Bab 25 - Hilang

Romance Series 38806

"Abang ngah, ucu nak nombor telefon boleh tak?"

"Kau nak buat apa?"

"Saja. Nak tanya khabar."

"Sudah-sudah la tu ucu. Tak perlu ganggu dia lagi. Dia dah ada keluarga. Jangan nak kacau rumahtangga orang."

"Salah ke kalau ucu setakat nak berkawan je dengan dia? "

"Berkawan tu memang tak salah. Tapi bukan aku tak tahu niat sebenar kau tu."

"Sampai hati abang ngah tuduh ucu macam tu."

"Aku kenal sangat perangai kau. Kau tu adik aku."

"Boleh la abang ngah."

"Aku cakap tak boleh, tak boleh la. Biar la dia dengan kehidupan dia ucu. Kau dengan dia memang takde jodoh. "

"Menyampah la cakap dengan abang ngah ni. Okay lah. Nanti malam ucu datang lagi hantar barang yang kak ngah pesan tu. Ucu balik dulu."

******

Ding dong!

"Naura... Tolong tengokkan siapa yang datang tu." Jerit Salwa dari arah dapur.

Naura. Baru berusia 9 tahun. Sedang leka bermain telefon milik ayahnya di ruang tamu. Dia menjenguk dari langsir sliding door rumah.

"Ibuuuuu... Mak ucu datang.." teriak Naura.

"Bukakan pintu pagar untuk mak ucu tu sayang."

Girang hati Naura melihat kelibat mak ucu. Dia berlari pantas mencapai remote pintu pagar automatik di atas rak televisyen.

"Nauraaaa... Dah makan?"

"Belum lagi mak ucu. Tunggu ibu masak mee bandung tak siap lagi."

"Alahai kesian sayang mak ucu ni lapar ye. Nah ambil ni mak ucu ada belikan kinder joy." Dihulurkan kepada Naura.

"Yeayy!! Terima kasih mak ucu."

"Sama-sama." Ujar beliau tersenyum melihat gelagat anak saudaranya.

Puan Salwa muncul dari dapur membawa semangkuk besar mee bandung yang baru dimasak. Dia menyusun pinggan di atas meja makan.

"Ucu..barang-barang letak dalam stor bawah tangga tu ye. Cukup kan semuanya?"

"Baik kak ngah. Cukup semuanya."

"Ucu duduk la dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama. Akak nak buat air sekejap."

"Abang ngah mana kak?"

"Ada kat atas tengah meeting online dengan bos dia."

"Mak ucu, sini lah teman Naura main game." Panggil Naura.

Dia segera ke sofa ruang tamu tempat Naura berada.

"Naura main game apa tu?"

"Game bola."

"Amboi. Naura gegirl tapi main game bola.  Pandai ke nak main nya?"

"Naura selalu tengok ayah main game ni."

"Ini telefon ayah ke?"

Naura angguk mata masih memandang skrin telefon.

"Bagi ucu tengok kejap. Biar ucu cuba main game ni. Naura makan kinder joy tu dulu ye." Telefon bertukar tangan.

Jarinya lincah menekan dan scroll skrin telefon. Dia mencari sesuatu.

"Yes! Jumpa pun." Senyumannya lebar sampai ke telinga.

******

Aina melangkah keluar dari tandas restoran.

Langkahnya terhenti melihat kelibat seorang lelaki yang berada di meja Adra berada. Dia memerhatikan segala yang sedang berlaku di meja itu sehingga Nazreen beredar keluar meninggalkan Adra.

Aina kembali ke meja kemudian melabuhkan punggung di hadapan Adra dengan segera. Terkejut Adra dibuatnya.

"Kus semangat. You ni Aina. Terkejut I."

"Adra, you okay ke ni?"

"Yeah I'm good. Why?." Ujar Adra tersenyum.

"Sorry kalau I tanya. Siapa lelaki tadi tu?"

"Lelaki? Siapa?" Cuba pura-pura tidak tahu.

"Adra.. please la..."

"Jadi you nampak la tadi?" Adra menunduk resah.

Aina angguk.

"Kalau bukan husband kenapa dia  pegang tangan you tadi. I nampak  you macam ada masalah je dengan mamat tu tadi."

"Err.. Takde apa lah you."

"Adra, I tahu you dah kahwin. Kalau you ada orang lain pun, apa you buat, you pergi mana, dengan siapa you berkawan... I tak judge you okay. Semua orang ada sebab tersendiri. I bukan bermaksud nak jaga tepi kain you. Tapi I nak you tahu yang you boleh kongsi masalah you dengan I." Aina cuba memujuk. Menunjukkan sifat ambil berat terhadap masalah yang dilalui sahabat baiknya.

Adra merenung makanan yang ada. Dikuis perlahan. Fikirannya melayang jauh. Perlukan dia berkongsi dengan Aina tentang dirinya, masalahnya? Bolehkah Aina ini dipercayai menyimpan rahsia?

"I tak tahu nak ceritakan macamana pada you. I malu. I takut you fikir I ni bukan seorang wanita dan kawan contoh untuk you."

"Adra, you boleh share dengan I. I tau you takde tempat nak luahkan." Ujar Aina.

"I ni banyak flaws Aina. Akan datang you mesti anggap I ni perempuan jahat."

"Adra... Trust me."

"I sebenarnya ada mengenali seseorang selain husband."

"Listening and please continue." Balas Aina

"Dan lelaki tadi tu bukanlah orangnya."

"Then?"

"That's all."

"Awww... Come on Adra. Tell me. Malu apa bossku..."

" This guy...." Adra mula menceritakan serba sedikit mengenai Nash dan Nazreen kepada Aina. Aina mendengar dengan penuh rasa minat dengan setiap apa yang diceritakan Adra. Dari bibit perkenalan sehinggalah detik Adra benar-benar jatuh cinta kepada Nash.

"Wah.. jelesnya I. Bertuahnya you. Tapi dia tau ke tentang another guy yang you kenal?"

Adra geleng kepala.

"Buat masa sekarang I rasa you tak perlu bagitau semuanya pada Nash. Takut dia terkejut tak boleh terima kenyataan."

"Tapi I terlalu sayangkan dia. Dia satu dalam sejuta. I percaya I takkan jumpa lagi lelaki seperti dia. I tak sanggup kehilangan dia."

"Betul. Sebab tu I rasa you jangan terus terang lagi. Tunggu masa yang sesuai. Lelaki macam Nash ni susah you nak predict. Takut lain you harapkan, lain yang jadi."

"Tapi sampai bila?"

"Sekarang kita shopping dulu. Sambil tu you cerita pada I semuanya."

"Thank you Aina. Tak tau macamana nak balas budi baik you. I bersyukur sangat dapat kenal dan jadi kawan you."

******

Nash selamat tiba di rumah dalam keadaan hujan masih lebat.

Hatinya masih bungkam.

Hancur!

Ding dong!

Loceng rumah ditekan.

Selang beberapa ketika Adam anak lelaki sulungnya membuka pintu.

"Tolong ambilkan babah tuala Adam." Nash berdiri di luar pintu rumah.

Dia mengelap tubuh terlebih dahulu kerana Suraya akan membebel panjang jika dia masuk ke rumah dalam keadaan basah kuyup.

Ketika Adam menghulurkan tuala, anak bongsunya Adha berlari untuk mendapatkan Nash.

"Balik babah la!" Begitu riang wajah Adha melihat Nash di depan pintu.

Nash senyum melihat wajah comel Adha. Kebahagiaan seorang ayah melihat telatah anak-anak membesar di depan mata.

"Babah babahh..... Lebat hujan la.. basah babah la. Ada firetruck la. Firetruck hujan la..." Ujar Adha petah berkata. Tidak pelat sudah. Adha dah pandai membuat percakapan yang sedikit panjang. Cuma susunannya masih tunggang langgang dan mesti diakhiri dengan 'la' dihujung percakapannya.

" Adik buat apa tu?" Tanya Nash sambil mengelap seluruh air yang masih mengalir dan menitik dari tubuh.

Adha memandang Nash yang sedang mengeringkan tubuh dengan penuh kehairanan.

"Babah... Are you okay?" Soal Adha.

Tergamam Nash mendengar soalan Adha. Adakah dia meniru percakapan dari cerita kartun di TV atau anak kecil ini seperti merasai kesedihan dalam hati Nash?

"Fantastic sayang! Thanks for asking!" Balas Nash dengan riak yang tenang sambil melemparkan senyuman kepada Adha. Diusap lembut ubun-ubun Adha.

Ini bukan kali pertama Adha berkata seperti itu. Sudah banyak kali sebenarnya. Cuma Nash terkejut pertanyaan itu terucap ketika hatinya sememangnya sedang dirundung kesedihan.

"A wiper on the firetruck go swish swish swish....swish swish swishhhhhh...." Adha kembali berlari sambil menggayakan tangannya seperti sepasang wiper menuju ke ruang tamu untuk menonton kartun. Tak habis-habis si Adha dengan kartun bombanya. Asal celik mata, buka tv nak tengok kereta bomba.

Nash masuk ke dalam bilik menanggalkan baju. Dia bersiap untuk mandi. Hari sudah hampir maghrib. Dia baru teringat dia belum lagi menunaikan solat asar. Tanpa berlengah Nash melangkah masuk ke bilik air.

Selesai solat isyak dan makan malam Nash menghabiskan masa melayani kedua-dua anaknya di salam bilik. Bergurau senda bersama terutama si bongsu Adha. Suraya seperti kebiasaan sudah tidur lebih awal. Tepat jam 11 malam Adha sudah terlelap di atas badan Nash. Dengan perlahan Nash mengangkat Adha lalu meletakkanmya di bilik sebelah di mana Suraya sedang tidur. Direnung wajah isterinya untuk seketika kemudian melangkah keluar dari bilik.

Nash mencapai telefon. Dia melihat pesanan telegram dari Adra. Berpuluh teks dihantar oleh Adra.

Sayang, dah sampai rumah?

Sayang, I miss you...buat apa tu?

Sayang, busy ke?

Sayang, kenapa senyap je ni?

Sayang, apa yang dah berlaku?

Sayang, please reply me

Sayang, jangan buat I risau

Sayang, jangan buat I macam ni.

Sayang, I rindukan sayang.

Itu sebahagian dari teks yang dihantar Adra. Jelas terbit kebimbangan apabila kekasih hati tidak membalas semua teks yang dihantar.

Ah sudah lah. Rindu? Sayang? Bullshit!!!!

Nash membuka kembali pesanan Whatsapp yang diterima siang tadi. Dia melihat semula beberapa gambar yang diterima. Gambar-gambar Adra bersama seorang lelaki berduaan berpegangan tangan di restoran. Ditenung hingga terbit rasa amarah dalam diri. Akhirnya telefon dicampak ke bawah.

Kekecewaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hatinya bagaikan dihiris dengan pisau tanpa tersisa. Setelah dia meletakkan segala perasaan, rindu, cinta dan sayang tanpa ragu namun tak sangka Adra mempermainkan keikhlasan cintanya.

Adakah aku terlalu bodoh dan lurus seperti pembaris? Terlalu mudah jatuh cinta dan mempercayai dia?

Nash mengambil semula telefon lalu memilih fungsi block user pada aplikasi. Dia sudah tidak mahu peduli lagi. Nombor telefon Adra disekat sepenuhnya. Biarlah Adra tertanya-tanya kenapa. Apa yang Nash rasakan sekarang hanyalah kepedihan dan dikhianati.

Nash melangkah keluar dari rumah. Sedang berjalan dia terserempak Zamri.

"Mana brader?"

"Keluar ambil angin jap." Balas Nash dan terus belalu pergi meninggalkan Zamri yang terpinga-pinga melihat kelakuan Nash.

Apa hal mamat ni? Senggugut ke apa? Moody semacam je.

Saat ini dalam fikiran Nash hanya satu. Studio jamming. Mungkin di sana dia boleh meredakan kecewa dalam hati.

******

Sudah 4 hari Adra tidak mendengar khabar berita dari Nash. Hatinya sangat risau. Segala apa yang dilakukannya menjadi serba tak kena. Apa yang telah berlaku? Adra pelik mengapa nombornya disekat Nash. Adakah hubungan mereka telah diketahui oleh Suraya? Adakah sesuatu yang buruk telah menimpa diri Nash? Dia perlukan kepastian.

Kerisauan yang berlaku menyebabkan Adra dimarahi oleh bosnya En Suffian kerana terdaapt banyak kesilapan dalam kerjanya di pejabat.

"Adra! Kenapa minggu ni awak banyak buat silap? Awak selalu hilang fokus! Saya nak awak ambil cuti seminggu mula minggu depan. Saya nak awak selesaikan semua masalah peribadi awak dan kembali kerja dalam keadaan fresh dan excellent macam selalu." Arah dari En Suffian sebelum meninggalkan bilik Adra.

Fikirannya ligat mencari cara terbaik untuk dapat menghubungi Nash. Akhirnya dia mendapat satu akal. Dia meminjam telefon Sabreena untuk menghubungi Nash. Adra masuk ke bilik mesyuarat kerana lebih tenang dan tiada gangguan. Dia berdebar mendengar bunyi panggilan telefonnya mula disambungkan ke nombor Nash.

"Hello,." Kedengaran suara Nash.

"Sayanggggggggg.." Jerit Adra sayu. Perasaan sedih dan gembira. Sedih kerana dia terlalu merindui suara dari Nash. Gembira kerana mendengar suara dalam keadaan baik.

"Are you sure I'm your 'sayang'? Atau I ni cuma salah seorang dari sayang-sayang you?"

"Sayang, apa you cakap ni? I tak faham." Serentak itu air mata Adra terus mengalir mendengar kata-kata Nash yang menyindirnya.

"Siapa lelaki yang you jumpa lepas I hantar you hari tu?"

"Sayangggg... lelaki apa ni? I betul-betul tak faham apa sayang cakap."

"Jangan tipu. I tau you keluar dengan lelaki lain. I sibuk ni banyak kerja. You pergi la dating dengan lelaki tu. Tak payah peduli I lagi."

Tuut..... 

Panggilan telefon dimatikan Nash.

Sayang.. Apa yang sudah berlaku? Kenapa sayang tiba-tiba marah dan berubah sikap?

Adra kebingungan. Insan tersayang yang selama ini sering menuturkan kata indah namun hari ini berubah sepenuhnya. Hanya nada kebencian yang didengari. Air matanya semakin mengalir deras membasahi pipi.

Klak!

Pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar.

"Adra!!!" Sabreena menjerit lalu segera mendapatkan Adra yang sedang duduk di atas sofa sedang menangis.

Tangisan Adra semakin kuat.

"Babe. Kau kenapa? Kenapa menangis? Apa dah terjadi?" Soal Sabreena dengan nada cemas.

"Nash..." Balas Adra sambil terisak-isak.

"Kenapa dengan Nash? Ada apa-apa jadi pada dia ke?"

"Nash marah aku. Dia tuduh aku keluar dengan lelaki lain."

"Kenapa dia tuduh kau macam tu?"

Adra menggelengkan kepala tanda tidak tahu punca.

"Kau bertenang dulu. Jangan menangis macam ni. Susah aku nak faham cerita sebenar." Ujar Sabreena sambil memeluk dan mengusap lembut belakang Adra supaya dia dapat bertenang.

Reda seketika tangisan Adra lalu dia mula membuka cerita.

"Hujung minggu lepas, aku keluar dengan kawan aku. Nash tolong hantar. Lepas tu dia pergi training marathon. Bila aku balik dari jumpa kawan aku, dia langsung tak text aku macam biasa. Lepas tu semua text aku dia tak reply."

"Lepas tu aku cuba call dia tak dapat. Aku cuba text dia semula tapi dia dah block nombor aku."

"Hari ni bila aku cuba call dia guna nombor kau, dia jawab. Dia marah aku. Asyik tanya siapa lelaki yang keluar dengan aku tu. Walhal aku takde keluar dengan lelaki pun."

Sabreena menggenggam erat kedua tangan dan memandang mata Adra. Hatinya jadi sayu mengenang nasib kawan baiknya ini.

Sudah bermacam-macam masalah dan dugaan menimpa, perkenalan Adra dengan Nash buatkan Sabreena gembira dengan perubahan Adra. Nash benar-benar telah memberikan rasa bahagia buatnya. Memberikan emosi baharu untuk diri Adra yang selama ni tidak ceria dan murung. Tapi kenapa tiba-tiba Nash jadi macam ni? Sukar Sabreena nak faham.

"Babe, aku rasa kita kena selidik dulu hujung pangkal cerita. Aku percaya dia rasional dan sentiasa guna otak. Aku tak percaya Nash jadi macam ni tanpa sebab. Mungkin ada salah faham ni."

"Macam ni lah. Biar aku yang tanya apa masalah si Nash sampai tuduh kau keluar dengan lelaki lain. Aku takkan biarkan Nash buat kawan baik aku ni sedih. Nak kena si Nash ni."

"Kau ada nombor pejabat dia?"

Adra geleng kepala.

"Takpe, kau tau semua maklumat tentang Nash kan? Dari nama penuh, ic, surat beranak, makanan kegemaran semua kau tau kan babe? Kita call je pejabat dia."

"Tapi macamana?" Soal Adra.

"Dia kan kerja gomen, semua agensi gomen mesti ada edirektori staf dalam website. Kat situ kita boleh cari nama dia dan nombor pejabat dia."

"Kenapa la aku tak boleh berfikir macam kau?"

"Sebab kau tu emosi lebih. Benda macam ni kita kena tenang tarik nafas perlahan-lahan. Bagi Nash masa untuk dia muhasabah. Sekarang ni dia sedang marahkan kau. Kau cakap apa pun tak guna beb. Bagi dia sejuk dulu. Kau lebih kenal dia dari aku Adra. Aku percaya kau dengan dia memang ditakdirkan berjodoh. Percayalah cakap aku. "

Adra angguk dan tersenyum.

"Aku sayang kau sangat-sangat Sab." Dipeluknya Sabreena sekuat hati.

"Sudah. Kau tu dah banyak menangis. Mesti lapar. Jom aku belanja kau makan cheese cake. Tentang Nash tu jangan risau. Esok aku cakap elok-elok dengan dia. Kau dengar je aku loud speaker nanti eh."

Bersinar mata Adra kembali ceria wajahnya mendengar rencana Sabreena. Tak sangka geliga otaknya boleh dibuat batu cincin. Sekurang-kurangnya ada sinar dan harapan antara dia dan Nash.

Adra berharap segala yang berlaku akan ada penyelesaiannya. Dia amat berharap hubungan mereka terus kekal utuh berpanjangan selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience