Bab 20 - Selimut Hati

Romance Series 38806

"Sayang, how are you today? Feel better than yesterday? Ubat dah makan?" Soal Nash dalam nada kerisauan.

Adra memicit kepalanya yang tengah berdenyut akibat batuk yang berterusan sehingga dadanya sakit.

"I okay sayang, jangan risau ya." Jawab Adra lemah.

"I'm sorry sayang. You jadi begini sebab I. Ini semua salah I. Kalau I tak beriya nak jumpa mesti tak jadi macam ni. Kesian anak-anak sayang terpaksa berjauhan dari sayang. I am truly sorry sayang." Nash rasa bersalah kerana Adra disahkan positif Covid-19 selepas 3 hari pertemuan mereka yang berakhir di hotel.

"Sayang, benda dah nak jadi. Tak perlu minta maaflah. Lagi pun I yang willing walaupun dah tau apa risikonya. Dah sayang such a good kisser, I can't resist." Lemah suara Adra menjawab tetapi bagi Nash itulah suara paling seksi.

"Sayang rehatlah, esok dah nak puasa. Malam ni I pergi terawih dulu, nanti I teman sayang sampai sayang tertidur okay. Sayang jangan lupa makan, makan ubat sekali tau. I balik dulu sayang, jumpa malam nanti." Pesan Nash sebelum pulang ke rumah selepas waktu pejabat.

Adra angguk. Dia tiada daya lagi ingin bercakap, tekaknya perit dengan batuk yang semakin menjadi-jadi.

Nash menamatkan panggilan telefon.

Adra mengeluh perlahan. Esok umat islam mula berpuasa, tetapi dirinya tidak mampu untuk berpuasa kerana demam diiringi dengan batuk dan selsema, memerlukan dia memakan ubat sentiasa. Adra sudah tidak larat menanggung kesakitan akibat virus covid ini kerana tubuhnya menjadi lemah dan lesu.

Anak-anak daranya awal-awal sudah dihantar pada mertua. Betapa marahnya Daniel apabila Adra memberitahu dia positif Covid-19 kerana telah menyusahkan maknya sendiri untuk menjaga anak-anak mereka yang masih kecil itu. Adra hanya memekakkan telinga, malas mahu melayan baran Daniel kerana dia sedia maklum yang suaminya tak akan mahu berkorban tenaga dan masa untuk menjaga Adelyna & Ariana sepanjang Adra dalam kuarantin ini. Jadi lebih baik dia biarkan anak-anaknya dijaga mertua.

"Abang, nanti belikan mama roti dengan air kelapa. Tak lalu nak makan nasi lah." Adu Adra pada suaminya, Daniel.

"Hmmm..suka menyusahkan orang! Tengoklah kalau sempat nanti. Abang balik lepas sahur kang, malam ni abang ada kerja nak kena buat. Cari duit sikit untuk bulan puasa ni, nak harapkan ma memang tak adalah. Semuanya abang juga yang nak kena buat dan fikir." Balas Daniel menyinis.

Adra hanya mampu mendiamkan diri, berkaca-kaca matanya menahan kesedihan. Hatinya betul-betul terguris dengan kata-kata Daniel. Jauh beza cara Daniel dan Nash, bukan Adra sengaja membanding-bandingkan tetapi di tahap ini sewaktu Adra sedang demam teruk, Daniel hanya membiarkan saja si isteri menanggung seorang diri tanpa mempedulikan sakit pening Adra. Dimanakah sifat kemanusiaan Daniel pada isterinya?

"Sayang...I need you ...." Bisik Adra dalam juraian airmata sambil memeluk erat bantal Shin Chan pemberian Nash sebagai penganti diri.

Sungguh Adra memerlukan Nash di sisi, hanya dia yang mampu menenangkan hatinya yang sedang galau di saat ini tetapi semua itu tak mungkin terjadi. Isteri dan anak-anaknya lebih memerlukan Nash di kala ini kerana mereka lebih berhak berbanding dirinya. Adra sedar yang dia hanya menumpang kasih dan sayang Nash, namun dia bersyukur kerana masih ada lagi lelaki yang ikhlas menyayangi dirinya biar pun dia berstatus isteri orang.

Adra terjaga apabila terdengar azan Isyak berkumandang dari luar tingkap bilik tidurnya. Adra terlelap akibat terlalu banyak menangis petang tadi. Terasa sunyi rumahnya kerana hanya dia seorang diri kuarantin di dalam bilik. Satu keluhan kecil dilepaskan, betapa sedihnya hidup bersendirian begini tetapi dia harus kuat dan cepat sihat demi anak-anaknya. Adra bangun menggapai ubat, kepalanya masih lagi berdenyut sakit, demam juga tidak kebah walaupun sudah hampir sepapan panadol ditelannya. Setelah memasang lampu dan menelan ubat, Adra bangun menuju ke bilik air untuk mandi, menyegarkan diri.

Selesai mandi dan berpakaian, Adra mencapai telefon. Ada beberapa chat dari telegram yang masih belum dibaca. Berkerut dahi Adra tatkala melihat si penghantar chat tersebut.

Cairol: Hi mommy chantek, buat apa tu?

Adra melihat waktu bila chat ini dihantar.

"Pukul 6.45 tadi, pelik." Adra mengumam.

Adra hanya membiarkan saja chat itu tidak berbalas. Sudah berkali-kali chat yang dihantar padanya tidak dibalas. Dia malas mahu melayan kerana mamat ini tidak pernah kenal erti putus asa dan tak faham bahasa walaupun sudah berkali-kali dia menolak.

Cairol, nama samaran lelaki yang dikenali daripada rakan socmed bernama Sarah yang tinggal di Brunei. Menurut Sarah, Cairol adalah lelaki kasanova yang telah mempermainkan perasaannya sepanjang mereka bersama di alam maya. Atas dasar ingin membalas dendam dan mengajar erti sebuah kesetiaan, Sarah memberi idea pada Adra untuk memikat Cairol agar jatuh cinta padanya dan kemudian tinggalkan lelaki itu tanpa kata agar dia tahu betapa sakitnya bila cinta ditolak.

Sarah sahaja yang tergila-gilakan Cairol dan sering bercerita pada Adra tentang Cairol. Tetapi Sarah ibarat bertepuk sebelah tangan walau pelbagai cara dibuat untuk meraih perhatian Cairol. Malangnya Cairol langsung tidak tertarik pada Sarah setelah melihat foto Sarah.

Ini menyebabkan Adra berasa jengkel dengan sikap obses Sarah pada Cairol. Sepatutnya Sarah berpijak di bumi yang nyata. Tak usah jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Adra tidak faham dengan Sarah. Sering bercerita tentang lelaki itu, lelaki ini yang dikenali dalam alam maya pada Adra. Begitu mudah melayan sesiapa walhal dia sendiri sudah bersuami dan mempunyai anak. Dia tiada masalah dengan kehidupannya berbanding Adra. Hidupnya serba lengkap. Pendek kata, tidak bersyukur dengan apa yang dia telah perolehi dalam kehidupannya.

Pada awalnya Adra menolak cadangan gila si Sarah ini tapi setelah rimas dirayu dipujuk berkali-kali dan atas dasar kononnya kawan baik maka Adra terpaksa bersetuju. Dimulai dengan hanya bertegur sapa mengenai lagu-lagu yang menjadi kesukaan, akhirnya mereka menjadi rapat dan saling bertukar cerita tentang kehidupan dari segi hal anak-anak kerana Cairol begitu menyayangi bayi kecil yang comel. Daripada Cairol lah Adra banyak belajar terutama sekali tentang penjagaan bayi kerana Adelyna masih lagi kecil, banyak petua-petua yang diberikan oleh Cairol memudahkan Adra. Hanya sebab itu Adra berkawan dengannya.

Setelah beberapa ketika berkenalan, Cairol mula jatuh hati pada Adra. Tetapi akibatnya Sarah pula menjadi cemburu kerana menganggap Adra telah merampas idaman hatinya walhal Adra langsung tiada menyimpan perasaan. Niat asal Adra hanyalah agar Sarah tidak terus meroyan dan tidak mengingati Cairol. Walaupun Adra melayan kata-kata cinta pada Cairol namun dalam hati Adra tiada langsung rasa cinta walau sebesar kuman. Dalam ertikata lain, Adra cuma sekadar ambil hati dan kasihan sahaja. Namun disebabkan cara Adra membalas dan melayan kata-kata cinta itu telah membuatkan Cairol benar-benar tergila-gilakan Adra lalu Sarah jadi bermusuh dan putuskan persahabatan dengan Adra.

Ping..

Adra tersenyum melihat gambar Nash yang super handsoime berbaju melayu hijau.

Nash: Sayang, husband you nak pergi terawih dulu tau. Nanti I video call sayang lepas terawih okay. Be a gud girl, makan ubat and have a good rest..mmmuuahhh.

Adra: okay sayang.. see sayang later.

Adra senyum lagi. Nash tidak pernah sesekali lupakan dirinya, kalau boleh setiap 5 minit pasti Nash akan hubungi dirinya untuk bertanya keadaan Adra yang melepek teruk akibat covid hasil dari "make love" mereka tempohari. Mungkin Nash ingin menutup rasa bersalahnya, maka sikap ambil berat lebih dititik beratkan.

Ping..

Satu chat telegram masuk. Kali ini dari Cairol pula.

Cairol: Hi Mommy Chantek, makan apa tadi? I tengah smoke dekat luar rumah ni sambil teringatkan you. Kenapa you tak reply chat I? Hari I sunyi tanpa berita dari you..

Adra memicit kepalanya yang berdenyut, "mamat ni dah kenapa agaknya tiba-tiba nak bermadah pujangga? Sedangkan sebelum ni kemain lagi kata I love my family, la ni sunyi pula? Adui, sakit kepala."

Pantas Adra menaip.

Adra: Tak sihat.

Cairol is typing..

Cairol: You demam? Dah makan ubat?

Adra: I positif covid.

Cairol: Ya Allah, you okay tak ni?Dah makan ubat? You jangan skip ubat tau, setiap 6 jam kena makan sebab covid ni tak ada ubat selain panadol saja.

Cairol: Kejap lagi nak Isyak dan terawih dengan family dekat rumah je. Tunggu anak-anak I siap jap, tadi I ajar dorang mengaji so nak berhenti rehat la apa la, macam-macam. Alasan sebab babah masak sedap sangat, kenyang sampai penat nak terawih pula.

Adra mengeluh perlahan. Kadangkala, alangkah seronoknya melihat kehidupan Cairol sekeluarga. Dia seorang babah penyayang, mengutamakan anak isteri yang menjadi pendamping dirinya. Mengapa kehidupan Adra tidak begitu?

Tetapi pada Adra lelaki ini hanya cuba berlagak baik depan Adra tetapi sebenarnya hipokrit. Bahkan sering menunjukkan kebahagiaannya bersama isteri dan anak-anak di media sosial. Nampak bahagia tapi dalam diam masih cuba memikat wanita lain?

Biarlah, setiap manusia telah Allah tentukan jodoh masing-masing. Adra tidak mahu ambil pusing sangat.

Adra: Pergilah terawih tu nanti wife you syak sesuatu pula bila you lama dekat luar.

Cairol: Nantilah dulu, anak-anak I tengah tengok TV pula. Dorang kalau I tak paksa untuk solat dan mengaji memang tak buat punya...

Cairol: Seriuslah, hari ni sunyi pula I rasa bila you senyap. I asyik teringat dekat you saja, apa yang you dah jampi eh?

"Dah kenapa dia ni?"Adra berkerut.

Adra: Tak kuaser I nak jampi you. You kan suami dan babah penyayang? Kononnya sayang wife sampai mati, takkan ada perasaan pada orang lain selain wife you, so apa kena mengena dengan I sampai you sunyi bagai? You jangan macam-macam eh Cairol... nanti marah pula Sarah sebab kacau skandal dia...

Cairol: Okay you, I minta maaf sebab tak dapat nak jaga you yang jauh dimata tetapi sentiasa ingat, I selalu ada jika you perlukan I tau. I tahu you mesti boring, I keje 24 jam malam ni, nanti I nyanyikan you satu lagu okay! You dengar dulu lagu selimut hati dari Dewa 19, khas ditujukan pada mommy chantek.

Adra: Tak payah. I boleh jaga diri sendiri. Kenapa dengan lagu tu?

Cairol: I nak jadi selimut hati you...oklah I nak masuk dulu. Anak-anak I dah ready, you rest ya. Nanti kita borak lagi. Assalamualaikum.

Adra tidak membalas chat terakhir Cairol, jarinya lincah mencari tajuk lagu yang diberikan oleh Cairol di Spotify. Hatinya pelik bila Cairol beria menyuruh dia mendengar lagu itu.

Earphone disumbat pada telinga, lagu dimainkan. Adra memejam mata, menghayati lagu nyanyian Dewa 19 itu. Adra teringat, lagu sama pernah dia dengari dari Sarah. Menurut Sarah, Cairol ada memberi satu video dia memetik gitar sambil mendendangkan lagu itu buat Sarah.

"Hmmm..buaya in da house. Takdelah best sangat lagu ni. Melodi, binding, lyric, arrangement lagu ni biasa-biasa je." Adra mengumam. Sejak mengenali Nash, Adra dah tau serba sedikit tentang sudut teknikal dan kualiti sesebuah lagu.

Teringat Adra pada peristiwa Cairol menangis dan merajuk minta dipujuk apabila tanpa berselindung Adra beritahu Cairol bahawa hatinya cuma pada Nash.

"You tak perlu letak apa-apa harapan dari I. Hubungan kita ni takkan kemana-mana." Ujar Adra menyedut minuman sambil jarinya lincah menaip pada komputer.

"Kenapa you cakap macam tu? Sampai hati you. I ikhlas dengan you" Suara Cairol dari telefon.

"I dah ada someone yang paling I cinta dan sayang. You pun tau siapa orangnya." Adra memandang skrin telefonnya.

"I cintakan you. I sayangkan you. Kalau I kenal you sebelum kenal isteri I, memang I akan pilih you jadi isteri I." Bersungguh-sungguh Cairol berkata.

"Dalam mimpi pun takkan berlaku. Hati I hanya dia."

"Tapi apa kurangnya I kalau bandingkan dengan dia? I cinta dan sayangkan you lebih dari dia. I mampu buat apa sahaja untuk you, mommy chantek." Sayu Cairol bersuara. Bunyi esakan tangisan kecil kedengaran.

Adra tidak menjawab namun hanya tersenyum sinis dan mengangkat bahu.

"Nama je askar, tapi cengeng, depan perempuan pun nak menangis. Lemah!" Berkata Adra dalam hati.

Berbeza dengan Nash, malah Nash lah yang selalu mengusik sampai buat Adra merajuk!

Selalunya bila Adra merajuk, Nash akan bermain gitar dan menyanyi dengan penuh perasaan untuk memujuk. Cair Adra dibuatnya. Begitulah perempuan, dalam hati berbunga bukan kepalang namun luaran tetap masih merajuk. Begitulah kalau Adra teringin nak dengar Nash petik gitar dan menyanyi, maka Adra akan pura-pura merajuk.

******

Perut Adra mula terasa lapar. Dia ingin ke dapur mencari apa yang boleh dimakan. Baru saja Adra keluar dari bilik, loceng rumahnya berbunyi. Dengan lemah Adra mengenakan pakaian lengkap dan memakai tudung.

"Siapa pula yang datang?" Omel Adra.

Adra mengintai dari peeping hole pintu.

"Grab? Bila masa aku order grab?" Tanya Adra sendirian. Mungkin Daniel yang membuat pesanan untuknya.

Dengan berhati-hati Adra membuka daun pintu menjengah sedikit. Seorang pemuda memakai topeng muka berpakaian rider Grab berdiri di hadapan pintu.

"Puan Adra?" Pemuda tersebut bertanya.

Adra begitu mengenali suara itu.

"Nash? Sayang? Is it you?" Adra mengerutkan dahi.

"Tadaaa". Topeng muka diturunkan perlahan. Pemuda tersebut tersenyum.

"Sayangggg.. you buat apa ni?" Air matanya mula bergenang. Perlahan-lahan gugur setitis menuruni pipi. Terharu rasanya melihat kekasih hati muncul tiba-tiba di hadapannya dikala dirinya benar-benar mendambakan keberadaan Nash di sisi. Terasa ingin dipeluk lelaki ini kerana dia terlalu rindu.

"Sorry kalau I mengganggu dan buat you terkejut. Panjang ceritanya. Kalau ada masa I cerita. I datang nak pastikan you ok ke tak. Ni I ada makanan untuk you. I sendiri order, I sendiri hantar. I tak boleh lama sangat. Nak kena balik rumah lepas ni."

"Sayanggg..kenapa you nak susahkan diri sampai macam ni sekali. Baru sejam lepas you text, I ingat you tengah terawih."

"I dah habis terawih. I terawih dekat-dekat dengan kawasan rumah sayang. I datang sini nak hantarkan sayang makanan. Sayang mesti tengah lapar kan?"

Adra menganggukkan kepala berkali-kali.

"Nak I suapkan tak?" Usik Nash

"Nakkkk.." Adra merengek manja meminta dikasihani.

"Alololo. Mengadanya orang sakit ni." Nash senyum.

"Husband I balik sebelum sahur nanti. Berani ke sayang nak suapkan I yang tengah positif ni?" Tanya Adra.

"I don't care. You positif pun puncanya dari I." Balas Nash dengan muka selamba.

Adra tersenyum girang!

Pintu dibuka, tanpa ragu-ragu Nash terus melangkah masuk.

"Sambil suap I makan, you cerita macamana you boleh terjebak sampai datang ke sini?" Kata Adra sambil menutup pintu.

Nash memandang pintu yang telah dikunci rapat. Senyuman tersungging dari bibirnya.

Dengan gaya intonasi Pak Abu dalam cerita Hantu Kak Limah, Nash menarik Adra duduk di atas ribanya sambil membuka bungkusan makanan.

"Ceritanya tu begini....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience