DAMAI 8

Romance Completed 15486

Nia hampir terlupa akan pesanan ibunya menyuruh dia menelefon kembali. Cepat-cepat Nia menelefon ibunya. Pasti ibunya sedang menunggu panggilan darinya.

“Assalammualaikum mak. Nia mintak maaf mak tadi Nia lupa nak telefon mak lepas balik”.

“Waalaikumsalam, tak pa la Nia mak paham. Nia dah makan ka ni?”

“Nia makan dah tadi mak. Mak makan dah ka?”

“Mak makan dah tadi ni dengan Am dan bakal mak mertua Nia tadi.”

Puan Zaleha sengaja mahu menduga Nia. Nia diam sebentar dibalik talian.

“Abang Ilham tak habaq apa-apa ka kat mak?”

“Habaq apa tu Nia?”

“Dak la kot la dia ada habaq apa-apa kat mak.”

“Ada apa-apa yang mak kena tau ka Nia, susah ka Nia nak habaq kat mak sendiri.”

Puan Zaleha berkata dengan nada sangat lembut.

“Tak susah mak cuma Nia takut sangat mak sedih.”

“Awat mak nak sedih. Mak dah pernah kata dah ka Nia, tiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab. Nia nak risau pasai mak tu awat.”

“Nia kena risau pasai Nia tu dulu. Nia tau kan, mak selalu percaya apa saja cakap Nia. Mak tau apa pun anak mak buat mesti ada sebab.”

“Nia mintak maaf mak. Nia takut sangat mak sedih. Dah la ayah dah tak dak, pastu Nia pulak buat mak susah hati.”

“Ish pelik sungguh sangkaan Nia ni. Mak ni kalau kata tak sedih tu bohong sangat la, sebab Ilham tu baik. Tapi mak tak boleh lawan kuasa Allah Nia, kalau mak pertikaikan sesuatu tu seolah macm mak tak terima takdir.”

“Betoi mak abang Ilham tu memang baik mak, tapi orang dah tak mau kat Nia mak, apa Nia nak buat. Nia ni kot yang tak baik.”

“Kalau sapa-sapa pun kata anak mak ni tak baik, mak tak pernah nak kisah Nia, selagi mak ni hidup cukuplah ma tau yang Nia ni baik.”

“Kalau kata sapa pun tinggai Nia, bukan sebab Nia tak baik atau Nia ni baik. Tapi sebab memang tak berjodoh dengan dia. Allah nak bagi lagi baik untuk dua orang hampa.”

“Terima kasih mak, mak selalu paham Nia dengan adik. Lupa pulak, mak habaq dak lagi dekat adik kata Nia dah putuih tunang.”

“Tak habaq pun lagi, mak tunggu Nia habaq dulu kat mak. Tapinya tadi Ilham yang mai habaq. Mak kata dah kat dia, hubungan dia dengan mak macam biasa walau apa pun jadi. Mak sayang dia sebagai anak mak.”

“Ya mak Nia paham.”

“Nanti kalau kata Nia berasa tak selesa ka apa ka, mak tak mau dengaq Nia pertikai lagi psai benda ni. Pasai mak dah habaq keadaan akan sama. Walaupun Nia dan Ilham dah kahwin dengan orang lain nanti.”

“Nia paham kan maksud mak.”

“Nia paham mak, Nia tau mak sayang abang Ilham.”

“Baguih la macam tu Nia.”

“Nia okay dak ni. Bila nak balik mai?”

“Lusa Nia balik. Mak nak pesan stroberi dak.”

Sempat Nia bertanyakan pada ibunya jika ingin memesan apa-apa.

“Beli serba sikit jadi la.”

“Nia okay kan Nia, mak tak mau Nia kecewa kat sana sorang-sorang. Kalau Nia rasa tak ok Nia balik mai sini. Mak ada sini.”

“Ya mak, Nia tau mak. Mak jangan susah hati, Nia okay ja kat sini. Nia balik lusa pagi na mak. Doakan Nia tau mak.”

“Mak selalu doakan anak-anak mak. Jangan lupa habaq dekat adik. Dia minggu periksa la ni. Jangan habaq apa lagi.”

“Yala mak, sebab tu Nia tak habaq lagi dekat dia. Nanti Nia habaq kat dia.”

“Okay la mak, nanti masa nak turun dari sini Nia beli yang mak pesan tu sekali.”

“Okay Nia mak nak p sembahyang isyak sat.”

“Baik mak, nanti nak balik Nia telefon mak lain.”

“Assalammualaikum Nia, jaga diri baik-baik Nia. Ingat hidup ni bukan milik kita. Tapi milik yang mencipta kita.”

“Ya mak Nia ingat tu. Waalaikumsalam.”

Nia menaip sesuatu pada pesanan teksnya. Kemudian menekan butang hantar.

-“Assalammualaikum abang Am, terima kasih dah tolong habaq dekat mak pasai kita.”- NIA

-“Waalaikumsalam, ya sayang abang dah bagitahu mak tadi petang. Abang tau Nia tak habaq kat mak lagi.”- ILHAM

-“Maaf Nia, abang terlupa.”- ILHAM

-“Tak pa nia paham.”-NIA

-“Okay, take care.” - ILHAM

-“:)”-NIA

Ilham selalu macam tu. Dia selalu buat perkara yang Nia tak mampu nak buat. Tapi kenapa Ilham masih tinggalkan Nia.

———————————-

ILHAM POV

Ilham terkejut menerima pesanan whatapps daripada Nia. Dia senyum menerima namun dia akur dengan keputusan sendiri. Semuanya demi diri Nia dan dia juga.

Ilham selalu tahu Nia tak mampu buat benda macam tu. Berterus terang memang bukan kepakaran dirinya.

Sebab itu Ilham yng bagitahu pada mak Nia. Dalam pada begitu pun Ilham masih fikirkan Nia.

Cintanya masih kuat, namun dia tidak mahu terus biar Nia berusaha untuk menunjukkan bahawa dia cintakan Ilham. Biar dia sendiri yang menokhtahkan hubungan mereka.

Kalau diikutka yang lebih sakit adalah dirinya, Nia jika meraa sakit pun mungkin sekejap sahaja. Baru tiga hari berlalu dan Nia sudah boleh menghubunginya semula.

Ilham merenung telefonnya, dalam riang dia masih merasa sakit didadanya. Namun dia masih bersyukur kerana Nia yang menghubunginya terlebih dahulu.

Namun jauh disudut hatinya, dia lega kerana Nia sudah tidak marah dengannya. Cepat marah itu pergi.

“Tiada apa yang lebih baik dari melihat Nia bahagia”

Ilham meluahkan rasa hatinya. Dia memang mahu melihat Nia bahagia.

****terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience