Bab 4 - Payung Teduh

Romance Series 38806

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ini Adra mengenakan sepasang baju kurung moden, bertudung senada dengan baju biru muda untuk ke tempat kerja. Tampil begitu elegan dan manis di pandang.

Rutin harian waktu pagi sebelum ke tempat kerja adalah menghantar anak-anak daranya ke rumah ibu mertua yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Selepas itu, Daniel akan menghantar Adra ke stesyen tren untuk ke tempat kerja pula. Seperti biasa di dalam tren Adra akan mula menulis cerita yang masih belum tamat sambil mendengar lagu.

Tetapi pagi ini Adra langsung tiada mood untuk menulis. Mindanya kosong, jiwa untuk mengolah idea menjadi sebuah cerita itu tiada. Puas Adra berfikir dan hasilnya tetap sama. Mungkin dia perlukan sebuah lagu yang boleh menyuntik kembali mood menulisnya. Adra teringat tentang mamat bengang a.k.a Nash, satu-satunya lelaki yang mempunyai citarasa dalam lagu.

"Hmmm...mungkin aku boleh minta lagu yang sesuai dari mamat tu kot!" Adra mengumam sendirian.

Lantas, aplikasi telegram di buka. Tiada notifikasi chat baru yang masuk, mungkin Nash sudah berputus asa kerana Adra tidak melayan setiap chat yang di hantar semalam.

Adra mula menaip, menghantar chat pada Nash.

Adra : So feel terbang tak ni?

Mamat bengang is typing....

Mamat bengang: Dari semalam tak landing lagi ni.

Mamat bengang: Flight kat klia dah berapa kali mendarat I je tak mendarat lagi.

"Cepat betul mamat ni jawab." Adra mengeleng kepala sambil tersenyum.

Adra: Teruk tu. Wife you stewardess?

Mamat bengang: You minat nak jadi stewardess ke? I takkan halang kerjaya you.

Adra: Oh come on.. jangan main tarik tali please!

Mamat bengang: Hahaha. Wife I tak kerja. Jadi housewife sepenuh masa je.

Adra: Kan senang cakap macam tu. Rasa berdosa plak chat dengan you ni.

Mamat bengang: Ala you pun dah ada hubby kan..

Adra: Oh ya, ada lagu-lagu yang bagus untuk I dengar tak sebab mood nak menulis cerita dah hilang la. Kot-kot you nak rekemen satu lagu untuk I?

Mamat bengang: Hmmmm....pernah dengar payung teduh tak? Band dari Indonesia, cuba cari tajuk lagu untuk perempuan yang sedang dalam pelukan.

Adra senyum, mamat ni memang luar biasa!

Adra: Thanks Nash. I nak masuk pejabat dah ni. Kita chat nanti ya.

Mamat bengang : Okay, see you later! Kalau rindu carilah I..I sudi jadi payung teduh you..

Adra ketawa kecil. Mengeleng kepalanya bila membaca usikan nakal Nash itu. Biarpun mereka belum bertentang secara empat mata lagi, Adra tertarik dengan perwatakan Nash. Cara dia mengusik dengan kata-kata bersahaja cukup mencuit hati Adra.

Setibanya Adra di pejabat, dia memfokuskan diri pada kerja penting yang perlu di hantar melalui email kepada boss. Setelah selesai, tangan Adra mula membuka Youtube, ditaip tajuk lagu dan didengar dengan teliti melodi serta setiap bait-bait lirik lagu itu.

"Not bad juga taste mamat ni." Adra mengomel dalam senyuman.

Aplikasi telegram dibuka semula.

Adra: You, boleh bagi no telefon? I letih nak menaip pula.

Mamat bengang is typing....

Mamat bengang: Boleh Cik Adra, anything for you..my no 012-3456789....I tunggu tau, rindu!

Adra tersenyum lagi. Mamat ni memang tak habis-habis dengan terapung, terbang dan rindu memanjang. Lepas ni kalau Adra call, entah-entah meroket terus sampai ke bulan agaknya.

Perut mulai terasa lapar, Adra melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

"Patutlah lapar, dah waktu lunch rupanya." Adra membebel sendiri.

Hari ini dia terpaksa lunch seorang diri kerana Sabreena bercuti. Adra berjalan ke arah lobi menunggu ketibaan lif. Handphone ditangan berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Faisal is calling...

"Haishh! Apa lagi mamat ni nak?" Adra merengus perlahan.

Panggilan dibiarkan tidak berjawab. Pintu lif terbuka dan segera Adra masuk dan menekan butang G turun ke bawah. Buka saja pintu lif di lobi bawah, Adra terus saja berjalan keluar tanpa menoleh kiri dan kanan. Di dalam fikiran hanya sibuk memikirkan menu apa yang hendak di makan.

