DAMAI 4

Romance Completed 15486

Usai solat jamak Nia masih berteleku di atas sejadahnya. Nia memanjatkan doa kepada Allah. Dimulai dengan doa buat ibu dan ayahnya Nia menyambung lagi.

“Ya Allah, hati ini milik-Mu, selamanya adalah milik-Mu. Namun fitrah diri ini inginkan cinta sesuai fitrah diri wanita kerdil yang lemah. Layakkah aku meminta sesuatu sedang diri ini tidak sempurna. Aku memohon pada-Mu dengan serendah diri kuatkan jiwa aku hingga bertemu jodoh yang ditetapkan oleh-Mu. Aku tidak mahu terus hanyut dalam cinta yang bukan milik aku. Andai dia jodohku Kau dekatkanlah, andai dia bukan jodohku Kau jauhkanlah dirinya dari hati aku. Dan temukanlah aku dengan jodoh yang menjadi ketetapan-Mu".

Sesungguhnya sekuat mana kita berusaha jika itu bukanlah jodoh kita maka sia-sia lah segala yang kita usahakan. Maka hanya pada Dia tempat meminta segala.

Telefon Nia berbunyi, panggilan dari ibunya.

“Assalammualaikum mak.”

“Waalaikumsalam. Nia ok ka ni, lama ka Nia pi ni?”.

“Tak tau lagi mak. Nia cuti 3hari, sambung dengan cuti sabtu ahad jadi 5hari.”

“Awat tak tunggu mak balik dulu masa nak pi tu. Kalut-kalut ja teruih pi.”

“Tak dan tunggu mak balik rugi cuti Nia sehari. Nanti Nia balik kita pi la mana-mana pulak na mak.”

“Ha laaa. Mak paham aih, saja melawan dengan Nia. Makan dah ka ni?”

“Dak lagi, satg Nia keluaq pi cari makan.”

“Ya lah, mak letak dulu na, nanti senang telepon mak.”

“Jaga diri baik-baik Nia, hidup ni bukan milik kita tapi milik yang mencipta kita.”

“Ya mak. Sayang mak.”

Nia rebahkan dirinya diatas katil. Dingin suasana waktu bakal bertemu Isyak sangat menenangkan pada waktu ini. Lega dapat bercakap dengan ibunya. Bunyi telefon didalam bilik Nia mengejutkan ketenangan Nia baru rasai tadi.

Siapa ja yang tahu dia ada disini. Namun Nia tetap melangkah untuk mengangkat telefon yang berdering.

"Assalamualaikum, sapa tu?". Lama diam kemudian dia letak.

"Haish siapalah telefon lepas tu tak mahu cakap pulak ni". Nia monolog sendirian.

Selang beberapa minit, tiba-tiba Nia dikejutkan bunyi loceng pintu biliknya. Pantas Nia capai tudung lalu menjenguk kelubang pintu.

"Ish tak ada orang pun, sapa punya keja la ni, kacau betul la".

Nia mula rasa takut memikirkan dirinya sendirian waktu ini. Namun digagahkan diri buka juga pintu untuk mengetahui siapa gerangan yang datang. Nia cuma memakai pyjamas lengan panjang pada waktu itu. Cuma tinggal sarungkan tudung sahaja.

Demi sahaja Nia membuka pintu terkejut Nia rupa-rupanya Zahari yang sengaja mengusik Nia.

"Assalamualaikum dinda, amboi lambat betul Nia buka pintu untuk Ari".

Zahari senyum melihat wajah terkejut Nia.

"Waalaikumussalam Zahari, apa awak buat kat sini"?. Nia masih terkejut macam mana Zahari tahu bilik dia.

“Macam mana Ari tahu bilik Nia?” Nia segera mengajukan soalan.

"Puas saya telefon tiap bilik tingkat Nia duduk ni punya nak cari bilik Nia dekat mana, akhirnya jumpa juga. Jom, Nia temankan Ari makan".

Zahari sebenarnya hanya tidak mahu Nia selalu merasa sendirian.

Nia teragak-agak untuk menerima perlawaan Zahari, baru sebentar tadi dia nekad untuk menjauhkan diri dari Zahari. Namun perutnya benar-benar mengkhianati dia saat ini. Lapar yang tidak boleh bawak bincang.

"Awak tunggu kejap saya salin baju".

Zahari tahu saat Nia sebut saya awak tu tanda Nia meletakkan sempadan dalam dirinya. Pada hal kalau ikutkan dengar awak saya tu macam sedap la kan. Tapi tidak bagi Nia dan Zahari. Bila panggilan nama yang dipanggil mereka sama-sama jadi gila. Bila panggil kanda dinda mereka jadi manja.

Mampukah semua itu diulang? Harapan Zahari tinggi untuk mengulang cerita mereka. Cerita yang punya damai dalamnya. Punya persahabatan yang tiada rasa khuatir dalamnya.

Cerita yang antara mereka sangat sukar ditembus. Namun cerita mereka itu seolah-olah berakhir dengan kehadiran seseorang. Zahari akan mulakan semula. Kali ini dia bertekad tiada yang akan mnyelit antara mereka. Persahabatan mereka akan dijaga rapi dengan ketelusan. Dia mahu mereka kekal selamanya sebagai sahabat. Kalau itu yang Nia mahukan maka dia sanggup.

Nia pantas menyalin pakaian tidur tadi kepada pakaian lebih santai, dia memilih seluar track bottom dan t shirt lengan panjang warna biru gelap, tudung warna sepadan. Suasana malam itu dirasakan damai juga sedamai hati Nia setiap kali dia bersama dengan Zahari. Hatinya benar-benar tenang andai berhadapan dengan Zahari. Percaya Nia pada Zahari memang tiada tolok banding. Zahari manusia yang paling Nia percaya selain Mak Nia dan adik Nia.

“Jom, kat mana kita nak makan ni.”

Nia terus menyapa Zahari. Lamunan Zahari terhenti. Dia tersenyum pada Nia. Ringkas sahaja pakaian Nia. Itulah Nia yang dia kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience