Kadang kita tak cuba faham dia Ari. Anak-anak ni selalu harap orang tua ja faham dia. Depa lupa orang tua kita pun sesekali ada kekecewaan dalam hidup.”
“Ya la sayang. Ari lega sangat dengaq ummi setuju. Balik ni Nia bagitau mak na pasai benda ni. Nanti hbaq bila Ari boleh mai rumah Nia. Ari kalau boleh nak buat dengan baik.”
Tangan Nia dipegang erat. Nia melepaskan genggaman dan memegang belakang tangan Zahari.
“Kita doa yang baik-baik ja ok. Kalau ada josoh tak kemana. Bersyukurlah ummi Ari memahami macam tu dia tak bising-bising pun lepas apa jadi antara Rania dengan Ari.”
“Jom Ari hantaq Nia balik, jangan lupa habaq dekat mak.”
“Ya baik boss.”
Senyum menjadi sangat mudah untuk Nia lepas dia tahu ummi Zahari menerima dia dengan baik. Lega dia tak perlu susahkan hati Mia dan ibunya.
Anak-anak ni kadang kala menyangka hanya orang tua harus mengerti hati mereka. Terlupa orang tua juga punya hati.
Share this novel