"Adra..." Laung Faisal dari belakang.

Terhenti langkah Adra. Dia menoleh ke belakang menunggu Faisal datang hampiri dirinya dengan muka masam mencuka tanda menyampah.

"Sayang nak pergi lunch kan? Jomlah kita pergi sekali." Faisal memegang tangan Adra dan ditarik supaya mengikutnya.

Adra terpinga-pinga, tangan ditarik minta dilepaskan kerana tidak mahu sesiapa nampak aksi terlarang mereka di tempat terbuka.

"You ni dah kenapa Faisal? Semalamkan dah lunch sama, takkan hari ni nak lunch sama lagi? I nak bungkus saja malas nak makan luar, panas!" Adra memberontak.

Dah la ajak lunch di hari jumaat, memang sah la mamat ni tak pergi ke masjid! Adra mengeleng kepala.

"Sayang, I rindukan you. Nak jumpa you, lunch sama-sama setiap hari macam dulu. Beri I peluang untuk menyayangi dan menjaga you semula. I betul-betul cintakan you, sayang." Begitu lirih suara Faisal.

Faisal masih mengulangi ayat yang sama seperti semalam, mahu meraih kembali cinta mereka seperti dahulu kala. Tetapi mengapa setelah hati Adra sudah mula pulih dari kelukaan, Faisal kembali? Masihkah ada cinta berbekas di dalam hati atau pun hanya kerana nafsu semata? Semua persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran Adra kini.

"Please...sayang..." Faisal merayu.

Inilah kelemahan Adra, perasaan tak sampai hati untuk tidak menghampakan hati orang membuatkan Adra selalu mengalah walaupun hatinya sendiri tengah berperang untuk menolak pelawaan Faisal.

"Okaylah, jom makan. You belanja tau." Adra beralah.

Usai memesan makanan, Adra membuat satu panggilan di depan Faisal.

"You call siapa tu?" Faisal bertanya.

"Kekasih hati I yang baru. Sekejap ya!" Adra senyum sinis.

Setelah beberapa deringan, panggilan Adra di jawab oleh Nash.

"Assalamualaikum Cik Adra." Suara Nash menyapa halwa telinga Adra. Suara yang begitu damai dan bersahaja.

"Waalaikumsalam sayang, sorry lama buat you tertunggu-tunggu. I baru nak lunch ni, lapar..." Adra merengek manja.

Sengaja.

"Erk! Betul ke ni Adra? Ke salah orang?" Nash sedikit terkejut dengan panggilan sayang bercampur sangsi.

Adra senyum meleret manja. Dari lirikan mata Adra sudah dapat melihat sinar cemburu dari wajah Faisal yang begitu ketara.

Hati Adra mengekek riang, seronok melihat muka Faisal yang sedang cemberut.

Adra bangun dari meja, menuju ke luar kedai makan sedikit jauh dari Faisal. Mata Faisal masih mengekori lenggok Adra dengan mukanya sudah mula bertukar masam mencuka.

"Hi Nash, I minta maaf tiba-tiba panggil you sayang tadi. Tersasul." Adra sedikit gugup hingga terpaksa menipu.

"Eh tak apa, nak teruskan dengan panggilan sayang tu pun I okay je. Nampak lebih romantik." Nash berloyar buruk.

Adra ketawa. Tak sangka Nash banyak juga loyar buruknya.

Mereka berbual dan bergurau senda tanpa Adra sedar perbualan mereka berdua sudah hampir sejam.

Faisal mula rasa terpinggir apabila Adra tidak mempedulikanya sehingga makanan yang di pesan sudah sejuk, hilang selera untuk di jamah. Bengang dengan sikap acuh tak acuh Adra, Faisal lantas bangun menuju ke cashier dan kemudian keluar berjumpa Adra.

"Adra! I balik dulu, makanan semua tu I dah bayar." Kasar suara Faisal, tanpa banyak kata dia berlalu pergi meninggalkan Adra yang masih lagi dalam talian berbual bersama Nash.

Adra hanya mengangguk. Sedikit pun dia tak ambil pusing apatah mahu memujuk Faisal yang sedang marah ketika itu.

Adra masih lagi mahu berbual, perut yang lapar terasa kenyang mendengar suara Nash. Adra cukup selesa dengan Nash yang sekepala dengannya, keserasian mereka
berdua berkongsi dari hal peribadi hingga ke muzik tanpa sempadan. Ternyata Nash tidak lokek berkongsi interpretasinya pada lirik lagu untuk setiap pertanyaan Adra mengikut apa yang dia faham dan tahu.

Dari perbualan telefon di waktu siang, mereka menyambung pula ke malam hari menerusi chat di telegram.

Ping!

Mamat bengang: Hi awak. Dah siram pokok bunga?

Tergelak Adra membaca mesej dari Nash.

Tak pernah dibuat orang tanya soalan dah siram pokok bunga ke belum malam-malam buta macam ni. "Ingat aku ni duduk kawasan kampung ke ada masa nak bersiram pokok bunga bagai." Getus Adra dalam hati.

Adra mendapat satu akal untuk menguji si mamat bengang. Dia tersenyum nakal.

Jarinya lincah membalas.

Adra: Awak? Mula-mula ber I and You, sekarang nak ber 'awak-awak' pulak? Mesti flirt dengan ramai aweks ni sampai tersasul.

Mamat bengang: Eh! Mana ada. I tu bermaksud saya, You tu maksudnya awak. Salah ke kalau nak guna bahasa melayu sepenuhnya? Bahasa jiwa bangsa you know!

"Cettt... Bahasa jiwa bangsa konon. Eii geram pulak aku." Adra hangin.

Adra: Tapi I and You tu boleh juga jadi maksud aku dan kau kan? Kenapa tak nak guna aku kau? Ha jawab la!

Adra menguji lagi. "Liat betul mamat ni lah!"

Mamat bengang: Agak-agak la Cik Adra uiiii. Takkan nak ber aku kau pulak. Kita bukan pernah sekelas pun masa darjah 2. Sebab masa darjah 2, semua perempuan I panggil diorang kau aku je.

Mamat bengang: Kalau kita keluar tengok wayang nanti ada perempuan yang i membahasakan diri aku kau tu tak lain tak bukan perempuan tu sekelas dengan I la masa darjah 2 dulu.

Sekali lagi Adra tergelak membaca balasan si mamat bengang. Out of the box betul dia punya reply. Lain yang Adra predict, lain yang dia reply.

Adra: Sorry. I tak percaya. Mengaku je lah ramai aweks yang you dah flirt.

Mamat bengang: Kenapa nak suruh mengaku benda yang tak betul? Ini tidak adil ! ( Seperti gaya abdul wahib dalam filem 3 abdul)

Adra ketawa perlahan. Sengal juga mamat ni.

Mamat bengang: You nak tau tak hari ni masa I balik kerja tadi I tolak motor kat tepi highway.

Mamat bengang: Lepas isi minyak I jalan je la. Tiba dekat bawah jambatan, motor I mati enjin.

Mamat bengang: Bila I check rupanya I bayar duit minyak tapi tak isi minyak pun!

Adra: Laaa kenapa macam tu? Duk ingat apa sampai lupa nak isi minyak?

Mamat bengang: Ingat someone yang dah buat I terapung sampai sekarang tak turun-turun lagi. In fact, masa meeting tadi apa yang bos cakap pada i, satu pun tak lekat dalam kepala.

Mamat bengang: Hari ni semuanya serba tak kena, I tak tau dan tak sedar apa benda yang I buat pun..

Mamat bengang: Tapi satu je yang I sedar.

Mamat bengang: I baru sedar yang I dah jatuh cinta pada you.

Mamat bengang: I tak tau bila I jatuh cinta pada u, tapi bila I sedar, I tau I memang dah jatuh cinta pada you.

Mamat bengang: I mahu jadi payung teduh untuk you, sayang.

Terlepas handphone dari pegangan tangan Adra.

Gulp! Air liur terasa perit.

Betulkah apa yang sedang dia baca?

## Untuk Perempuan yang Sedang Dalam Pelukan - Payung Teduh ##

Tak terasa gelap pun jatuh
Diujung malam menuju pagi yang dingin
Hanya ada sedikit bintang malam ini
Mungkin karena kau sedang cantik-cantiknya
Lalu mataku merasa malu
Semakin dalam ia malu kali ini
Kadang juga ia takut
Tatkala harus berpapasan ditengah pelariannya
Di malam hari
Menuju pagi
Sedikit cemas
Banyak rindunya
Uuuu.
Uuuuuuuu...
Lalu mataku merasa malu
Semakin dalam ia malu kali ini
Kadang juga ia takut
Tatkala harus berpapasan ditengah
Pelariannya
Dimalam hari
Menuju pagi
Sedikit cemas
Banyak rindunya
Uuuu...
Uuuuuuuuu...
Dimalam hari
Menuju pagi
Sedikit cemas
Banyak rindunya
Uuuu...
Uuuu... Uuu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience