DAMAI 23

Romance Completed 15486

Pagi itu seperti biasa Nia bergegas lepas solat subuh untuk joging ditaman dekat dengan rumahnya.

Usai joging dua tiga pusingan Nia duduk sebentar dikerusi. Termenung memikirkan masa depan yang tak pasti. Zahari dan Ilham keduanya sangat bermakna dalam hidupnya. Entah siapa yang mampu berikan ketenangan dalam hidupnya.

“Nia, mai sini makan dengan mak sat dulu, mak nak tanya sikit.”

Sikit ka banyak la tu kan.

“Sat mak Nia mandi sat lagi Nia turun.”

“Okay cepat sikit Nia.”

“Baik mak.”

Selesai mandi Nia terus ke meja makan. Mak masakkan nasi lemuni pagi ni. Lingkup la larian dia tadi. Nia bersiap ala kadar memilih tema berwarna ungu pada hari ini.

“Mia, mana mak. Tak turun ka dari tadi?”

“Tak tau la mak pun tak panggil pun dia. Sat lagi pandai la dia nak turun bila.”

“Mak nak Nia panggil dia ka?”

“Biaq pi kat dia la, sat lagi dia lapaq pandai la dia turun.”

“Yala mak, mak nak minum ayaq apa ni. Nia bancuh kopi o ok dak.”

“Bancuh la ayaq apa pun tak pa.”

“Okay mak.”

Nia kembali dengan satu teko kecil air kopi.

“Nia, mak nak tanya dari hari yang dia mai lagi. Tapi asyik tak dan nak tanya.”

“Tanya pasai sapa mak, Ilham ka Zahari.”

Nia dah dapat agak apa yang akan ditanya lagi selain itu.

“Pasai dua-dua orang Nia. Mak heran macam mana hari tu Nia sampai lari merajuk dengan Ilham lepas tu ni Nia macam dah tak rasa apa ja bila dengan dia.”

“Nia pun tak tau mak, Ilham tu baik sangat. Kadang-kadang Nia rasa macam Nia yang tak layak untuk dia. Selama Nia kenai dengan memang baik. Jadi bila jadi macam ni memang Nia susah nak tolak dia mak. Macam dia baung Nia hari tu bersebab. Salah ka mak Nia pikiaq macam tu.”

“Mak tak kata salah Nia baik dengan dia, cuma mak tak mau nanti jadi lagi. Nia kena faham walaupun mak tak kisah Nia tak jadi kahwin tapi orang keliling kita kena pikiaq juga.”

“Ya mak, Nia paham. Mak jangan risau okay.”

“Mak nak tanya juga. Deposit kenduri denhgan baju nikah Nia dah pi ambik ka.”

“Abang Ilham urus semua tu mak. Dia tak mau Nia malu.”

Puan Zaleha hanya mampu mengangguk. Dia memang tahu Ilham lelaki yang bagaimana.

“Kak, tadi hang pi joging dak. Awat tak ajak adik. Adik lepas solat tadi bukan buat apa pun.”

Muncul dari mana entah tiba-tiba ja terus mai macam tu ja.

“Mana la aku tau hang nak ikut. Tak buat apa awat hang tak tolong mak adik.

“Makan pun tak ajak. Sembang tak ajak. Terpinggir sungguh diri ini.”

Mengelak persoalan yang Nia sebut berlakon jadi mangsa keadaan.

“Pinggir tak pinggir hang mai makan dulu. Aku ingat hang yang masak sarapan. Congok kat atas tu buat apa.”

“Tadi dok scroll ig. Sampai teralit. Sory na mak.”

“Sat lagi tengah hari Mia masak tau. Mak nak keluaq ada keja sikit.”

“Amboi mak, keluaq mana pulak?”

“Jumpa kawan mak sat. Kalut ja depa tu.”

“Okay mak sat lagi Mia masak la apa pun na. Sardin ka kan.”

“Mak, Nia pi keja dulu tau. Sat lagi mak pi elok-elok tau. Assalammualaikum mak, bye Mia.”

“Nia, ingat pesan mak Nia. Ingat kita milik sapa. Apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya.”

Setiap kali mendengar bait kata itu, dia akan termotivasi. Menyedari bahawa kita adalah hak yang mencipta kita. Jadinya apa yang berlaku dan kita asyik menyalahkan maka kita seolah menyalahkan takdir. Sekurangnya itulah yang dia faham dari kata-kata ibunya.

“Nia ingat mak, sayang mak dunia akhirat.”

“Kak, petang nanti aku nak keluaq dengan Abang Am, hang nak ikut dak.”

“Dak kot aku malas nak keluaq hari ni.”

“Okay kak.”

Terkadang saat Mia menyebut nama Ilham. Nia merasakan Mia sukakan Ilham. Andai kata benar maka doa ibunya mahu menantukan Ilham akan termakbul. Nia tersenyum.

——————————-

Sedang Nia mengeluarkan basikalnya bunyi hon mengejutkan dia. Apa lah Zahari tu buat dekat sini.

“La… apa Ari buat dekat sini. Awal pagi ni.”

“Nak joging tak dan. Jadi Ari mai ambik Nia la.”

“Ari, ofis Nia kalau naik basikal lagi cepat tau dari naik kereta.”

“Mai ja la. Banyak sangat bunyi tu, Ari risaukan Nia. Jom Ari hantaq Nia. Kalau kata Ari tak dan sangat baru Nia pi sendiri ok.”

“Hmmm yala kalau macam tu kata Ari.”

Apa yang nak dirisaukan sangat Nia pun tak faham.

“Petang ni Ari mai ambik Nia. Lambat sikit pun tunggu. Kita pi makan dulu.”

“La… Nia dah habaq dekat mak yang Nia tak pi mana hari ni.”

“Sat lagi call mak habaq la.”

“Yala ikut la macam mana pun.”

“Betui ka macam mana pun tak pa.”

“Ari… jangan macam-macam. Kita baru ja jumpa balik. Jangan la Ari ingat macam baru dua minggu lepas ja kita tak jumpa. Bagi la Nia masa nak biasakan diri balik.”

“Ari paham. Saja usik Nia. Ari kalau boleh nak kita macam dulu. Selalu jumpa. Selalu kongsi masalah. Ari nak tebuih balik masa yang kita hilang Nia.”

“Dalam istilah persahabatan, percaya ni sangat penting Ari. Percayalah Nia okay. Kita akan macam dulu. Slowly but surely.”

“Sampai dah ni, Nia turun dulu. Ari pi keja baik-baik. Sat lagi nak mai ambik Nia habaq dulu.”

“Ya sayang.”

“Adam Zahari Bin Adam Zuhairi… jangan nak mula ok. Assalammualaikum.”

Berdekah ketawa Zahari sambil memandu pergi. Ketenangan hati Nia diuji lagi. Nia sangat takut jika hatinya goyah saat bersama Zahari. Dia sangat takut berlaku lagi seperti dulu. Zahari tinggalkan dia begitu sahaja. Persahabatan menjadi taruhan. Namun hati Nia dari dahulu sudah mengkhianati ikatan itu. Senyum hambar Nia lemparkan.

Dari cermin pandang belakang Zahari jelas melihat raut Nia. Dia tahu Nia masih belum selesa dengan kehadiran dirinya. Dia akan pastikan Nia dan dia akan kekal sahabat sampai bila-bila. Mana-mana perempuan yang berkahwin dengannya harus terima hakikat itu.

“Assalammualaikum mak, Nia balik lewat sikit mak. Zahari ajak makan dengan dia. Mak okay ka?”

“Nia ajak dia mai rumah makan dirumah malam ni.”

“Mak kan nak keluaq dengan kawan mak.”

“Mak tak jadi pi. Mak dah keluaq esok.”

“Okay mak sat lagi Nia pi dengan Zahari.”

Nia menghubungi Zahari memaklumkan hal tersebut. Tidak banyak songeh dari pihak Zahari.

ORANGEBORAHAE-

———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE DUA MINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience