10 tahun berlalu..
"Dah habis coding bahagian login tu?" suara Nash kedengaran perlahan tapi tegas.
Remaja lelaki di hadapannya mengangguk.
"Try run. Tengok ada error ke tak."
Nash memerhati dengan tenang, rambutnya sedikit memutih. Dulu dia adalah nama besar dalam dunia sistem keselamatan siber. Kini dia hanya dikenali sebagai 'Cikgu Nash' di kalangan budak-budak bengkel coding komuniti itu.
"Cikgu, kalau kita nak guna API untuk daftar guna Google macam mana eh?" tanya Aiman, pelajar 17 tahun yang paling aktif.
"Kena belajar OAuth 2.0 dulu. Tapi sabar, minggu depan saya ajar. Minggu ni kita habis dulu basic authentication."
Dia senyum, tenang. Tetapi dalam hatinya, masih ada ruang kosong yang tidak pernah terisi. Sejak Suraya pergi, dan Adra... hilang begitu saja.
***
Waktu petang, Nash duduk di bangku tepi taman, gitar tua di pangkuan. Dia memetik gutar perlahan lagu Taman Rashidah Utama.
"Bang... sedap abang main. Lagu lama tapi feeling dia padu," tegur seorang pemuda yang sedang duduk di bangku sambil menemani anak kecil yang sedang bermain buaian..
Nash ketawa kecil. "Lagu ni macam kenangan... kadang rasa manis, kadang pedih."
"Abang busker ke? Saya macam pernah nampak la."
"Lebih kurang. Tapi takde la full time. Buat hilang boring-boring je."
"Kalau tak busking buat apa bang?"
"Buat kelas coding untuk budak sekolah." katanya sambil memetik semula kord gitar.
"Kelas berbayar ke bang?"
"Free je. Cuma kena bawa laptop sendiri."
"Abang memang keje programmer ke?"
"Dulu. Sekarang dah pencen. Ajar budak-budak je."
"Macamana anak saya umur 14 tahun nak join?"
Nash mengeluarkan telefon.
"Scan Qr code ni. Nanti dalam apps tu abang isi je detail."
"Terima kasih bang. Rezeki saya jumpa abang hari ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
***
Di tempat yang berlainan, Adra bersandar di sofa sambil memerhati anak perempuannya, Dahlia, yang sedang leka menyusun blok-blok LEGO di ruang tamu. Cahaya petang menembusi langsir putih menyinari wajah kecil itu yang tampak serius, seperti sedang menyelesaikan satu masalah besar dunia.
Dahlia bukan sekadar bermain. Tangannya pantas, menyusun blok-blok berwarna dengan penuh teliti merah di sebelah kiri, biru di tengah, kuning membentuk semacam 'laluan'. Namun apa yang membuatkan Adra tersenyum bukan pada bentuk akhir binaan itu, tetapi pada sekeping kertas A4 yang terletak di sisinya. Di atasnya terlukis pelan kasar, penuh dengan simbol anak panah, kotak kecil dan tanda soal persis flowchart.
"Kenapa ada tanda soal ni, sayang?" Adra menegur lembut, ingin tahu.
Dahlia tidak mengangkat muka. "Ini 'if' statement. Kalau robot tu jalan dan jumpa warna biru, dia berhenti. Tapi kalau warna kuning, dia belok kanan."
"Siapa ajar Dahlia buat ni semua?"
"Youtube"
Adra mengangkat kening. Umurnya baru sepuluh tahun, tapi logik dan strukturnya begitu... terancang.
"Robotnya mana?" soal Adra.
Dahlia tersenyum kecil, "Belum ada lagi. Tapi saya tengah buat 'dunia' dia dulu. Macam 'world-building' untuk game."
Lama Adra merenung anaknya. Ada sesuatu pada cara Dahlia berfikir yang bukan setakat membina, tapi merancang, menganalisis, membuat andaian dan menyesuaikan keadaan. Dunia dalam fikirannya penuh kod-kod logik, walau belum pernah diajar secara formal. Cara dia menggabungkan kreativiti dengan struktur itu bukan kebiasaan. Itu petanda sesuatu.
"Apa nama game Dahlia?" Adra bertanya, sambil duduk di sebelah.
"Nama dia Project: Katalis. Dia robot yang hilang memori tapi setiap kali dia lalu satu warna, dia ingat sesuatu. Tapi semua memori tu bentuknya kod. Macam mama. Sekejap ingat sekejap lupa."
Adra terkedu seketika. Kecil-kecil sudah mencipta jalan cerita kompleks dengan logik bersusun. Barangkali dunia yang sunyi selepas kehilangan ayah membentuk Dahlia jadi pendiam, tapi kreatif. Bagi Adra, itu bukan main-main. Itu anugerah.
"Sayang nak makan dulu ke main dulu?"
"Mama makan dulu... kejap je lagi. Dahlia nak siap ni dulu."
Adra tersenyum. Anak itu satu-satunya kekuatan hidupnya sekarang.
"Okay, tapi sepuluh minit je tau. Lepas tu kita makan."
Dia bangkit, berjalan ke dapur sambil membuka laptop. Notifikasi mesyuarat muncul di skrin "HR Strategic Planning with Board, 8:00 PM".
"Kenapa semuanya rasa berat sangat hari ni?" gumamnya sendiri.
Telefon berdering. Nama di skrin 'Farhana' merupakan pembantunya.
"Yes, Hana?"
"Maaf ganggu puan. Tapi Encik Ariff dari HQ nak HR bagi immediate proposal untuk retrenchment plan."
"Again?" nada Adra tegang. "Baru minggu lepas kita buang tiga puluh orang."
"Saya faham puan. Tapi HQ push sangat. Saya forward email tu ya?"
"Okay. I'll take it from here."
Dia tarik nafas panjang.
Dunia ini bukan lagi seperti dulu. Dia pun bukan lagi Adra yang dulu. Selepas Daniel pergi kerana tiba-tiba diserang barah pankreas secara mengejut dia tidak menunggu lama untuk bangkit. Bukan untuk dirinya sendiri, tapi untuk anaknya.
***
"Babah, abang Adam bagitau dia cuti seminggu je sebelum nikah. Dia nak balik rumah lama. Babah okay?"
"Rumah tu rumah kita juga. Nanti esok lusa kalau babah dah takde korang juga yang nak kena jaga rumah tu dengan rumah ni." jawab Nash perlahan, matanya masih pada skrin komputer.
"Best la abang Adam. Boleh kerja sambil jalan-jalan kat Qatar" sambung Adha, anak bongsunya, sambil menyuap roti bakar.
"Adik pun belajar lah bersungguh macam abang. Mana tau dapat pergi oversea juga nanti. Ada rezeki adik dapat pergi Manchester UK. Boleh la babah datang sana. Lepas tu bawa babah pergi Old Trafford."
"Tapi kawan-kawan adik ramai sokong Liverpool la babah."
"Pffttttt.. Diorang lahir-lahir dah tengok Liverpool angkat piala. Liverpool tu sebenarnya menghabiskan oksigen dunia je. Langsung takde manfaat. Abis tu adik pun nak sokong Liverpool?"
"Tak lah. Adik pun anti Liverpool jugak. Saje je nak nyakat babah. Hehehe."
"Ok. That's my boy. Liverpool dan JDT adalah taboo untuk keturunan kita. Give me high 5."
"Hell yeah." Adha menghulurkan tangan kepada Nash. Kedua-duanya tergelak besar.
"Tadi Adha ada singgah tengok rumah lama kita. Sekali pergi ziarah umi."
Nash terdiam dan termenung seketika.
Adha pandang abahnya yang sudah semakin beruban. "Kenapa babah?"
"Takde apa. Cuma teringat pada umi je."
"Yang penting umi selamat babah. Kita doakan yang baik untuk dia."
***
Di dalam bangunan tinggi kaca dan keluli, Adra menatap cermin dalam bilik pejabatnya. Wajahnya tegas dan berwibawa. Tapi di sebalik itu ada ketika yang dia sendiri kadangkala terlupa akan namanya sendiri.
"Puan, maaf mengganggu." Farhana muncul di pintu.
"Masuk, Hana."
"Jadual cuti puan saya dah kosongkan. Tiket puan saya dah tempah. Flight esok pukul sepuluh pagi. Bilik hotel puan pun saya dah book."
Adra mengangguk. "Terima kasih."
"Kenapa puan nak singgah gold coast?"
"Entah lah. Rasa hati nak sangat ke sana. Lagi pun kebetulan mak ayah saya balik dari haji turun kat KLIA."
Farhana mengangguk namun masih tercegat berdiri. Seperti ada yang mahu dikatakannya.
"Ada apa-apa lagi?"
"Err... Puan kalau saya tanya sikit puan marah tak?"
Adra termenung. "Tanya apa?"
"Saya selalu dengar puan humming satu melodi lagu ni. Kadang-kadang time tengah meeting pun puan boleh humming."
"Lagu?"
"Ye puan. Minggu lepas si Naim tengah present depan puan pun puan humming juga. Saya dengan Naim dengar tapi tak berani tegur. Ye la puan kan bos. Sampai Naim mengadu kat saya kecik hati puan macam tak interested dengan report dia."
"Seriously?"
"Ya puan. The weird part is looked like you was somewhere else. You didn't seem to care about what was happening around you. Nasib baik bukan time meeting dengan bos-bos besar puan humming macam tu." Farhana mengiyakan pertanyaan Adra.
"What happen to me eh?. Saya memang tak perasan kalau awak tak cakap.... tapi.....Hati tisu juga si Naim tu ye." Adra tergelak kecil. Disambut sekali oleh Farhana.
"Tapi no issue kan. Saya approve je report Naim tu. He's doing very well. Tell him nothing to worry and... Jangan nak tisu sangat la." Adra sambung tergelak.
"Saya tak tahu lagu apa yang puan selalu humming tu. Tapi nampak macam puan suka sangat dengan melodi lagu tu. Menghayati sungguh."
"Entah la.. lagu tu selalu muncul dalam kepala saya. Macam bisikan. Tapi saya tak tahu kenapa," balas Adra, suaranya merendah. "Mungkin ada sesuatu yang saya pernah alami dalam hidup saya sebelum ni... tapi saya tak ingat apa."
"Apa kata puan humming semula, saya record then tanya pada tunang saya. Dia musician takkan tak tau ni lagu siapa."
"Good idea!"
***
Di rumah Nash, Adam baru sampai dari lapangan terbang.
"Assalammualaikum babah, sorry flight delay," kata Adam bersalam kemudian memeluk babahnya.
"Adam penat tak habis lagi ni.. rehat la dulu"
"Jetlag sikit. Tapi time majlis nanti ok. Adha mana?"
"Dalam bilik agaknya"
"Adam letak barang-barang dulu, nak mandi dan solat." Ujar Adam kemudian terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Nash duduk di beranda, memandang langit malam.
"Babah..."
"Ya?"
"Terima kasih sebab jaga dan didik Adam dari kecil sampai sekarang Adam dah nak kahwin..."
"Adam dah dewasa. Dah ada kematangan sendiri. Babah bangga dengan Adam. Dah sampai masa dan jodoh Adam untuk bina haluan kehidupan sendiri."
"Tapi kalau umi ada mesti dia happy kan babah?"
Nash cuma mampu diam.
***
Petang di pantai bagan lalang. Angin laut menderu, matahari condong ke barat. Seorang lelaki duduk bersila di tepi laluan kayu. Gitar di pangkuan, suara serak-serak basah menyanyi sepi.
"Duhai cintaku.. duhai pujaan ku.. datang padaku dakap lah jiwaku... Bawa ragaku melayang memeluk bintang.."
Suara Nash menyatu dengan desir ombak. Orang ramai lalu lalang, tapi ada satu pasangan wanita dan anak kecil berdiri jauh di belakang.
"Mama..."
"Hm?"
"Itu lagu mama. Yang mama suka nyanyi masa dalam kereta," ujar Dahlia perlahan, matanya tak lepas dari lelaki itu.
Adra menggenggam jemari anaknya.
"Siapa punya lagu tu, mama?"
Adra tak mampu jawab. Dadanya sesak. Matanya terpaku. Wajah lelaki itu samar, tapi lagu itu ia menikam hati.
Beratus gambaran dan kata dari memori kabur menerjah minda tanpa henti.
"Kenapa mama menangis?"
Adra tunduk, menarik nafas perlahan. "Entahlah sayang... mama pun tak tahu. Jomlah kita dah nak balik ni. Atok dan nenek dah nak sampai airport."
Nash berhenti memetik gitar. Seperti dapat rasa sesuatu sedang memerhati.
Dia berpaling tapi dua bayang itu sudah beredar.
Hanya jejak langkah atas pasir yang ditinggalkan.
***
Di rumah ibu bapa Adra di kampung, Adra duduk di anjung sambil menyikat rambut Dahlia. Angin malam dari pantai membawa bau ombak dan kenangan yang tertanam di celah dinding papan. Baru sahaja selesai kenduri doa selamat ayah dan ibu Adra oulang menunaikan haji.
Pintu bilik diketuk perlahan.
Salmiah, ibu kepada arwah Daniel, muncul dengan tangan yang menggigil membawa dulang air.
"Masuklah mak.. ish kenapa susah-susah nak bawa dulang bagai ni mak. Mok dengan Yen boleh kemas nanti." sapa Adra, ramah. Dia mengambil dulang dari tangan ibu mertuanya.
Salmiah duduk perlahan. Pandangannya tak lepas dari Dahlia.
"Mak baru lepas berbual dengan ibu kamu. Habis berbual mak rasa nak borak dengan Adra pula."
"Saya minta maaf mak. Saya betul-betul sibuk sejak kebelakangan ni. Tapi Dahlia kan selalu telefon mak tanya khabar."
Salmiah senyum dan angguk.
"Dahlia... dah makin besar.. bijak dan comel. Cantik macam Adra tapi bijaknya tak tau ikut siapa." ujar Mak Timah, cuba senyum tapi tewas oleh rasa bersalah.
"Mak... kenapa ni..?" tanya Adra.
Salmiah menelan air liur. "Adra... mak rasa sangat berdosa."
"Mak?"
"Daniel... sebenarnya waktu dia mula-mula kenal Adra dulu... dia tak guna cara betul. Dia guna... ilmu sihir. Mak tahu. Mak bersubahat. Sebab mak fikir... Daniel takkan dapat perempuan baik macam Adra kalau ikut cara biasa."
Adra terkedu. "Apa yang mak cakap ni..." Adra mula bingung.
"Mak tahu mak kejam. Tapi masa tu mak butakan hati. Mak dapat rasa betapa tak bahagia hati kamu dengan dia. Tapi selepas kamu kemalangan, sampai Dahlia lahir...Bila Daniel mula sakit... mak mula mengigaukan dia malam-malam minta maaf... sekarang baru mak sedar. Ilmu tu bukan mainan. Akhirnya makan diri."
"Jadi... maksud mak saya tak pernah cintakan abang Daniel... dengan rela?"
Mak Timah tunduk, mengesat air mata.
Perlahan-lahan, Adra mengangkat Dahlia yang sudah lena dalam pangkuannya.
"Mak rasa dah sampai masanya. Mak tak tahu lama mana mak akan hidup. Jadi Adra berhak tau kisah sebenar."
Salmiah diam sejenak kemudian berkata.....
"Mak tak pernah salahkan Adra dengan apa yang dah berlaku....Sebenarnya.....Dahlia bukan anak Daniel."
***
BERSAMBUNG PART 2
Share this novel