"Adra?" Sapa suara garau sambil tangannya melambai-lambai depan mata. Cuba mengalihkan pandangan supaya memandang ke arahnya.
Adra yang kusyuk melayan drama K-series di Netflix mengalihkan pandangan ke arah suara yang menyapanya. Terpana Adra seketika memandang wajah lelaki berbaju hitam, memakai cap sambil membawa beg sandang belakang yang selama ini hanya ditemui menerusi panggilan video di Whatsap.
"Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan." Itulah bisikan yang keluar dari bibir Adra dengan matanya masih lagi tidak berkelip memandang.
"Adra...kan?" Suara garau itu bertanya lagi untuk kepastian.
"Errr...Nash?" Adra pula bertanya pada lelaki yang berdiri didepannya itu.
Nash mengangguk.
Masing-masing terkelu. Adra sudah mula tidak keruan, dia gugup dan gementar. Dahinya mula merenek peluh, entah kenapa pertemuan pertama ini membuatkan Adra begitu gementar.Berkali-kali tangannya mengelap peluh pada dahi, nasib baik Adra memakai pelitup muka, sekurang-kurangnya peluh pada hidung dan atas bibir tidak mencacatkan rupanya dari dipandang Nash.
"Eh jomlah kita pergi breakfast dulu." Adra terpaksa bersuara dulu kerana tidak mahu Nash perasan dirinya sedang berpeluh sakan gara-gara gementar dengan panahan pandangan anak mata hazel Nash yang sangat memukau itu.
Adra menarik lengan baju Nash supaya berjalan beriringan dengannya sambil otak Adra ligat memikirkan tempat yang sesuai untuk mereka bersarapan, padahal fikiran Adra ketika itu hanya kosong. Kaki terus melangkah tanpa arah tuju, Adra semakin berpeluh. Dalam hati fikir nak balik saja tinggalkan Nash di situ kerana malu dengan dirinya yang obviously so nervous.
Nash yang perasan mereka hanya berjalan tanpa arah tuju akhirnya bertanya, "kita nak breakfast dekat mana ni?"
Adra yang sibuk mengelap peluh pada dahi dari tadi menghentikan langkah, dia ketepi sambil menarik baju Nash mengikutnya supaya mereka tidak menghalang laluan orang ramai yang lalu-lalang disitu dari melihat aksi mereka seperti ayam berak kapur itu.
"Err, you nak breakfast apa?" Adra bertanya kerana dirinya sendiri tiada idea.
"Ikut you lah. I okay je makan mana-mana." Jawapan selamat Nash.
Adra mengeluh. Ingatkan Nash dapat membantunya sedikit tetapi dia pula yang kena fikir. Sebetulnya Adra tak selesa dengan keadaan dirinya yang sedang berpeluh ketika itu biar pun penghawa dingin sangat sejuk. Dia malu dilihat selekeh oleh Nash sedangkan lelaki itu tetap kacak dan tenang.
"Jomlah kita makan McD." Adra menarik lengan baju Nash agar mengikutnya, seperti emak membawa anak keluar berjalan.
Sengaja mereka bertemu di tempat tumpuan orang ramai pagi itu kerana mudah dan punya banyak tempat pilihan untuk berkasih sayang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam.
Nash masih lagi dalam keadaan pengsan walau jasadnya bergerak mengikuti Adra yang sedang menarik lengannya.
Makanan telah dipilih, tempat duduk telah dicari. Nash dan Adra duduk berhadapan saling menatap mata masing-masing. Adra cuba mencari kebenaran dan kejujuran kata-kata Nash kerana ianya akan terzahir dari sinaran mata. Adra fobia dengan kisah cinta lamanya bersama Faisal dulu yang sungguh manis berkata-kata menabur janji, dia tidak mahu hatinya dilukai lagi.
Nash memang seorang lelaki yang sangat sweet. Kata-kata yang dihantar melalui Telegram penuh dengan bunga-bunga cinta sehingga Adra tidak henti-henti blushing. Oh my, indahnya cinta.
Nash: 100% nanti you akan nampak something explosion in the sky.
Adra: Fireworks
Nash: Fire of my heart
Adra: You berjaya makes me smile
Nash: Jyeah!
Adra: Apa yang happy sangat eh?
Nash: Make you smile is good enough for me. Ke mana pun angin nak berhembus I akan ikut melayang.
Adra: Sebab you ni sesuatu yang sukar dicari
Nash: Ala. Jangan la buat I blushing. I lelaki la you. Jangan la....
Adra: Bunga-bunga hati you right?
Nash: Why you are so good at it?
Adra: No answer for that
Nash: Itu yang buat I terbang dan berputar-putar sekarang ni. Becoz the way you shows me who you are.
Nash: You can share anything with me. Sebab I pun nak share with you about my life.
Nash: Keep calm and trust
Nash: Can we?
Nash: I want to go futher
Nash: I want to love you like I never fall in love before.
Adra: You really makes me smile whole day today. Butterfly tengah terbang melayang dalam perut I ni...
Nash: I'm ready enough to go futher.
Adra: Later you akan find I a bit boring person
Nash: Wat ever it takes, I'll always want you in my life.
Nash: Make me relief. Make me terbang and happy.
Nash: Letih dan lapar tak mengganggu I if you is a subject.
Adra: From now you will say macam tu...Soon your word tukar dah tu
Adra: What do you expect from me? Entah kenapa I rasa you are the special one. Maybe sebab you sombong kot pasal tu I rasa nak kenal you sangat
Nash: I am. Tapi I takut kehilangan you.
Adra: Trust and honest ni je yang I minta from you
Nash: I akan sentiasa percaya dan jujur dengan you. Itu janji i. Kita cuba sebaik mungkin untuk bersama.
Begitulah chat mereka saban hari sebelum berjumpa. Kini 2 mata telah bertemu, lidah pula kelu tiada kata. Malu? Itulah sifat manusia, berani hanya di alam maya, bila diterjemah ke alam realiti semuanya bertukar sebaliknya. Adra yang tidak tahan dengan suasana krik - krik antara mereka memulakan perbualan.
"Sedap tak menu yang I pilih tu? Sorrylah McD je yang ada dekat sini, kedai mamak tak nampak bayang pula."
Nash hanya senyum dan mengangguk.
"I makan je apa yang you pilih. I bukan seorang yang cerewet." Kata Nash.
Adra dan Nash saling bertukar senyuman. Tidak banyak yang mereka bualkan kerana masih kekok dan kurang selesa apabila sekeliling mereka dipenuhi dengan orang ramai. Selesai makan, Adra mengajak Nash untuk lepak diluar untuk merokok.
"Berapa lama dah you jadi smoker?" Soal Nash usai mereka duduk di atas kerusi batu pada taman berdekatan pusat beli-belah terkemuka itu.
"4 years." Jawab Adra pendek.
"I darjah 2 dah hisap rokok." Kata Nash.
"You lain sayang, I sebab socialite style. Officemate I those perempuan semua smoking. We had smoking area dekat office so memang kejap-kejap lepak smoke jelah. Sesekali tekak I teringin then I hisap sebatang je, all the time for past 2 weeks ni hisap pod je." Terang Adra.
Adra menyalakan sebatang rokok. Disua pemetik api kepada Nash.
"You hisap rokok apa?" Tanya Nash sambil menyalakan rokok yang tersangkut di bibir. Satu sedutan ditarik dalam-dalam lalu dihembus keluar. Nikmat rasanya selepas makan menyedut nikotin penganti benda manis.
"Dunhill, Marlboro ice, Marlboro black menthol. I suka rokok sejuk kecuali kalau hisap dunhill, I kena hisap dunhill klasik baru puas." Berkepul asap keluar dari mulut Adra.
"Lama i tak hisap Marlboro. I pun memang dari mula hisap rokok sejuk je. But now I kurang dah hisap rokok. Beli pun tak. I merokok kalau jiran ajak ngeteh je, kalau I tak keluar melepak, memang tak hisap rokok. Vaping je" Kata Nash.
"You tak marah kan sayang I vape or smoke?" Soal Adra.
"Nope. But for your health, kurangkan la ye." Nash senyum.
"Nanti you sakit siapa nak sayang I?" Tambah Nash sambil mencuit pucuk hidung Adra.
"Your wife kan ada." Spontan Adra menjawab.
Muka Nash sedikit berubah.
"Sorry if you tak suka I cakap begitu. My bad." Cepat-cepat Adra cuba memujuk takut-takut kalau dia ada tersilap kata. Dia tidak mahu merosakkan mood dan suasana. Ini adalah kali pertama mereka bertemu. Adra mahukan hanya yang indah untuk dikenang sampai bila-bila.
"If I really have my wife, i wasn't here right beside you. Sayang you pada I tak sama dengan my wife" Nash membalas dan tersenyum memandang Adra.
"Yes I faham sebab I orang luar.. sorry sayang." Adra mencebik sambil menjeling ke arah mata Nash.
"No. Sayang you buat I terbang." Nash mengenyitkan mata.
"Tipu.. elok je you jalan kaki ke sana sini
Esok elok je you pegi keje naik motor." Adra memuncungkan bibir.
"Fizikal memang nampak macam jalan kaki. In my mind I sekarang I sedang terbang. You sepatutnya boleh nampak tau if you feel the same way." Nash memandang Adra dengan pandangan tajam. Selang beberapa ketika dia sendiri tak dapat menahan gelak memandang wajah Adra yang kemerahan sedang malu-malu.
Kenapa aku terasa sangat bahagia bila menatap wajah dan senyuman berlesung pipit ini? Getus Nash dalam hati.
"Nanti you tidur dah boleh landing dah tu sayang." Adra mencembungkan kedua belah pipinya ala-ala drama korea.
"Waktu tidur pun I terapung juga sayang. Semalam I ikat tali kat kaki takut terlepas ke negara jiran."
"Malam ni nak ikat apa pula?"
"Ikat tangan pulak. Semalam ikat kat kaki darah tak jalan." Nash kembali ketawa terkekek.
"You ni kan sayang. Ada je jawapan eh." Dengan spontan Adra mencubit perut Nash. Nash masih tergelak tanpa henti dan cuba mengelak serangan Adra namun kemudian menyerah kalah kerana tak sanggup dicubit lagi oleh Adra.
Mereka berdua tertawa dengan gelagat masing-masing. Mungkin ia adalah satu detik yang menggembirakan bagi pasangan yang baru bertemu ini. Dari jauh dapat dilihat kemesraan mereka sedang bahagia seperti pasangan bercinta lain.
Suasana gelak tawa kembali reda. Nash dan Adra saling memandang antara satu sama lain. Senyap sunyi.
Malaikat lalu.
Hanya kedengaran hiruk pikuk kenderaan dan suara manusia lain di sekeliling. Tenggelam dalam dunia percintaan mereka.
"Actually, why you so in luv sangat-sangat dengan I? I just ordinary women saja nothing special pun dengan I ni." Adra kembali memecah suasana.
"If you ask me the reason, I have none except the reason is you. I'm not good enough to fall in love with any women I know. I dare to tell you I will never fall in love with other if it wasn't you. If you ask me why, I still don't have the answer. Nothing more and less. I don't know what I love you for. Love just is. All I want is to be with you. I betul-betul rasa bahagia dan happy dapat menyayangi you. It's all about destiny perhaps?" Bersungguh-sungguh Nash berkata.
"Aaahhhhhhh.." Hati Adra menjerit, tersentuh berbunga-bunga dengan ungkapan Nash.
Adra merenung dalam-dalam anak mata Nash mencari kejujuran kata-kata lelaki ini. Mata bundar berwarna coklat itu begitu jernih digenangi dengan air mata. Keikhlasan kata-kata terpancar jelas dari pandangan redup Nash.
Adra sedar Nash mengharapkan rasa cinta ini bagus akhirnya. Dan saatnya Adra serah seluruh cintanya pada Nash agar si dia dapat membalut luka hati wanitanya.
"I bersedia untuk peringkat seterusnya, sayang. I janji akan jaga dan bahagiakan you dengan seluruh cinta yang I ada." Kata Nash separuh berbisik.
"Cintai orang yang mencintaimu, untuk mengerti akan indahnya ketulusan hidup dari kasih sayang." Nash menarik tangan Adra lantas dicium perlahan.
Adra terpaku, terkaku tanpa kata.
Air mata sudah bergenang ditubir mata, menunggu masa untuk jatuh ke pipi. Senyuman terukir terharu dengan kata-kata Nash.
Nash semakin merapati begitu juga Adra. Tanpa sedar bibir mereka bertaut rapat. Ciuman pertama mereka yang dipenuhi dengan rasa cinta. Semakin dalam semakin memberahikan, terlalu manis sehingga ianya sukar dilepaskan.
Ya, Adra rindukan belaian kasih sayang seorang lelaki.
"Sayang..I need you right now." Adra mendesah dalam ciuman keghairahan itu.
"I need you too sayang." Nash semakin mendalamkan tautan bibir mereka.
Cinta itu penuh pemberian, bukan meminta untuk diberikan. Cinta itu penuh ketulusan, bukan penuh dengan paksaan.
Kini pasti Adra sudah bersedia. Dia mahu hubungan ini berjalan ke peringkat seterusnya. Cinta yang disulami dengan perbuatan kasih dan sayang sebagai tanda cinta mereka kukuh.
Dia ingin serahkan seluruh jiwa raganya buat lelaki ini. Lelaki yang akan menghangatkan cinta mereka dengan keghairahan dalam kenikmatan dunia yang telah lama mereka dambakan selama ini.
Share this novel