DAMAI 22

Romance Completed 15486

Jadi x kita jmp - Zahari

Nia hampir terlupa akan janjinya dengan Zahari.

‘Jadi, nia tggu dkt bwh pkl 5’. - Dinda

‘Share location nnt’- Zahari

Zahari masih menyimpan nama Nia sebagai dinda.

Nia tahu Zahari masih belum puas mengorek semua punca. Nia kalau boleh tak mahu lagi kisah diungkit-ungkit. Lemah rasanya. Seolah-olah kisah itu tidak pernah dilupakan. Asyik-asyik soalan yang sama yang akan ditanya.

“Assalammualaikum cik Nia kan ni?”

“Ya saya, awak sapa ya?”

Seseorang menyapa Nia sewaktu Nia sedang menunggu Zahari di bawah.

“Saya cuma nak bagi barang ni ja. Nanti bila cik Nia jumpa degan kawan cik Nia baru bukak ya.”

“Ermmm ok.”

Nia pelik sangat-sangat. Macam mana pulak seseorang tu tahu mereka mahu berjumpa. Bagi barang bagai.

“Nia, Nia. Apa yang menung dari tadi Ari panggil.”

“Sory-sory Nia tak perasan. Kejap Nia lipat basikal.”

“Tak payah, sini Ari lipat. Nia pergi masuk kereka.”

Nia masih tertoleh-toleh mencari siapa gerangan yang bagi barang.

“Nia, dok tertoleh-toleh apa. Tu barang apa Nia pegang tu.”

“Tak tahu la barang apa. Tadi tiba-tiba ada seorang budak lelaki tu bagi pada Nia. Suruh pulak bukak masa jumpa dengan kawan Nia.”

“Macam mana dia tau Nia nak jumpa kawan pulak ni.”

“Itu yang Nia nak tanya Ari. Macam mana dia tau kita nak jumpa.”

“La… Ari tak dak habaq kat sapa pun yang kita nak jumpa.”

Nia masih berfikir.

“Jom la kita makan dulu. Atau Nia nak bukak dulu barang ni.”

“Bukak dulu la, Nia dah tak tenang pikiaq apa kandungan barang ni.”

“Kalau macam tu jom kita duduk kat taman depan tu dulu.”

“Ok jom.”

Perlahan Nia membuka bungkusan barang tadi. Zahari juga seolah tidak sabar. Semakin dibuka semakin berbau benda tersebut.

“Apa ni Ari. Gila apa ni. Benda apa ni Ya Allah.”

Seekor tikus mati dalam bekas tersebut. Bau sangat tidak menyenangkan. Nia membuka pula kandungan surat.

‘Kamu berdua boleh terus tersenyum. Jangan mimpi nak bahagia. Selagi aku masih hidup.’

Surat tersebut berbaur ugutan kepada dia dan Zahari. Insan ini kenal mereka berdua serta tahu dimana nak mencari Nia.

“Apa ni Ari. Kenapa orang ni hantar benda macam ni dekat kita. Nia tak paham.”

Zahari merenyuk surat dan segera membuang tikus mati tersebut.

“Ari pun tahu Nia. Jom kita pergi makan dulu.”

“Macam mana nak lalu makan lepas tengok benda lagu tu. Jom la kita balik ja Ari.”

“La… Ari belum sempat sembang lagi dengan Nia.”

“Nak sembang macam mana lagi dengan macam tu.”

Nada Nia naik satu oktaf. Dia seolah tak boleh berfoikir dengan baik saat ini.

“Dinda, kita makan dulu ok. Jangan marah macam tu. Kalau Nia tak mau makan pun kita minum ja k.”

Airmata Nia seakan mahu terkeluar saat ni. Mood Nia dah melayang jauh. Kalau ikutkan hati dia sangat rindukan Zahari. Namun kejadian begini buat dia teringat masa lalu. Kenapa bila dengan Zahari perkara begini berlaku.

“Ari, Nia nak cakap sikit. Boleh kita jalan duduk dekat kerusi sana tu. Jauh sikit dari orang.”

“Boleh Nia. Tapi sebelum tu Nia tunggu sini sat.”

Zahari terus berlalu pergi, Nia tahu Zahari mahu membeli makanan. Selang beberapa minit Zahari datang dengan rojak, karipap, nasi lemak dan air.

“Banyaknya Ari beli, lapaq ka?”

“Ari tak sempat makan dari pagi tadi.”

Hari ni Zahari baru mula bekerja kembali setelah seminggu bercuti. Jadinya banyak kertas kerja dia kena tengok. Ikukan dia kena balik lewat hari ni. Mengenangkan janjinya dengan Nia, dia pulng awal.

“Okay kita makan dulu. Nia teman ok.”

“Makan sekali Ari tak kira. Kejap lagi sambil makan kita bincang pasai tadi. Nia kalau tidak nanti dok pikiaq pasai tu ja.”

“Iya, Nia makan sekali”

Zahari mahu bincangkan soal lain dengan Nia sebenarnya. Entah macam mana mahu mulakan semua ni. Macam mana boleh jdi bercelaru sebegini rupa. Zahari memesan makanan untuk kedau mereka. Dia tahu apa Nia suka. Semua dalam poket.

“Kalau Ari nak tanya satu benda dengan Nia boleh dak?”

“Sebelum tu kan Ari, Nia nak tanya satu benda boleh dak Ari tolong jawab dngan jujur.”

“Ya tanya ja la apa pun ari akan jawab semua. Kalau oleh nak lerai habis semua. Ni berapa kali dah kita dok sebut nak lerai rupanya banyak yang belum lerai.”

“Rania dengan Ari hubungan macam mana sekarang ni. Masih berhubung ka atau maca mana.”

“Semalam last Ari call dia nak tanya passai satu benda yang ada kaitan dengan Nia.” Sebelum u memang tak contact langsung sepanjang bercerai.”

“Sebab kan ada benda yang Nia tak habaq dekat Ari. Kan dulu Nia pernah kena kacau macam ni juga. Kena ugut sebijik macam ni. Dan yang pasti Nia tau sapa yang buat masa tu.”

Zahri dah mula tida senang duduk dah.

“Kita lapoq pada polis la Nia, nak tunggu apa lagi.”

“Cerita dia macam mana orang yang sama ni boleh tau kita nak jumpa. Sekali pakej dengan tau ofis Nia. Ari tak pelik ka.”

“Nak pelik macam mana, Nia nak kata Ari habaq dekat dia ka lagu mana. Masalah dia sapa dia orang tu.”

“Bak sini fon Ari Nia nak tengok.”

Tanpa berfikir Zahari terus memberikan telefon pada Nia. Nia memeriksa applikasi whatapp dan ternyata apa yang difikirkan benar terjadi.

“Ada orang buat whatapp web dekat fon Ari. Maksudnya apa kita mesej kat sini semua dia tau melainkan call.”

“Ari tak perasan apa-apa pun. Masa mana dia buat?”

“Kalau lah Nia tau. Sepatutnya masa dia guna app tu akan keluaq dekat Ari punya fon. Tapi dah Ari tak alert memang tak tau la kalau ada orang buat macam tu.”

Zahari berfikir lama. Rasa dikhianati pulak. Whatapp dia adalah privasi dia. Kenapa ada yang gamak buat macam tu.

“Nia, sat lagi kita singgah bukit kita tu nak dak. Ari tak boleh nak pikiaq la. Jom la makan cepat lepas tu kita belah la dari sini. Rasa sesak sangat.”

“Ari rasa Ari tau dak sapa.”

Kalau fikir lagi Zahari rasa nak menjerit sebab tu la dia nak ke bukit tu.

Ha, yang Nia kata tadi yang ugut Nia tu sapa dia.”

“Rania pernah hantaq macam ni dekat Nia. Masa tu dia bersungguh nakkan Ari.”

“La…pasai apa bend lagu tu pun Nia tak habaq kat Ari. Kiranya ni dah dua kali la kan. Pening la dia tu.”

“Dah la Ari relaks dulu. Jom kita gerak. Solat maghrib dulu la na.”

“Ha jom. Sat lagi Nia kena cerita semua apa yang jadi. Jangan nak selindung apa-apa dah dari Ari.”

“Ha…Nia janji la dengan Ari. Jom solat dulu baru kita sembang.”

Zahari dah bengang tahap apa pun tak tau la. Berani kalau Nia tak jawab sat lagi jenuh la. Lebih baik dia bagi ja kerjasama dengan Zahari. Benda ni pun dah tersimpul lama, biar la terlerai kali ini.

Usai solat mereka segera menuju kekereta untuk ke bukit mereka.

“Sekarang Nia cerita semua sekali apa jadi masa Nia hilang terus dari Ari. Apa punca?”

“Masa Rania nak sangat dekat Ari tu, dia mai jumpa Nia. Habaq suruh jauhkan diri dari Ai. Tapi Nia tak jauhkan sangat. Dok jumpa jugak sekali. Lepas tu Ari pun selalu bawak Rania sekali jadi Nia macam faham yang Ari dengan dia memang ada sesuatu. Lagi kuat sangkaan Nia tu bila Rania bagitahu yang Ari dah lamar dia jadi kekasih. Masa tu Ari tak habaq apa pun dekat Nia.”

“Okay, teruskan..”

“Lepastu Nia masih jumpa Ari kan, sebab dah besa. Mana boleh tak jumpa. Masa tu Rania selalu mai ugut Nia. Lama-lama Nia paham la yang dia memang nak sangat Nia ni tak dak dari Ari. Kawin Ari pun dia tak bagi pi, tapi Nia pi juga sebab nak sangat tengok Ari pakai baju kawin tu. Tapi sebab tak berani nak masuk takut nanti Rania gaduh dengan Ari pulak. Sebab Ari pun memang tak mau Nia pi kawin Ari.”

“Dia ugut macam mana? Tak mau Nia mai? Huh, takpa teruskan dulu.”

“Dia kata, takkan nak tunggu Zahari sendiri yang mai kata jangan mai majlis kami baru Nia nak jauhkan diri.”

“What the…bila masa pulak Ari kata. Tak boleh ka Nia at least tanya.”

“Nia kalau boleh tak mau dengaq dari mulut Ari sendiri tentang tu. Jadi lagi baik Nia akur ja.”

Zahari memandang wajah Nia. Ada kesayuan dalam suara Nia. Keluhan halus keluar dari mulut Zahari.

“Ari tunggu Nia sampai petang tau. Macam mana kita janji kan nak pi majlis masing-masing. Kecewa sangat Ari masa tu.”

“Nia bagi surat untuk bagi Ari. Nia tunggu tapi Ari call pun dak.”

“Nak call macam mana sayang, surat tak dapat pun. Haih entahlah.”

“Apa dok sayang-sayang. Nia mana tau benda jadi sampai macam ni. Heran, Ari bukan hensem pun sampai Rania nak gila macam tu.”

“Memang tak hensem. Dah dia nak gila nak buat macam mana.”

“Sempat kan. Dah ada apa nak tanya lagi ka.”

“Rindu Ari dak sepanjang kita tak jumpa. Kan dah ada abang Ilham.”

“Gila tak rindu, Nia selalu sebut pasai Ari. Ilham lain, dia macam abang pada Nia.”

“Yala, lain kali kita sentuh tentang dia. Lain kali juga Ari cerita macam mana Ari kenai abang Ilham.”

“Yala baiklah kanda.”

Mereka ketawa. Lama tak dengar kanda dari mulut Nia.

“At last, ni la cerita sebenar. Nia tau kan kita macam mana. Ari dah janji kalau kita kawin pun kita tetap sama ja. Pasai apa la Nia tak mai tanya Ari dulu. Susah ka?”

Geram pulak bila Zahari fikirkan. Siap kena ugut bagai. Macam mana Nia boleh biar ja dia diugut dengan nota kotor macam tu. Zahari menjerit sekuat hati. Itu tujuan dia naik kebukit ni bersama Nia. Dulu tempat mereka meluahkan rasa tak puas hati.

“Benda dah lepas la Ari. Nia ceritakan juga sebab Ari dok tanya Nia ja ni.”

“Memang benda lepas dah. Tapi Ari kena tau pasai benda ni. Kata kita kawan baik.”

“Yala Nia minta maaf k. Sekarang dah jelas kan apa semua. Lepas ni jangan sebut lagi pasai ni. Asyik ulang benda sama ja.”

“Pasai surat ugutan tu nanti kita lapor polis ja. Walau kita kenai yang buat tu, kalau dia gamak la buat benda macam ni mesti dia ada hati yang tak elok.”

“Tapi Ari orang tu Rania. Dia perempuan Ari. Kita cuba tanya dia dulu. Mesti ada sebab dia macam tu.”

“Dah jom balik Nia, nanti Ari pikiaq nak buat apa. Lewat dah ni. Kita balik dulu k.”

“Jom la. Esok kerja lagi.”

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience