"Sayang sorry, hari ni girls day out. I ulammm, only girls saja tau. No men allowed." Adra ketawa di hujung kata-katanya.
Nash monyok.
"Kita dah lama tak keluar dating la sayang. I rindu..." Nash masih lagi memujuk.
Dia terlalu rindukan Adra, kesibukan mereka berdua dengan kerja dan kehidupan masing-masing membataskan pertemuan mereka. Hanya melepaskan rindu di telegram dan video call saja setiap hari tetapi itu tidak cukup buat Nash. Dia mahu memeluk si kekasih hati, melepaskan rindu dan cinta.
Adra menarik muncung hidung Nash. Muka Nash yang monyok tu seperti minta dicium pula.
"Sayang, I promise balik cepat hari ni. Lagipun I bukan keluar dengan sesiapa pun, perempuan la. Nanti I kenalkan you pada Aina, tak sangka dia gila-gila sekepala dengan I." Kata Adra.
"Aina mana pula ni? Aina yabedabedul?" Nash mengusik.
Adra ketawa mengekek.
"Macamana you kenal dengan si Aina ni? Setahu I, Sabreena tu je kawan baik you." Tanya Nash sambil tangannya memaut tangan mulus Adra lalu dicium bertalu-talu.
"I kenal dia secara tak sengaja sayang, tepi jalan dekat kawasan foodtruck near my office tu hah."
Matanya memandang ke depan, sebelah lagi tangan masih pada stering kereta. Telinga dipasang untuk mendengar cerita Adra. Hatinya sedikit sedih, ingatkan jemput kekasih hati dapatlah bercengkerama, tetapi hampeh. Adra nak keluar tengok wayang pula dengan kawan barunya Aina.
"Sayang, make sure takde orang lain yang ikut selain si yabedabedul tu eh." Nash cemburu.
"You ni sayang, nama dia Aina Abdul, bukan yabedabedul. Jahanam nama orang tau."
"Sayang don't worry la. I berdua je. Takde orang lain ikut." Adra ketawa kecil.
"Mana la tau dia senyap-senyap plan buat blind date untuk dia dan sayang?" Usik Nash.
"Merepek la sayang ni."
"Kawan sayang si yabedabedul tu bujang ke dah kahwin?"
"I pun tak tahu sayang. Tak pernah tanya. You tahu je lah I ni mana reti nak busy body hal orang."
"Ish.. kata bestfriend. Takkan langsung tak tahu personal life dia."
"Apasal you sibuk nak tau? You nak try ngorat dia ke? You jangan ye. I geget sayang nanti." Kata Adra sambil mencubit lengan Nash yang sedang memegang stereng.
"Aduii... Sayang ni. Ke situ pulak perginya." Nash menggosok-gosok lengannya. Terasa pedih cubitan Adra.
"Tapi kalau itu boleh buat I kena geget dengan sayang, I rela kena geget. I pun dah lama tak geget sayang juga." Jeling Nash pada Adra dengan nakal.
"Haippp. Noty eh." Merah padam muka Adra diusik oleh Nash. Dia juga rindu nak bermadu kasih dengan Nash. Ikutkan hati, dia nak habiskan masa dengan Nash. Tapi bila Aina beriya sangat ajak keluar, Adra rasa tak sampai hati untuk menolak.
"Apa aktiviti sayang dengan Aina tu nanti?"
"Dia ajak pergi makan. Lepas tu tengok wayang dan teman dia shopping."
"I nak drop sayang kat mana ni?"
"Drop I kat pintu masuk depan ni je. Aina tunggu dekat dalam Mc D. Sayang nak turun sekali tak? Boleh I kenalkan sayang dengan dia."
"Eh takpelah sayang. Susah ni nak cari parking. Since tak dapat dating, after this I plan nak training untuk KLSC Marathon. Ada masa sebulan lagi ."
"Okay sayang. Elok-elok berlari. Lari atas jalan je tau. Jangan nak lari dari hati I pula." Satu jelingan maut Adra berikan. Risau dia kalau tiba-tiba Nash terjumpa makwe lain waktu berlari.
"I lari dengan kawan I tu jantan la sayang. Tak tergamak I nak menduakan sayang dengan jantan lain."
"Mana tau time marathon tu ada makwe cantik dan seksi dari I. Dia pura-pura sakit kaki minta sayang tolong urut ke apa. Sayang jangan nak buat hal eh...." Jegil mata Adra ke arah Nash
"Ishh.. kalau itu wajib I tolong....."
"What?!!! Don't you ever dare!!" Naik seoktaf suara Adra.
Nash tersenyum dengan reaksi Adra. Kuat cemburu juga kesayangan Nash ni.
"Sayang ni. I tak habis cakap lagi. I tolong panggil medic la. Lepas tu I sambung la berlari."
"Sumpah?" Adra mencebik
"Promise sayangku. Sejak bila la sayang ni jadi cemburu? Jangan la berubah jadi makhluk bukan dari bumi."
"Sejak kenal sayang la. Sayang je tau cemburu, I tak boleh? I learn from the best." Sambil senyum manja memandang Nash, dia mengelipkan matanya berkali-kali. Eleh! Ingat comel le tu? Tapi memang comel pun.
"Eiiii..." Geram Nash sambil mencubit hidung Adra.
Adra akui Nash bukan seperti lelaki lain yang pernah dikenalinya. Nash bukan mudah untuk jatuh hati pada seseorang. Nash bukan jenis suka melayan perempuan. Sebab itu pada awal perkenalan dia rasa Nash ni sombong dan jual mahal.
Adra cemburu pada Suraya kerana memiliki Nash untuk dijadikan pasangan hidup. Nash adalah lelaki impiannya. Tapi kenapa Suraya mensia-siakan peluang tidak mahu menghargai Nash sepenuhnya?
Pernah terdetik di dalam hati menyalahkan takdir kenapa mereka tidak bertemu lebih awal. Kenapa la dua-dua dah kahwin baru sekarang mereka dapat berkenalan. Dia percaya kalau mereka bertemu lebih awal, segala yang terjadi sehingga hari ini berlaku sebaliknya. Adra yakin dia dan Nash akan menjadi pasangan paling bahagia di dunia.
Ternyata kini dia berasa sungguh bertuah. Disayangi dan dikasihi dengan sepenuhnya. Seseorang yang terlalu diimpikan kini hadir mengisi ruang hati dan kehidupannya walaupun belum sepenuhnya memiliki secara halal.
Nash memberhentikan kereta untuk menurunkan Adra. Dihulurkan tangan kepada Adra untuk bersalaman. Adra tunduk menyambut huluran salam dari Nash. Dikucup lembut tangan Nash persis seorang isteri meminta izin suami untuk keluar. Bibir Nash dikucup dengan penuh rasa cinta. Inilah insan yang diimpikan untuk bahagia bersama selama-lamanya. Nash memeluk erat tubuh Adra. Dikucup kening dan dahi tanda ingin memiliki sepenuhnya raga dan hati wanita ini.
"Sayang, take care and behave yourself" ucap Nash sebelum beransur pergi.
*****
Dari jauh Aina melambai ke arah Adra. Adra menuju ke meja Aina berada. Di atas meja sudah tersedia makanan dan minuman untuknya.
"Hi.. lama sampai?" Soalan klise tak pernah lekang dek zaman.
"Takde la lama sangat. Dalam 20 minit. I dah belikan makanan. Jemput makan. Hari ni I belanja." Pelawa Aina.
"Thanks Aina. Bertambah gumuks la I nanti" Tanpa berlengah lagi Adra menikmati makan yang tersedia tanpa sebarang persoalan. Perutnya memang sedang berkencorong.
Dari rumah tadi dia tidak sempat menjamah makanan kerana gas memasak habis tiba-tiba. Daniel yang sedang kelaparan memarahinya tanpa usul periksa. Tak tahan dengan rungutan si suami, Adra terus membuat pesanan melalui GrabFood.
Setelah selesai, dia menghantar teks kepada Nash dan bersiap untuk menemui Aina. Daniel telah dimaklumkan lebih awal tentang hasratnya untuk keluar bersama Aina.
Daniel mengizinkan tanpa sebarang soal. Yang penting ada makan dan minum untuknya.
Sebelum keluar rumah dia sempat menitipkan pesan pada suami untuk melihat anak-anak di rumah.
Daniel hanya memandang Adra sambil menggeleng kepala diam tanpa sebarang reaksi. Dia hanya mengeluh malas nak ambil peduli dengan apa yang dikatakan oleh Adra.
Ting!
Satu teks Whatsapp diterima.
Nazreen: Sayang, ke mana sayang menghilangkan diri? Abang rindukan sayang. Kenapa dah lama sayang tak reply mesej abang?
Berkerut dahi Adra membaca text tersebut. Dia serba salah. Apa yang patut dia terangkan kepada lelaki ini. Selama ini tidak pernah ada sekelumit perasaan cinta yang terbit dari hatinya. Hanya sekadar berkawan. Benar lelaki ini seorang yang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan malah seringkali menghulurkan bantuan apabila Adra perlukan pertolongan.
Timbul rasa menyesal dalam hati kerana melayan kata-kata cinta Nazreen walau pada awalnya niat Adra hanya untuk menjaga hati dan rasa simpati. Begitulah Adra. Selalu memikirkan simpati kepada orang lain. Dia sebenarnya pernah cuba membuka hati untuk Nazreen kerana kesungguhan dan kebaikan yang ditunjukkan, namun Adra tidak mampu menipu hatinya. Pasti ianya akan melukakan hati lelaki ini jika dia berterus terang. Tetapi apa lagi pilihan yang harus ada?
"Adra, I nak pergi toilet sekejap.." Aina bergegas pergi meninggalkan Adra.
Adra angguk, dalam masa yang sama fikirannya runsing dengan teks yang diterima. Lantas dia menaip spontan.
Adra: Can't have a moment right now. In a middle of something. Can we talk later?
Nazreen: Sayang busy sampai tak sempat nak balas mesej abang? Sayang sedang jumpa orang ke?
Whatt??!! Jerit Adra dalam hati. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Dia memandang ke sekeliling. Oh shit!
Di hadapan ruang masuk restoran berdirinya seorang lelaki yang dikenalinya. Baru sahaja dia membalas mesej lelaki tersebut.
Nazreen.
Sepanjang perkenalan mereka tidak pernah bersua mata bersemuka secara berdepan. Hanya melalui panggilan video dalam telefon. Seringkali Nazreen ingin mengajak Adra untuk berjumpa tetapi sentiasa ditolak sopan dengan pelbagai alasan.
"Boleh abang duduk? Sorry dari jauh tadi abang lalu sini abang rasa something. Hati abang dup dap dup dap bila terpandang sayang dari jauh. Tak sangka hari ni kita berjumpa. Mungkin ini yang dikatakan jodoh antara kita. Bertuah abang dapat jumpa sayang hari ni."
Jodoh? We are not belong together. We just belong to know each other. Thats all! Gumam Adra dalam hati dengan senyuman tawar. Adra lebih risau sekiranya tiba-tiba Aina pulang dari tandas. Apa pula tanggapan Aina nanti jika melihat dia berduaan dengan seorang lelaki. Dia berdoa semoga pertemuan ini berakhir dalam masa yang singkat.
"Sayang lebih cantik dari apa yang abang lihat dalam gambar. " Puji Nazreen.
Adra semakin serba salah melihat renungan redup Nazreen terhadap dirinya. Apa yang perlu aku buat ni. Adra senyum tawar.
"Ramai lagi perempuan lain yang jauh lebih cantik" Jawab Adra sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.
Liar matanya memandang sana -sini. Cuba meninjau kelibat Aina, takut muncul pada bila-bila masa.
"Sayang dengan siapa ni? Abang tengok gelisah je." Usik Nazreen. Mata melilau memerhatikan makanan di atas meja.
"Dengan husband. Dia pergi toilet. Abang kena cepat pergi sekarang." Bohong Adra.
"Sayang.." Nazreen menggenggam jari Adra dengan erat.
"Abang.. apa ni. My husband nampak nanti!" Adra terkejut dengan tindakan Nazreen. Dengan pantas dia menarik semula.
Wajah Nazreen kecewa.
"Abang akan beredar tapi mesti abang nakkan penjelasan dari sayang. Kenapa sayang sentiasa mengelak dari abang sejak kebelakangan ini." Pinta Nazreen.
"Abang mahukan kepastian tentang hubungan kita. Jika abang ada buat salah, bagitau di mana silap abang. Abang terasa dengan kehilangan sayang bila sayang tak balas semua panggilan dan mesej. Abang ikhlas cintakan sayang. Jangan hampakan abang." Rayu Nazreen dengan renungan yang penuh mengharap.
Adra serba salah. Ini bukan masa yang sesuai untuk dimuktamadkan kepada Nazreen tentang hati dan perasaannya? Adra memeluk tubuh. Merenung ke luar restoran melihat manusia sedang lalu lalang. Dia mencari kekuatan untuk berterus-terang.
"Kita cakap soal ni lain kali. Tapi bukan sekarang."
******
Cuaca agak mendung seperti mahu hujan. Petang itu di sekitar stadium Nash sedang berlari mengelilingi track larian yang terdapat di situ. Oleh kerana sudah berbelas kali dia mengelilingi track yang sama Nash mengambil keputusan untuk berlari keluar dari kawasan stadium mencari laluan lain kerana bosan dengan panorama alam yang ada. Dia mahukan pemandangan baru. Ketika berlari dia terserempak dengan Uzer.
"Apa hal berjalan ni? Lari lagi la woi! Baru 15km. Ada lagi 7km ni. Itu hari berangan nak naik podium!" Jerit Nash pada Uzer yang sedang berjalan di atas track stadium menghela nafas tercungap-cungap. Uzer seorang sahabat merangkap jiran yang sering bersama Nash dalam aktiviti sukan lari.
"Kau lari la dulu. Jumpa kat mamak nanti." Ujar Uzer termengah-mengah menahan nafas.
"Aku lari dekat luar stadium. Lepas tu terus shoot ke mamak." Jerit Nash meninggalkan Uzer.
Nash meneruskan lariannya. JBL Tune 230NC TWS earbuds terpasang kemas di telinga. Sambil mendengar lagu-lagu dari playlist spotify yang dikongsi bersama Adra, fikiran Nash menerawang jauh mengingati Adra.
Hanya dengan bayangan senyuman dan gelak tawa Adra sudah cukup membuatkan Nash berasa bahagia.
Berbelas-belas kilometer langkah larian tidak terasa penat disebabkan Adra. Inilah keajaiban cinta yang dibawa Adra kepadanya. Kemesraan ini yang ingin dikenang selalu. Kemesraan ini semoga takkan pernah berakhir. Hatinya damai jiwanya tenteram disamping Adra.
Garmin Fenix 6 Multisport GPS smartwatch di tangan dibelek-belek. Berbaki 1km lagi untuk Nash menghabiskan lariannya. Dengan tidak semena-mena hujan turun dengan lebat menyebabkan Nash melihat sekeliling mencari tempat untuk berteduh. Tidak sempat mencari tempat berlindung, tubuh badan Nash sudah kuyup.
Berlari di dalam hujan adalah perkara biasa untuknya. Namun disebabkan kilat dan guruh yang tidak berhenti-henti memukul di langit membuatkan Nash perlu segera mencari tempat berlindung.
Nash berhenti berteduh di bawah bumbung bus stop yang berhampiran. Sambil menghela nafas sesekali dia meraup wajahnya yang dibasahi air hujan. Sesekali dia memerah air pada hujung baju.
Ting!
Dia menyeluk waist pouch mengeluarkan handphone.
Uzer: Hujan lebat. Aku terus balik rumah. Tak jadi lepak mamak.
Nash: Ok.
Ting!
Satu lagi pesanan Whatsapp masuk. Nash membuka whatsapp tersebut.
Berderau hatinya bila melihat kandungan mesej yang diterima.
Mata masih terpaku pada skrin telefon dengan perasaan yang bercampur baur.
Dipegang kemas dadanya, entah mengapa terasa sakit hatinya itu kini.
Tangannya terketar-ketar untuk menyimpan semula telefon ke dalam beg.
Hujan makin mengganas turun, menangisi bumi.
Nash berlari sekuat hati menjerit di dalam hujan lebat.
Namun hanya beberapa langkah, kakinya menjadi lemah longlai. Nash tidak mampu untuk berdiri.
Hatinya runtun.
Nash melutut, menunduk ke bumi menahan sebak dan rasa kecewa yang teramat sangat.
Menangis di dalam hati.
Dentuman guruh di langit, berpadu suara mengiringi jeritan batinnya di udara.
Share this novel