Completed
15486
Puan Zaleha memandang kedua anaknya yang ketawa sambil membawa juadah kedepan. Bukan main seronok lagi. Masa hari Nia pergi Cameron tu, dia tak bagitahu apa pun, hanya beritahu melalui telefon ja.
“Amboiiii, sakan hampa sembang sampai gelak-gelak.”
“Tak dak apa pun mak, sembang biasa ja.”
Nia menuang teah dan memotong kek untuk ibunya.
“Nia, mak nak tanya ni, Nia okay kan. Mak tengok dah ceria ja ni.”
“Nia okay ja mak, mak nak tanya apa tanya la. Jangan risau okay.”
Mia semakin risau mendengar.
“Ish..seriau aih dengaq sampai kena tanya okay ka dak bagai.”
“Mia, dengaq dulu jangan menyampuk.”
“Okay, baik mak.”
Mia tersenyih mendengar teguran dari maknya. Memang sejenis tak sabar spesies dia.
“Nia, mak nak tanya, macam mana boleh putuih. Nak ikutkan mak tak mau tanya, paxsai dah janji dengan Am.”
Mia kalut nak buka mulut tapi dia memilih mendengar terlebih dahulu. Nanti kena cubit dengan mak dia lagi haru. Putus? Celah mana.
“Abang Am yang mintak mak, dia kata Nia tak cintakan dia mak. Lepas tu yang paling Nia tak percaya dia mengaku ja bila Nia tuduh dia ada orang lain.
Abang Am tu mak kalau kata dia ada orang lain, Nia memang susah nak percaya. Dia buakn jenis macam tu. Tapi dia memilih untuk beralasan lagu tu. Dia sanggup biaq Nia tuduh dia macam tu.
Nia nak kata apa mak bila dia sampai rela Nia sangka dia ada orang lain. Masa mula tu Nia rasa diri ni macam bodoh sangat. Sampai la masa kat Cameron tu baru Nia pikiaq.”
“Nia memang tak cintakan dia ka?”
“Nia bukan tak cinta mak, cuma cinta Nia tak penuh. Sejak arwah ayah dengan abang tak dak, Nia memang tak boleh nak sayang kat seseorang macam tu ja. Nia dah habaq dah dekat Abang Am, dia faham. Tapi entah lah.
“Nia pasti ka sebab tu Nia jadi macam tu. Bukan sebab Zahari tinggai Nia dulu.”
Nia terkedu sebentar saat nama Zahari disebut, juara la mak Nia ni bab-bab macam tu memang handal.
Mia memegang tangan kakaknya saat arwah ayah dan abangnya menjadi sebutan.
“Banyak mak sebab kalau Nia nak rungkai. Arwah Lan lagi. Nia takut mak. Kalau Abang Am nanti tinggai Nia juga. Tengok-tengok dia memang tinggai Nia mak.”
Airmata Nia bergenang saat teringat kehilangan yang terjadi dalam hidupnya. Sedikit sahaja ujian dia. Namun hatinya tetap terasa perit.
“Ya Allah kak, awat hang tak habaq kat adik hang putuih dengan Abang Am. Dia mesej adik macam biasa ja. Langsung adik tak terpikiaq.”
“Bukan tak mau habaq kat hang adik, aku tak mau kacau hang. Hang dah la sem last dah. Bukan hang tak kenai Ilham tu adik, dia memang macam tu.”
“Kalau hang luah kat adik, adik boleh ja dengaq,”
“Tak pa aih, ni hang tau dah kan.”
“Mak tak tau nak kata lagu mana. Mak nak tanya banyak kat llham tu pun macam dikata la, dia tu baguih amat-amat. Dia call juga walau dah jadi macam tu pun.”
“Dia tau Nia susah nak habaq kat mak. Sebab tu dia yang mai habaq sendiri.”
“Bodoh kan Nia ni mak, orang punya la baik macam tu tapi tak boleh buat Nia jatuh hati sepenuh jiwa. Kesian dia mak, jahat kan Nia ni mak.”
Dari menyalahkan Ilham langsung dia menyalahkan dirinya.
“Awat nak kata jahat macam tu, Nia tau kan jodoh, ajal semua sapa yang berkuasa. Kita ni hamba dia patut belajaq redha, sangka baik dengan Dia.”
“Nia tau mak, tapi nak buat lagu mana mak, Nia memang tak boleh nak paksa dia. Nia nekad masa setuju nak kahwin tu, Nia janji dengan diri Nia yang memang nak cintakan dia sepenuh hati. Tapi belum pun Nia ni mula, dia dah ada rancangan dia sendiri.”
“Kak, mungkin memang hang tak dak jodoh dengan dia. Sebab tu jadi macam ni.”
“Memang la adik, tapi setiap sesuatu berlaku pasti ada sebab dia.”
“Mak rasa Nia salah dak mak.”
“Tujuan mak tanya Nia bukan nak salahkan sapa-sapa. Dengan Am pun mak tak marah. Mak percaya Am mesti dah puas pikiaq baru dia berani buat keputusan macam tu. Nia pun tak salah. Nia pun tak salah. Am ada sebab dia mak pasti.”
“Tak pa la Nia. Benda dah jadi. Nanti mak nak jemput Ilham dengan mama dia mai sini. Nia okay kan?”
“Nia okay mak, boleh bincang baik-baik nanti.”
“Nasib baik la kad belum bagi kat sapa-sapa lagi.”
“Kalau dah bagi pun mak kita habaq ja la tak jadi. Nia tak pa mak, benda macam ni Nia tak segan.”
“Kak, kalau hang tak berjodoh dengan Abang Am tak pa adik ada.”
Sempat dia melawak macam tu Mia ni. Mereka sama-sama ketawa. Mia tak tak rasa benda tu lawak. Mana tahu kan, jodoh kan rahsia Tuhan.
“Boleh aih Mia. Mak tak kisah. Tak dak pantang larang.”
Mia tak menjawab, namun terus makan buah dan kek yang Nia beli di Cameron.
“Err, mak. Mak ingat lagi Zahari kan sebab tadi mak sebut.”
“Ha awat dengan dia. Nia jumpa dia ka.”
“Jumpa mak, jumpa kat Cameron.”
“Uish biaq betoi kak, dalam banyak tempat hang jumpa dia kat sana.”
“Tula yang aku heran sangat-sangat. Bukan hari lain tau, hari yang aku sampai tu terus jumpa. Lain kali la kita cerita pasai dia.”
“Hang dah sebut kan kak, boleh pulak nak tunggu-tunggu. Tak lena tidoq la adik.”
“Alah, esok-esok aku cerita la. Sabaq la sat.”
Mia memang begitu sikap dia. Kurang sabar. Dengan Zahari dia hanya mendengar cerita dari mulut Nia. Jumpa mungkin sekali dua ja. Kalau Ilham lain, memang selalu dengan Mia.
“Lain kali nak cerita jangan dok hampa dua orang saja. Tunggu mak sama.”
Ehhhh… mak ni sempat lagi. Harus la dengan mak sekali. Kalau dak kena cerita dua kali. Jadi tiga kali sekali dengan dekat Amrah.
“Mak, lupa nak habaq Amrah kirim salam. Tadi Nia singgah kat dia.”
“Waalaikumsalam. Sihat ka dia Nia. Nanti kita pi kat dia.”
“Mia nak ikut juga, jangan mak ja.”
“Kalut ja hang kan. Nanti kita pi. Dia sihat mak. Ceria macam biasa.”
Bukan soalan yang banyak, namun memang begitu lumrah sikap Puan Zaleha, jika kaitan dengan hati anak-anak. Dia memang nak tahu teperinci rasa dalam hati tu. Ada rasa lega didalam hati dia.
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. SAYA SANGAT SUKA TIPIKAL LOVE STORY. MAAF ATAS KEKURANGAN…
SARANGHAE
Share this novel