"Kasi kebab daging dua, ayam satu. Kejap lagi saya datang semula ye." Sambil itu dia melihat juadah-juadah lain yang dirasakan sesuai untuk dibawa pulang ke rumah sebagai juadah berbuka.
Sekarang misi Nash mencari makanan untuk Suraya pula. Asalkan bukan ayam, lembu atau kambing. Selain itu Suraya makan semuanya. Ironinya pula, Nash alergik pada udang, ketam dan sotong.
Mata Nash melilau memerhatikan gerai-gerai yang ada. Ketika berjalan dia terserempak dengan Din, jiran bersebelahan blok Nash. Dari jauh Din sudah tersenyum. Din bekerja sebagai eksekutif di sebuah hotel lima bintang yang terkemuka.
"Assalamualaikum. Cari apa kat pasar malam?" Tegur Din.
"Waalaikumussalam. Pergi pasar malam takkan nak cari Jho Low. Cari lauk sikit. Wife tak masak hari ni." Ujar Nash.
"Lama tak jumpa kau. Susah sangat mengalahkan menteri". Ujar Din.
" Kau tu yang busy. Imam Salim tanya aku mana si Din lama tak nampak kat surau. Dah kahwin baru ke? Lebih kurang macam tu la dia tanya." Balas Nash.
"Busy sikit la. Kau jangan nak buat cerita Imam Salim cakap macam tu. Macam aku tak tau kau punya tokok tambah. Tapi kalau la betul jadi, kau amin kan je la. Hehehe." Din tersipu-sipu membalas.
"Wuihhh...berani betul kau bila bini takde kat sebelah. Ni kalau Lina dengar aku rasa tiap malam kau tidur kat surau ni. Tak payah pasang cctv nak jaga tabung dari kena curi." Sakat Nash.
"Dia punya semangat pak maun kalau bini takde kat sebelah memang lain machiam. Hahahaha..." Berderai ketawa Din di situ sambil mata memandang ke kiri dan kanan mencari di mana isterinya berada.
Lelaki ni memang begitu lah. Kalau sembang bab kahwin satu lagi, bukan main meriah.
"Kebetulan jumpa ni, aku nak bagitahu. Ni untuk kawan-kawan je. Kalau nak bawa family bercuti kat hotel, roger je aku. Boleh dapat harga staff."
"Berapa harganya?"
"Semalam seratus".
"Murah!"
"Aku ada kuota harga staff tapi tak sempat guna. Daripada tak luak langsung baik aku offer dekat kawan-kawan. Setahun limit 7 hari. Tahun ni tak pernah guna lagi."
"Takde limit?"
"Tujuh hari setahun. Memang company nak appreciate semua staff. Dah lama syarikat kasi privillege ni pada staff. Cuma aku baru teringat nak bagitau kawan-kawan. Aku cas la semalam rm50 extra. Kasi can la aku cari duit sayur. Hehehe"
"Sambil menyelam sempat kau meniaga eh? Kalau aku nak booking macamana?"
"Kau roger je aku. Semua aku setelkan, kau tinggal nak check in je nanti. Ok lah wife aku dah panggil tu. Jumpa lagi. Apa-apa roger je."
"Orait. Lepas raya aku roger."
Nash tersenyum. Terbayang dalam fikirannya untuk membawa keluarganya pergi bercuti. Mesti Adam dan Adha seronok dapat mandi kolam. Adam tu memang pantang nampak air. Selagi tak kecut kulit, selagi tu la dia tak keluar dari kolam. Dah mengalahkan hantu air. Lama rasanya mereka semua tak dibawa bercuti.
"Seratus lima puluh semalam kalau ambil dua malam baru tiga ratus. Jimat banyak." Nash sudah mula buat kira-kira.
Nash pulang ke rumah sambil berangan-angan untuk memberitahu Suraya dan anak-anak dengan harapan mereka gembira.
******
Usai solat terawih Nash masuk ke dalam bilik memberitahu Suraya tentang perbualannya dengan Din di pasar malam tadi.
"Berapa ramai boleh muat? Besar ke biliknya?"
"Hotel five star. Berbaloi dengan harga. Kita ambil dua malam. Bagi Adam dengan Adha puas berendam dalam kolam."
"Ajak Along dengan Angah satu family sekali. Kalau kita satu family nanti tak meriah."
