Mengimbau kembali nostalgia perkenalan mereka adalah detik paling indah buat Nurul Ain. Dari hari pertama sekolah mereka dah bergaduh. Kemudian ditakdirkan masuk kelas yang sama. Jadi pantang jumpa sahaja pasti akan ada pertengkaran antara mereka.
Nash agak dikenali di sekolah kerana sifat nakalnya itu menjadikan namanya sering disebut-sebut guru disiplin. Ada pelajar-pelajar perempuan yang cuba mendekati Nash namun Nash tidak heran. Walaupun Nash nakal dan sering mengganggu pelajar perempuan lain namun tidak pernah Nash melafazkan kata cinta kepada sesiapa kecuali Ain. Lafaz pertama itu kekal milik Ain hingga kini.
Ain menyimpan perasaan terhadap Nash dari mula namun malu nak mengaku. Suzana, bendahari kelas mereka asyik mengusik dan bertanya pada Ain tentang Nash. Lama kelamaan Ain berterus-terang kepada Suzana dia ada menyimpan perasaan terhadap Nash. Suzana merancang untuk menyatukan mereka berdua.
Ditakdirkan suatu hari, rakan-rakan sekolah mereka merancang untuk keluar ke bandar berkumpulan. Alasan yang diberi kepada ibu ayah adalah hendak menyiapkan tugasan kajian geografi tempatan sekolah.
Sehari sebelum itu, Suzana memberitahu Nash ada secret admirer ingin menemuinya. Nash tidak menganggap serius. Pada awalnya dia mahu melepak di rumah sewa brader-brader sekampung belajar bermain gitar. Tapi Suzana beriya sangat suruh dia pergi. Tambahan pula musuh ketatnya Ain turut hadir. Nash memasang rencana tersendiri bila mendengar Ain turut hadir.
Tibanya pada hari dan tempat yang dijanjikan, mereka berkumpul di medan selera pusat membeli belah. Setelah semuanya tiba, mereka menjamu selera beramai-ramai kemudian masing-masing pergi kepada pasangan masing-masing.
Satu persatu meninggalkan meja makan untuk melakukan aktiviti bersama. Ada yang menonton wayang, main bowling, bersiar-siar window shopping dan sebagainya.
Nash dan Ain duduk saling berhadapan. Setelah satu demi satu rakan mereka pergi, akhirnya tinggal Nash dan Ain berdua sahaja.
Dia tidak pernah berduaan bersama Nurul Ain sebelum ini.
Ain tersenyum memandang Nash. Dalam hati Nash berasa pelik. Ain mana pernah rajin nak senyum pada dia. Selalu masam je muka bila tengok Nash.
"Woi Nash. Apasal tercegat lagi kat sini? Orang lain semua dah pergi dating."
"Aku ada secret admirer nak jumpa. Kau tu yang tercongok kat sini kenapa?" ujar Nash sambil menghirup air menghilangkan rasa debar hati. Dia bosan nak berteka-teki siapa secret admirer itu. Namun keberadaan Ain di hadapan mata buat Nash gembira sebenarnya. Sudah lama dia menyimpan keinginan.
"Budak terejal macam kau pun ada secret admirer ekk?" Balas Ain.
"Dah aku hensem, mestilah ada awek suka." Selamba Nash membalas.
Ain menjegil mata ke atas tanda menyampah. Nash ni dia punya buat orang menyampah lain dari yang lain.
"Mana dia secret admirer kau?"
"Sibuk la kau nak tau." Dalam fikirannya berkata jangan beritahu pada Ain. Risau kalau peluang keemasan memikat Ain waktu ini terlepas begitu sahaja.
"Sebelum aku debik kau kat sini baik kau cerita cepat!!" Ain menunjukkan penumbuk.
"Kau debik aku, aku cium kau..." Nash menyimbah minyak. Fight fire with spoon! Nash berfalsampah di dalam hati.
"Aku report abang aku nanti."
"Report la. Tak takut pun." Jawab Nash dengan muka kereknya.
"Kesian secret admirer kau suka kau yang tak semenggah macam ni. Mesti dia menyesal kalau tau kau macamana." Ain mengetap bibir kegeraman dengan makhluk di depannya ini.
"Biar la....atau kau jeles?"
"Tak kuasa aku nak jeles."
"Jadi tak payah la kau nak tahu."
"Ala cerita la...." Ain mengalah. Dilembutkan tonasi suara dengan nada memujuk.
Nash jadi tak sampai hati nak kecewakan Ain. Kalau tak kerana Ain, malas dia nak cerita. Masalahnya, Nash ada secret admirer, tapi secret admire Nash tu tak tahu yang Nash tu secret admirer kepada Ain.
"Dia bagitau ada awek nak jumpa. Pakai baju hijau muda, tudung hijau gelap."
"Kau tak tahu siapa dia?" Ain berkerut.
Nash geleng kepala tanda tidak tahu. "Entah. Kalau kau secret admirer tu takpela jugak."
"Merepek la kau. Tak hingin aku kat kau."
"Kau tak hingin, tapi aku hingin." Ujar Nash sambil menghulurkan mangkuk makanannya kepada makcik pekerja pembersihan yang sedang bertugas.
"Kalau dia depan mata kau sekarang apa kau nak cakap pada dia?"
"Tengok la. Kalau tak cun aku cakap kita kawan je dah la."
"Kalau cun?"
"Cun macam kau aku nak..." Tanpa sedar laju perkataan itu meluncur dari mulutnya.
"Kau ingat kau tu hensem sangat?"
"Hensem." Nash mengangguk laju tanda yakin pada diri.
"Aku, cun tak?"
"Cun." Balas Nash ringkas.
"Kalau dia cun macam aku, kau nak cakap apa?"
"Aku cintakan kau Ain."
"Itu yang kau nak cakap pada dia?"
"Aku cakap pada kau."
"Jangan main-main Nash."Ain malu.
"Betul. Tak main-main. Daripada cakap dekat dia, baik aku cakap dekat kau."
"Okay aku tunggu?" Balas Ain sambil menumpukan mata kepada air di dalam cawan. Rasa berdebar di dalam hati.
"Tunggu apa?" Soal Nash.
"Tunggu apa kau nak cakap pada aku."
"Tadi kan aku dah cakap.."
"Lagi sekali. Tak dengar."
"Aku sukakan kau. Aku cintakan kau." Nash merenung tepat ke arah mata Ain.
Hati Ain berdebar. Serius ke apa yang dia dengar dari mulut Nash?
"Kau nak cakap pada secret admirer kau sebenarnya kan?" Ain cuba mengalih.
"Aku cakap pada kau." Nash serius.
"Jangan main-main la." Jantung Ain mula berdegup laju. Dalam hatinya menjerit gembira kerana tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi dia perlu jual mahal biar sampai Nash yang mengaku dulu.
"Aku dah lama sukakan kau. Aku tak pernah ada perasaan begini pada perempuan. Tapi aku takut sebab cara kau pandang aku seolah kau benci sangat-sangat pada aku. ."
"Aku tak benci kau. Tapi aku geram kau selalu buat masalah. Tapi bila kau tak cari pasal, aku rasa macam tak kena pula." Ain cuba menyembunyikan rasa berbunga-bunga di dalam hati.
"Aku minta maaf kalau selalu buat kau marah. Andaikata aku bertepuk sebelah tangan hari ni, aku tak kisah. Asalkan masih dapat berkawan dengan kau. Aku faham. Sekurangnya aku dah luah isi hati aku pada kau."
Suasana menjadi sunyi.
Hanya riuh suara manusia sekeliling kedengaran. Namun Nash dan Nurul Ain sekarang masing-masing hanya berdiam diri.
Ain merenung Nash. Dia melihat kesungguhan yang terpancar dari pandangan mata lelaki yang sering cari gaduh dengan dia di sekolah. Tapi Ain rasa nak tergelak dengan reaksi dan kesungguhan Nash dalam berkata.
"Nash, cuba kau tengok baju aku warna apa?"
Serentak itu wajahnya terus berubah. Ain menahan lucu melihat reaksi Nash.
Straw minuman terlepas dari mulut. Mata tidak berkedip. Dia merenung dan tidak percaya apa yang dilihat. Dia baru sedar ciri-ciri secret admirer itu ada pada Ain.
Alahai bendulnya kau Nash. Dah dekat sejam baru nak perasan. Lembab!
"Ain... Kau......." Nash tiba-tiba menjadi kelu.
"Ya. Aku lah secret admirer kau tu" Jawab Ain ringkas seraya melemparkan senyuman paling manis tetapi masih tersipu-sipu malu untuk mengakui dialah secret admirer itu.
"Ain..Kau sudi berkawan dengan aku?"
"Sekarang memang dah kawan kan?"
"Maksud aku... Kawan istimewa?"
"Kawan istimewa takkan panggil kau aku je?"
Nash berfikir sejenak. Ye tak ye juga. "Kalau panggil saya awak macamana?"
"Okay." Ain menunjukkan simbol jari ok kepada Nash.
"Jadi sekarang kita kawan?" Ujar Nash dengan suara gugup seolah tidak percaya. Ain hanya membalas dengan senyuman tanda setuju.
