Bab 2 - Abadikan Memori

Romance Series 38806

Gambar selfie Nash terpampar di skrin handphone Adra.

Bulat mata Adra melihat gambar itu.

Sungguh Adra tidak menyangka dengan apa yang dilihat ketika ini.

OMG!!!...

Speechless!

Seriously hensem gila si Nash ni. Dunia Adra seakan berhenti berputar seketika disaat melihat senyuman manis yang terukir dari bibir atas Nash yang berlekuk cantik biarpun dengan hanya menatap gambar pegun itu.

Indahnya ciptaan Tuhan!

Ping...

Mamat bengang: Okay, I juga teruja nak melihat rupa disebalik nama Adra ni. Selfie la satu, jangan kedekut...

Kini Adra mula sangsi, dirinya tidaklah secantik mana tetapi lesung pipit yang terbit dikala dia mengukir senyuman membuatkan rupanya manis dipandang. Haruskah dia juga menghantar gambar pada Nash? Apa pula pandangan Nash setelah melihat rupa paras dirinya?

Ping...

Mamat bengang: I'm waiting...tik tok... tik tok..

Adra mengeluh perlahan. Ingin mengelak tapi dia sudah gatal mulut berjanji malam tadi dengan philosophy gilanya iaitu boleh berkawan jika saling bertukar gambar masing-masing. Kini dia pula ingin memungkiri janji.

Chat Nash dibiarkan tidak berjawab. Jari Adra lincah membuka galeri gambar di handphone dan mula mencari gambar yang sesuai. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya satu gambar telah dipilih. Adra pasti Nash akan mula menukar fikiran setelah melihat gambar itu.

"Confirm Mamat ni tak jadi nak ajak aku pergi minum coffee lepas tengok gambar ni." Adra senyum jahat.

Tanpa membuang masa, Adra membuka kembali aplikasi Telegram dan menghantar gambar dirinya pada Nash.

Ping..
Ping..
Ping..
Ping..

Bertalu-talu notifikasi chat Telegram dari Nash masuk. Adra buat tak reti kerana dia perlu segera menyiapkan inventory asset untuk di hantar pada finance department sebelum pukul 12.

Tepat pukul 12 tengahari Adra pergi menghantar file yang diminta pada Kak Rina, otai paling lama duduk di finance department.

"Kak Rina, apa-apa nak tanya nanti akak cari saya dekat tempat biasa eh. Saya nak pergi fogging jap." Adra tersengih.

"Hmmm...yelah, fogging banyak sikit biar mati semua nyamuk-nyamuk dekat belakang tu." Kak Rina menyindir dalam gurauan.

Adra hanya tersengih. Sedikit pun dia tak ambil pusing dengan kata-kata pedas dari rakan sekerjanya kerana mereka sudah lama bekerja di syarikat yang sama dan semua sedia maklum Adra Aaira adalah seorang social smoker.

Adra menyalakan sebatang rokok, tangannya lincah membuka aplikasi telegram. Hati teruja ingin mengetahui maklum balas Mamat bengang selepas melihat dirinya.

Mamat bengang: Takde la tua sangat macam dah nak pencen.

Mamat bengang: Tengok gaya macam keje gomen je.

Mamat bengang: Tapi kalau nak ajak minum kopi jugak boleh tak?

Mamat bengang: Nak borak dengan u depan-depan

"What!!!." Senyuman Adra mengendur, perasaan tak puas hati dengan kata Nash ni betul-betul mengundang.

"Aku ni baru masuk 30 kot, tua ke?" Adra mengomel sendirian.

Punyalah dia puji melambung tahap ke "hensem"an mamat ni, boleh pula dia kata rupa Adra tak nampak tua macam nak pencen. Hatinya yang berbunga tadi mulai bertukar bengang. Adra terus logout dari Telegram, satu ayat pun dia tidak membalas. Hatinya sakit dengan kata-kata jujur si Nash.

"Kot ya pun jagalah hati aku ni sikit. Aku bukan suruh puji aku cantik pun, cukuplah kau kata aku manis pun tak apa." Adra merengus.

Adra habiskan rokok yang masih berbaki, dia masuk ke dalam pejabat mengapai purse dan keluar untuk lunch. Adra terserempak dengan Sabreena di lobi dan mereka sama-sama berjalan kaki ke food truck yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka untuk membungkus makanan.

Sampai saja di lobi pejabat, Adra disapa oleh seseorang dari arah belakang yang memanggil namanya. Lantas dia berpaling melihat gerangan siapa yang menyebut nama penuhnya.

