 
                 Romance
Romance
                         Completed
Completed
                         15486
15486
                    Ding dong, bunyi pintu kedai serbaneka memecah kesunyian kedai tersebut selama sejam yang lalu. Kedua-dua penjaga kedai memandang tepat ke pintu masuk. Zahari masuk kemudian, dia menguruskan pembayaran dengan Ahmad terlenbih dahulu.
“Eh, Nia, hang kan tu. Weiii awat tak habaq nak mai sini.”
“Assalammualaikum wahai sahabat.”
“Kuang ajaq hang kan balas dendam kat aku.”
Nia tersengih sebab mengena usikkannya. Teringat semasa Amrah memerli dia lupa memberi salam. Khilaf.
“Aku bagi salam ja la. Hang selalu pikiaq tak elok tau.”
Zahari memandang sahaja kedua sahabat itu ‘speaking utara’. Bukan main dalam lagi loghat mereka berdua.
Seseorang juga sedang memandang mereka dari jauh. Namun tidak berani mendekat. Dia juga mahu kenal dengan wanita itu.
“Aisy macam mana Amr, sihat dak dia. Lama tau aku tak tengok dia.”
“Sihat ja, tapi haqhi tu boleh aku lupa nak bawak dia p kfc. Nasib la dia memahami aku.”
“Dia memang memahami, yang dak tu hang.”
“Sempat hang kan nak pekena aku. Ni hang jangan kata hang mai tangan kosong tau, tu mamat hat dok cangak dari tadi tu sapa. Amboiii hang kan aku ingat hang patah hati. Sekali hang bawak balik hat lain.”
Amrah kalau melawak memang tinggi kata-kata biadap dia.
“Ish hang ni saja kan, ni la SDA aku dulu. Terjumpa dekat sana. Nanti aku story hang.”
“Aku ingat aku sorang ja SDA hang. Rupanya ada lain.”
“Aku nak mai bagi kat hang benda yang aku beli la ni. Hang ingat aku apa. Nia la ni.”
“Aku melawak ja la tadi, aku tau hang pi sana bukan nak shopping. Pi sebab patah hati jantung dan limpa.”
Mereka ketawa dihujung ayat Amrah. Bahagia kedua manusia yang menyimpan luka itu. Mereka tidak pernah kalah dengan ujian.
“Ni la Zahari yang aku cerita kat hang hari tu. Dia kawan baik aku masa belajaq dulu.”
Zahari mengangkat tangan kepada Amrah.
“Eh, tu ka encik pengurus hang tu. Ka oqhang lain.”
Nia berbisik takut tuan badan mendengar.
“Hmmm dia la tu. Nama dia Amr. Nama penuh apa aku pun tak tanya. Dia habaq memang Amr ja.”
“Aku nak kena p dah ni, satg aku kacau masa hang lama sangat pulak satg. Lain kali aku mai jumpa hang sekali dengan mak cik esah dan Aisy.”
“Ha aku okay ja, nanti apa-apa hang habaq kat aku tau. Kirim salam kat mak tau Nia.”
Mereka bersalaman dan peluk sebentar kemudian Nia dan Zahari keluar.
“Eh, mana Ahmad. Ari dah setel dengan dia ka?”
Nia baru teringat kereta Zahari.
“Dah tadi masa kita sampai. Nia mana perasan lepas jumpa SDA dia tu.”
“Ni Ari nak singgah dak rumah Nia. Tak jauh dah ni sungai petani selatan ja. Lagi 25 minit macam tu sampai la.”
“Lain kali la Nia, Ari cukup lega dah Nia dah sampai sini. Satg drive elok-elok tau. Kirim salam mak.”
“Jom la p jumpa mak sekali.”
“Nia tau kan keadaan macam mana la ni. Nanti payah Nia nak terang kat mak.”
“Tak pa kot Ari, okay ja.”
Nia pun memang tak berapa selesa kalau Zahari datang rumah dia pada waktu ni. Lega bila dia sangat mengerti.
“Nia balik terang dulu dekat mak nanti Inshaa Allah kita jumpa lagi. Dekat ja nak mai sini. Bukan jauh mana.”
“Okaylah kalau Ari kata lagu tu, Satg sampai wasap Nia.”
“Okay Nia pun sama. Jangan lupa tau.”
Usai mengucapkan selamat tinggal mereka memandu kearah bertentangan.
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE SEMINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN.
Share this novel
