DAMAI 6

Romance Completed 15486

Nia mengemas semua barang-barangnya dan masukkan kedalam bag. Bukan niat untuk pulang namun dia tidak boleh melihat barangnya tidak kemas.

Hari ni Nia berniat pergi ke kebun bunga rose tapi dia takut untuk pergi, jadinya dia membatalkan niatnya lalu membuat keputusan untuk pergi jalan-jalan sahaja sekeliling berdekatan sini.

Dia bersiap ala kadar memakai warna baju dan tudung sedondon. Pagi begini benar sejuk namun Nia tidak memakai baju tebal. Nia turun untuk sarapan terlebih dahulu. Dia memilih sarapan ringkas roti bakar sekeping dan air jus oren. Usai makan dia memulakan langkah ke pasar pagi untuk melihat-lihat jika ada sesuatu untuk dibelinya.

“Mood masih diambang kesedihan, niat membeli aku dah hilang kemana la agaknya”.

Nia mengomel sendirian sambil berjalan tanpa hala tuju.

Kelibat Zahari terlihat dari jauh, namun Nia memilih untuk berlalu kearah lain. Bukan boleh bertembung nati dia akan merepek macam-macam. Tanya itu tanya ini.

Zahari jelas nampak Nia sebentar tadi dan mengikutnya, namun tidak berniat untuk mendekatinya. Bimbang gadis itu tidak mahu didekati.

Zahari tidak berniat untuk mengusik hati Nia, lebih kepada mahu bersahabat baik seperti dahulu. Kehilangan Nia sebelum ni tidak mahu berulang lagi.
Dia mahukan Nia yang dulu.

Dia akan bersama Nia sekurangnya hingga Nia jumpa dengan orang yang berjodoh bagi Nia. Tidak mahu Nia salah sangka dengan niatnya. Sekurangnya sehingga Nia tersenyum semula. Itu sahaja niat dia.

“Kenapa la Zahari ni dok ikut aku dari tadi, adoi la susah betul nak lari dari dia. Kuat betul naluri dia dari dulu lagi.”

Masih mengomel sendirian.

“Masa aku hilang dulu tak da pulak dia cari.”

Mengomel sendirian.

Nia berhenti di salah satu kedai yang jual cendawan goreng dan ubi rebus.

“Bagi ubi rebus satu dengan cendawan goreng satu ya adik.” Nia tersenyum melihat budak seusia itu mebantu ibunya menjual.

“Semua rm8.00 kak.” Sambil menghulurkan makanan kepada Nia.

Nia menyerahkan Rm20 kepada budak tersebut dan menyuruhnya menyimpan sahaja baki.

Zahari memerhatikan dari jauh. Nia masih belum berubah, dia memang tak boleh tengok budak-budak berkerja di usia muda.

IMBAS SEMASA NIA MERAJUK

“Nia ni tak bosan ka hari-hari menempel dengan Ari?.”

Sengaja Zahari mengusik Nia.

Tiba-tiba Nia diam. Lama juga dia diam. Zahari mengusik lagi.

“Sampaikan Ari ni susah nak cari kekasih hati, semua tengok ada dengan Nia tak jadi nak ngorat Ari.”

Zahari sebut lagi.

“Kalau awak rasa saya selalu menempel dengan awak tak apalah Zahari, lepas ni saya tak mau dah selalu dengan awak”.

Nampak tak, dia dah guna awak saya terus. Lebih dahsyat dia panggil nama panjang.

“Lepas ni boleh la sesiapa pun nak ngorat awak. Saya boleh ja pergi. Kita kan kawan biasa sahaja.”

Rendah nada itu menyentuh hati Zahari.

“Kalau awak tak dak sapa nak, saya pun sama la Zahari. Saya perempuan mesti la orang akan pkiaq banyak kali nak pilih saya”.

“La ni bila pun orang tanya saya sapa awak, saya jawab kawan baik saya, ramai yang tak percaya. Mungkin yang awak habaq suruh jangan menempel tu betoi la”.

Zahari geleng kepala dengan Nia. Merajuk terus. Zahari bergurau sahaja. Niatnya nak mendengar Nia sebut yang dia suka menempel dengan Zahari, atau dengar Nia cakap tak bosan walau hari-hari dengan Zahari. Ini lain pulak yang dia dapat. Merajuk.

“La… Ari melawak ja Nia. Mana ada niat nak kata betoi-betoi.”

“Jangan la merajuk lagi.”

Zahari ketawa. Namun Nia tidak meyambut baik ketawa itu. Dia berpaling dan terus pergi dari situ.

Zahari cuak melihat Nia betul-betul merajuk.

“Nia, Dinda.. nak pergi mana tu, Ari melawak ja la tadi.”

Namun Nia dah pergi. Tak patah balik pun.

“Nia!Nia!.. dia pergi juga kan, aduh la Nia.”

Ari tersenyih.

Zahari mengejar namun Nia dah naik kereta dan berlalu pergi.

Sejam kemudian Zahari jumpa Nia dekat tasik berdekatan rumahnya. Tempat lepaskan rasa sedih. Tak perlu telefon atau meroyan cari. Zahari selalu tahu nak cari Nia.

“Nia, Ari melawak ja tadi. Ari suka Nia selalu menempel dengan Ari. Nanti Ari dah ada kekasih pun Nia tetap boleh menempel dengan Ari. Kita sahabat dunia akhiratkan? Nia ingat tak?.”

Zahari memujuk ringkas.

“Hmmm..ok.” Marah lagi.

“Sapa yang nak jadi girfriend Ari, kan semua lari kalau nampak Ari ada dengan Nia.”

Okay dah tu sebut dah Ari Nia.

“Nia la jadi kalau tak dak sapa mau.”

Zahari ketawa.

“Uh, tak mau Nia.”

Jeling dia dengan seloroh zahari.

“Nah, coklat kegemaran Nia. Ari mintak maaf okay, janji tak sebut dah macam tu. Sensitif sangat. Selalu melawak kasar macam mana pun tak pa, ni tak boleh dah.”

Zahari masih mengumpan Nia.

“Ayaq?” Nia sebut ringkas namun difahami Zahari.

“Ni.. kegemaran juga kan ni pun, ayaq anggur.” Zahari dah siap sedia dah. Tahu Nia macam mana.

“Bukan tak boleh melawak kasaq, tapi Nia baru ja orang dok kata macam-macam sebab baik dengan Ari.”

“Pi makan dengan Ari, tengok wayang dengan Ari. Semua dengan Ari. Depa ajak Nia mana nak pi.”

“Ha la sama la Ari pun. Dah kita kawan baik mesti la selalu pi mana sekali.”

“Dah tok sah pikiaq yang bukan-bukan la. Apa pun jadi kita tetap sahabat dunia akhirat. Ni janji Ari.”

“Janji Nia juga.”

Ada senyum pada wajah Nia. Nia makan diam tak mahu berbicara. Pandai Zahari memujuk dia.

“Janji jangan sebut dah. Lepas ni tak payah kawan dah kalau sebut lagi.”

Nia mengugut.

“Iya, janji. Dah senyum la. Malas gaduh lama-lama nanti bosan.”

Zahari tahu Nia dah tak marah.

“Bosan nanti Ari cari la kekasih hati, nanti tak bosan dah la. Nia memang tak la.”

“Hari tu romeo mana entah bagi surat, bayangkanlah ni zaman apa Ari oi, main surat-surat ingat Nia ni apa la.”

Nia membebel bila dia dah ok.

“Aik, pasai apa Ari tak tau pun pasai surat tu, selalu semua Nia habaq kat Ari.”

“Ni tengah dok habaq la ni.”

“Lambat, cuba kalau kita yang lambat, tau pulak merajuk.”

“Ya lah kanda oi, selalu nak menang, dia usik kita macam mana pun tak pa.”

“Hmmm..”

“Hmmm..hmmm apa?”. Nia memang tak suka orang sebut hmm. Saja Zahari.

SELESAI IMBAS

Masih dia ingat waktu dia merajuk dengan Zahari, tidak lama sekejap sahaja Zahari jumpa dimana nak cari Nia. Yang peliknya selama mereka tidak berjumpa, Zahari langsung tidak pernah cuba mencari dirinya.

Nia makan kudapan yang dia beli tadi didalam kereta. Ubi keledek manis dia simpan makan nanti.

Nia berhenti di sebuah kedai bernama OPAH STRAWBERRY & JEM, Nia masuk dan terus membuat pesan. Dia teringin nak makan scon dengan strawberry segar.

Teringin juga nak makan nasi lemak strawberry. Lama dah tak makan.

Nia nampak kelibat Zahari masuk.

Zahari terus duduk depan Nia.

“Kak, nasi lemak strawberry lauk ayam satu dengan sambal lebih, lepas tu air teh jasmine satu.”

Membuat pesanan nasi lemak strawberry. Nampak tak memang Zahari tahu.

Nia diam memandang Zahari, bukan boleh halang. Memang Zahari selalu jumpa dia.

Selesai membuat pesanan Zahari membalas pandangan Nia. Angkat kening pada Nia.
Akhir sekali senyum. Rutin dulu. Nak bagitahu yang dia tahu apa Nia nak makan.

“Nia, Mak sihat tak?” Zahari bertanya tentang ibu Nia.

“Mak sihat, selalu mak tanya tentang Ari.” Nia menjawab yang benar.

“Nia jawab apa masa mak tanya.”

“Jawab Ari dah tunang, Nia tak mau ganggu hubungan Ari.” Usahnya nak umpan Nia ni. Tersentak sedikit dengan jawapan Nia.

“Rindu nak makan mak masak la, lama tak makan.” Zahari memang benar rindu terutama masak lemak cili padi mak Nia.

“Kalau rindu nanti datang la rumah, bukan jauh pun kan.” Nia bersahaja dengan Zahari.

“Yalah nanti Ari pergi. Takut mak tak ingat muka Ari ja. Ari makin hensem sekarang ni.”

“Hensem la sangat. Makin tak hensem ada la.” Membalas. Nia is back.

“Eh… jangan buat main Nia, Ari ni terkenal tau kat mana-mana Ari pi”.

“Ya lah tu, padahal mana laku pun, Nia ingat dulu sapa ja nak kat Ari, suka menempel dengan sorang kawan baik dia tu. Sapa ja nak.” Keluar dah bahasa utara mereka.

“Lepas Nia pergi mana ada sapa dah, kawan Ari semua lelaki, naik tau saham Ari. Jangan buat main.”

“Yalah lepas Nia pergi bukan ka ada Rania, takkan dia bagi saham Ari naik kot.”

“Lepas Nia pergi Ari ada Rania, lupa pulak. Jom makan Nia.

**** ORANGE BORAHAE

****Assalammualaikum terima kasih sudi baca… jika ada apa-apa boleh comment ya. Selamat membaca. Akan update dalam seminggu sekali atau selang beberapa hari**** Ini adalah percubaan kali pertama saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience