"Syukur alhamdulilah, terima kasih Tuan. Nanti saya akan datang ke balai." Girang hati Adra mendengar perkhabaran gembira dari Inspektor Akashah.
Selepas 4 hari berada di dalam lokap, Daniel telah dibebaskan dari tahanan reman kerana kuantiti ganja yang dimiliki dibawah 20gram.
Sepanjang suaminya di dalam lokap, setiap hari Adra akan menghubungi Inspektor Akashah bagi mengikuti perkembangan Daniel. Adra harus berterima kasih pada Nash kerana memperkenalkan Inspektor Akashah padanya.
Siapa sangka Inspektor itu adalah abang kepada Nash, begitu banyak budi Nash pada dirinya kerana bersusah payah membantu ketika Adra berseorangan menghadapinya ......
Sampai saja di balai, Adra tersenyum lebar melihat suaminya duduk menunggu di dalam bilik Inspektor Akashah.
"Abang..." Hanya itu saja perkataan yang terkeluar dari mulut Adra.
Bercucuran airmatanya, sebak dan sedih melihat keadaan suaminya yang begitu kusut dengan muka selekeh tidak terurus. Dicapai tangan kanan Daniel, lalu dikucup perlahan tanda kasih pada suami.
Daniel tidak memberi sebarang reaksi, mukanya beku tanpa sebarang perasaan. Pandangan matanya kosong tidak bertepi.
Inspektor Akashah hanya memerhati, terdetik dalam hatinya pasangan suami isteri ini mungkin bermasalah.
"Ehem." Deheman untuk menutup rasa sunyi.
Akashah yang duduk bersandar berdiri mendekati Daniel.
"Encik Daniel sangat beruntung mempunyai isteri yang begitu baik dan tabah seperti Puan. Dia sentiasa memeriksa keadaan Encik sepanjang di dalam lokap."
"Encik Daniel patut berterima kasih kepada isteri kerana sentiasa ada disaat Encik dilanda musibah. Puan Adra seorang wanita yang kuat. Jika saya ditempatnya, belum tentu saya akan setabah itu." Inspektor Akashah menepuk perlahan bahu Daniel.
Daniel hanya diam membatu, seolah-olah hanya jasadnya di situ tetapi fikirannya melayang entah ke mana.
Inspektor Akashah hanya mengeleng. Adra tunduk diam seribu bahasa.
"Puan Adra boleh bawa suami Puan pulang. Semuanya telah selesai." Ucap Inspektor Akashah.
"Err, terima kasih Tuan. Hanya Allah saja mampu membalas jasa baik Tuan." Bergetar suara Adra.
Adra terasa malu dengan sikap dingin Daniel yang ditunjukan didepan Inspektor Akashah. Tidak seharusnya orang luar mengetahui mereka bermasalah.
Inspektor Akashah hanya mengangguk, pandangan matanya pada Adra seakan mempunyai maksud. Sama ada simpati atau pun curiga dengan masalah komunikasi mereka berdua. Adra tidak mahu berlama disitu, meminta diri untuk pulang. Daniel hanya membuntuti Adra dari belakang tanpa banyak bunyi.
Inspektor Akashah masih kaku berdiri, hanya memandang pasangan suami isteri itu sehingga hilang di sebalik pintu. Jari telunjuk kanannya mengetuk perlahan pada meja, sibuk memikirkan adegan yang berlaku di depannya tadi.
******
"Kejap geng. Abang aku call" Nash bergegas keluar dari studio muzik untuk menjawab panggilan.
"Assalammualaikum"
"Waalaikumussalam bang. Apa cerita kes kawan aku tu?"
"Setel. Dah balik rumah dah pun. Aku kasi lepas jaminan polis je. Kes kecik je ni."
"Macamana boleh sangkut?"
"Anak buah aku semua dah aim lama pusher kat situ. Kebetulan laki dia tu datang nak beli. Masa ambush dia ada kat situ sekali, so angkut semua ke balai la."
"So lepas ni ada kena apa-apa lagi ke tak?"
"Lapor diri seminggu sekali kat balai dalam masa 6 bulan. Balai simpan rekod je. Sebab dia cuma layan barang je. Kalau jual lain la cerita."
"Orait ngam. Aku nak jamming ni." Lega hati Nash sedikit sebanyak dapat membantu dalam masalah Adra.
"Eh kejap la. Mana kau kenal si Adra tu?"
"Oh..err.. dulu company lama dia kerja ada masuk tender projek kat jabatan aku. Kenal dari situ la." Terpaksa Nash berbohong.
"Ye ye je kau ni. Entah-entah skandal. Bukan main beriya kau nak tolong".
"Eh takde lah. Dah dia minta tolong, aku tolong je la."
