Bab 16 - Semua Tentang Kita

Romance Series 38806

"Kecik je dunia ni. Tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Aku tak pernah datang memancing kat sini. Ini first time. Member aku yang bagitahu tempat ni." Ujar abang Ad. Nama betulnya Ahmad Fuad.

Ting!

Bunyi penutup Zippo 1950's Sterling berwarna silver dibuka dengan sekali tolakan menggunakan ibu jari terus menyala lalu dicucuh pada lubang paip berisi tembakau. Asap dihembus keluar dari mulut dan hidung dengan penuh gaya. Wajahnya seperti tersenyum dan kelihatan tenang sekali. Pawer ah!. Tak senyum pun muka nampak macam tengah senyum. Memang sebijik macam Clint Eastwood.

******

Zaman sekarang ni memang dah jarang dapat jumpa orang hisap tembakau paip. Semua nak sedut vape je. Rokok pun beli rokok seludup kedai acheh je. Rokok cukai dah mahal. Tak boleh blah Nash terpaksa hisap rokok seludup cap U2 masa pkp dulu. Rasa macam lipas. Rokok jenama League yang ada gambar bola tu pulak rasa macam sedut asap bunga api. Menyesal Nash beli. Sejak dari itu Nash tak beli dah rokok. Dia hisap vape je. Dia cuma pow kawan-kawan yang hisap rokok Dunhill atau Marlboro je. Itu pun sekali sekala. Dia dah jarang nak hisap rokok.

Cilake kau Nash. Dah la pow orang, memilih nak rokok mahal je.

******

"Aku pun tak sangka jumpa kau kat sini bang." Nash merenung jauh ke arah tasik. Sesekali dia melemparkan batu kecil ke tengah tasik. Tiga kali batu tersebut melantun di atas air sebelum tenggelam ke dasar.

Kemudian Nash terpandang plastik roti gardenia sambal bilis terapung di permukaan air. Nampaknya si gagak Takiya Genji telah selamat menghabiskan rotinya yang dicuri.

"Kau duduk area sini ke Nash?" Sesekali dia memeriksa jorannya. Mana tahu kalau ada ikan yang menyambar umpan.

"Beli rumah kat sini." Nash mengeluarkan vape dari poket. Disedut dengan penuh perasaan. Baru tukar katrij. Syahdu rasanya.

"Macamana life sekarang? Berapa orang anak dah? Kau mesti dah kahwin kan?" Pandai bang Ad ni scan orang ekk. Nash tak cakap lagi pun dia boleh tau. Handal dia ni. Handal...

Nash angguk menunjukkan isyarat 2 jari.

"Sepasang?" Tanya abang Ad lagi.

Nash menggelengkan kepala.

"BoBoiBoy kuasa 2 bang. Kalau ikutkan 3 BoBoiBoy. Sorang lagi meninggal 3 hari selepas lahir. Yang sulong dah form 1. Yang kecik baru 3 tahun. Yang meninggal kalau ikutkan umur sekarang dah 7 tahun."

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Salam takziah Nash. Anak syurga tu. Dia tunggu kau nanti kat sana. Meninggal sebab apa?"

"Tak cukup bulan." Nash masih merenung jauh ke arah tasik. Riak wajahnya bagai ada sesuatu yang sedang bermain di minda.

Abang mengangguk tanda faham dengan penjelasan Nash.

"Semua lelaki anak kau ye. Hebat."

Nash senyum.

"Rezeki Allah dah tetapkan bang".

"Sekarang ni aku rasa kau mesti nak tanya aku pasal Nurul Ain. Betul tak? Hehehe" Abang Ad senyum sinis.

Eh eh! Dah macam Nostradamus pulak dia ni. Macam tau-tau je aku memang nak tanya pasal tu. Memang handal brader Ad ni. Dulu aku menuntut ilmu kayuh basikal tak payah pegang handle aku belajar dengan dia la.

Nurul Ain. Nama itu muncul kembali dalam fikirannya hari ini. Nash tidak pernah lupa waktu pertama kali mengenali si gadis genit dan lincah tetapi garang.

"Apa khabar dengan dia sekarang bang?"

"Alhamdulillah Nurul Ain sihat walafiat je. Kenapa tanya?"

******
FLASH BACK

Hari ini adalah permulaan Nash melangkah ke alam persekolahan tingkatan satu.

Sekolahnya agak jauh dari rumah. Jika menaiki basikal akan mengambil masa kira-kira 20-30 minit. Ayah Nash bercadang hendak memohon pertukaran ke sekolah lain yang lebih dekat.

Sejurus sampai di sekolah tersebut, lain pula jadinya. Kelibat kawan-kawan Nash sewaktu darjah 6 dari jauh sudah kelihatan. Boleh dikatakan semuanya ditempatkan di sekolah itu.

"Ayah, Nash tak nak tukar. Ramai kawan Nash kat sini" Nash memujuk.

"Jauh la Nash." Ujar si Ayah

"Tapi kat sekolah lain belum tentu Nash dapat ramai kawan macam kat sini"

"Kawan boleh cari. Yang penting ilmu."

"Ramai kawan Nash kat sini yang dah kenal lama. Boleh la ayah.." Nash buat muka kesian.

"Nash sanggup nak kayuh basikal dari rumah?"

"Nash anak jantan la ayah. Ayah jangan risau".

"Ayah tak kisah pasal kayuh basikal. Kau tu kalau dah jumpa kawan jangan nak melencong ke lain pulak"

"Nash janji ayah. Takkan melencong tempat lain."

"Oklah kalau macam tu. Ayah tak kisah. Yang penting Nash pergi sekolah dan belajar betul-betul." Sambil menghulurkan duit kepada Nash.

"Balik nanti naik bas. Ayah tak dapat jemput." Dihulurkan tangan untuk Nash salam.

Nash angguk dan tersenyum riang. Dalam hatinya menyebut 'Yes!!' .

Itulah perangai anak jantan kalau dah jumpa kawan-kawan. Pengaruh rakan sebaya is real. This is brotherhood! Brotherhood is sunnah.

******

Suasana hari pertama persekolahan tingkatan seperti biasa hiruk pikuk dan bising dengan tingkah dan gelagat para pelajar.

Untuk hari pertama persekolahan, pelajar ditempatkan di dalam dewan terlebih dahulu sebelum diasingkan mengikut kelas.

******

Nash sedang bergumpal bersama rakannya Ajib di atas lantai dewan. Ajib berangan jadi Lex Luger, Nash jadi The Ultimate Warrior. Ahli gusti paling mereka benci ialah Hulk Hogan. Dari darjah 3 mereka sudah berkawan. Walaupun tinggal di kampung yang berlainan, tak menjadi penghalang untuk mereka bersahabat dan bermain bersama.

Kali ini rezeki mereka berdua bertemu kembali kerana berada dalam kelas yang sama.

"Jib, rilek jap. Gi toilet. Aku nak kencing." Beritahu Nash.

Tanpa berlengah, Nash keluar dewan menuju ke tandas pelajar. Tapi dia tak tahu kedudukan tandas pelajar. Nash bertanya pada pelajar lain. Setelah ditunjukkan arah, Nash mempercepatkan langkahnya menuju ke tandas.

Selesai urusan 'nature call', mata Nash terpegun memerhatikan di sekeliling kawasan sekolah. Sekolah ini baru dibuka 3 tahun. Fasiliti dan landskap masih baru. Masih terhias dan terjaga rapi. Dalam hati Nash memuji sekolah ini. Cantik dan kemas. Beruntung rasanya dapat sekolah baru. Semua kelengkapan masih baru. Tunggu la lagi 30 tahun baru tau apa jadi.

Gedebuk!

"Opocot mak kau!"

Kedengaran suara gadis melatah kerana Nash telah melanggarnya tanpa sengaja. Dah la terlanggar, siap pakej Nash terpijak kasut dia lagi. Kasut baru pulak tu. Tergamam Nash. Terpinga-pinga. Tak tau nak buat apa.

"Maaf. Aku tak sengaja. Aku tak perasan kau tadi." Nash meminta maaf.

"Mata kau letak kat mana? Tak nampak ke?" Seorang gadis kecil genit molek dan comel sedang cekak pinggang berhadapan Nash. Di sebelahnya seorang lagi murid perempuan 2 kali ganda besar dari Nash.

Nash sampai tertelan air liur kerana gugup dan takut melihat rakan gadis genit itu. Walaupun Nash lelaki, tapi kalau kena belasah dengan budak perempuan sebesar itu boleh masuk wad icu juga rasanya.

"Ala sorry la. Aku bukan sengaja nak langgar kau la."

Gadis yang tak padan dengan genit mencekak kolar leher Nash. Rakannya berdiri di sebelah memandang Nash dengan renungan yang menggerunkan.

"Habis kasut baru aku kau pijak. Ni dah kotor ni. Ada bekas tapak kasut kau. Siapa nak ganti?"gadis genit menjegilkan mata pada Nash.

"Eh.. rilek la. Takkan kotor macam tu sampai nak kena ganti baru."

"Aku tak kira! Kau ganti balik kasut aku. Kalau tak aku bagitau abang aku. Abang form 5 sekolah ni."

"Kau balik suruh je la mak kau basuh. Lepaskan tangan kau ni. Aku tak nak gaduh dengan perempuan." Nash mula hangin. Tak padan dengan kecik tapi nak tunjuk gangster dengan lelaki pulak.

"Woi! Mak mak jangan main eh! Aku sepak kau satu sen pun tak guna kang. Kurang ajar!" Gadis genit semakin hangin bila Nash libatkan mak dia.

"Kalau mak kau tak reti basuh, suruh je nenek kau yang basuh!" Nash pun tak nak mengaku kalah. Tetap berdegil.

Debukkk! Satu tolakan kuat ke bahu Nash hingga terdorong ke dinding.

"Hoi budak badigol! Kau mulut jaga. Jangan nak kurang ajar. Mak dia ni dah lama meninggal kau tau tak." Jerit kawannya.

Nash tergamam. Lancang sungguh mulutnya. Mana dia tau. Dia bukan kenal budak tu pun. Tapi macamana pun Nash tak sepatutnya cakap macam tu.

"Ok aku minta maaf. Nanti aku dapat duit raya, aku ganti balik kasut kau. Aku janji" Nash menunjukkan rasa kesalnya kemudian berlalu pergi meninggalkan gadis genit sedang menangis sambil dipujuk oleh rakannya.

******

Nash kembali memasuki dewan. Kelihatan sekumpulan guru sedang sibuk mengatur barisan dan memanggil nama-nama untuk dibahagikan mengikut kelas masing-masing.

Nama Nash dipanggil lalu dia beratur memasuki barisan. Ada sepasang mata sedang memerhatikannya tetapi tidak disedari Nash. Kesemua murid-murid di arahkan untuk mengikut guru menuju ke kelas masing-masing.

******

"Tau kau cuak bila aku tunggu kau depan pagar sekolah esok harinya. Ingat gangster sangat. Nasib baik aku tak belasah. Macam tak fight je form 5 gaduh dengan budak form 1. Kah kah kah !" Abang Ad ketawa terbahak-bahak mengenang kembali kisah lama Nash.

"Ye la bang. Dah kau datang bawak 10 orang budak form 5 lain kerumun aku sorang. Mentang-mentang aku takde kaum lagi. Kalau Hulk Hogan pun lari." Nash turut ketawa tetapi malu juga mengenang peristiwa dia digertak abang Ad.

"Kawan kau nama Ajib tu kat mana sekarang? Boleh tahan berani jugak kawan kau tu masa kau kena kepung kat sekolah kan?" Soal Abang Ad.

"Dia dah duduk Qatar sekarang. Dia laki bini dapat jadi doktor kat sana. Last jumpa 4 tahun lepas".

Nash dan Abang Ad berbual panjang lebar tentang kisah zaman persekolahan mereka hingga lewat petang.

"Nash, bagi aku nombor telefon kau. Nanti apa-apa hal kalau aku datang sini lagi nak ajak kau mengeteh ke apa boleh roger kau."

"InsyaAllah. Abang roger je. Kalau saya free kita lepak lagi. Kirim salam dengan Nurul Ain ye bang."

Abang Ad memandang Nash dan tersenyum tetapi sedikit tawar senyuman itu. Bagaikan ada sesuatu yang tidak mahu diceritakan.

"InsyaAllah aku akan sampaikan salam kau. Aku rasa dia mesti terkejut kalau tau aku terjumpa kau. Ok lah, dah lewat petang ni. Ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Assalammualaikum"

"Waalaikumussalam".

*******

Gara-gara dia terpijak kasut Nurul Ain sewaktu hari pertama persekolahan, dari situlah dia mengenali gadis genit itu termasuk abang Ad.

Semenjak itu mereka sering bertengkar di dalam kelas memandangkan Nurul Ain dilantik menjadi ketua kelas. Nurul Ain sering menggunakan kuasanya untuk melaporkan segala kenakalan Nash di dalam kelas menyebabkan Nash sering didenda oleh guru-guru. Sebut nama Nash, geleng kepala kebanyakan guru-guru tingkatan 1 dek kenakalan si Nash. Kelas paling bijak tapi mempunyai murid yang sangat nakal.

Dari perasaan saling benci membenci akhirnya tanpa disedari rakan-rakan sekelas, tiada siapa yang menyangka rupa-rupanya mereka berdua saling menyimpan perasaan suka antara satu sama lain.

Tetapi tak semua cinta monyet di zaman persekolahan berakhir di jinjang pelamin. Habis saja tingkatan 5, masing-masing membawa haluan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience