Bab 13 - Puisi Cinta

Romance Series 38806

Langit masih biru waktu pertama kali ia diciptakan. Embun dan salju tetap dingin setiap kali ia hadir menimpa daun yang merindui saban masa. Hari terus berganti dan waktu berlalu tanpa menanti.

Merdu nama mu, indah dirimu tiada yang dapat dibandingi. Akan kekal utuh di dasar kalbu sejak kali pertama dipertemukan denganmu. Lakaran cinta yang kau warnakan dalam hidupku kini aku bingkaikan menjadi lukisan mercu yang tersemat dalam dinding hati.

Menjadi turutan warna indah ke raut wajah mahkota mimpi. Tak akan berganjak dan goyah walau sejuta cuba menerpa diri. Akan aku pertahan andai beribu datang mengganggumu.Meski belum waktunya demi sebuah kesimpulan untuk kita, aku bersyukur kerana isyarat cinta yang hadir dan akan ku serahkan segalanya buatmu.

******

Hati Nash sungguh bahagia. Biar pun ia sebuah cinta terlarang yang dipisahkan dengan sebuah ikatan yang berlawanan itu masih belum ada kata putus dari wanita yang dia mula cintai. Betapa hebatnya getaran cinta yang dibawa oleh wanita yang bernama Adra Aaira .....

Nash sedar apa yang ditemuinya kini adalah sesuatu yang telah lama diimpikan. Adra sangat berbeza dengan semua jenis wanita yang pernah Nash kenali.

Cukuplah selama ini dengan aktiviti sundal bersama para wanita yang dikenalinya di alam maya. Menggoda dan memberikan kata-kata manis demi meraih kepuasan nafsu.Untuk beberapa permulaan pertama Nash berasa seronok dengan apa yang dilakukan. Bertukar-tukar wanita hampir setiap minggu.Lama-kelamaan, bosan pula rasanya. 'Make luv without love.' Hanya kepura-puraan kerana nafsu semata-mata.

Nash mula sedar seperti ada kekosongan di situ. Bukan itu yang Nash mahukan. Dia ingin mencintai dan dicintai sepenuh hati. Perasaan itu seakan sudah tiada pada Suraya. Nash terfikir sampai bila mahu terus begini?

Apabila pulang ke rumah, timbul rasa sayu melihat wajah dan gelagat anak-anak. Sungguh pun layanan Suraya terhadapnya bukanlah sesuatu yang wajar sebagai seorang isteri. Namun Suraya tidak pernah berlaku curang. Suraya tetap menguruskan rumahtangga dengan cemerlang. Nash mula dihantui rasa bersalah pada anak-anak.

Seandainya mereka tau kisah di sebalik perlakuan Nash pasti mereka kecewa terutamanya Adam, kerana dia sudah meningkat remaja. Sudah faham akan erti dosa dan pahala. Sudah tahu tentang asas hukum hakam agama.

Nash pun bukan bodoh tentang dosa dan pahala. Terlebih tahu sudah. Dia boleh mengaji dengan baik dan sering menjadi imam untuk anak dan isteri di rumah. Menjadi contoh yang baik di hadapan anak-anak. Dibesarkan dengan didikan agama yang cukup malah bapanya seorang bekas imam dan ketua kampung. Latar belakang keluarganya dipandang tinggi oleh orang kampung. Sebut sahaja mengenai keluarganya di kampung, amat sukar untuk mendengar kata-kata yang tidak baik dari mulut orang kampung.

Bukankah sepatutnya ia mampu menjadi benteng dari melakukan perkara terlarang. Di manakah silapnya? Benar sungguh apa yang dikatakan iman itu tidak dapat diwarisi. Pokok pangkalnya letak pada hati. Begitulah hati manusia. Jika hati telah mati, campak la apa sahaja. Itulah jadinya. Namun jika hati tidak mati seperti ikan yang berenang dalam lautan, walau di bawa arus air laut yang masin namun isi sang ikan tak pernah berubah menjadi masin melainkan ikan yang sudah mati. Seperti ikan yang telah mati dilumuri garam dijadikan ikan masin.

Tapi kalau yang digelar ustaz pun boleh tergamak merogol pelajar. Terlalu mudah dihasut sang iblis dan syaitan. Inikan pula Nash yang sekadar berpengetahuan taraf orang awam dalam ilmu agama, bukan maksum seperti para nabi dan rasul.

Nash tahu dirinya semakin lalai dan hanyut dengan rutin dunia yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan. Dia inginkan hubungan suami isteri yang mesra seperti dulu. Namun apakan daya, segala usahanya menjadi buntu. Suraya tetap begitu.

******

Saat ini Nash perlukan sesorang yang mampu menceriakan dirinya. Boleh diajak berbual tentang macam-macam perkara, dalam fikiran Nash hanya Adra sahaja yang paling sesuai. Lantas, Nash keluar dari rumah menuju ke kedai mamak berdekatan. Dia rindukan celoteh Adra, cuma Adra saja boleh melegakan segala kekusutan dan Nash mungkin akan tenang apabila dapat berkongsi segala cerita. Dia masih tak boleh melupakan peristiwa gulai daging yang dibuang Suraya.

"Nak call ke nak chat dulu? Kalau call terus takut dia tengah sibuk ke apa. Ah. Mesej je la dulu" Nash bertanya dalam hati.

+Hi cik Adra. Tengah buat apa tu?
+Bizi ke?
+Kalau tak bizi boleh tak nak call?
+Rindu nak borak dengan you.

******

Adra sedang duduk termangu di ruang tamu. Wajahnya kelihatan sugul. Fikirannya berserabut dengan apa yang sedang berlaku.

Ping !

Tertera notifikasi nama Nash. Adra merenung seketika kemudian membaca mesej yang diterima.

Nak cakap ya atau tidak. Fikiran Adra buntu. Kalau tak jawab nanti dikatakan sombong. Kalau jawab ya pula dia rasa macam takde mood nak berborak. Adra sedang berkira-kira. Tak sampai hati pula nak mengecewakan Nash.

Mana tahu kalau berbual dengan Nash dapat mententeramkan perasaan yang berkecamuk sekejap. Lagi pun dia perlukan seseorang yang sudi mendengar tentang apa yang sedang dilalui.

Ping!

Tersenyum Nash membaca jawapan Adra. Tanpa berlengah Nash terus menelefon Adra.

" Assalammualaikum Adra ku sayang."

"Waalaikumussalam Nash. Bila masa I jadi sayang you ni"

"Ops sorry. I tukar eh. Assalammualaikum sayang ku Adra."

"Eiii.. you ni kan. Suka hati you lah." Adra merengus. Malas dah Adra nak larang. Mamat ni memang tak makan saman. Namun dalam hati Adra terbit satu perasaan berbunga-bunga dengan panggilan itu.

"I mengganggu ke?"

"Tak lah. Ok je."

"You sihat ke ni? Kenapa suara u lemah semacam je."

"Letih sikit. Banyak kerja hari ni."

"Kalau you letih lain kali je la kita sembang. Tak nak la kacau you. Kesian you penat. Aside takut kalau husband you dengar ke apa."

"Its okay Nash. Boleh je borak. I pun takde buat apa-apa sekarang. Nak layan movie pun takde yang menarik."

"Oh kebetulan. I ada satu movie tamil untuk direkemenkan. Tak tau you suka ke tak..."

"Cerita tamil? Best ke? Apa tajuk dia? I nak search kat Netflix nanti."

"Tajuk dia cabutibuluku." Kedengaran bunyi gelak ketawa.

"Kurang asam!" Adra geram disakat Nash. Namun sedikit sebanyak Adra tergelak kecil juga menahan lucu mendengar tajuk filem yang disebutkan Nash.

"You ni nak borak ke nak menyakat I? Kalau tak I letak telefon nanti." Ugut Adra. Geram dia. Dah la dia dalam kesedihan, boleh pula Nash nak buat kelakar. Rasa nak debik je mamat ni.

"Alolololo. Sorry la you."

"Jangan nak buat kelakar lagi eh." Warning Adra.

"Malam ni I teringatkan zaman sekolah dulu. Waktu belajar matematik." Tiba-tiba Nash menukar topik.

"Kenapa dengan zaman sekolah you?" Tanya Adra kehairanan.

"Dulu waktu sekolah, cikgu ajar sehari bersamaan 24 jam, 1 jam bersamaan 60 minit, 1 minit bersamaan 60 saat."

Nash berhenti dari berkata-kata.

"So? Apa kena mengena?" Balas Adra tidak sabar.

"Masalahnya sekarang, kenapa 1 saat tanpa you di sisi macam 100 tahun lamanya? Penipu cikgu matematik I tu." Nash bermain kata.

Adra senyap.

"Semalam I pergi pantai tengok bintang. Biasanya ada seribu bintang. Tapi semalam kurang satu bintang dah. I call Agensi Angkasa Malaysia. I tanya kenapa malam ni kurang 1 bintang. Saintis tu cakap ada satu bintang dah jatuh ke dalam hati I. You lah bintang yang jatuh tu." Nash menyambung semula pickup line ayat-ayat manisnya.

Krik krik!

Adra masih membisu tanpa sebarang kata.

Nash mula segan, dia punyalah buat pickp up line untuk Adra tetapi kenapa Adra hanya diam seribu bahasa?

Tak sampai ke?

Tak cia cia ke?

Atau tak kelakar romantik?

Begitulah agaknya perasaan peserta rancangan lawak bila buat kelakar tapi penonton tak gelak. Sekarang baru Nash faham perasaan mereka.

"Adra, kenapa ni? You ada masalah ke?" Serius saja suara Nash bertanya.

Adra mengeluh.

"Nash, I minta maaf. Pickup line U takde cacat cela. Cuma I takda mood nak berpick up line buat masa ni." Perlahan saja suara Adra.

Suasana mula bertukar menjadi hening.

Hati Nash mula rasa lain, Adra yang dia kenali adalah seorang yang ceria tapi kenapa malam ni Adra lebih banyak mendiamkan diri. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Adra ketika ini.

"Adra, kenapa ni?" Lembut suara Nash memujuk.

Adra sepi, Nash masih menanti hingga dia dapat menangkap tangisan halus Adra di telinganya. Nash mula kesal dengan keterlanjuran gurauannya.

"Sayang...kenapa ni? Tell me sayang, I'm here for you now." Semakin lembut Nash memujuk.

Langsung pecah tangisan Adra. Adra tidak kuat, sekali lagi dia menangis pada lelaki yang bukan suaminya. Sememangnya kehadiran Nash di saat dia perlukan seseorang untuk berkongsi rahsia adalah tepat biar pun perkenalan mereka sangat singkat. Entah kenapa Adra lebih mempercayai Nash dari ahli keluarganya sendiri.

Adra teringat kembali panggilan telefon pada dinihari harijadi suaminya yang lalu, panggilan telefon yang merubah kepercayaan Adra pada Daniel.

*******

"Maaf Puan kerana menganggu pagi-pagi begini. Puan isteri pada En Daniel?" Satu suara garau di corong telinganya setelah panggilan dijawab.

"Ya saya, siapa ni?" Soal Adra, jantungnya mula berdegup laju. Hatinya mula sudah rasa tidak sedap.

"Begini Puan, suami puan ada di Balai Polis sekarang ini. Dia ditahan kerana disyaki memiliki ganja." Kata suara garau itu.

"Ya Allah..." Hanya kalimah Allah yang mampu Adra ungkap ketika ini.

"Errr...Balai mana Encik...?" Soal Adra dalam gugupnya.

"Saya Inspektor Akashah dari Balai Cheras, saya hanya ingin maklumkan yang suami puan akan direman selama 7 hari bermula hari ini sebelum dihadapkan ke mahkamah esok. Mahkamah akan putuskan hukuman untuk En Daniel jika dia didapati bersalah atau sebaliknya." Sambung suara garau itu.

Sungguh Adra terkejut, tak disangka suaminya dalam diam mula terjebak dengan ganja. Kenapa dan mengapa Daniel boleh jadi begitu?

"Saya akan datang ke balai sekarang Tuan." Adra bingkas bangun bersiap untuk ke balai.

******

"Adra...?"

"Adra..?"

"Sayang...?"

Berkali-kali Nash memanggil apabila Adra diam seribu bahasa di dalam talian.

"Errr..Ya.." Adra tersentak dari lamunannya.

"Ceritalah, apa masalah you ni. I sudi mendengarnya jika itu dapat mengurangkan kesedihan hati you saat ini." Nash memujuk.

Adra menarik nafas panjang, satu persatu dia membuka pekung rumah tangganya pada Nash. Tiada apa yang dia harapkan melainkan Nash sudi mendengar ceritanya yang tak mungkin dia berani untuk berkongsi pada sesiapa pun termasuklah keluarga mertua dan keluarganya sendiri kerana Adra malu dengan sikap Daniel yang berubah 100% setelah lama mereka mendirikan rumah tangga. Biarlah keluarganya dan mertua sentiasa menganggap anak menantu mereka bahagia dan baik-baik saja.

"Habis tu sekarang Daniel masih dalam lokap?" Soal Nash.

"Dia direman kelmarin, I dah pergi balai berjumpa dengan Inspektor tu. Katanya barang akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk kira berat ganja tu. Kemudian baru mahkamah akan putuskan keputusan untuk hukuman setelah tahu berat barang tersebut. " Jawab Adra sayu.

Adra masih ingat lagi kata-kata Inspektor Akashah kelmarin, " Puan Adra, jika berat ganja itu melebihi 20 gram, suami Puan boleh dipenjarakan tidak lebih 5 tahun atau denda sebanyak RM20 ribu atau mungkin kedua-duanya sekali."

Hiba hati Adra kala ini.

"Sabar Puan Adra, kita tunggu keputusan mahkamah esok." Pujuk Inspektor Akashah.

Adra menangis lagi. Tersedu-sedan tidak dapat menahan kesedihan dalam hati kerana ujian yang bertimpa-timpa.

Nash mengucap panjang setelah mendengar cerita Adra. Kini dia mula terfikir, bagaimana nasib anak isterinya jika dia di tempat suami Adra kerana dia juga melakukan kegiatan mengambil ganja bersama kawan-kawan di kawasan perumahannya.

Setelah mendengar perjalanan kisah hidup Adra, Nash benar-benar mengagumi kecekalan wanita ini. Terlalu banyak onak ranjau berduri yang ditempuh dari awal perkahwinan kehidupannya sehingga hari ini. Adra benar-benar seorang yang kuat dan tabah.

Timbul rasa bersalah di hati Nash, menyentuh bahan terlarang dengan alasan stress pada rumah tangga dan kerja adalah satu perbuatan yang sia-sia buat dirinya.

Takut-takut kalau tiba-tiba dia ditahan polis dan disuruh membuat saringan ujian air kencing. Dia tidak mahu menunjukkan suri tauladan yang tidak baik kepada anak-anaknya.

Nash mula nekad mahu berhenti dari mengambil bahan terlarang itu sebelum dirinya terjerumus menjadi seorang penagih.

"Adra, banyakkan bersabar ya. I akan cuba bantu mana yang mampu. I sentiasa ada jika you memerlukan. I will be your knight shinning amour." Pujuk Nash, dia faham perasaan hati Adra yang sedang berkecamuk itu.

"Nash, cukuplah you sudi beri telinga untuk dengar masalah I ni. Lagipun I tak mahu menyusahkan sesiapa, ini hal rumah tangga I jadi biarlah I selesaikan sendiri." Begitu sayu suara Adra.

"Adra, belajarlah dari karang dilaut, sekuat mana pun ombak dan angin menerpa, ia tetap berdiri. I will always be your knight shinning amour. Susah senang I sentiasa bersama dengan you, ingat janji I ni sampai bila-bila okay." Janji Nash.

Adra diam seribu bahasa, hanya sedu-sedan yang menghiasi perbualan Nash.

Mengapa lelaki ini terlalu baik. Dia tidak cuba menarik perhatian aku dengan sesuatu yang wow, tetapi hanya menawarkan sepotong kata-kata semangat yang sederhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience