Completed
15486
Balik dari kerja Puan Ruhil melihat Ilham bersiap untuk keluar semula.
“Hai sayang mama ni nak pi mana pulak ni. Tak ajak mama pulak malam ni.”
“Am nak keluaq dengan Mia sat mama. Janji dengan dia nak pi makan lepastu pi main boling sat. Mama nak ikut ka ma?”
“Ish mama saja ja tanya, tengok bersiap sakan sangat. Tak ikut la, Am dengan Mia have fun ja la ya.”
“Mana ada ma, besa ja Am siap. Terima kasih ma.”
“Am, mama nak tanya sikit boleh?”
“Apadia ma. Tanya ja apa pun ma, dari tadi mama memang tengah tanya Am. Pelik ja ni mama. Buat saspen. Selalu tak mintak izin pun.”
Ketawa Puan Ruhil Am tahu ada soalan yang pelik dari dia.
“Mama tengok Am dengan Mia tu ok ja selalu sekali.”
“Maksud mama apa?”
Pastilah soalan yang macam tu. Mama dia ni tak habis-habis dengan soalan yang macam tu. Faham sangat dah ilham dengan sikap ibunya itu.
“Maksud mama Am dengan Mia tu macam sesuai jugak sekali, dia pun baik macam Nia.”
Berkias pulak mama malam ni.
“Jangan ma, Am dengan Mia tu Am anggap macam adik Am ja ma. Baru ja putus tunang dengan Nia ma. Kalau Am ada hubungan dengan adik dia pula apa la kata orang ma. Muda lagi Mia tu. Baru ja habis belajaq.”
“Ish Am ni, mama tak kata apa itu yang penting. Yang Am nak risaukan cakap orang tu dah pasai apa. Dah habis belajaq kira ok la kan. Beza berapa tahun ja.”
Puan Ruhil masih cuba melihat tingkah anaknya. Dia tahu masih terlalu awal. Tapi kalau betul pun apa salahnya.
“Am bukan risau orang cakap pasai Am ni ma. Am risau orang cakap pasai mama. Bagi masa dulu ya ma. Jangan risau Am memang nak cari menantu untuk mama.
“Ya la mama tanya ja. Kalau betoi mama la ibu yang paling bahagia. Tak dapat kakak, dapat adik pun tak salah.”
Ilham memandang mamanya dan tersenyum. Bukan tidak mahu namun berikanlah masa untuk dia. Mia memang baik. Persis kakaknya. Namun Mia lebih kasar dari kakaknya.
————————————————————
“Assalammualaikum mak, kami dah sampai ni. Jom masuk Ari.”
“Waalaikumsalam. Ha sampai pun. Nia dah solat ka ni? Jemput duduk Zahari. Sat lagi kita makan sama-sama na.”
“Baik mak cik. Jangan kalut mak cik.”
“Dah mak. Mak dah siap masak ka mak?”
“Siap dah, tinggai nak hidang ja.”
“Jom Nia tolong mak.”
“Zahari duduk sat na, mak cik dengan Nia pi hidang lauk sat.”
“Baik mak cik, tak pa mak cik jangan kalut.”
Zahari memandang sekeliling rumah Nia. Ringkas sahaja hiasan rumah mereka.
“Nia tolong bancuh ayaq dengan ambik pinggan. Mak nak cedok lauk hidang.”
“Tak pa mak, biaq Nia buat semua. Mak dah masak dah kan. Bagi Nia buat yang lain.”
“Betoi ka ni, mak nak pi duduk depan dengan Zahari la kalau macam tu.”
“Ha pi la mak, Nia boleh buat ni. Mak dah masak dah kan.”
Wahhh… mak masak nasi tomato dengan ayam masak merah serta daging masak hitam, segan la kalau aku makan bertambah. Eleh…depan Zahari ja tak pa. Nia tersenyum sendirian sambil mencedok lauk dan hidang air.
“Zahari sekarang kerja dekat mana?”
“Saya kerja dengan Abang Ilham tu mak cik. Baru keja dengan dia 3 bulan macam tu. Saja nak ubah company.”
“Zahari tau ka Nia dengan Ilham tu pernah tunang?”
“Tau mak cik. Masa keja dengan dia tu saya tengok ada gambaq Nia atas meja dia. Dia habaq kata tu tunang dia.”
“Masa tu Zahari memang nak jumpa Nia?”
“Nak jumpa mak cik, kot kena jemput majlis ka. Tapi lepas tu Abang Ilham habaq kata dia putuih dengan Nia. Dia yang habaq Nia lari. Saya cuba agak ja dia pi mana. Mungkin Allah memang nak bagi jumpa dengan dia dengan cara macam tu.”
“Jadinya Ilham yang suruh Zahari pi sana cari Nia.”
“Ya mak cik. Saya cuma gunakan kata hati ja mengagak kat mana Nia.”
Nia terkejut mendengar. Memang Zahari selalu tahu mana nak cari dia. Walaupun dah jauh dan lama tak jumpa sekalipun. Jadi Ilham tahu pasal Zahari.
“Mak, Ari mai makan. Dah siap dah.”
“Jom Zahari, sat lagi kita sambung sembang. Jom kita makan dulu.”
“Baik mak cik.”
Zahari masih segan sebenaqnya. Dia hanya akan katakan apa yang benar sahaja. Apa sahaja yang ditanya dia akan jawab. Nekad dia pada hari ni.
“Sedapnya mak cik masak.”
“Tambah lagi Zahari jangan segan. Sat lagi mak cik suruh Ilham singgah sekali.”
“Okay mak cik.”
“Boleh kita sembang sekali sat lagi. Dia pun kerap dok keluaq dengan Mia la ni. Pelik jugak mak cik pun.”
“Apa nak pelik mak, depa memang baik kan abang Am selalu hantaq Mia balik kampus.”
Zahari memandang Nia saat mendengar nama ‘Abang Am’ disebut. Sedikit cemburu timbul dihatinya. Cemburu? Ya cemburu. Nia membalas renungan Zahari seolah faham dengan raut itu.
“Memang la selalu, sebab tu la mak kata tu. Kot depa nak kawin ka kan. Buat sekali dengan Nia la.”
Tersedak Zahari mndengar ayat dari Puan Zaleha.
“Errr, Nia nak kawin dengan sapa mak cik. Mak cik ada calon untuk dia ka?”
Belum sempat Nia membuka bicara, Zahari terlebih dahulu bertanya. Puan Zaleha tersenyum melihat telatah Zahari. Kawan konon…
“Ada, awat Zahari nak jadi calon jugak ka.”
Sengaja menduga hati Zahari. Zahari hanya diam memandang wajah Nia. Tak mampu berkata. Kalau mengaku takut Nia tak suka, lari lagi nanti. Kalau tak ngaku nanti Nia kawin dengan orang lain macam mana.
“Sapa calon tu mak?”
Nia terkilan dengan jawapan bisu dari Zahari. Dia tahu dia memang tak layak untuk Zahari. Taste dia bukan perempuan macam Nia.
“Nanti la mak habaq. Kalut pasai apa.”
“Mak kata bagi Nia pilih sendiri. Mak tak paksa Nia kan mak.”
Zahari mendengar sayu suara Nia seolah tidak rela dijodohkan.
“La..mak tak paksa Nia pun. Mak bagi calon Nia pilih la nak terima atau dak.”
Nia dia. Lama. Zahari membuka bicara.
“Mak cik, boleh letak saya sekali sebagai calon dak. Kalau layak mana tahu saya lulus.”
“Ari, pasai apa ni. Jangan macam tu. Nanti kalau Nia pilih Ari macam mana?”
Nia menutup mulutnya. Terlepas bicara. Dalam pada bersembang mereka selesai makan.
“Kalau Nia pilih kita kawin la kan mak cik.”
Nia tak tentu arah. Jantung berdebar-debar. Apa dah jadi dengan jantung dia ni. Sakit jantung ka apa ni. Nia sibukkan diri mengutip cawan dan pinggan. Namun sempat dia berkata.
“Main-main kan orang ni tak baik tau Ari. Tak sayang ka hubungan sahabat kita.”
“Sayang la tu nak kembangkan hubungan tu.”
Lembut bicara Zahari sambil memandang Nia.
“Dengaq dak tu Nia”.
Tiba-tiba hilang segan Zahari. Tadi nak jawab teragak-agak. Nia dah berlalu ke dapur membasuh pinggan dan cawan. Sayup sahaja Nia mendengar jawapan balas dari Zahari. Apa Zahari ni gila dah kot.
“Mak cik pi dapoq sat Zahari.”
“Nia, okay ka ni. Awat mak tengok macam gelabah ja. Tak macam Nia pun.”
“Tak dak apa la mak. Nia ok ja.”
Berkali-kali Nia menafikan rasa hati. Berkali juga Nia menegaskan bahawa mereka sahabat. Namun Nia terlupa, sayangnya pada sahabat itu jika berlainan jantina mampu mengubah rasa.
“Nia, menungkan apa jauh sangat. Kalau hati dah suka tu terima ja hakikat Nia. Jangan asyik menolak. Mak tau Nia sukakan Zahari dari dulu kan.”
“Nia memang suka mak, dia sahabat Nia. Tapi kalau jadi macam Abang Am macam mana mak. Nanti hilang seorang sahabat Nia. Nia tak mau jadi macam tu.”
“Mak paham, tapi sampai bila Nia nak pikiaq macam tu. Nia kata Nia nak hati yang damai. Kalau dengan dia Nia dapat kedamaian tu apa salahnya.”
Nia diam, sejenak. Masih berfikir. Entah kenapa dia terlalu risau mahu teruskan hubungan cinta dengan sesiapa pun. Baru sangat putus tunang.
“Jom mak kita kedepan. Sian Zahari tunggu depan sorang.”
“Nia pi dulu, mak bancuh kopi sat.”
“Nia bancuh dah. Jom mak. Mak tolong bawak cawan.”
“Meh sini Zahari, kita minum kat luaq ni ambik udara luaq pulak.”
“Baik mak cik. Susah ja macm ciok, tadi dah makan kenyang. Ni minum pulak ayaq.”
“Mak ayah Zahari sihat ka?”
Baru Nia perasan, Zahari hampir sahaja tidak pernah menyebut perihal ibunya.
“Ayah dah lama meninggal mak cik. Mak Alhamdulillah sihat. Mak cik pun sihat saya tengok.”
“Alhamdulillah mak cik buat masa la ni Allah masih pinjamkan nikmat kesihatan buat mak cik.”
“Nia, mak nak cakap berdua sat dengan Zahari. Nia pi solat maghrib dulu sat lagi bagi Zahari pulak solat.”
Nia terkejut. Namun dia akur. Sememangnya dia belum solat.
*maaf atas kelewatan
ORANGEBORAHAE-
———> TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. DIHARAP DAPAT MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA. SUDI-SUDI RATE YA. SAYA AKAN UPDATE DUA MINGGU SEKALI. MAAF JIKA ADAKELEWATAN. MAAF SAYA MASIH MENCUBA. HARAP ADA YANG SUDI BACA YA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. SAYA TAK BUAT CHAPTER PANJANG-PANJANG YA. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
Share this novel