DAMAI 30

Romance Completed 15486

Lama Mia bertagak mahu bertanya atau tidak tentang perkara yang Ilham tanyakan pada dia.

“Mak, Mia nak tanya sikit boleh dak?”

“Boleh Mia apa dia tu?”

“Kalau kata Mia kawin dalam masa terdekat ni mak bagi dak.”

Puan Zaleha memandang wajah Mia. Dia tersenyum.

“Mak awat mak senyum pulak, orang cakap betoi ni.”

“Boleh la sayang awat pulak tak boleh. Dah ada calon ka? Sepanjang Mia habis belajaq ni mak tak pernah dengaq Mia sebut pasai boyfren ka kawan lelaki ka kan. Ni tiba-tiba nak kawin terus. Biaq betoi.”

“Ada orang ajak Mia kawin. Tapi Mia kata nak pikiaq dulu. Apa pendapat mak? Tapi dia tua sikit ja dari Mia. Ok kan mak?”

“Mak kenai dak orang tu Mia? Tua banyak ka Mia?”

Puan Zaleha masih senyum. Dia tahu siapa gerangan lelaki bertuah itu. Kalau benarlah hematnya.

“Ermmm… Tua dalam beberapa tahun ja mak.”

Mia gelisah, jantung seakan mahu keluar dari rongga tubuhnya.

“Ohhhh…hmmm ok. Panggil la dia mai jumpa mak.”

“Mak bagi ka dak ni? Mak tak mau tau ka sapa dia lelaki tu mak.”

“Panggil la dia mai dulu. Panggil mama dia sekali. Mai sembang-sembang ja dulu pun tak pa dah. Nanti lepas kakak balik baru kita pikiaq nak buat tunang ka apa ka.”

“Mak betoi ka tak mau tanya sapa dia mak..”

“Mak percayakan anak mak. Mia sepanjang hidup mak tak pernah dengaq bercinta dengan sapa pun. Tentu pilihan kali ni sukar ditolak. Sebab tu Mia pilih dia.”

“Mia tak pilih… Mia nak mak tentukan nanti.”

Hatinya tenang mengenangkan lelaki sebaik Ilham akan menjadi menantunya. Selalu doanya semoga anak muda itu. Harapnya tidak salah anggapannya. Mia memandang pelik ibunya.

“Mia menghantar pesanan ringkas pada Ilham atas persetujuan ibunya.”

—————————-

“Mama, Am nak kawin boleh ma.”

Terkejut dengan kata-kata anaknya. Dia rasa bagaikan mimpi. Dicubitnya tangan dia dan pipi. Beberapa bulan dia tak dengar langsung Ilham sebut tentang sesiapa lepas putus dengan Nia.

“Am, cuba cubit mama tengok sekali. Macam mama masih mimpi.”

“La pasai apa ni mama. Betul-betul la ni.”

“Ermmm boleh mama tahu sapa dak?”

“Nanti Am bawak dia jumpa mama ok. Kita pergi rumah dia terus.”

“Serius la maksudnya ni. Nak kena sediakan cincin tak?”

Puan Ruhil dah terlebih teruja mendengar perkabaran baik. Namun dalam hatinya sedikitralat kerana tidak dapat jadikan Nia menantu dia. Namun dia percayakan pilihan Ilham. Walau siapa pun dia akan terima.

—————————-

Teringat pesan Razlan, luah sahaja rasa hati. Semua orang salahkan dia.

“Nia, boleh kanda duduk.”

Nia tergamam, kat sini pun dia tahu aku ada. Pasang gps ka apa dalam fon aku ni. Kanda bagai sengaja nak mengumpan aku. Kekok mendengar kata-kata silam diungkit lagi.

“Kat sini pun Ari boleh cari Nia kan?”

“Mana Nia pi Ari akan cari Nia sampai dapat. Naluri ni tak pernah salah.”

Habis tu awat yang selama ni aku tak pernah jumpa pun hang Zahari oiii. Geram hanya disimpan dalam hati.

“Makna kata sepanjang berapa tahun kita tak jumpa tu Ari sengaja tak cari Nia ka lagu mana.”

“Ari tak mau sebut lagi pasai tu boleh kan Dinda sayang. Ari ada benda nak habaq ni.”

Debaran mendengar dinda dan sayang masih kukuh dihati Nia. Masih sama dengan beberapa tahun dulu.

“Rania macam mana. Dia ok ka?”

Mengubah persoalan yang Nia takut perkhabaran yang tidak baik. Terkeluaq nama Rania lagi. Entah-entah dia nak kawin dengan Rania balik tak?

“Ari mai bukan nak cakap soal tu, kita ketepikan dulu pasai benda tu. Sekarang Ari nak cakap Nia tolong dengaq.”

Berjaya menolak sangkaan dia tadi setelah Zahari menyatakan tidak mahu timbulkan soal tu.

“Ya baik-baik. Cakap la apa Nia nak dengaq.”

“Tapi janji apa yang Ari nak cakap ni takkan putuskan hubungan kita.”

“Ya baik.”

Dia tahu Nia tidak suka berjanji. Dia akur hanya dengan memegang kata-kata itu. Sekali lagi Nia berfikir yang Zahari mahu berkawin dengan seseorang.

“Sat,sat. Jangan kata Ari nak habaq yang Ari nak kawin.”

Zahari memintas Nia. Tidak mahu terus berada dalam tanda tanya. Dia memilih berterus terang.

“Ari cintakan Nia. Ari nak kawin dengan Nia. Ari rasa Ari memang tak boleh lepaskan Nia. Okayyy… tak dak nak kawin dengan orang lain melainkan Nia.”

Nia tunduk tersenyum. Akhirnya… kata-kata yang dah lama dia nak dengar. Dari zaman belajar lagi.

“Awat Nia tunduk, janji tau kalau Nia tolak pun kita tetap kawan. Boleh Ari dapatkan jawapan dari Nia hari ni dak. Pandang Ari sini Nia..”

Nia memandang wajah Zahari dengan mata bergenang dan senyuman diwajah.

“Lama sungguh Nia tunggu ungkapan tu. Nia ingat ayat keramat tu hanya akan tertanam dalam hati Nia. Nia ingat tadi Ari nak habaq yang Ari nak kahwin lagi.”

Zahari cuba memahami raut wajah Nia. Dia tunggu selama ni? Apa la yang buat dia fikir Zahari nak kahwin sekali lagi. Seolah Zahari sudah menjadi suaminya.

“Maksud Nia?”

“Maksud Nia…Nia dah lama cintakan Ari, hinggakan Nia kecewakan hati manusia sebaik Ilham. Dia lepaskan Nia demi hati Nia. Nia ingat Nia akan kecewakan dia lagi.”

“Nia cintakan Ari sejak bila.”

Sangkaan dia selama ini salah sama sekali. Nia juga cintakan dia? Bodohnya hang ni Zahari oi… Selama ni dia sangkakan Nia sukakan dia sebagai kawan yang paling rapat. Dia juga sukakan Nia lama dulu. Namun akibat takut putus sahabat dia tidak pernah luahkan rasa hati.

“Sejak Ari habaq pasai hubungan Ari dengan Rania. Nia sedaya upaya nak jauhkan diri tapi susah sampai la Rania sendiri yang mintak Nia jauhkan diri.”

makna kata Zahari lagi awai sukakan Nia. Dia sebelah Rania muncul lagi.

“Ari tak tau nak cakap apa. Nia nak kawin dengan Ari dak?”

Nia senyum… tapi diam tidak membalas kata-kata.

“Kena tanya mak dulu. Nanti Nia habaq.”

Padahal dalam hati dah berbunga-bunga. Macam nak lompat bintang ja rasanya. Jawapanya sudah semestinya yes yes dan yesssss….

“Betoi la cakap Razlan. Ari yang kena luah dulu. Awatla Ari ni bodo sangat. Kalau tau…”

“Jangan berkalau-kalau Ari, benda yang jadi ada hikmahnya. Jangan berkalau-kalau macam orang tak dak pegangan.”

“Ya ya…maaf ya sayang. Kanda terlupa…”

“Amboiiiii aku dengaq sampai dah berkanda sayang bagai. Jangan tak jemput aku pulak nanti. Dah jom aku belanja cendoi ngan laksa sempena senyuman diwajah hampa dua orang.”

Razlan sempat mendengar usikkan Zahari tadi. Dah boleh luah la tu. Tunggu bukan main lama baru nak luah. Apa dia pikiaq pun tak tau la.

“Weiii mana boleh curi-curi dengaq. Terima kasih kat hang la Raz. Kalau tak kerana ayat hang dengan Ilham tu aku mmang dok nganga lagi la.”

“Ayat apa la yang depa bagi sampai Ari yang slow ni baru faham.”

“Ayat besa-besa ja Nia. Budak tadika pun paham lagi cepat dari dia.”

“Jangan nak mengena aku pulak na. Dah jom kita pi kedai hang makan apa dulu. Kami nak kena balik dah ni. Aku dah tak sabaq dah nak nikah dengan Nia.”

“Hang jangan gelojoh sangat na, pi tanya mak dia dulu setuju ka dak. Kalau takat Nia pun tak jawab ya terang-terang lagi jangan nak berangan.”

Zahari menggaru kepalanya. Betul la apa kata Razlan tu.

Terima kasih sudi baca dan komen. Percubaan pertama saya ni harapnya dapat diterima baik oleh semua. Novel ni akan dinokhtah tak lama lagi. Doakan saya dapat akhiri novel pertama ni dengan baik…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience