Completed
15486
Nia segera mengemas pakaiaannya. Nekad benar dia ingin membawa diri dari sisi yang tak tahu menghargai.
Entahkan benar atau tidak telahan fikirannya itu. Dalam fikirannya cuma ada satu tempat yang harus dituju.
Cameron Highland adalah tempat yang mampu difikirkan saat ini. Ketenangan yang ingin dicari harapnya dapat diperoleh disana nanti. Nia tidak pernah meminta apa-apa selain ketenangan jiwa.
Nia tidak mahu hatinya sering merasa perit. Namun keperitan itu seringkali mengejarnya. Kali ini Ilham pula yang mahu meninggalkan dirinya.
Langkah jenis apa lagi yang harus dia orak.
Usai mengemas pakaian Nia solat sunat memohon ketenangan hatinya. Sejak kehilangan ayah dan sahabat baiknya. Nia benar tidak lagi mahu lagi merasa kehilangan. Namun langkahnya seolah-olah salah dari awal lagi saat dia menerima Ilham dalam hidupnya.
Lelaki sebaik Ilham tak mungkin akan melakukan sebegitu. Namun mengapa ianya masih terjadi.
Nia memulakan perjalanan dengan doa dan harapan dia akan bertenang dan pulih jiwanya saat kembali nanti.
Perjalanan jauh langsung tidak mengganggu nekad Nia kali ini.
Nia pergi setelah mendengar jawapan yang paling tak logik dan paling menyakitkan hati dari mulut Ilham. Nia benar-benar perlukan ketenangan saat ini.
Sebelum bertolak Nia menelefon ibunya untuk memberitahu bahawa dia akan pergi bercuti dan tanpa banyak soalan dari pihak ibunya, ibunya terus memberikan kata hikmah seperti selalu.
'JAGA DIRI BAIK-BAIK NIA, HIDUP INI BUKAN MILIK KITA TETAPI MILIK YANG MENCIPTA KITA'.
"Assalamualaikum mak."
"Waalaikumsalam Nia."
"Nia okay ka ni?". Hebat seorang ibu itu tak pernah salah soalan.
"Nia okay mak, tapi Nia nak habaq ni, Nia ambik cuti tau mak. Nak pi bercuti sat dua tiga hari. Nanti sampai sana Nia telefon mak na." Nia menceriakan suaranya.
"Nia pi sorang ka pi dengan Am?" Sengaja ibunya mengusik.
"Mak ni, Nia pi sorang la mak."
"Nia nak bawa kereta ni mak. Nanti Nia telefon mak balik."
"Nia ingat tau, Jaga diri baik-baik Nia, hidup ini bukan milik kita tetapi yang mencipta kita."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam mak."
Nia menitikkan airmatanya. Sayu mendengar nasihat yang sama setiap kali dari Puan Zaleha. Dia tidak pernah bosan. Jauh sekali merasa benci mendengar ayat nasihat keramat itu.
Setiap kali itulah nasihat dari ibunya. Dan Nia sedaya upaya menanam kata-kata itu. Wajah ibunya terbayang dilayar mata. Sentiasa tersenyum walau hebat mana badai yang menimpa.
"Bodohnya kau Nia,terima saja alasan si Ilham tu tanpa memikirkan apa sebab sebenarnya".
Memang benar Nia hanya mampu menerima saat Ilham lafazkan ayat ingin putus tunang dengannya.
Nia langsung tidak berniat bertanya lanjut. Wajah Ilham juga langsung Nia tak pandang selepas Nia berlalu pergi.
Nia mengomel sendirian. Perjalanan masih jauh dan Nia perlu sampai sebelum waktu maghrib tiba. Saat jiwanya resah dan gelisah macam ni dia teringatkan Zahari. Dia paling memahami, dia paling tahu apa Nia rasa tanpa perlu Nia jelaskan apa juga yang terpendam. Namun suatu hari semua itu hilang seakan Nia tak pernah punya dia. Sesak nafas setiap kali terbayangkan sahabat dia yang satu itu.
Nia berhenti sebentar di hentian rehat menunaikan solat serta menyegarkan diri. Solat jamak bagi menghimpunkan dua solat zohor dan asar. Lama Nia berteleku berdoa berharap perjalanannya dipermudahkan dan sampai dengan selamat.
Sekali lagi dia menghubungi ibunya. Memberitahu bahawa dia berhenti rehat barang sebentar.
Nia membeli dua biji kuih pau dan air anggur kotak sekadar mengalas perut. Sebelum meneruskan perjalanan.
Mata Nia seakan nampak kelibat yang sangat Nia kenal.
"Eh macam kenal, macam Zahari tapi tak mungkinlah jauh sangat kalau nak terserempak kat sini pun".
Nia monolog sendirian. Senyum Nia seakan itu benar Zahari. Namun dia menggelengkan kepala menidakkan pemikiran yang dirasakan tidak mungkin itu.
Nia seperti teringin berjumpa sahabat yang lama Nia tidak berjumpa itu. Namun Nia memilih untuk mengabaikan sahaja.. Pada hematnya itu hanyalah salah pandangan.
Lalu Nia meneruskan perjalanan yang tertangguh tadi.
Telefon bimbit Nia sudah matikan. Nia benar-benar tak ingin memberi ruang kepada Ilham lagi.
Hati Nia sangat kecewa atas apa yang terjadi. Kata-kata Ilham masih segar dalam ingatan.
Ibunya akan dihubungi saat dia sampai nanti.
Nia teruskan perjalanannya dengan ketenangan yang cuba diraih dengan membuka tingkap kereta.
Lagu pun Nia tak pasang. Jalan tidak terlalu sunyi kerana masih siang saat ini. Sedayanya Nia mencari sebab logik perjalanannya ini.
Sedihkah dia? Malukah dia? Atau apa sebenarnya sebab dia bertekad menuju kesini. Hatinya benar rasa begitu. Namun perjalanan tetap diteruskan juga.
Nia sampai ke hotel yang bakal diinapnya. Menjengah ke asar Nia sampai seperti dalam pengiraannya tadi. Nia selesai mengambil kunci dan menuju ke bilik.
Di lobi tadi sekali lagi kelibat sahabat lama yang pernah miliki tempat sebagai sahabat kesayangan dihati Nia muncul. Nia mula merasa was-was dengan telahannya sebentar tadi.
Namun Nia masih ragu dan terus berlalu ke lif untuk naik kebiliknya. Namun sekali lagi kelibat sama, pakaian yang sama masih muncul.
"Diakah"?.
Nia menggumam sendirian. Nia menekan lif dan sedang menunggu pintu lif terbuka. Pemilik kelibat tadi Nia tercari-cari namun hampa. Baru saja Nia ingin berpaling dia disapa oleh pemilik kelibat tadi.
"Hi,good evening miss, anything i can help you?".
"Nothing sir, i just saw someone passing by me."
Terkejut Nia dengan pertanyaan dari penyelia hotel. Dia melihat Nia terpinga-pinga tadi.
"Okay miss, if anything you can ask me to help you."
Senyum sahaja mereka.
Nia mahu masuk kedalam lif namun langkahnya terhenti.
"Dinda?”
Nia mula berasa sesak nafas. Hanya seorang sahaja yang pernah memanggil Nia dengan panggilan itu. Nia sangat pasti kali ini Nia tidak silap lagi. Memang dia. Sah. Tadi teringin sangat nak jumpa. Sekarang dah macam jumpa hantu dah dia.
"Nia kan, Nur Nia binti Ahmad Fariz kan."
Senyum wajah tenang itu.
"Eh Zahari awak Zahari betul?”
Pemilik nama Zahari masih tenang memandang Nia. Aduh.. wajah tenang itu masih kekal tenang. Apalah dia buat kat sini.
"Adam Zahari bin Adam Zuhairi kan."
Nia membalas nama penuh juga.
"Ya dinda ni kanda."
Air mata Nia masih bertahan dibalik tubir. Nia sedayanya mahu bertahan takut dilihat Zahari betapa rindu mendengar panggilan dinda dan kanda itu. Dahulu sewaktu Zahari memanggil Nia begitu Nia hanya menganggap Zahari bergurau.
Airmatanya seakan berlari-lari ingin keluar dari matanya. Nafas dia juga seakan payah untuk lancar.
Namun selepas mereka tidak berjumpa lagi, panggilan itu sangat Nia rindukan. Baru sahaja tadi Nia teringatkan dia. Sekarang dia ada depan mata.
Seperti digambarkan sememangnya Zahari akan muncul. Tak perlu telefon atau sampaikan. Dia sangat memahami. Tapi hari ini adalah kebetulan yang sangat kebetulan.
Zahari manusia yang punya naluri kuat sebagai sahabatnya.
"Ish apa awak ni masih panggil dinda. Malu orang dengar nanti".
Setenang mungkin Nia membalas tanpa mahu kelihatan sedih kecewa marah atau apa saja perasaannya saat ini, dengan pantas Nia beralasan.
"Maaf kan..awak Nia kena pegi dulu baju pun belum letak lagi ni, penat lagi."
Hampir tersasul menyebut kanda Nia tertunduk saat pergi tanpa menunggu Zahari membalas.
"Sekejap la Nia, kita lama tak jumpa kan. Nia letak beg lepas tu kita pergi makan, okay?".
Zahari masih cuba memancing Nia untuk berbual dengannya lebih lama. Beg Nia Zahri tarik supaya Nia tak jadi pergi.
"Lepas letak beg saya ada urusan sekejap, kena pergi urus dulu sebelum malam".
Nia belum bersedia bertembung muka dengan Zahari. Kekok dan rindu bermain dengan satu sama lain. Baru tadi dia teringatkan Zahari. Sekarang bila ada depan mata, dia pula tidak bersedia.
"Nia janji, nanti kita pergi makan sama-sama okay."
Nia memohon pengertian dari Zahari. Tidak mahu lelaki itu menganggap Nia melarikan diri.
"Ya, Ari faham Nia, pergilah nanti kita jumpa. Maaf tadi Ari memaksa Nia." Zahari seakan faham Nia terkejut.
Usai sahaja meletakkan beg, Nia turun semula.
Nia duduk dibangku berhadapan tempat dia menginap sambil memandang jauh dikebun teh. Sesekali angin petang yang sejuk menyapa menyentuh kulit benar-benar mendamai jiwa.
Air mata yang ditahan tadi masih Nia simpan. Nia masih terluka dengan kelakuan si dia pada Nia. Ternyata pertunangan mereka diputuskan begitu sahaja, tanpa Nia tahu sebab yang sebenar. Kata-kata Ilham masih terngiang-ngiang ditelinga Nia. Apakah benar Nia tidak cintakan Ilham? Atau sebenarnya Ilham ada niat lain tetapi sengaja menggunakan Nia dengan menyalahkan Nia.
IMBAS KEMBALI
"Kenapa abang nak putuskan pertunangan kita. Apa salah Nia pada abang."
Nia benar-benar buntu memikirkan apa sebenarnya salah dirinya hingga Ilham sanggup memutuskan pertunangan mereka. Ilham masih diam menunggu Nia bertanya menyalahkan dirinya.
"Nia tak salah apa-apa, abang yang salah sebab tak mampu buat Nia benar-benar cintakan abang. Terima kasih Nia sudi setia dengan abang walau Nia tak pernah cintakan abang. Cincin tu Nia tak payah pulangkan, itu hadiah abang buat Nia."
Nia terdiam mendengar jawapan tambahan dari Ilham. Ilham tahu Nia tak pernah curang, namun itu tak mampu buat hatinya tenang selagi Nia tak benar-benar gembira.
Lama Nia diam mencari kekuatan bertanya juga.
"Atau abang ada orang lain, sengaja bagi alasan Nia tak cintakan abang?".
Nia jadi marah pada Ilham. Cuma tinggal berapa lama lagi sahaja mereka akan sah sebagai suami isteri. Tiba-tiba Ilham buat keputusan begini.
Ilham tunduk lalu menjawab tanpa memandang wajah Nia. Sudah dapat dia agak Nia akan sukar untuk terima, dia kan sedayanya mencari alasan yang kukuh untuk setiap tingkah.
"Ya sayang anggaplah abang ada yang lain. Abang dah jumpa wanita yang benar-benar cintakan abang".
Hancur hati Ilham terpaksa berbohong demi Nia. Nia tidak pernah cintakan dirinya. Lama mereka bertunang namun Nia tidak cintakan dirinya. Ilham memilih untuk meninggalkan Nia dan berharap sangat Nia akan berjumpa dengan lelaki yang benar dia cintakan.
"Anggaplah?".
Nia tersenyum sinis saat mendengar jawapan dari Ilham.
"Apa abang cakap ni, anggaplah abang ada orang lain? Habis selama ni Nia apa ja bagi abang".
Nia seolah terluka dengar alasan yang Ilham berikan. Apa maksud dia suruh aku anggap. Nadanya rendah, bergetar saat dia mendengar ungkapan dari Ilham.
"Nia baik tentu mudah jumpa insan yang betul-betul sayangkan Nia hmm."
"Nia kalau baik, takkan la kot semua nak tinggalkan Nia ni abang, maknanya Nia ni jahat la baru semua orang tak peduli dengan Nia. Awat la Nia gagah sangat kan masih berharap yang abang dapat berikan Nia bahagia yang Nia cari."
Nia kecewa amat sangat. Dapat didengari dari nadanya. Wajahnya sudah hilang senyuman.
"Bukan sebab Nia tak baik, abang yang jahat, tak tau hargai Nia."
Ilham seolah-olah mahu menarik balik kata-katanya tadi. Namun dia nekad. Demi Nia.
Ilham berkata dengan nada yang lembut. Nia macam nak pecah kepala memikirkan soal itu. Nia berpaling mahu pergi.
Cintanya pada Nia sangat tinggi sehingga dia tidak sanggup melihat Nia hidup dengannya tanpa cinta sepenuh hati, Ilham tahu Nia cintakan orang lain, lalu dia memberi ruang Nia mencari cinta itu.
Nia tak mampu memandang wajah tenang milik Ilham lagi. Lalu Nia berlari pergi. Dia curang dan dia salahkan Nia. Biarlah Nia berfikiran sebegitu. Hakikatnya Ilham tidak punya sesiapa, cinta wanita yang benar cintakannya telah ditolak mentah-mentah awal-awal lagi.
"Pergilah sayang cari cinta yang Nia cari. Abang minta maaf tak mampu buat Nia cintakan abang".
Suaranya ditahan dari bergetar. Ilham benar-benar luluh saat lafazkan bait-bait itu semua. Namun dia benar-benar mahu Nia bahagia.
SELESAI IMBAS
———ORANGE BORAHAE
****terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali**** Ini adalah percubaan kali pertama saya.
Share this novel