"Adra Aaira.." Sapa pemuda itu lagi.

"You?? Buat apa dekat sini?" Adra terkejut melihat si empunya diri yang memanggil namanya.

"Nak jumpa you lah, jom kita pergi lunch." Pelawa si pemuda.

"Errr..tapi I dah tapau." Adra menolak sopan.

"I sanggup minta kawan I cover kejap sebab nak lunch dengan you hari ni. Please.." Si pemuda masih tidak berputus asa.

Adra mengeluh perlahan.

Ikut hati memang dia malas nak pergi lunch dengan mamat sekor ni tapi bila dia dah buat muka seposen, nampak gayanya terpaksalah diturut kan juga.

"Sab, kau amik makanan aku ni simpan dekat atas nanti aku makan, kau jangan bedal pula. Aku lunch dengan kawan aku kejap." Adra menyerahkan bungkusan makanan pada Sabreena.

"Okay jom, kita lunch dekat-dekat sini saja tau. I ada kerja nak kena buat, memang tak boleh nak makan lama-lama." Adra berjalan seiringan dengan pemuda itu.

"Tak kisah, janji dapat jumpa you, sayang." Si pemuda itu senyum lebar.

Memandangkan Adra tidak mahu berlama-lama dengan mamat sekor ni, dia memilih makan di Teh Tarik Place yang terletak di bangunan sebelah pejabatnya saja.

Tempat duduk paling jauh dari pandangan orang di pilih. Adra tidak mahu rakan sekerjanya nampak dia bersama lelaki lain ketika ini kerana takut namanya trending di pejabat nanti. Makcik bawang boleh tahan ramai dalam pejabatnya itu.

"Kenapa you sanggup datang time kerja ni untuk lunch dengan I, Faisal? Bukan ke you tengah sibuk dengan OT kes covid ni?" Adra menyoal setelah mereka selesai memesan makanan.

Faisal menarik tangan Adra lalu digenggam kemas.

"I rindukan you, sayang. Dah lama kita tak lunch sama-sama. You pun langsung tak nak reply WhatsApp I, kenapa sayang? Apa salah yang I dah buat?" Soal Faisal lembut.

Adra menarik perlahan tangannya dari genggaman Faisal, dia rimas dan takut orang lain perasan dengan kelakuan yang tak sepatutnya kerana dia berstatus isteri orang.

"I sibuk sekarang ni. Banyak kerja nak kena siapkan." Adra menyisip air, haus.

"Kenapa you dah berubah, sayang?" Faisal memeluk tubuh sambil bersandar pada kerusi. Pandangannya redup.

Adra juga bersandar.

"Siapa yang berubah? Siapa yang tinggalkan I di saat I memerlukan you? Siapa yang hilang tanpa khabar berita? Siapa?" Adra masih lagi kekal tenang tetapi dalam hatinya sudah mula rasa pedih.

"You..."Faisal cuba mengenggam kembali tangan Adra.

Adra menarik tangannya memeluk tubuh. Dia hanya memandang raut wajah lelaki didepannya yang pernah bertahkta di dalam hati satu ketika dulu. Lelaki yang begitu disayangi dan dicintai sepenuh jiwa. Hidup Adra begitu bahagia di saat mereka bersama tetapi perasaan itu seakan makin pudar dari hatinya kini.

"Tak perlu terangkan lagi, Faisal. Hati I kini milik orang. You dah bahagia dengan isteri dan anak-anak you tu. In fact, you don't need me anymore." Begitu tenang suara Adra.

"Siapa lelaki itu? Habis I ni? Perasaan I pada you tak pernah berubah, sayang. I cuba lupakan you tapi hati I rasa kosong tanpa cinta you. I need you back in my life, sayang."

"Khilaf I meninggalkan you dulu tetapi I sentiasa ada, menjaga you dari jauh. Beri I peluang kedua untuk buktikan cinta I pada you, sayang. I tak akan sia-siakan peluang yang you beri kali ini. I still love you Adra Aaira." Pujuk Faisal, terpancar kesedihan dan kerinduan dari wajahnya.

Adra masih lagi berlagak tenang walaupun dalam hatinya bergelora perasaan marah bercampur sedih. Matanya bergenang, bila-bila masa saja air mata akan tumpah. Sungguh dia masih ada sedikit perasaan sayang dan cinta buat lelaki ini walaupun ia sudah pudar. Lelaki ini hadir didalam hidupnya disaat Adra dalam kesepian, ketika dia amat memerlukan payung teduh, mendengar dan mengambil berat dirinya tetapi suaminya sendiri tidak pernah mengambil pusing tentang Adra.

Faisal adalah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang selama ini dijaga baik hanya buat suaminya, Daniel.

Perkenalan mereka secara tidak sengaja ketika Adra dalam perjalanan pulang dari kerja menaiki perkhidmatan awam. Tiap kali Adra perlu berhimpit di dalam tren dengan ramai orang yang berpusu-pusu balik dari kerja pada waktu petang. Untuk menghilangkan kebosanan, Adra akan menulis cerita di Novelplus tanpa menghiraukan sekeliling. Inspirasi dan idea cerita akan terhasil dari lagu yang didengari setiap kali ingin menulis. Itulah cara Adra.

Sedang kusyuk menulis sambil telinganya di sumbat earphone mendengar lagu, bahu Adra dicuit dari tepi. Spontan Adra menoleh, seorang lelaki berkulit hitam manis tersenyum padanya sambil berkata sesuatu. Adra terpinga-pinga, dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu kerana lagu yang di dengar lebih kuat dari suara lelaki itu.

Lantas dia menarik keluar sebelah earphone dan mengangkat kening bertanya, "ya, kenapa En?"

"Oh, patutlah I panggil dari tadi you tak respon rupanya tengah dengar lagu. Sorry!" Lelaki itu senyum lagi malah semakin lebar.

"Hi, I Faisal." Salam perkenalan dihulur.

"I Adra."

Bermula dari saat itu, sering kali mereka akan terserempak di dalam tren yang sama dalam waktu yang sama cuma mereka akan berpisah di stesyen transit kerana Adra perlu menukar tren lain untuk sampai ke rumahnya. Adakah pertemuan mereka satu kebetulan atau pun telah dirancang? Adra malas mahu memikirkannya.

Sejak dari itu juga mereka saling bertukar no telefon dan mula berkawan, saling berkongsi masalah dan cerita peribadi sehingga timbul bibit-bibit cinta yang membawa kepada hubungan cinta terlarang yang akhirnya dapat dihidu oleh isteri Faisal sendiri apabila dia lupa untuk memadamkan chat mereka berdua di telegram.

Sejak insiden kantoi itu, Adra ditinggalkan begitu saja tanpa kata perpisahan dari Faisal. Hari berganti ke minggu, Faisal langsung tidak menghubungi Adra bahkan mereka juga tidak lagi berjumpa di dalam tren seperti hari-hari yang biasa dia lalui.

Semua nombor Adra telah di sekat begitu juga dengan telegram. Adra buntu, setelah berjanji setia untuk bersama meneruskan hubungan cinta kini Faisal hilang menyepikan diri. Dimana sumpah setia cintamu Faisal?

"Trust me, I sentiasa ada jika you perlukan I. Cinta dan sayang I masih kekal sama tidak berubah walau apa pun yang terjadi." Itulah kata-kata terakhir Faisal pada Adra sebelum dia hilang entah kemana.

Dan kini setelah 5 bulan, Faisal kembali muncul cuba meraih kasih yang terputus ditengah jalan setelah Adra berjaya merawat luka hatinya sendiri walaupun masih ada parut di hati.

"Sayang..I masih sayangkan you. I cintakan you." Faisal meraih tangan Adra di genggam lembut menyalurkan rasa cinta.

Adra bingung!

Lelaki di depan ini masih berharap padanya tetapi hatinya kini seperti sudah terpaut pada seseorang yang menjentik kembali hatinya yang terluka itu. Nama yang sedang berlegar-legar dalam fikirannya kini sejak malam tadi.

Nash....

## Abadikan Memori - Crossfire ##

Di titian kasih
Ku abadikan cintaku pada mu
Seikhlas hati
Ku harap kau mengerti
Sedetik wajahmu
Mengimbau kembali kenangan silam
Memori indah
Ketika bersamamu
Engkau datang lagi dalam
Jiwa yang kekosongan tanpamu
Kehadiran mu
Membawa erti
Padaku
Setelah sekian lama menghilang
Kerinduan yang bersimpul terlerai
Bersama lagi dalam meniti hari
Engkau datang lagi dalam
Jiwa yang kekosongan tanpamu
Kehadiran mu
Membawa erti
Padaku
Setelah sekian lama menghilang
Kerinduan yang bersimpul terlerai
Bersama lagi
Dalam meniti hari
Sedetik wajahmu
Mengimbau kembali kenangan silam
Memori indah
Ketika bersamamu
Seikhlas hati
Ku harap kau mengerti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience