 
                 Romance
Romance
                         Completed
Completed
                         15486
15486
                    Diam lama Zahari memikirkan jawapan berlainan pada kali ini. Nia memang tak berubah. Dia cukup lemah meluahkan apa yang tersirat. Hinggakan soalan yang ditanya juga seringkali berputar-putar ulang kali.
“Nia, ingat dak dulu kita punya hubungan macam mana. Sahabat dunia akhirat tau. Setiap hari kita laungkan benda tu. Mungkin Nia tak tau tapi Ari yang bagi syarat dekat Rania yang kalau dia nak ada hubungan dengan Ari, dia kena terima Nia akan selalu jadi keutamaan jugak.”
Diam sebentar sebelum Zahari membuka mulut lagi.
“Rania setuju semua syarat dengan senyuman, jadi macam mana Ari nk tau dia tak suka bila Nia ada.”
“Patut la Rania rasa macam tu. Dari awai lagi Ari dah pesan macam tu kat dia. Adoi la”.
“Ari, nak dak sat lagi kita singgah dekat Arm sat.”
“Ha boleh ja Ari nak kenai juga sapa la yang rampas SDA Ari ni.”
“Kisah dia lagi pahit dari kisah kita ni Ari. Nia memang sayang gila deat dia. Harap sangat dia dapat balik apa yang dia hilang.”
“Yala, sat lagi kita singgah. Ni Nia lapaq dak ni.”
Sesekali mata Zahari tak lepaskan pandangan dari Ahmad yang sedang memandu keretanya itu.
“Lapaq tapi boleh tahan lagi ni. Sat lagi sampai kedah la baru makan. Ari nak makan kalau jom la berhenti dulu mana-mana RnR.”
“Errr Ari, bukan ada lagi ka soalan yang boleh tanya.”
La… dia ingat lagi. Zahari tersenyum menyangka Nia tidak berminat mahu terus bertanya. Ini bermakna Nia mahu Zahari juga terus bertanya kepadanya.
“Nia nak tanya dulu atau Ari.”
“Bagi Ari tanya Nia pulak okay.”
“Ilham tu baik tak dengan Nia, kenapa Nia tak siasat dulu punca sebenar.”
“Abang Am memang baik sangat-sangat. Nia bukan pergi semata-mata sebab dia kata dia ada orang lain. Nia kenal dia sangat-sangat. Keputusan yang dia buat selalunya muktamad.”
“Mak pun sayang sangat dekat dia. Puas Nia pikiaq jawapan. Semua Nia tak dapat gabung. Tapi last sekali Nia tau dia lepas Nia bukan sebab orang lain, tapi alasan dia tu dia ja tau. Tak mungkin Abang Am akan curang, sebab dia pernah dicurangi. Tak mungkin dia buat macam tu.”
“Ari nak Nia siasat?. Ari tau dak last sekali nanti Abang Am akan merana. Dia dah cakap Nia tak cintakan dia sepenuh hati.”
“Kalau Nia masih pergi lagi dekat dia seolah Nia menyiksa hati dia.”
“Ya Nia Ari paham, tapi kalau betoi dia cintakan Nia macam tu sekali makna kata dia dah kenal erti cinta yang betul.”
“Apa maksud Ari?”
“Maksud Ari, orang yang sanggup lepaskan seseorang yang dia cinta kerana tahu orang tu tak cintakan dia, maksudnya dia sangat ikhlas.”
“Itulah maksud Nia tu, dia memang baik sangat-sangat. Nia susah nak paksa hati Nia untuk cintakan dia sepenuh hati.”
“Okaylah Ari paham. Nia pulak tanya Ari.”
“Nia tanya ni Ari jangan slah paham ya. Nia cuma nak tahu lepas cerai dengan Rania, ada tak Ari cuba betulkan balik hubungan Ari dengan Rania. Atau Ari just biaq ja benda tu jadi.”
“Mustahil la Ari langsung tak cuba tanya dan cuba betulkan. Last sekali yang paling Ari tak sangka tu, Rania langsung tak hubungi atau bertaya kot wasap atau mesej. Ari nak buat apa lagi Nia, benda memng Rania letakkan semua salah kat pihak Ari, Ari langsung tak boleh nak betulkan lepas Rania bagi alasan nama Nia naik.”
“Itu la yang Nia maksudkan tu. Ari tak jelaskan ka kenapa Ari tersasul sebut nama Nia. Terussetuju ja bila dia intak dilepoaskan.”
“Nia patut tengok muka dia masa dia nekad tu. Langsung mata dia tak tengok Ari. Ari balik kerja terus dengar permintaan macam tu.”
“La… Nia tanya Ari tak jelaskan apa-apa ka.”
“Ari nak jelaskn apa Nia? Dia tahu berapa kali sepanjang sebulan dan sekali pun Ari tak pernah sedaq yang Ari tersasul sebut nama Nia.”
“Ari memang tak boleh nak kata apa. Puas juga Ari termenung pikiaq bila masa dan macam mana Ari boleh salah sebut. Lama kita kenai Nia, kadang-kadang bila Ari tak dak sapa nak mengadu cakap, memang Ari akan teringat dengan Nia.”
“Maaf sebab Nia sebut pasai tu, Nia cuma rasa pelik ja. Tapi apa nak pelik, Nia sendiri pun tak tanya Ilham kenapa semua. Terima ja masa Ilham minta berpisah.”
“Jadinya sekaarang kita boleh jadi SDA balik dak?”
“Kita memang SDA kan, bukan pernah sebut nak putuih sahabat ka apa.”
“Yala,yala Ari saja ja nak tanya. Sebab Nia macam tak mau habaq Nia kerja kat mana.”
“Nanti la Nia habaq. Ari ada nombor Nia kan. Apa nak takut.”
“Hmmm macam tu la macam mana pun. Ada ja jawapan.”
Dalam tidak sedar, mereka sudah masuk susur keluar sungai petani utara.
“Ari jangan lupa tau kita nak singgah kat Amr dulu. Nia janji dah dengan dia.”
“Ya la Ari ingat, kat mana kedai dia kerja Nia. Sat lagi terlepas membebel pulak kat kita.”
“Stgi Nia habaq dekat mana, baru keluaq tol ja kot.”
“Area Taman BPJ ja kedai dia.”
“Nia lupa nak tanya Ari dok mana la ni.”
“Ari dok seberang jaya la ni. Heran kan awat kita tak pernah bertembung, Ari bukan tak pernah pi area sini.”
“Pasai Ari memang tak pernah nak cari Nia kot, padahal Nia mana pindah jauh mana pun. Satu kawasan ja semua.”
“Eh…. Dia nak salahkan orang pulak dah. Itu nama dia tak dak jodoh nak jumpa. Dalam banyak tempat yang dekat-dekat last kita jumpa ka sana.”
“Itu nama dia dah sampai masa kita jumpa. Lupa ka sapa yang tentukan jodoh pertemuan.”
Nia sengaja memutar kembali tiap kata dari Zahari.
Mereka sampai di tempat Amrah bekerja. Nia ada belikan buah tangan buat Amrah dan anaknya.
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN.
Share this novel
