Bab 8 - Sephia

Romance Series 38806

Rutin Nash kini sudah berubah. Aktiviti malam semasa PKP dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral. Gara-gara kecewa dengan layanan dan sikap Suraya terhadapnya.

Nash semakin kerap mengambil ganja untuk melepaskan tekanan perasaannya. Hampir setiap lewat malam Nash akan pulang dalam keadaan yang khayal dan stim matanya.

Suraya perasan pada perubahan suaminya setiap kali pulang ke rumah Nash kelihatan seperti orang lalok. Cakap merapu dan sering ketawa tanpa difahami apa yang melucukan hatinya.

Paling ketara melihat kedua biji matanya merah dan bengkak. Mulanya Suraya tidak begitu ambil peduli tetapi lama-kelamaan dia hairan dengan tingkah suaminya.

Kadangkala Suraya akan meninjau Nash ketika sedang nyenyak tidur. Dia cuba menghidu mulut dan pakaian suaminya. Hanya bau tembakau dan rokok semata. Ternyata Suraya sungguh naif tentang perkara ini. Dia tak kenal pun akan bau ganja.

"Laki aku ni dah belajar buat yang bukan-bukan ke? Ke dia minum ketum? Tapi apasal nampak macam orang mabuk je?" Gumam hati Suraya ketika memerhatikan suaminya yang sedang lena.

Hari demi hari Nash sudah semakin biasa dan selesa dengan aktiviti negatif bersama jiran-jiran yang sekepala.

Nash seakan sudah putus asa dengan situasi perhubungan suami isteri. Walaupun kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa, tetapi jika dilihat dari satu sudut akan jelas kelihatan tiadanya kemesraan dan rasa kasih antara satu sama lain.

Nash dan Suraya pula semakin kurang berkomunikasi. Hanya melalui whatsapp atau sekadar bercakap mengenai perkara penting seperti perihal anak, sekolah, perbelanjaan dan hal-hal domestik rumah tangga semata.

Tiada kata-kata cinta, manja, romantis dan puitis seperti di awal perkahwinan dulu. Dalam hal ini Nash sudah berusaha sebaik yang mungkin berbincang dengan Suraya namun apabila tiba kepada 'bab itu' Suraya seperti tidak berminat untuk memperkatakannya dan semuanya menemui jalan buntu.

Lama kelamaan Nash mula beralih arah menonton video lucah melalui telegram. Terlalu banyak channel terlarang yang mengandungi video aksi lucah tempatan yang diikuti Nash. Nash menjadi addicted pada video lucah. Jika Suraya tidak mengabaikan keinginannya sudah pasti perkara seperti ini tidak berlaku. Hampir 3 tahun tidak menerima belaian dari isteri adalah sesuatu yang pasti sukar untuk diterima oleh mana-mana suami. Kalau Nash tak fikirkan anak-anak serta dia berkemampuan, dah lama dia menikah satu lagi dekat sempadan siam agaknya. Akibatnya Nash hanya mampu berkahwin dengan tangan sendiri sahaja. Apa gunanya berkahwin kalau keperluan batin tidak dapat dipenuhi Suraya.

Nash kembali aktif di laman Twitter setelah lama tidak dibuka. Dari situ Nash mula mengikuti segala jenis ciapan dan profile wanita yang menepati citarasanya. Nash sudah pandai follow akaun gadis-gadis ds di Twitter.

Komuniti ini mempunyai kelompok dan rangkaian yang tersendiri. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang berbayar jika ingin follow. Ada juga yang private tetapi hanya menerima request dari pemilik akaun yang boleh dipercayai sahaja untuk menjadi followers mereka. Malah ada yang menawarkan servis atau content tertentu.

Selain itu, Nash turut mengikuti perbualan di space Twitter. Nash gemar mendengar perbualan mereka bertukar-tukar pengalaman cerita dan pandangan mengenai pelbagai perkara.

Ada masa mereka sekadar berbual kosong. Kadangkala Nash akan dijemput untuk berbual santai bersama. Dari situ, Nash semakin faham akan dunia darkside. Malah Nash sudah semakin dikenali dalam pelbagai room space Twitter.

Sehingga pada satu malam, Nash mendapat mesej peribadi dari seseorang.

+ Hi hensem ! What are u doing right now?
+ I'm bored. My bf is not here. Need someone to cheer me up.
+ Feel like to cuddle with someone.

Terkulat-kulat biji mata Nash membaca mesej itu.Betulkah apa yang dibaca?

"Minah mana pulak yang tiba-tiba dm aku ni? Kenal pun tidak." Nash termangu seketika. Kemudian Nash membalas

+Hi. Do we know each other?

+Not yet. But if i want to know u takkan tak boleh kot? Jangan la sombong sangat.

Dalam masa yang sama, Nash melihat profile gadis tersebut. Agak banyak content pada media memaparkan gambar dan video yang melanggar norma masyarakat melayu.

+Bukan sombong. Tapi tak takut ke i ni bad guy?

+ Actually i dah lama stalk tweet u la. U seems like a nice guy.

+ Gulp. Takut la macam ni.

+ Ala mengadanya..Why u nak takut ? U stay mana hensem?

"Ah sudah. Tanya aku tinggal mana pulak. Pastu memandai kata hensem. Muka pun kau tak tengok lagi berani nak cakap hensem. Pffftttt..."

Nash tidak mahu mendedahkan maklumat sebenar dirinya. Dia faham benar dengan permainan di alam maya ini. Nash kerja dalam bidang IT. Dia faham benar dengan bahaya kebocoran data di internet.

***

Dalam dunia maya ni, jangan mudah percaya pada individu yang baru dikenali. Jangan sewenang-wenang menyerahkan gambar atau video. Jangan terlalu mudah terbuai dengan kata-kata manis lelaki. Lebihkan ambil sikap berhati-hati. Jika tersilap langkah, bahana ruginya mungkin akan ditanggung sampai bila-bila. Terlalu banyak kes kebocoran gambar dan video yang disalahguna terhadap mangsa. Yang terpaling rugi dalam hal ini sudah tentu wanita. Tergadai maruah dan peribadi. Lebih baik menyesal sekadar tidak berkenalan dengan idaman hati dari menyesal mengenang maruah diri yang dicemari kemudian hari.***
*** Penulis berharap agar pembaca menerima pesanan ini dengan minda yang terbuka. Tidak kira lelaki atau perempuan. Semoga kita semua lebih berhati-hati. ***

-I stay Miri la u. U stay mana?
+Ala jauhnya. Baru ingat nak meet up dengan u la.
-Mana boleh rentas negeri lagi u.
+I stay Shah Alam. Kalau u turun KL, roger me.
+Ok kalau i dapat cuti balik semenanjung i roger u.
+ U umur berapa? Study or kerja?
-20. I masih study. How bout u?
+25. Kerja dekat oil and gas company.
-U, nak id telegram boleh?
+Sure babe. Ini id telegram i - superprobe69

Untuk pertama kalinya Nash mendapat kenalan melalui Twitter. Sebelum ni dia tidak gemar dengan dunia Twitter kerana terlalu ramai budak-budak muda acah-acah bijak dan rebel tak tentu hala. Ramai yang perasan palatao walhal masih belum kenal pancaroba onak duri kehidupan. Harga bawang dengan beras sekampit pun belum tentu tahu, ada hati nak 'Against the law, against the system'. Pigi dah! Twitter memang untuk mereka yang bitter 24 jam.

Dia tidak menyangka begitu meriah dan mudah untuk mengenali seseorang dari Twitter. Dari situ Nash sudah mula terbuai hanyut dek nafsu apabila banyak menerima gambar dan video dari para gadis yang dikenalinya.

Nash juga tanpa segan silu bertukar-tukar gambar dan video tetapi Nash masih waras tidak mendedahkan wajahnya. Nash tetap berhati-hati. Tambahan pula, kebanyakan yang diberi semuanya diambil dari google. Buat apa nak jadi jujur dan pembaris. Dia bukan mencari teman hidup. Sekadar suka-suka atau test market je.

Hampir 6 bulan Nash hanyut dengan aktiviti di dunia Twitter, pengumuman oleh Perdana Menteri bahawa larangan merentas negeri telah ditamatkan menggembirakan hati seluruh rakyat Malaysia. Sekian lama tidak dapat pulang ke kampung halaman, akhirnya rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman tersebut.

Nash kini sudah mula bekerja seperti biasa di pejabat tetapi dengan kadar 30% pekerja perlu hadir manakala selebihnya dikehendaki WFH secara bergilir-gilir. Jam sudah pukul 4.18 petang. Ada 12 minit lagi untuk Nash pulang ke rumah. Sambil menanti waktu berjalan, seperti biasa Nash melayari laman Twitter nya. Ketika dia asyik scroll satu persatu tweet yang ada, Nash tertarik dengan satu tweet ringkas.

@Milkybubbla - Craving for starbucks rite now. Need a company. Anyone?

Dengan penuh yakin Nash terus DM makwe tersebut. Setelah berkenalan beberapa ketika, gadis tersebut setuju untuk bertemu memandangkan mereka berada dalam satu kawasan yang sama. Inilah kali pertama Nash keluar date selain dari isterinya. Dah lama Nash tak keluar 'ngedate' . Makanya secara rasmi, Nash telah tersenarai sebagai salah seorang dari senarai suami yang curang di dalam dunia.

"Hi, sorry. Lama tunggu? Saya Sephia" ujar si gadis sambil menghulurkan salam.

"Hi. I Ashraf. Panggil je Ash . Saya pun baru sampai. Duduklah dulu." Balas Nash bersalaman.

Sengaja dia tidak mahu memberitahu nama sebenar sebab Nash bukan mahukan perhubungan yang serius pun. Dia cuma nak buang masa je sebab hari ini Suraya dan anak-anak tiada di rumah, bermalam di rumah kakaknya.

"Sooo.. u nak order apa"? Soal Nash dengan tertib.

"Why not kalau u surprise kan i? Mana tau good guy like u can impress me. Cuba u teka apa yang i suka?" Sephia senyum.

"Hmmm. Menarik. Ok let me guess. U duduk dulu i pergi order. I harap dapat teka apa favourite u."

"Well.. good luck with that"

"Kalau teka betul ada hadiah tak?" Nash nakal cuba memancing kemudian menuju ke kaunter.

"Hmmm. We'll see". Balas Sephia tersenyum memintal rambut.

Nash kembali membawa 2 jenis air. Caramel Macchiato dan Vanilla Frapp Venti Caramel diletakkan di atas meja.

"Sooo.. I guess this is your favourite"? Nash menghulurkan Vanilla Frapp Venti Caramel kepada Sephia.

"Impressive! Your taste is not bad juga. But if u add Redvelvet Cakehalf blend in on top, sure u dapat markah penuh. And i'm worried now."

"Why u so mean?"

"I wonder how do you know. Maybe u are good damn stalker"? Ujar Sephia dengan senyuman menggoda.

"To be honest, i scroll down all your tweet before we meet then i found this on your tweet. Sengaja i tak add redvelvet cake sebab nanti u ingat i ni ada bela jin. Hehehe". Tutur Nash selamba

"Oh God ! U memang good damn stalker. Sanggup buat research sebelum keluar date dengan i. First time i jumpa guy yang ada effort like you." Terasa lucu Sephia dengan pengakuan Nash sekaligus menambah lagi kemesraan yang ada antara mereka berdua.

******

Nash membuka mata. Melihat jam pada telefon. Pukul 10 malam. Terdapat 5 missed call dari isterinya. Kemudian Nash memeriksa pesanan Whatsapp yang masuk.

+Papa dah sampai rumah ke belum?
+Kenapa call tak jawab?
+Seluar baju kotor jangan letak bersepah. Masuk dalam bakul.
+Tolong sidai pakaian dalam bakul baru basuh tadi mama tak sempat sidai.
+Kalau makan ke, masak megi ke apa dapur jangan sepah.
+Basuh pinggan cawan. Jangan biar dalam sinki.
+Buang sampah dalam tong tu. Dari semalam suruh buang papa tak buang pun.
+Kitorang balik rumah hari ahad malam. Ingat jangan buat sepah kat rumah.

Mak aih. Bertalu-talu pesanan yang dihantar oleh Suraya kepada Nash.

Nash menghela nafas menggelengkan kepala. 'Dalam banyak benda, itu yang dia paling sibukkan. Bukan nak tanya khabar aku ke, dah makan ke belum, rindu ke jaga diri ke apa.'

Yelah, baru bangun tidur dah kena bebel walaupun hanya tulisan tapi boleh rasa seolah-olah bebelan itu terngiang di telinga.

+ Papa terlelap tadi lepas maghrib. Dah makan kat kedai. Malam ni nak pergi jamming. Rasa tido kat studio terus kot.

Send!

Suraya is typing....
+Ok

Nash meletakkan kembali telefon di tepi katil.

Nash menoleh Sephia yang sedang lena dalam dakapannya. Dengan perlahan dia mengalih lengan Sephia dari tubuh. Dia melangkah menuju ke bilik air. Dia ingin mandi untuk menyegarkan badan. Perut mula terasa lapar.

Nasib baik esok cuti sabtu ahad. Ada banyak masa lagi sampai esok.

Nash merenung jauh ke dalam cermin bilik mandi. Timbul rasa kesal dalam diri. Selama ini dia tidak pernah terlanjur sampai begini. Sentiasa menjaga batasan selaku seorang suami. Tapi hari ini garis sempadan itu dilangkau sendiri oleh Nash.

Klak! Pintu kaca bilik mandi dibuka oleh seseorang.

"Sampai hati mandi tak ajak i.." Sephia mencebik. Nash memandang dan tersenyum. Ikatan tuala Sephia terlerai ke lantai. Nafsu kembali menaiki takhta. Dua pasangan mula saling lemas berdakapan dan berkucupan.

Episod kecurangan Nash bermula kembali. Lebih rancak, sempurna dan berdosa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience