Adakah bahagia itu milik kita? Mungkinkah jodoh pertemuan kita ini takdir dari Tuhan?
Atau ianya secara kebetulan?
Cinta adalah perasaan positif yang kuat dan dirasakan oleh seseorang. Selain itu, cinta adalah perasaan positif terkuat yang pernah dialami dan dirasakan manusia. Setiap jenis cinta yang dirasakan, perhatian terhadap orang yang dicintai adalah elemen penting dari cinta.
Sebab, tanpa adanya perhatian yang murni, maka cinta itu hanya berupa hasrat. Selain perhatian, dalam cinta juga memerlukan rasa hormat yang akan membuat setiap individu saling menghargai dan orang yang dicintai terhindar dari perasaan eksploitasi.
Menyintai dan dicintai, perasaan yang hadir tanpa dipinta dan dipaksa. Ia hadir melibatkan dua hati yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Perasaan cinta yang tidak boleh dilukis tetapi emosi cinta yang hadir dapat membuatkan diri ingin menzahirkan apa yang ada di hati.
Dicintai secara mendalam oleh seseorang memberi satu kekuatan. Mencintai seseorang secara mendalam membawa satu keberanian. Berbekalkan keberanian yang ada, lahirlah satu kisah cinta indah terlarang antara dua pasangan yang telah berkahwin.
Adakah kisah cinta terlarang ini akan berakhir dengan satu kisah cinta epik seperti Shah Jahan dan Mumtaz atau kisah cinta paling di kenang seluruh dunia, Romeo dan Juliet?
Mungkin kisah cinta ini hanyalah sekadar sebuah "fairytale" pada pandangan orang lain tetapi tidak pada aku dan dia. Kami memasang impian ingin bahagia hingga ke hari tua. Sama-sama berjanji sumpah setia ingin merealisasikan cinta ini dengan satu noktah, ijab dan kabul.
Namun, perjalanan kisah cinta ini masih jauh lagi. Halangan yang perlu di hadapi amat sukar dan berat sebelum impian itu menjadi kenyataan. Masing-masing saling berdoa pada yang Esa semoga hubungan ini berkekalan selamanya dengan diakhiri dengan penyatuan dua hati yang direstui.
Jika boleh memilih biarkan cinta yang terjalin antara kami terus terjaga dan baik-baik saja selamanya pasti indah hidup ini. Tetapi realiti sentiasa memberi pilihan yang pahit antara memilih cinta terlarang atau melupakan segalanya kembali kepada cinta pada pasangan yang hakiki menanti pasti.
Di sinilah segala kisah cinta larangan dua hati bermula.
***
~Kau begitu sempurna
dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku akan selalu memuja mu~
Lagu yang berkumandang di radio kala ini begitu mendamaikan halwa telinga hingga ke hati. Lagu kisah perasaan cinta terhadap si dia yang begitu sempurna dimatanya, setiap bait-bait lirik begitu indah dekat pada jiwa.
Nash: 70% lagu dalam playlist you ada dalam playlist i.
Adra ketawa kecil, girang hatinya bila playlist lagu dalam Spotify di kongsi bersama dengan si jejaka memandangkan masing-masing mempunyai minat dan citarasa yang sama pada muzik dan lagu.
Adra: Feel loves in the air gitew kan..kan? Hehe..
Nash: I dah terapung dah ni. Hahaha. Nanti lagi 30% tu kita sama-sama cari eh.
Nash: I bagi satu lagu ni untuk you dengar, banyak versi lagu ni tapi ini yang i addicted sangat.
Adra : Lagu apa tu?
Dia membuat carian di Spotify dan mendengar, menghayati suara gemersik si penyanyi, Gita Gutawa.
Adra: Sempurna?
Adra tersenyum lebar.
Nash: Yup. Lagu ni bila I dengar rasa macam melayang terbawa dek melodi simple dan suara lunak penyanyi buat jiwa I rasa tenang. Lirik dia 100% sama dengan apa yang ada dalam hati I pada U.
Adra senyum ketika membaca chat yang dihantar. Hati semakin berbunga-bunga apabila jiwanya dibalut dengan kata-kata sweet dari si jejaka.
Nash: Okay, you tidur dulu. I nak sambung terapung, tak boleh tidur dah ni!
Adra: Kenapa?
Nash: Sebab 70% tula!
Adra ketawa mengekek. Pertama kali jumpa lelaki yang terapung akibat terlalu gembira dapat berkongsi lagu yang hampir sama dalam playlist masing-masing.
Adra: Remember, jangan terapung sangat sebelum tengok rupa i ni dulu. Goodnite!
Nash: Okay you, i turun ke bawah sikit.
Adra tersenyum lebar bila mengimbau kembali kenangan pertama kali mereka mula saling mengenali. Nash, jejaka yang dikenali tanpa sengaja, mempunyai minat yang sama iaitu muzik. Perkenalan dari laman Novelplus membawa ke Telegram, kemudian mereka saling bertukar-tukar chat sehingga membawa kepada bibit tersemainya perasaan cinta antara mereka.
Kini Adra dalam perjalanan ingin bertemu dengan Nash sebentar lagi di luar ibu kota. Segala perancangan telah mereka atur 2 minggu lebih awal, percutian pertama mereka di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Hati Adra meronta-ronta tidak sabar untuk bertemu dan meluangkan masa bersama si kekasih pujaan hati yang dirindui saban hari dan waktu.
Kali terakhir mereka berjumpa 2 bulan lalu di Genting Highland. Seharian menghabiskan masa di dalam bilik hotel, berpelukan memadu asmara cinta. Dunia seakan berhenti berputar setiap kali mereka berjumpa menghabiskan waktu bersama, berkongsi rasa cinta dan rindu.
Sesekali Adra menyedut vape, pemberian dari Nash buatnya supaya Adra berhenti merokok. Matanya masih pada pemanduan tetapi ingatan lebih kepada Nash. Sungguh hatinya begitu rindu ingin memeluk si kekasih hati. Berbagai rencana difikir sesudah mereka bertemu nanti.
"Alamak, bateri habis pula." Adra mengomel.
Vape yang disedut tidak berfungsi akibat kehabisan bateri.
Tangannya kirinya mula mencari-cari charger vape didalam beg yang di letak pada dikerusi penumpang depan, manakala matanya masih didepan. Kelajuan kereta diperlahankan dari 110km/j kepada 90km/j .
"Ish mana pula charger ni. Rasanya aku bawa tadi." Adra mula merengus.
Dijeling pada beg tangannya, cuba melihat samada kelibat pengecas ada di dalam dengan tangan masih lagi meraba-raba mencari. Setiap kali jarinya menyentuh sesuatu seperti kabel, di tarik keluar dari beg dibawa ke depan mata tetapi ianya bukan kabel pengecas vape.
Geram hatinya bila pengecas yang dicari tidak dijumpai, Adra terus menarik begnya diletak pada riba, sambil pandangannya pada pemanduan, mata turut melingas mencari pengecas yang dikehendaki di dalam beg.
"Hah, jumpa pun." Adra menjerit kecil.
Kepalanya yang asyik menunduk ketika sedang sibuk mencari pengecas di angkat semula dan pandangannya kembali pada pemanduan.
Adra terpana!
Streeeetttt......
Dummmmm.....
Bunyi dari brek kereta begitu bingit disusuli dengan dentuman kuat.
~Kau begitu sempurna
dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku akan selalu memuja mu~
Nada dering dari telefon Adra berbunyi, berkali-kali tanpa henti, pasti si pemanggil sedang dalam keadaan kecewa bercampur risau apabila Adra langsung tidak menjawab panggilannya.
Sepi.
Lagu sempurna sudah tidak kedengaran lagi.
"Cik..cik..."
"Cik bertahan, saya akan dapatkan bantuan segera." Jerit seorang pemuda yang cuba menghulurkan pertolongan.
Begitu kuat suara pemuda itu memanggil dari luar tingkap kereta diiringi ketukan pada cermin bertalu-talu. Pintu kereta yang remuk tidak dapat di buka dari luar.
Si pemandu masih tidak menunjukkan tanda-tanda memberi respon.
Hati pemuda itu semakin galau apabila melihat darah mengalir keluar tanpa henti.
"Cik...cik..."
Thanks For Your Support!
Share this novel