"Macam tu je?" Tanya Nash semula.
"Habis kau nak macamana lagi?"
"Kalau aku tau dari awal lagi aku dah luahkan isi hati aku pada kau."
"Siapa suruh kau lembab? Kalau tidak takde la kita asyik bergaduh dalam kelas."
"Eh, kata tadi nak panggil awak saya?"
"Oh.. sorry. Aku tak.. opss.. saya belum biasa lagi la awak." Ain dengan wajah merayu simpati yang dibuat-buat.
"Takpe. Lepas ni biasa la tu." Balas Nash sambil menyedut straw.
Ain senyum sambil mengangkat ikrar janji.
"Ain..."
"Ya.."
"I love you."
"I love you too."Jawab Ain malu-malu.
Begitulah hubungan mereka berlangsung sehingga dikenali sebagai "hot couple" di sekolah. Tidak pernah berenggang, sentiasa berdua kemana saja.
Namun panas tidak sampai ke petang. Hujan melanda di tengahari. Percintaan mereka dihalang ayah Ain. Dia akur dengan kehendak ayahnya. Ini disebabkan ayah mereka adalah seteru di dalam kancah politik. Setiap tindak tanduk Ain sentiasa dipantau oleh ayahnya. Hati Ain merintih terseksa kerana cintanya dihalang. Namun apakan daya sebagai seorang anak Ain tidak mahu menjadi anak derhaka.
Setelah tamat tingkatan 3, Ain mendapat tawaran belajar di MRSM. Mereka berdua berpisah membawa haluan sendiri.
Selepas tamat SPM, dia ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di negara matahari terbit. Selama setahun dia diwajibkan untuk mempelajari bahasa jepun di Malaysia sebelum berangkat ke sana selama 3 tahun. Tidak mahu mengenang kembali cinta yang tidak direstui si bapa, Ain tidak menoleh ke belakang. Belajar dan berusaha bersungguh-sungguh demi cita-cita bergelar seorang Jurutera.
Namun kerana kejutan budaya, dia hilang kewarasan dalam mempertahankan jati diri dan pegangan agama. Ain menjadi liar di sana.
Di sana dia berkenalan dengan seorang pemuda dari Argentina. Punyai paras rupa yang menawan, berpangkat dan berharta. Nakalnya seperti Nash. Bijak dalam tutur kata dan berjaya menuntun hatinya kembali untuk mencintai dan dicintai. Bersama pemuda itu Nurul Ain gagal mempertahankan kesucian diri kerana tidak tahan dengan godaan nafsu.
Setelah sekian lama bergelumang dengan hubungan seks tanpa ikatan sah, Ain mengambil keputusan untuk mengahwini pemuda tersebut walau dibantah Ain tidak peduli. Dia nekad mengahwini pemuda itu walaupun berlainan agama. Akibat dari itu dia disisih keluarga sehingga ayahnya tidak mengaku dirinya sebagai anak.
Selama 5 tahun dia menjalani kehidupan bersama suami tercinta. Kehebatan suaminya di ranjang benar-benar membuatkan Ain lupa segalanya . Lupa pada keluarga dan dan perintah agama. Bersama si suami, Ain terjebak dengan swinger. Semakin hari Ain semakin hanyut.
Segalanya berubah apabila dia menerima khabar duka ayahnya telah meninggal dunia. Nurul Ain menangis tiada berpenghujung. Dia menyesal kerana tidak sempat memohon ampun. Jika tidak kerana abang Ad yang menyampaikan berita, pasti Ain tidak tahu tentang pemergian ayahnya. Hanya abang Ad yang sudi bertanya khabar padanya sepanjang dia berada di perantauan. Akhirnya Ain mengambil keputusan berpisah dengan baik untuk pulang ke Malaysia membina hidup baru.
Setelah beberapa ketika, Ain terbaca surat-surat yang ditulis Nash sewaktu mereka terpisah kerana tidak lagi berada di sekolah yang sama. Surat itu ditemuinya dia dalam almari lama rumah di kampung. Menitis air mata Ain membaca kata-kata rindu dan cinta pada Ain. Selama ini dia beranggapan Nash tidak pernah berusaha mencari jalan untuk mempertahankan cintanya kepada Ain. Rupanya perasaan Nash tidak pernah berhenti setakat itu. Surat terakhir yang diterima Nash memberitahu dia akan melangsungkan perkahwinan dan mendoakan kebahagiaan buatnya dunia dan akhirat. Sampai begitu sekali kesetiaan dan ingatan Nash pada dirinya.
Oleh itu dia bertekad untuk memenangi hati Nash kembali tanpa mempedulikan status Nash yang sudah bergelar suami dan bapa orang.
Malangnya apa yang diharapkan menjadi sebaliknya. Tapi kenapa Adra? Jika dibandingkan, dia jauh lebih cantik dari Adra. Apa istimewanya Adra di mata Nash? Kenapa mesti menyusahkan diri bercinta dengan isteri orang?
Berbulan-bulan dia mengintip pergerakan dan aktiviti seharian Nash. Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon Nash, setiap hari Ain menagih cinta Nash sehingga akhirnya Nash berterus-terang mengakui dia memiliki kekasih hati selain dari Suraya.
Kesilapan Nash mendedahkan identiti Adra kerana menyangka dengan berterus terang tentang Adra, Ain dapat menerima kenyataan bahawa hati Nash selamanya tertutup buatnya. Namun dari situ Ain bertekad untuk mengenali Adra dan mengorek rahsia-rahsia Adra dan Nash. Adra pula seorang yang mudah mesra dan tidak berprasangka buruk kepada sesiapa yang berbuat baik kepadanya. Lebih mudah untuk dia mendapatkan kepercayaan Adra.
Rancangan Ain agar Nash dan Adra berantakan berjaya apabila tidak disangka Nazreen tiba-tiba muncul menemui Adra. Dari situ Ain menceritakan sisi gelap Adra yang tidak diketahui Nash selama ini. Habis dibongkar tentang perkenalan Adra dengan lelaki-lelaki lain selama masih bergelar sebagai isteri kepada Daniel. Tidak lupa juga tentang keterlanjuran Adra dan Faisal suatu ketika dahulu. Semua rahsia Adra berjaya dikorek dan disampaikan kepada Nash.
Ain tidak berhenti menggoda Nash sehingga pernah mempelawa Nash bermalam bersamanya tetapi Nash tolak mentah-mentah.
Nash tidak mempedulikan kisah silam Adra. Yang dimahukannya hanyalah ketulusan hati Adra. Ain tidak berpuas hati. Apa hebatnya Adra sampai begitu sekali penerimaan Nash serta menafikan dirinya yang lebih dahulu mengenali hati budinya sejak dari zaman persekolahan. Walau apa cara sekalipun Nash perlu dia miliki. Hanya itu matlamatnya.
******
"Abang ngah... Tolong la fikirkan sesuatu.." Ujar Ain dengan penuh kerisauan. Mengharapkan abangnya merencanakan sesuatu untuk dirinya.
Abang Ad merenung tepat ke anak mata adik bongsunya.
"Kau dah langgar orang. Video dah viral satu Malaysia! Sekarang kau suruh aku fikir?!!"... Bentak Abang Ad sehingga menimbulkan rasa gementar dalam diri Ain.
"Abang..." Air mata Ain mula bergenangan. Dia memegang lengan abang Ad.
"Dulu kau kata dah lupakan dia. Kononnya dah jumpa soul mate kau! Kau tak rasa malu ke nak jilat ludah kau semula"
"Dia cinta pertama Ain bang. Ain tak pernah lupakan dia." Gugur sebutir mutiara jernih dari kolam anak matanya.
"Tapi dia dah berkeluarga Ain. Biar dia dengan kehidupan dia! Kau juga yang hancurkan hati dia dulu."
"Itu semua sebab ayah. Ain tau dia tak bahagia. Sebab tu dia ada perempuan lain."
"Itu bukan urusan kau. Apa yang kau boleh buat?"
"Ain lebih mampu bahagiakan dia dari perempuan tu."
"Kalau betul apa yang kau rasa, dah lama Nash kembali pada kau. Tapi realitinya tidak. Kau tak terfikir ke kalaulah Adra tu mati, kau nak tanggungjawab? kau dah aniaya suami dia, keluarga dia. Dia tak bersalah pun. Kau ingat dengan apa yang kau buat tu boleh buat Nash kembali pada kau semula?"
"Abanggg..." Ain menangis teresak-esak. Melutut memeluk kaki abangnya yang sedang marah.
Abang Ad berdiri. Pelukan Ain terlerai. Dia menyalakan kembali bara paip tembakau yang sudah terpadam.
"Kau dengar sini. Aku akan beritahu Nash hal sebenar pujuk dia tak perbesarkan cerita sampai dia maafkan kau-"
-"dan kau...janji dengan aku kau akan lupakan Nash selamanya kalau tak nak meringkuk dalam penjara atas kesalahan cubaan membunuh."
"You better off alone!" Ad memberi amaran keras sebelum pergi meninggalkan Ain.
Ain melutut meraung. Lain yang di harapkan, lain yang berlaku. Apa yang dikejar tak dapat, malah apa yang dikendong berciciran.
Share this novel