"Kita sekeluarga cukup la. Bila lagi nak luang masa bersama."
"Malas mama. Kalau ajak along dengan angah ok la. Kalau kita-kita je, papa je la pergi seorang."
Berdesing telinga Nash mendengar jawapan Suraya. Apa lagi yang perlu Nash lakukan untuk cuba memperbaiki hubungan dengan isterinya. Nash benar-benar buntu dan terkilan dengan sikap Suraya.
"Papa nak luang masa dengan anak-anak dan mama. Papa tak nak ada orang lain. Mahukan cuma kita sekeluarga."
"Boring nanti." Balas Suraya ringkas.
"Pergi pun belum dah cakap boring?"
"Bukan mama tak tau, malam-malam nanti papa tu mula la. Nak itu ini kan mama."
Saat ini Nash rasa seperti ingin hantukkan kepala sendiri ke dinding rumah. Biar berdarah dan bersepai!
Astaghfirullah al azim! Syaitan apa yang dah merasuk bini aku ni?! Berkata Nash di dalam hati.
"Kita ni suami isteri. Apa salah ke kalau suami berkehendakkan isteri sendiri? Sampai hati mama cakap macam tu seolah-olah papa ni buat benda yang tak sepatutnya. Apa salah papa? Masih anggap papa ni sebagai suami lagi ke sampai tergamak cakap macam tu?" Nada suara Nash agak sayu. Hancur luluh hatinya mendengar isteri sendiri mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.
"Terus terang dari dulu mama dah bagitahu berkali-kali, mama dah tak mampu nak layan kehendak papa. Dari mama menanggung dosa dengan suami sendiri, lebih baik papa cari perempuan lain yang boleh layan batin papa. Mama dah tiada keinginan itu."
"Mama minta maaf. Mama tak mampu. Mama sedar betapa seksanya jiwa dan batin papa. Dan itu punca kita jadi selalu bergaduh, bermasam muka. Mama doakan supaya papa dapat bertemu dengan orang lain yang mampu bahagiakan papa."
"Andai satu hari nanti papa jumpa yang sesuai, lepaskanlah mama. Mama izinkan papa kahwin lain tapi mama tak rela untuk bermadu. Mama akan keluar dari rumah ini demi kebahagiaan papa."
"Papa jangan risau dengan pandangan keluarga dan saudara mara kita semua. Mama bagi jaminan diorang takkan salahkan papa. Bukan papa yang menjadi punca pada perpisahan kita nanti. Dalam mahkamah nanti mama sendiri akan beritahu pada hakim" Suara Suraya bertukar sayu. Kolam matanya mula digenangi air. Perlahan-lahan ia turun mengalir membasahi pipi. Mungkinkah ada rasa bersalah dan berdosa pada suaminya sendiri? Namun walau apa yang berlaku, dia seperti tetap tidak berganjak dari pendiriannya.
Nash melangkah keluar dari bilik sepi tanpa sebarang kata. Dia perlu lakukan sesuatu!
******
Ping!
+Assalammualaikum Ajib. Apa khabar?
-Waalaikumussalam. Sihat Alhamdulillah. Woi apa cerita?
-Tiba-tiba pm aku ni kenapa? Parlimen dah bubar ke?
+Jib, kau busy tak? Aku nak vc dengan kau kejap boleh? Ada benda aku nak cerita.
-Bunyi macam serius ni. Lagi sejam aku habis duty. Nanti aku roger kau ok?
+Ok jib. Aku tunggu kau. Assalammualaikum.
-Waalaikumussalam.
Mungkin Ajib boleh tolong aku sebab dia doktor. Boleh jadi Suraya ada masalah yang perlu dirujuk pada yang pakar. Tapi nampaknya nak tak nak aku terpaksa tebalkan muka nak cerita masalah rumahtangga aku pada Ajib.
Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi dalam rumahtangganya selama ini. Harapannya semoga Ajib dapat memberikan sedikit nasihat dan pendapat dalam menyelesaikan kemelut antara dia dan Suraya nanti.
Tepat jam 1 pagi, Nash menerima panggilan video dari Ajib. Nash masuk ke dalam kereta agar perbualan tidak terganggu dari sebarang anasir yang tak diingini.
Perbualan mereka kini berlangsung hampir sejam. Banyak perkara yang diceritakan pada Ajib. Selaku kawan rapat dari bersekolah rendah, Ajib mendengar dengan teliti setiap permasalahan yang disampaikan kepadanya.
"Apa pendapat kau jib?" Soal Nash
Ajib: "Pening masalah kau ni. Apa yang aku dapat rumuskan kat sini.... Suraya mungkin dah jadi asexual. Tapi bukan sepenuhnya. Boleh jadi ya boleh jadi tidak."
Nash: "Asexual? Tak pernah dengar. Apa benda tu jib?"
Ajib: "Aseksual ni istilah untuk menggambarkan individu yang tidak mempunyai nafsu seksual. Maksudnya individu ni tiada rasa daya tarik atau keinginan untuk mengejar atau melakukan hubungan seksual dengan seseorang."
Ajib: "Aseksualiti ni sebenarnya duduk dalam spektrum orientasi seks yang sama dengan LGBT, ada individu mungkin tiada rasa nafsu seksual sama sekali, sementara yang lain mungkin nafsu seksualnya sangat rendah tapi masih bernafsu. Aseksual ni tidak sama dengan aromantik, merujuk pada seseorang yang tidak tertarik dengan perlakuan dan kata-kata romantik. Mungkin yang bermasalah libido dia. Mungkin ada cara untuk pulihkan dia."
Nash mengangguk seperti faham dengan Ajib. Sama seperti apa yang dikatakan oleh Suraya padanya di rumah tadi.
Nash: "Tapi kenapa sampai jadi macam tu? Apa silap yang aku dah buat? Macam-macam cara aku dah buat untuk baiki hubungan aku dengan dia. Apa cara lain lagi yang ada?"
Ajib: "Setakat ni, takde kajian penuh yang boleh kenalpasti kenapa boleh terjadi. Banyak faktor sebenarnya. Faktor genetik, biologi, hormon pun main peranan juga. Masalah kesihatan, kesan sampingan ubat pun jadi penyumbang juga. Tapi semua ni cuma pendapat dari sudut perubatan. Asexual ni cuma tiada keinginan untuk seks tapi masih boleh berkasih sayang, masih ada perasaan ingin mencintai dan dicintai. Untuk kes wife kau ni pelik. Seks tak nak, berkasih sayang pun tak nak. Kalau kau dah try macam-macam cara pun tak jalan, itu buat aku bertambah pelik."
Nash: "Kau yang doktor pun rasa pelik, apatah lagi aku."
Ajib: "Kau yakin ke wife kau dulu-dulu takde orang lain berkenan ke, sakit hati ke apa. Mana tau pakwe lama dia ada guna-guna ke. Tak pun ada orang sakit hati dengan kau ke. Kita ni orang melayu, moden macamana pun, benda-benda mistik macam ni tak boleh nak dipisahkan. Mana tau kot ada orang hantar sihir pemisah?"
Nash: "Sebelum ni pun memang aku ada tanya dengan 3-4 orang ustaz. Suruh diorang tolong tengok apa yang patut. Tapi semua cakap takde apa. Dari segi mistiknya, memang takde apa pun yang ganggu dia."
Ajib: "Mana la tau kau tu. Selalu cakap lepas je dengan orang. Kot ada orang terasa hati simpan dendam."
Nash: "Aku cakap lepas kalau dengan orang yang memang dah bonding kuat je jib. Contoh macam dengan kau. Kau pun tak heran kalau aku pukimak kan kau depan-depan muka."
Ajib: "Macam setan. Perangai dari kecik sampai sekarang tak berubah. Asyik nak maki orang je. Ubah la perangai tu. Kita ni dah makin tua dol."
Nash: "Kau pun sama. Dah jadi doktor pun asyik nak maki patient. Elok boleh hidup meninggal terus sebab kena maki."
Ajib: "Musibat betul kau ni. Kenapa la aku boleh berkawan dengan kau masa kecik-kecik dulu..... Eh baru aku ingat. Aku ada kawan kat KL. Doktor jugak. Mungkin dia boleh tolong. Aku rasa kau boleh try bawak wife kau jumpa dia untuk buat test."
Nash: "Nanti kasi aku contact number dia... Tapi aku ada masalah lain juga ni jib..."
Ajib: "Apa benda lagi?"
Nash: "Aku dah takde perasaan pada Suraya jib. Aku dah jatuh cinta pada orang lain. Problemnya dia pun wife orang jugak. Apa patut aku buat sekarang?"
Ajib mengeluh panjang....geleng kepala Ajib mendengarnya.
Ajib: "Kau ni takde penyakit cari penyakit la."
Nash: "Nak buat macamana jib. Hati dah suka. Aku tak minta pun semua ni."
Ajib: "Susah sangat kau kahwin dua je la. Belajar dengan abang kau tu. Minta dia tips."
Nash: "Gaji aku tak besar macam kau. Kau gaji bayar pakai usd boleh la sembang. Lagi pun Suraya dah cakap dia tak sanggup bermadu dan relakan aku cari pengganti dia."
Ajib: "Tapi aku rasa, lebih baik selesaikan hal kau dengan Suraya dulu. Kemudian baru kau fikir pasal hal ni. Bincang elok-elok. Fikirkan semua hal termasuk anak-anak sebelum kau buat keputusan. Kesian kat anak wei.-"
"Aku tak salahkan kau seratus peratus dalam hal ni, kalau memang kau dah jatuh sayang pada orang lain. Dalam hal ni pokok pangkal semuanya terpulang pada kau. Aku tak boleh buat apa-apa sebab kau dengan aku lebih kurang sama je kepala batu.. jenis tak makan saman. Dekat sekolah dulu pun kau memang suka kacau girlfriend orang. So, tak heran la sekarang dah kahwin pun kau boleh buat hal jatuh cinta dengan wife orang. Kalau dengan anak dara atau mak janda ke kira okay lagi. Ini tidak, bini orang jugak yang kau nak. Kena pelupoh dengan laki dia baru kau tau." Dalam baik sempat lagi si Ajib ni menyindir.
Nash: "Setan kau jib. Dah pukul 2 lebih ni. Esok aku nak kerja. Nanti kita discuss lagi. Kau tu berapa lama nak duduk Qatar? Balik la tabur jasa kat negara sendiri. Ke sayang sangat nak tinggalkan nurse-nurse arab?"
Ajib: "Nurse arab kepala hotak kau ! Bini aku dah sampai tu. Ok bye !"
Panggilan video ditamatkan. Nash melangkah keluar dari kereta bersandar pada bonet enjin. Merenung jauh ke arah bintang-bintang sambil memikirkan kata-kata Suraya dan Ajib.
Dia cuba memahami adakah Suraya benar-benar maksudkan apa yang dia ucapkan tadi? Atau kerana emosi semata-mata tanpa berfikir panjang?
Ah! Pening kepala nak fikir.
Tipulah kalau aku tidak sayangkan Suraya. Tetapi kata-kata yang keluar dari mulut Suraya merentap perasaan kasih yang selama ini aku pertahankan demi anak-anak. Atau Suraya tak perlukan aku lagi dalam hidupnya?
Kehadiran Adra bukanlah penyebab aku berpaling kasih. Aku sendiri tidak tahu aku telah jatuh hati padanya. Adra menyedarkan aku tentang apa yang diperlukan dalam sesuatu hubungan. Aku telah berusaha untuk meraih kembali kasih dan cinta dari Suraya yang semakin hari semakin pudar. Aku gagal! Mungkin Suraya juga begitu. Telah hilang rasa bahagianya bersamaku. Jika tidak, mustahil sanggup dia berkata begitu.
Ya Allah, apakah mungkin telah ditakdirkan pengakhiran aku dan Suraya?
Mungkin inilah yang terbaik. Bagaimana dengan Adra? Adakah suaminya sanggup melepaskannya? Walau apa yang berlaku, diri ini akan tetap setia menanti buat selamanya. Hati ini sudah menjadi miliknya. Aku yakin akan ada sinar untuk aku dan dia suatu hari nanti.
"Adam... Adha... Maafkan babah." Nash mula sebak. Sebutir mutiara jernih gugur menuruni dataran pipi. Ada kesedihan sedang berbongkah di dalam dada.
******
Seandainya kau ada suah meratap pada kenangan yang bertamu,
Demikian perasaan yang cuba mengadu,
Jika datang rindu yang terbekas oleh masa dulu,
Begitu dengan asmara dahulu bermula bara akhirnya abu,
Atau rasa sakit yang masih tersisa tak tahu untuk disembuh....
Bertemu dan berguru lah dengan waktu.
Maafkan aku Suraya.
Share this novel