"Lawa Adra ni. kulit gebu. Geram pulak aku tengok. Kalau bukan skandal kau boleh la aku try"
"Kau jangan buat hal bang. Bini orang tu."
"Ah peduli apa aku. Tak paham aku laki dia tu. Dapat bini lawa macam tu pun nak buat hal. Kalau tak reti jaga baik kasi aku yang jaga."
"Dah la bang. Kau jangan sesekali nak try dia. Kau tu bini dah dua. Cukup-cukup la tu."
"Siapa cakap aku nak buat dia jadi bini? Hahaha"
"Butoh la kau bang. Aku warning kau jangan nak try dia."
Nash bengang, punyalah susah payah dia nak menambat hati Adra untuk berkawan dengannya, si abang hanya nak potong tang corner je. Mana aci!
"Kau ingat bang, jangan mengada nak kacau Adra aku. Kalau tak siaplah aku report dekat bini-bini kau." Nash mengugut.
Akashah hanya mengekek, sedikit pun tak tercabar dengan ugutan si adik. Dia hanya sekadar mengusik, ingin mengetahui sejauh mana hubungan Nash dengan Adra.
Setelah ketawanya reda, Akashah menitip sedikit pesanan buat adiknya. "Aku lebih dulu makan garam, satu saja aku nak pesan. Kau dah besar, jadi babah orang pun jadi pandai-pandailah kau atur hal rumah tangga sendiri, jangan nanti kakak-kakak kau yang lain mengamuk pula kalau dapat tahu pasal Adra ni."
"Tahulah aku, kau tunggu jelah bila aku minta kau datang jadi saksi untuk nikah aku dengan Adra nanti." Giliran Nash pula ketawa.
"Oit Jerry, cepatlah. Lama dah tunggu ni!" Jerit si mamat drummer yang sudah tidak sabar nak mengetuk dram.
Nash mengangkat tangan tanda sekejap.
"Oklah, aku nak sambung jamming ni. Nanti apa-apa aku roger kau bang. Assalamualaikum." Nash mematikan panggilan dan berjalan masuk ke dalam studio.
"Jom mat, aku nak jamming lagu 'sempurna versi gita gutawa' hari ni." Kata Nash dengan girang sambil memeluk bahu geng jammingnya.
******
"Kenapa sampai boleh jadi begini, abang? Sejak bila pula abang pandai hisap ganja ni?" Soal Adra sejurus mereka sampai di rumah.
"Kau diam boleh tak? Semaklah kepala aku dengar kau memekak!" Tengking Daniel.
"Mama tanya elok-elok ni, yang abang nak marah-marah mama kenapa?"
Daniel membuka pakaian yang dipakai, sudah 4 hari dia tidak mandi. Seluruh badan rasa melekit dan berbau. Tuala dipakai dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Pertanyaan si isteri langsung tidak dihiraukan.
Adra mengeluh kecil melihat reaksi Daniel yang dingin itu. Dia tidak faham mengapa suaminya berubah sikap sebegitu. Daniel berubah dengan mendadak, semakin dingin, pemarah dan pendiam.
Adra setia menanti suaminya keluar dari bilik air. Telah dia sediakan pakaian bersih untuk Daniel diatas katil. Dia ingin menyelesaikan kemelut yang melanda dalam hubungan mereka kerana hanya ini sajalah masa yang sesuai untuk berbincang dengan ketiadaan anak-anaknya di rumah.
Setelah lama Adra termangu, Daniel keluar dari bilik air dengan wajah yang bersih baru lepas bercukur. Tidak dinafikan, walaupun Daniel sudah berusia lebih 40 an, rupa paras dan tubuhnya masih lagi tegap dan tampan seperti lelaki bujang. Jika mereka keluar berjalan kemana-mana, pasti mata-mata perempuan gatal akan memandang Daniel tidak berkelip. Adra sedikit pun tidak cemburu kerana dia tahu Daniel tidak pernah melayan mahupun menggatal dengan sesiapa kerana sejak dari dulu dia bersikap begitu.
"Abang..." Lembut suara Adra memanggil.
Daniel langsung tidak menghiraukan panggilan Adra. Tangannya lincah menyarung pakaian, rambut yang serabai disikat kemas.
"Dah tepi, abang nak tidur. 4 hari dalam lokap langsung tak boleh nak lelap. Seksa rasanya." Daniel menepuk perlahan peha Adra supaya bangun dari katil.
Adra berdiri. Matanya hanya memandang Daniel yang sudah pun berbaring memeluk bantal. Tak sampai 5 minit, kedengaran dengkuran halus suaminya.
Timbul rasa kasihan melihat Daniel yang tampak begitu letih. Niat dihati ingin berbicara 4 mata terkubur begitu saja. Adra mengeluh kecil, tangan kanannya mengusap lembut ubun-ubun Daniel. Sungguh dia rindukan Daniel yang dulu, seorang suami yang penyayang, romantik, sopan dan bertanggungjawab.
"Masihkah ada rasa cinta dalam hatimu, abang." Bisik hati Adra.
Tanpa sedar, tubir mata Adra bergenang dengan air mata yang perlahan-lahan menitis ke pipi.
******
Ping..
Ping..
Ping..
Bertalu-talu Telegram chat yang masuk.
Nash: You...
Nash: Rindu...
Nash: Rindu terukssss...
Adra mengeleng kepala membaca chat yang dihantar. Mamat ni tak kira siang malam, tak habis-habis dengan rindu. Adra bersyukur dipertemukan dengan Nash, lelaki ini sudah banyak membantu dan menjadi pendengar setianya biar pun perkenalan mereka cukup singkat.
Adra terlupa yang dia masih lagi belum mengucapkan terima kasih kerana dengan bantuan Nash, Daniel dibebaskan dari tahanan reman. Lantas di dail nombor Nash mengunakan aplikasi video call di Whatsapp.
Hanya satu deringan saja, terpampar wajah badboy yang sedang tersengih di skrin telefon Adra.
"I ingatkan I sorang je yang sasau kerinduan, rupanya orang tu lagi teruk, terus video call tak payah nak susah payah taip." Nash menyakat.
"You....boleh tak jangan nak perasan sangat? I VC you ni sebab nak ucapkan terima kasih sebab tolong I settlekan kes Daniel ni dengan cepat. Yelah, sapa sangka Inspektor kacak tu abang you." Cepat-cepat Adra memberitahu tujuannya sebelum Nash terus menyakat.
"Ceit, ingatkan sebab rindukan I.Huh!" Nash kecewa.
Adra ketawa. Suka melihat muka si badboy bila monyok, terserlah kebudak-budakannya.
"Nash, terima kasih juga sebab sudi nak berkawan dengan I ni walaupun hingga kini I belum beri jawapan pada lamaran hati you dulu. I ni isteri orang, you pun milik orang lain, masing-masing dah berkeluarga dan ada komitmen, I tak mahu dilukai dengan kisah "fairy tale" begini. Serik!" Lembut Adra memujuk.
Nash senyum.
"Adra, I akui memang berdosa kerana jatuh sayang pada isteri orang lain tetapi soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. I ikhlas dan betul-betul ingin menjaga you, kalau boleh sampai I menutup mata, I ingin bersama you. I tak pernah rasai perasaan sebahagia begini tetapi sejak I mengenali diri you, hidup I sentiasa diwarnai dengan kebahagian biar pun dengan hanya menatap senyuman manis you itu."
"I bukanlah lelaki yang sempurna, tetapi I akan cuba membahagiakan you dengan setulus ikhlas . You adalah wanita sempurna yang harus dijaga, dimanjai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang bukannya diabaikan begitu saja."
"Adra, I tahu ini bukanlah masa yang sesuai untuk I luahkan sekali lagi isi hati I pada you. But please, give me a chance to show you how much I love with you." Sayu suara Nash.
"Nash..." Adra berjeda.
"Adra, dirimu adalah ketakjuban." Ungkap Nash, memotong kata-kata Adra.
Nash mula memetik gitar, menyanyi di hadapan Adra melalui panggilan video.
Kau begitu sempurna,
dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku,
akan s'lalu memuja mu
Disetiap langkah ku, ku 'kan s'lalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan
hidup ku tanpa cinta mu
Janganlah kau tinggalkan diri ku
Tak 'kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu
ku akan bisa
Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku,
lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu
Sempurna, sempurna
Kau genggam tangan ku,
saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata,
dan hapus semua sesal ku
Janganlah kau tinggalkan diri ku
Tak 'kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu
ku akan bisa
Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku,
lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu
Sempurna, sempurna
Petikan gitar Nash pada chord terakhir telah memecahkan tangisan Adra. Hati Adra begitu runtun mendengar nyanyian Nash biarpun ianya sebuah lagu, seolah-olah itulah kata-kata dari hati Nash yang kedengaran cukup ikhlas pada halwa telinga Adra.
Mengapa bukan suaminya yang berada ditempat Nash?
Nash, lelaki yang sentiasa berusaha menambat hatinya dengan pelbagai cara. Sentiasa ada dikala Adra dilanda masalah yang selalu disampingnya.
Haruskah Adra membuka hatinya pada Nash? Dimanakah ego wanitanya yang tidak akan mudah jatuh cinta pada lelaki lain?
Adakah Nash sedang memadam keegoan Adra?
Share this novel