Bab 10 - Unstoppable

Romance Series 38806

Sejak Nash meluahkan perasaanya pada Adra tempohari, hati Adra sentiasa tidak sabar menanti Nash menyapa di chat Telegram. Jiwanya terasa kosong jika Nash senyap walaupun untuk 5 minit.

Apakah itu tandanya rindu? Adra tidak pasti.

Handphone Adra berbunyi, tertera nama si pemanggil, Nazreen. Adra membiarkan saja tidak menjawab, dia malas mahu melayan. Adra mengharapkan chat dari Nash sebenarnya tetapi entah kenapa 'mamat bengang' senyap saja hari ini. Setelah beberapa kali deringan, panggilan masuk sudah tidak lagi berbunyi, mungkin Nazreen penat mendail.

"Lantaklah!" Adra mengumam sendiri.

Ping..

Nash: Sayangggg..

"Baru sebut dah muncul, macam tahu-tahu pula Nash ni kita tengah fikirkan dia." Adra senyum lebar bila membaca chat yang di hantar menerusi telegram padanya.

Gara-gara "confession Nash" juga, Adra sudah menukar nama yang di simpan dari mamat bengang kepada nama Nash. Walaupun dia belum memberi apa-apa reaksi pada lamaran Nash, hati Adra sedikit sebanyak berasa gembira dengan pengakuan ikhlas Nash.

Adra: Sejak bila pula I ni jadi your sayang? I belum beri kata putus atau declare apa-apa tau.

Nash: Eh? Itu hari you call panggil I sayang boleh pulak?

Adra tersipu malu.

Adra: Haritu darurat, terpaksalah panggil sayang. Kalau tak memang tak kuaser I nak panggil orang macam tulah..perasan!

Adra cuba menegak benang yang basah. Lantaklah, perempuankan selalu betul!

Nash: Perempuan memang bukan mahkluk bumi..haha!

Berkerut dahi Adra, apa maksud Nash ni? Perempuan dari planet Marikh? Perempuan ni makhluk asing? Jarinya pantas menaip ingin berdebat tetapi terhenti kerana ada panggilan video yang masuk, tertera nama Nazreen.

"Ish, mamat ni tak faham bahasa ke? Kalau dah tak angkat tu faham-faham sajalah." Rengus Adra.

Kakinya melangkah ke smoking area. Sana lebih senang untuk berbicara tanpa gangguan rakan sepejabat. Sampai saja disana, Adra nyalakan dulu sebatang rokok lalu disedut dalam-dalam, nikmat nikotin yang masuk ke dalam paru-parunya membuatkan Adra sedikit lega. Lantas panggilan di jawab, tertera wajah si jejaka di dalam skrin handphonenya.

"Abang dah transfer duit dalam akaun sayang, nanti buat belanja untuk minggu ni. Kalau tak cukup bagitau, abang transfer lagi." Begitu lancar kata-kata yang meluncur dari bibir kepunyaan si mata sepet ini.

Adra mengangguk, senyum terukir di bibir tanda terima kasih.

"Dah lunch?" Si lelaki bermata sepet bertanya dengan senyuman lebarnya.

"Belum lagi, kejap lagi sebab ada kerja nak siapkan sikit." Jawab Adra sambil menghembus berkepul asap rokok ke udara.

"Dah berapa batang rokok sayang hisap hari ni?" Berkerut dahi si lelaki mata sepet ni menyoal.

"Setiap kali video call, mesti soalan wajib ni keluar. Letih nak jawablah." Adra buat muka bosan. Tangan yang sudah mulai lenguh memegang handphone hampir terlucut ke bawah.

Lelaki mata sepet hanya tersengih. Tangannya mengaru dahi yang tidak gatal.

"Abang minta maaf kalau buat sayang bosan dengan soalan yang sama setiap hari. Abang risau kalau sayang sakit sebab sayang masih menyusukan baby." Mengendur suaranya.

Adra diam, dia sudah hafal jawapan lelaki bermata sepet yang terpampar dalam skrin telefonnya ini. Lelaki ini pasti akan membuat video call setiap hari, semata-mata ingin melihat wajah Adra.

Muhammad Nazreen Lee, lelaki melayu berdarah cina dari sebelah bapanya yang merupakan seorang cina mualaf. Nazreen, seorang duda berusia 45 tahun yang kematian isteri setahun yang lalu akibat Covid-19. Dia dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan arwah isterinya. Adra mengenali lelaki ini melalui socmed, di mana Adra sering terbaca bait-bait luahan hati lelaki itu sehingga terdetik hati Adra untuk menyapa Nazreen melalui messenger.

Adra yang juga ketika itu turut dalam fasa kesedihan akibat perpisahan tanpa rela dengan Faisal telah berkongsi masalah yang dihadapinya dengan Nazreen. Sedikit sebanyak hati Adra yang sedang berduka, terubat dengan kata-kata nasihat dan lawak jenaka Nazreen.

Dari messenger, perbualan mereka bertukar ke Telegram dan beralih podium kepada video call di Whatsapp. Masih Adra ingat betapa kelunya lidah Nazreen tatkala pertama kali mereka bersua muka melalui video call. Apabila ditanya kenapa diam kaku begitu, jawapan Nazreen mengundang ketawa Adra.

"Abang nak beruslah, berusaha dapatkan hati Adra."

Mengekek Adra ketawa, terasa lucu apabila orang yang sudah berusia cuba buat pickupline, perangai macam budak-budak.

Begitulah hubungan mereka berdua yang sangat rapat. Walaupun masing-masing tidak meluahkan perasaan tetapi dari segi panggilan dan juga kemesraan sudah cukup membuktikan perasaan sayang sudah berputik di dalam hati tetapi tidak pada Adra. Dia hanya menganggap Nazreen sebagai teman paling rapat saja. Berulang kali Adra menegah panggilan manja buatnya tetapi Nazreen tetap begitu, lama kelamaan Adra melayankan saja kehendak lelaki itu.

"Abang, sayang nak masuk dulu. Boss dah panggil nak meeting ni." Adra meminta diri.

Tanpa sempat menunggu jawapan Nazreen, Adra terus mematikan panggilan. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni hatinya semakin menyampah untuk melayan panggilan video Nazreen. Hanya berbual benda yang sama saja seperti,

"Sayang dah makan?"

"Sayang buat apa je hari ni?"

"Berapa batang rokok dah hisap?"

"Hari ni tak menulis?"

Paling yang Adra benci nak jawab bila Nazreen bertanya, "rindukan abang tak?"

Tidak pernah walau sekali pun Adra memberi jawapan kerana hatinya sendiri tidak merasai perasaan rindu apatah lagi sayang. Perasaan itu mungkin sudah pudar sejak Adra mula mengenali Nash.

Petang semalam Adra cuba berkias kerana dia sudah mula rimas dengan Nazreen kerana saban hari menagih cinta dari Adra menerusi video call.

"Darjat kita berbeza, abang begitu baik nak dibandingkan dengan sayang yang penuh dengan noda dosa. Lebih baik kita kekal sebagai kawan sahaja kerana antara kita tidak ditakdirkan untuk bersama." Begitu tenang sekali Adra mengungkap kata-kata.

"Abang tak faham kenapa sekarang baru sayang nak cakap pasal baik jahat, dosa pahala ni? Soal hati dan perasaan tidak melibatkan itu semua, yang penting abang ikhlas dengan sayang." Sayu suara Nazreen.

Adra masih kekal tenang. Dalam hatinya hanya tuhan yang tahu betapa dia menahan diri dari ingin ketawa apabila melihat muka Nazreen yang monyok sedih itu.

"Cukuplah kalau sayang katakan antara kita tak mungkin bersama kerana status sebagai isteri orang. Suami sayang tak akan lepaskan sayang, pendiriannya teguh abang." Kata Adra lagi.

Nazreen tunduk, terhincut-hincut bahunya. Terdengar bunyi tangisan halus Nazreen walaupun dia menyembunyikan wajahnya dari pandangan Adra.

Riak wajah Adra jelak melihat perangai Nazreen yang sedang menangis itu, bagaikan budak kecil cenggeng. Walaupun sudah hampir 3 bulan mereka mengenali satu sama lain dengan rapat, tetapi langsung tiada suntikan cinta pada Nazreen yang Adra rasakan. Bukan dia tidak membuka pintu hatinya untuk terima huluran cinta Nazreen, malah Adra memberi peluang buat Nazreen mengenali lebih dalam mengenai dirinya tetapi peluang yang diberikan tidak digunakan sebaik mungkin.

Nazreen lebih mementingkan tentang soal hati dan perasaan dirinya sendiri tanpa memikirkan perasaan Adra. Nazreen sering bercerita tentang minatnya yang cukup mendalam dalam bidang reka bentuk sehingga Adra merasakan Nazreen seperti bapa yang sedang bangga berkongsi dengan anak perempuannya tentang pencapaian sendiri.

Nazreen masih lagi dalam teresak-esak perlahan. Adra yang bosan dan malas mahu memanjangkan drama terpaksa menukar suasana.

"Abang, sudah la tu. Sayang memain jela, nak tengok sedalam mana sayang abang tu pada sayang. Itu saja." Adra terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati melihat airmata Nazreen yang menitis kerananya.

Oleh kerana sifat Adra yang sering tidak sampai hati itulah yang menyebabkan dia terperangkap dengan cinta dan menjadi seorang perempuan kasanova yang ingin disayangi dan menyayangi.

Dirinya terlalu rindu, ingin kembali kepada bekas kekasihnya Faisal yang sedang berusaha menambat hatinya semula dan dalam masa yang sama Adra menyayangi suaminya sendiri dan kini hatinya mula dijentik perasaan suka pada Nash walaupun Adra sedang menjalin hubungan dengan Nazreen.

Apa yang Adra mahukan dalam hidupnya? Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Tetapi dirinya bangga apabila didampingi dan menjadi rebutan lelaki - lelaki bergelar suami orang. Adra merasa seronok melihat kaum ini yang tergila-gilakanya, menagih hatinya.

Kini Adra semakin sedar bahawa dirinya mampu menjadi dambaan dari setiap lelaki yang dikenalinya. Dia suka dengan keadaan hidupnya sekarang, dihargai, disayangi oleh lelaki lain biar pun suaminya sendiri tidak lagi menghargainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience